Anda di halaman 1dari 7

4.

Strategi Pengajaran

               Strategi pengajaran adalah suatu kemahiran merancang dan menguruskan kaedah


dan teknik pengajaran untuk mencapai hasil pembelajaran. Dalam proses pengajaran dan
pembelajaran, tiada satu kaedah dan strategi yang khusus dan terbaik boleh diaplikasikan di
dalam kelas yang mempunyai kepelbagaian murid. Ia terpulang kepada daya kreativiti guru
dan kesesuaian kehendak murid untuk mencapai objektif pengajaran dan pembelajaran pada
ketika itu. Ini kerana tahap penerimaan murid terhadap bahan yang diberikan ada berbagai-
bagai iaitu ada yang cepat, sederhana dan ada yang lambat.

Faktor kecerdasan mempengaruhi daya serap murid terhadap bahan pelajaran yang diberikan
oleh guru. Oleh yang demikian, dalam sesi pembelajaran, guru seharusnya memiliki strategi
dan kaedah yang khusus supaya murid dapat belajar secara lebih efektif dan efisien. Justeru
itu, strategi pengajaran dan pembelajaran boleh diklasifikasikan kepada lima unsur utama
iaitu:

1. Strategi Pengajaran Berpusatkan Guru


2. Strategi Pengajaran Berpusatkan Murid
3. Strategi Pengajaran Berpusatkan Bahan
4. Strategi Pengajaran Berpusatkan Masalah/Tugasan/Aktiviti
5. Strategi Pengajaran Terbeza

4.1 Strategi Pengajaran Berpusatkan Guru

               Strategi pengajaran berpusatkan guru merupakan strategi pengajaran dan


pembelajaran yang telah lama diamalkan di dalam bilik darjah. Strategi pengajaran
berpusatkan guru juga dikenali sebagai pengajaran langsung dan pengajaran eksplisit.
Strategi ataupun kaedah ini merupakan cara tradisional seorang guru mengajar di dalam
kelas. 

4.1.1. Ciri-ciri Strategi Pengajaran Berpusatkan Guru:

 Komunikasi dan interaksi di antara guru dan murid adalah sehala


 Guru banyak bercakap dan murid banyak mendengar
 Ciri kempimpinan guru bersifat autokratik. Guru banyak bertindak mengawal dan
memberi arahan
 Pengajaran ditujukan kepada seluruh kelas
 Buku teks merupakan panduan untuk apa yang diajar di dalam kelas
 Strategi ini mementingkan pencapaian murid berdasarkan keputusan ujian dan
peperiksaan

4.2 Strategi Pengajaran Berpusatkan Murid 

               Strategi pengajaran berpusatkan murid bermaksud murid memainkan peranan yang


penting dalam proses pembelajaran. Mengikut strategi ini, murid digalakkan melibatkan diri
secara aktif dalam aktiviti pembelajaran mereka. Di dalam bilik darjah, guru merupakan
seorang pemimpin yang memandu murid menjalankan aktiviti pembelajaran, sama ada secara
kumpulan ataupun individu. Dalam proses pengajaran dan pembelajaran, lebih banyak masa
akan diperuntukkan kepada aktiviti pembelajaran murid. Kaedah kumpulan, lawatan,
bermain, simulasi atau main peranan dan pengajaran individu adalah kaedah yang menjadi
pertimbangan semasa menggunakan strategi pemusatan murid terutamanya murid di dalam
kelas. 

