Anda di halaman 1dari 2

2.0 Huraikan mengapa kurikulum matematik perlu diberikan kepada murid.

Secara umumnya, Matematik telah dinamakan sebagai ‘permaisuri bagi sains’ oleh
Gauss (1777-1855), seorang ahli matematik yang terkenal pada zaman dahulu (Rassias,
2001). Ramai murid menganggap mata pelajaran Matematik adalah suatu mata pelajaran
yang dikaitkan dengan nombor, huruf, bentuk dan pengiraan sahaja. Sebenarnya,
Matematik mengandungi makna yang lebih mendalam dan memainkan peranan yang besar
dalam kehidupan seseorang.

Kurikulum Matematik wajib diberikan kepada semua murid kerana mata pelajaran
Matematik merupakan suatu bidang ilmu yang melatih minda murid supaya berfikir
secara mantik dan bersistem dalam menyelesaikan masalah dan membuat keputusan
dengan bijak. Sifat matematik secara umumnya menggalakkan pembelajaran yang
bermakna dan mencabar pemikiran murid. Oleh yang demikian, Matematik ialah salah satu
bidang yang penting dalam sebarang usaha pembinaan insan.

Matapelajaran Matematik merupakan satu aliran ilmu yang penting bukan sahaja
secara teorikal, malahan secara praktikal yang melibatkan penggunaan secara berterusan
dalam kehidupan seharian. Ilmu matematik dapat membantu dan membimbing murid
untuk mengendalikan urusan atau masalah harian secara berdisiplin, sesuai dengan
kehendak masyarakat dan negara yang maju serta dapat membantu mereka melanjutkan
pelajaran ke peringkat tinggi.

Matematik membangunkan keupayaan untuk berfikir kerana untuk mencari


penyelesaian, murid perlu memikirkan keseluruhan proses yang koheren. Ia juga boleh
dikatakan, satu aspek asas dalam pendidikan kanak-kanak sejak matematik mengajar
mereka untuk berfikir. Mata pelajaran matematik merupakan satu bidang ilmu yang dapat
melatih minda murid untuk berfikir secara logik dan sistematik seperti yang dihasratkan oleh
Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

Mata pelajaran Matematik merupakan satu tapak yang meluas untuk murid
mengembangkan intelek individu dalam membuat penaakulan logik, visualisasi
ruang, analisis dan pemikiran abstrak. Melalui pembelajaran dan aplikasi
matematik, murid dapat mengembangkan kemahiran numerasi, penaakulan, cara berfikir
dan menyelesaikan masalah. Ia juga memberi peluang yang luas untuk murid
melaksanakan tugasan dengan kreatif dan inovatif serta mengalami keseronokan dan teruja
apabila mengetahui sesuatu yang baharu dalam kehidupan seharian mereka.
Pengalaman yang dapat semasa mempelajari matematik, meningkatkan minat dan
menjadi daya penggerak murid mempelajari matematik di luar bilik darjah dan di
peringkat pengajian yang lebih tinggi.

Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2005), fikrah membawa maksud yang sama
dengan daya berfikir dan pemikiran. Dalam kerangka pendidikan matematik, fikrah
matematik menyatakan kepada kualiti murid yang dihasratkan untuk dilahirkan melalui
sistem pendidikan matematik kebangsaan. Murid yang pemikiran sebegini merupakan
murid yang berkeupayaan melakukan matematik dan memahami idea matematik, dan
juga mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran matematik dalam aktiviti harian
berlandaskan sikap dan nilai matematik.

Berdasarkan Hamdan (2000), semestinya kita semua harus akur bahawa


penguasaan dan kecemerlangan dalam matematik adalah prasyarat bagi negara untuk
mencapai kemajuan khususnya dalam dunia yang menuju ke arah orientasi teknologi
maklumat. Generasi bijak matematik akan menjadi penentu dalam arus pembangunan
sesebuah negara. Melalui ilmu matematik, pelbagai ilmu lain dapt diterjemah untuk kebaikan
bersama semua pihak.

Murid-murid yang berkeupayaan melakukan matematik dan memahami konsep


matematik dengan jelas, dapatlah mengaplikasi matematik dalam kehidupan seharian.
Mereka dapat menghubungkaitkan matematik dalam bilik darjah dengan dunia yang
sebenar. Secara tidak langsungnya, mereka dapat memahami dan menghayati keindahan
matematik.

Matlamat Matematik sekolah rendah menekankan kepada penguasaan bahasa


matematik, kefahaman konsep, penguasaan kemahiran mengira, menaakul dan
kemahiran menyelesaikan masalah serta penerapan nilai-nilai murni dengan elemen-
elemen kreativiti diterapkan melalui konteks yang sesuai. Pembelajaran dan pengajaran
matematik bukan sahaja sekadar untuk memberikan penekanan kepada pemahaman
konsep Matematik semata-mata, namun ia haruslah mencakupi semua aspek seperti berfikir
secara kritis, kreatif, menaakul, menghayati serta dapat mengaplikasi pembelajaran
matematik itu sendiri dalam kehidupan mereka.

Anda mungkin juga menyukai