Pada hemat saya, pendekatan modular ini amat berkesan kepada pelajar-pelajar
sekolah rendah yang baru ingin menguasai kemahiran membaca, menulis, mendengar dan
bertutur. Hal ini kerana, dengan adanya modul ini, kemahiran-kemahiran tersebut akan
dipecahkan dan menjadi lebih sistematik untuk diajar kepada pelajar-pelajar di sekolah.
Perkara ini tidak akan memeningkan pelajar kerana silibus yang diajar adalah berpandukan
modul yang telah dikecilkan skopnya mengikut kemahiran-kemahiran yang tertentu.
Pendekatan Modular ini juga akan memudahkan guru-guru mendekati murid-murid dalam
kelas terutama sekali apabila melakukan aktiviti mengikut kemahiran yang ditetapkan.
Murid-murid tentu akan dapat menguasai kemahiran tersebut dengan lebih mudah, lantas
kemahiran berbahasa mereka akan lebih meningkat.