Di bawah strategi pengajaran berpusatkan murid ini, murid mengambil alih sedikit
tanggungjawab untuk apa yang diajar dan bagaimana ia dapat mempelajarinya. Ia sebenarnya
berpisah daripada tradisi dimana bilik darjah didominasikan guru dan strategi berpusatkan
pelajar dapat menggalakkan pelajar bertanggungjawab dan melibatkan diri bagi membantu
mereka belajar bagaimana untuk belajar. Pengajaran di dalam bilik darjah yang berpusatkan
pelajar juga selalunya kurang berstruktur. Walaupun strategi berpusatkan pelajar kurang
berstruktur, guru tidak membiarkan pelajar membuat sesuka hati mereka. Guru masih
berkuasa dan memberi sedikit tanggungjawab kepada pelajar. Peranan sebagai orang yang
berkuasa tidak diperlihatkan oleh guru. Guru memilih untuk mengagihkan sedikit kuasanya
kepada pelajar dan tidak memusatkan kuasa kepada dirinya.  Kajian menunjukkan bahawa ia
mempunyai kelebihan untuk memperkembangkan kebolehan pelajar dalam mengaplikasikan
konsep dan memperkembangkan sikap yang positif, mewujudkan motivasi,
memperkembangkan sahsiah peribadi dalam menggalakkan kemahiran sosial kumpulan.
Bilik darjah yang berpusatkan pelajar juga menunjukkan perkembangan yang lebih dalam
perkembangan kognitif di peringkat yang tinggi.

4.2.1. Antara Strategi Pengajaran Berpusatkan Murid:

 Komunikasi dan interaksi di antara guru dan murid adalah secara dua hala
 Ciri kepimpinan guru bersifat demokratik. Murid digalakkan memberi pendapat
mereka
 Strategi pengajaran dan pembelajaran lebih mengutamakan pencapaian objektif
pembelajaran murid
 Pengajaran tidak dijalan secara keseluruhan kelas tetapi dijalankan secara individu
atau kumpulan-kumpulan kecil
 Perbezaan murid dari segi kebolehan dan minat diberikan perhatian 

4.3 Strategi Pengajaran Berpusatkan Bahan

               Menurut Mohd Suhaimin Isnen (2017) konsep strategi, pendekatan, kaedah dan
teknik dalam pengajaran dan pembelajaran (Pdp) berfokuskan strategi berpusatkan bahan
merupakan satu elemen yang penting dalam memastikan kelancaran proses pengajaran dan
pembelajaran (Pdp) lebih berkesan terhadap kefahaman murid-murid di sekolah. Selain itu
juga, strategi pengajaran berpusatkan bahan dapat dilaksanakan dengan lebih mudah serta
menarik minat murid untuk memahami aktiviti pembelajaran tersebut. Tambahan itu, strategi
berpusatkan bahan juga memudahkan para guru kerana aktiviti tersebut boleh dijalankan
secara sendiri oleh murid serta berkumpulan tanpa kehadiran guru tersebut. Strategi
pengajaran berpusatkan bahan ini merupakan salah satu perancangan Rancangan Pengajaran
Harian (RPH) kerana setiap guru menyediakan bahan-bahan sebelum memulakan aktiviti
pengajaran dan pembelajaran (PdP). Rancangan Pengajaran Harian (RPH) menekankan
objektif yang realistik serta releven bagi memastikan di akhir proses pengajaran dan
pembelajaran (PdP) tercapai dalam mengaplikasikan kefahaman murid-murid. Menurut Aris
Jamaludin (2014) sistem yang dilaksanakan dalam Rancangan Pengajaran Harian (RPH)
betujuan untuk memberikan panduan kepada guru-guru untuk mengajar dengan lebih
sistematik bagi mencapai sesuatu objektif dalam sesi pengajaran dan pembelajaran (PdP) agar
dapat memberikan input pembelajaran terhadap murid. Oleh yang demikian, strategi
pengajaran berpusatkan bahan merupakan salah satu idea yang tepat dalam memastikan
Rancangan Pengajaran Harian (RPH) dilaksankan oleh guru-guru untuk menerapkan sistem
pelajaran yang lebih tersusun. Strategi ini juga dapat memupuk minda dan perkembangan
murid-murid berkonsepkan kemajuan teknologi yang sedia ada, serta melahirkan guru-guru
yang mampu berdaya saing dalam meningkatkan kualiti para pelajar dalam sesebuah
sekolah. 
Strategi pengajaran berpusatkan bahan terbahagi kepada dua bahagian iaitu :

1. Bahan Pengajaran
Terdiri daripada bahan yang digunakan oleh guru seperti carta, model, graf, peta, gambar,
slaid, video dan projektor. 

