Anda di halaman 1dari 3

PERNYATAAN PROFESIONAL SEBELUM PRAKTIKUM

NAMA : NUR IZWANI SALFINAS BINTI AZIZAN NO KAD PENGENALAN : MAJOR : PENDIDIKAN KHAS MASALAH PEMBELAJARAN

Praktikum merupakan satu keperluan bagi seorang guru pelatih dalam membentuk keperibadian dan menyesuaikan diri dalam keadaan sekolah yang sebenar dalam satu tempoh. Segala yang telah dipelajari secara teori kini perlu dilaksanakan sebaiknya dengan bimbingan daripada pensyarah dan guru

pembimbing yang diberikan. Ini merupakan fasa yang pertama dalam perjalanan saya menjadi seorang guru dan sesungguhnya ia amat mendebarkan saya. Namun begitu, semangat daripada pensyarah pelajar lama membuatkan saya lebih positif untuk bergerak ke hadapan secara lebih optimis. Pengalaman pertama ini akan saya jadikan sebagai satu penanda aras untuk meningkatkan keupayaan dengan lebih baik pada peringkat seterusnya. Dalam penyediaan sebelum praktikum, pelbagai perkara yang perlu diambil berat dari segi mental dan fizikal. Penyediaan Rancangan Pengajaran Harian yang lengkap dapat melambangka tahap kesediaan seorang guru berbantukan dengan bahan atau alat yang akan digunakan di dalam kelas. Selain itu, hubungan sesama staf dan warga sekolah perlu dijaga dengan baik agar kehadiran saya dihargai dan disenangi oleh semuanya. Saya juga bersedia menerima apa sahaja projek atau aktiviti yang dijalankan dan diberikan tanggungjawab untuk melaksanakannya biarpun di dalam bilik darjah atau di luar bilik darjah kerana sifat seorang guru itu perlulah serba boleh dan fleksibal mengikut situasi, masa dan tempat.

Walaupun saya akan sentiasa sibuk dalam melengkapkan tugasan sebagai seorang guru praktikum yang utama iaitu mengajar, menyediakan rancangan pengajaran harian, melengkapkan portfolio dan sebagainya, ianya tidak akan saya jadikan sebagai penghalang untuk sentiasa bergaul dengan warga sekolah di samping melalui proses memahami dengan lebih mendalam budaya yang terdapat pada sekolah. Hal ini demikian kerana, penyerapan budaya sekolah ke dalam diri dapat memudahkan lagi penyesuaian diri saya dan akan memudahkan perjalanan praktikum saya. Saya juga akan dapat mengetahui bagaimana untuk menjalankan sesi pengajaran dan pembelajaran berasaskan budaya yang telah diamalkan oleh sekolah tersebut dan persekitaran yang juga turut menyumbang kepada proses pembelajaran murid. Sebagai seorang guru pendidikan khas, saya perlu memastikan set induksi dan proses pengajaran itu terutamanya menarik dan mampu membuatkan murid berminat untuk mengikuti pembelajaran tersebut. Dengan kerenah murid pendidikan yang pelbagai dan ada kalanya sukar untuk dikawal, saya sentiasa perlu bersedia dengan pelan tambahan dan bahan bantu mengajar dan juga token ekonomi. Saya juga ada merancang untuk mengendalikan program kecil yang melibatkan warga pendidikan khas sekolah beserta dengan murid supaya hubungan yang terjalin menjadi lebih erat dan kuat. Guru pembimbing dan juga pensyarah pembimbing juga boleh memantau cara pengajaran saya pada bila-bila masa sahaja. Oleh itu, saya perlu sentiasa bersedia daripada segala aspek yang diperlukan. Sumbangan saya kepada sekolah tidak hanya difokuskan kepada bahagian pendidikan khas semata-mata tetapi saya juga berhasrat untuk bergiat aktif untuk membantu bahagian kokurikulum sekolah dengan melibatkan diri dalam unit pengakap, kelab kebudayaan dan kelab bola jaring. Melalui perkara sebeginilah saya dapat membantu pihak sekolah dalam aliran perdana juga. Di samping itu, langkah ini juga diambil untuk lebih mengeratkan hubungan dengan guru aliran perdana di mana saya jarang dapat bergaul dan meluangkan masa berbincang mengenai hal sekolah kerana kedudukan guru pendidikan khas yang diasingkan.

Saya juga berharap agar praktikum fasa 1 ini saya dapat mempelajari sedikit sebanyak cara-cara kendalian kawalan kelas yang baik dan melaksanakan sesi pengajaran bilik darjah yang lebih berkesan. Melihat kepada komen yang diberikan pensyarah dalam sesi refleksi perkara yang harus menjadi keutamaan kepada saya adalah dari segi penyempurnaan portfolio, penulisan jurnal, ketepatan isi pelajaran, dan pelaksanaan langkah pengajaran yang lebih terperinci, berstruktur dan mengikut kriteria yang ditetapkan dengan menggabungkan pelbagai pendekatan dan bahan serta menekankan aspek interaktif dan pengaplikasian perisian komputer yang menarik yang dapat membangkitkan motivasi intrinsik murid. Saya juga berharap dapat menerima tunjur ajar sebaik mungkin daripada guru dan pensyarah pembimbing dalam pelbagai aspek dan menjadikan teguran dan kesilapan sebagai guru terbaik untuk saya meningkatkan kemahiran keguruan saya. Di samping itu sokongan daripada pihak sekolah dan rakan-rakan guru lain akan membantu saya memperkayakan potensi dan kemahiran komunikasi interpersonal saya. Moga praktikum ini dapat memberi saya satu bentuk nilai tambah dalam diri sendiri untuk digunakan di masa akan datang.

Anda mungkin juga menyukai