2. Bahan Pembelajaran
Terdiri daripada bahan yang digunakan oleh murid seperti kad aktiviti, kad cantuman,
lembaran kerja, pembilang, dan komputer.

Strategi pengajaran berpusatkan bahan dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran (PdP)
memainkan peranan yang penting dalam menarik minat murid untuk memberikan perhatian
sepenuhnya terhadap proses pengajaran dan pembelajaran (PdP) yang dilaksanakan. Hal ini
disebabkan pergantungan sepenuhnya terhadap bahan yang sedia ada serta penggunaan bahan
tersebut mampu untuk mencapai objektif pengajaran. Selain itu, selari dengan era kemajuan
teknologi melalui Revolusi Industri 4.0 yang menghubungkan dunia digital, sistem fizikal
dan biologi melalui kemudahan internet menyebabkan kecekapan dan kemahiran murid-
murid menggunakan bahan tersebut. Perkara ini disebabkan oleh murid-murid masa kini lebih
terdedah dengan dunia teknologi kerana golongan ini lebih celik teknologi berbanding
golongan yang lebih berumur. Sebagai contoh, murid-murid lebih suka menggunakan
kemudahan komputer di sekolah berbanding aktiviti pembelajaran menggunakan buku teks.
Ciri-ciri strategi pengajaran berpusatkan bahan juga membantu murid memahami konsep
yang abstrak dengan lebih jelas dan terperinci, serta mampu memupuk semangat berdikari
dan komited dalam kerjasama berkumpulan kerana aktiviti ini tidak melibatkan kehadiran
guru. 

4.4 Strategi Pengajaran Berpusatkan Masalah/Tugasan/Aktiviti

               Strategi pengajaran yang keempat ialah strategi pengajaran yang berpusatkan


masalah,aktiviti dan tugasan. Strategi pengajaran berpusatkan masalah ialah aktiviti yang
memerlukan seorang guru yang kreatif dalam menimbulkan situasi, keadaan dan fenomena
yang boleh mendorong minat dan kecenderungan murid dalam menggunakan fikiran dan
menyelesaikan masalah. Guru juga perlulah menentukan tujuan dalam mengagihkan murid
dalam kumpulan dan menentukan tugasan untuk menyelesaikan masalah. Strategi pengajaran
berpusatkan masalah, tugasan dan aktiviti juga selari dengan kepentingan  Rancangan
Pengajaran Harian (RPH) di mana guru tersebut perlu menggunakan kreativiti masing-masing
semasa merancang aktiviti pembelajaran yang dilaksanakan agar terbentuk penguasaan
pembelajaran dalam kalangan murid-murid serta tercapai matlamat dan objektif kandungan
pembelajaran. 
Selain itu, aktiviti pula bermaksud kegiatan ataupun sesuatu yang dilakukan. Dalam konteks
pendidikan, aktiviti bermaksud mendidik atau memberi pengajaran yang dapat memberikan
pengetahuan atau kemahiran kepada pelajar. Strategi pengajaran dan pembelajaran
berpusatkan aktiviti ialah kaedah yang digunakan oleh guru dalam mengukuhkan
pembelajaran melalui aktiviti bagi menarik perhatian pelajar untuk belajar secara efektif,
manakala strategi berasaskan tugasan ialah guru melibatkan pelajar dalam aktiviti  atau
tugasan yang memberikan peluang kepada pelajar untuk melatih atau mengaplikasikan apa-
apa yang dipelajari , dalam proses memberikan bimbingan, strategi-strategi
mempermudahkan tugasan atau bantuan yang membolehkan mereka menyempurnakan
aktiviti dengan jayanya. Strategi ini juga tidak lari dari konsep Rancangan Pengajaran Harian
(RPH) kerana objektifnya  hanya untuk menjadikan pengajaran dan pembelajaran (PdP) lebih
tersusun dan isi kandungan pembelajaran sampai kepada murid serta penyampaian maklumat
atau pemahaman diterima oleh murid-murid.

4.5 Strategi Pengajaran Terbeza

              Strategi Pembelajaran Terbeza bermaksud murid belajar secara optimum mengikut


aras atau situasi murid. Pembelajaran Terbeza mengambil kira tahap pembelajaran murid,
kecenderungan serta kemampuan pembelajaran. Dalam sesuatu PDPC adalah perlu untuk
pembelajaran terbeza ini berlaku supaya murid dapat mencapai objektif pembelajaran.
Pembelajaran Terbeza mengambil kira 3 aspek iaitu melalui kandungan, proses dan hasil. Ia
dizahirkan melalui RPH sehinggalah kepada PdPc.

3 aspek dalam pembelajaran terbeza adalah:

 Kandungan
 Proses
 Produk/Hasil

Pembelajaran terbeza dari segi kandungan adalah apabila kandungan yang diberikan berbeza
mengikut tahap murid. Contohnya:

Kemahiran: Murid boleh mencari isi penting berdasarkan petikan yang diberi.
1. Murid pandai/sederhana diberikan teks biodata Datuk Lee Chong Wei. Teksnya lebih
panjang serta banyak info yang diberikan (3 perenggan). 
2. Murid lemah pula diberikan biodata Datuk Lee Chong Wei yang lebih ringkas (2
perenggan).

Pembelajaran terbeza dari segi proses pula adalah murid melakukan aktiviti yang sama tetapi
melalui proses yang berbeza.
1. Murid pandai/sederhana mencari isi penting dengan aktiviti think pair share.
2. Murid lemah pula mencari isi penting dengan menggariskan isi-isi penting.

Pembelajaran terbeza dari segi produk pula memerlukan murid berlainan menghasilkan
produk yang berlainan.
1. Murid pandai/sederhana membuat peta minda atau rumusan untuk menerangkan isi-isi
penting.
2. Murid lemah membuat jadual senarai isi penting. 
Strategi pembelajaran terbeza ini sebenarnya tidak membezakan kemahiran murid pandai,
sederhana dengan yang lemah. Kemahiran tetap sama yang berbeza ialah kandungan, proses
ataupun hasil. Untuk hasil, ia boleh berada dalam bentuk sesuatu itu dihasilkan atau pun
bilangan. Contohnya, murid pandai atau sederhana hasilkan 5 isi penting sementara murid
lemah cuma 3 isi penting.

Perkara yang boleh menjayakan pembelajaran terbeza adalah:


1. Ada analisa kemahiran murid. Guru sudah tahu pencapaian murid. 
2. Guru mengenal pasti kemampuan murid. Maksudnya sejauh mana murid mampu
menghasilkan sesuatu tugasan. 
3. Kencenderungan pembelajaran murid dikenalpasti melalui ujian psikometrik ataupun
pemerhatian.

Bagaimanakah pembelajaran terbeza itu dizahirkan dalam RPH:


1. Bilangan minimum jumlah hasil diberikan. Contoh, murid menyenaraikan sekurang-
kurangnya 3 isi penting berdasarkan petikan yang diberikan.
2. Pada bahagian aktiviti disenaraikan nama aktiviti mengikut aras murid atau bentuk produk
dinyatakan. 

Dengan adanya pembelajaran terbeza, semua murid diraikan. Semua murid mendapat peluang
yang sama untuk mencapai tahap optimum dalam pembelajaran.

5. Kaedah dan Teknik Pengajaran

               Kaedah pengajaran merupakan cara yang digunakan untuk mengelolakan dan


menggunakan teknik, isi pelajaran dan alat bantu mengajar untuk mencapai objektif
pengajaran dan pembelajaran. 

Manakala, teknik pengajaran pula ialah suatu kemahiran atau cara melaksanakan
penyampaian bahan mengajar kepada pelajar. Secara khususnya, teknik merupakan suatu cara
penyampaian pengajaran dan perlu diberi perhatian agar dapat mempercepatkan proses
penerimaan pembelajaran pelajar. Terdapat banyak kaedah dan teknik pengajaran yang boleh
dipratikkan contohnya teknik bercerita, teknik sumbang saran dan teknik main peranan.

5.1 Teknik bercerita

               Bercerita melibatkan aktiviti-aktiviti yang menceritakan semula perkara-perkara


atau peristiwa-peristiwa sama ada imiginasi, tradisi, atau kisah benar. Strategi ini dapat
meningkatkan minat dan membina apresiasi serta menikmati kesusasteraan. Di samping itu
bercerita dapat memperkayakan pengajian pelbagai bahasa, membekalkan pelbagai
pengalaman, mengembangkan kemahiran mendengar, dan memotivasikan murid untuk
membaca.

5.2 Teknik sumbang saran


                Sumbang saran merupakan suatu bentuk perbincangan berkumpulan. Setiap pelajar
di dalam kumpulan itu digalakkan untuk memberi idea dan buah fikiran dan setiap idea
tersebut diterima untuk dikaji semula dengan lebih teliti. Pada akhirnya, idea yang paling
sesuai sahaja yang dipilih sebagai rumusan. Rumusan tersebut menjadi hasil daripada sesi
sumbang saran yang dijalankan. 

Antara tujuan teknik sumbang saran dijalankan adalah: 

 Untuk menggalakkan pelajar menggunakan imaginasi mereka secara kritis dan kreatif.
 Untuk menyelesaikan suatu masalah penting
 Untuk mendapatkan seberapa banyak idea baru serta kombinasi idea untuk
menyelesaikan suatu masalah 

Langkah-langkah untuk menjalankan teknik sumbang saran di dalam bilik darjah:

1. Permulaan
 Topik perbincangan dikemukan oleh guru
 Tujuan perbincangan diterangkan oleh guru
 Pelajar-pelajar dibahagikan kepada beberapa kumpulan
 Melantik ketua kumpulan dari setiap kumpulan

2. Perbincangan
 Ketua kumpulan menggalakkan setiap ahlinya mengeluarkan pendapat atau
idea masing-masing
 Semua murid harus aktif memberikan pandangan, pendapat, idea dan
maklumat sebanyak mungkin
 Idea-idea dinyatakan secara spontan
 Sebarang idea diterima dan ahli-ahli dilarang mengkritik sebarang idea
 Murid boleh menggunakan idea rakan untuk mengembangkannya
 Ahli-ahli menapis idea

3. Penutup
 Wakil dari setiap ahli kumpulan membentangkan idea-idea kumpulan masing-masing
 Idea-idea ditapis
 Rumusan dibuat setelah persetujuan dicapai

5.3 Teknik main peranan

               Teknik main peranan ialah aktiviti dalam pengajaran yang memberi peluang kepada
murid untuk membayangkan diri sendiri atau orang lain dalam pelbagai situasi tertentu. 
Aktiviti ini merupakan salah satu cara untuk mendapatkan penglibatan aktif murid-murid
dalam pengajaran dan pembelajaran. Aktiviti ini boleh dijalankan di dalam kelas dan murid-
murid yang mengambil bahagian haruslah berlagak seperti watak yang dibayangkan.

5.3.1. Kebaikan Teknik Main Peranan


 Satu teknik pembelajaran yang menarik dan menyeronokkan
 Dapat mempertingkatkan kemahiran pertuturan pelajar
 Dapat mengasah bakat lakonan murid
 Dapat menerapkan nilai-nilai murni melalui watak yang dibawa
 Banyak situasi di luar bilik darjah dapat ditunjukkan di dalam bilik darjah

Anda mungkin juga menyukai