Anda di halaman 1dari 5

PENGUJIAN

Definisi

 Proses penyerahan set soalan yang piawai yang perlu dijawab, atau satu set
instrument bersama satu prosedur yang sistematik bagi mengukur sampel tingkah
laku atau perubahan seseorang individu atau pelajar.

 Satu alat yang sistematik untuk menilai dan mengukur perubahan dalam sesuatu
aspek tingkah laku.

Tujuan

 Bagi menentukan pencapaian terhadap sesuatu pembelajaran.

Bentuk

 Pemerhatian.
 Ujian lisan.
 Ujian bertulis.

Proses Perlaksanaan

 Menyediakan set ujian berdasarkan cara ujian yang ingin dijalankan.


 Melakukan pentadbiran semasa menjalankan ujian dan seterusnya
menjalankan pemeriksaan terhadap set ujian yang telah dijalankan.
Masa
 Selepas sesi pembelajaran

Liputan
 Terhad kepada sesuatu kemahiran atau pembelajaran yang telah disampaikan.

Keputusan
 Menunjukkan prestasi sesuatu kemahiran atau penguasaan pembelajaran yang
spesifik

Contoh
 Ujian menguji samada pelajar tahun empat sudah tahu mengeja perkataan yang
mempunyai keselarasan vokal, satu ujian rencena tentang perkataan tertentu
diadakan.
PENGUKURAN
Definisi

 Pengukuran merupakan suatu proses untuk mendapatkan penjelasan secara


numerik tentang sebanyak mana individu/pelajar mempunyai sesuatu ciri yang diukur

Tujuan

 Menentukan tahap sejauh mana seseorang individu memiliki sifat-sifat tertentu.

Bentuk

 Pemerhatian
 Lisan
 Penulisan

Proses Perlaksanaan

 Guru menyediakan instrumen untuk mengukur kebolehan murid dalam sesuatu


subjek atau pelajaran.
 Skala ditentukan (skala nisbah, sela, nominal, ordinal).

Masa
 Selepas sesi pembelajaran

Liputan
 Terhad kepada sesuatu tahap atau peringkat pembelajaran

Keputusan
 Tidak bersifat mutlak, kecuali pada pengukuran yang menggunakan skala nisbah.

Contoh

 Ramli mendapat 60 peratus dalam ujian Matematik. Prestasi Ramli tidak dinyatakan
sama ada baik atau sebaliknya. Dalam hal ini, pencapaian matematik hanya diukur
tanpa memberikan nilai kepada ukuran yang diperoleh. Justeru, pengukuran hanya
menetukan tahap prestasi/ ciri tertentu seeorang individu atau pelajar mengikut alat
yang digunakan.

 Kemahiran melukis seseorang pelajar boleh diukur melalui pemerhatian/


pencerapan, sementara pengetahuan dan sikapnya boleh diukur melalui temubual.
PENILAIAN

Definisi

 Sebuah proses menentukan perubahan tingkah laku dan membuat pertimbangan


nilai.

Tujuan

 Memberi maklumat tentang pencapaian objektif pembelajaran. Kaedah mengajar dan


kurikulum. 

Bentuk

 Jadual.
 Gred berdasarkan teknik perangkaan.

Proses Perlaksanaan

 Menentukan kaedah pengukuran yang ingin dijalankan dan melakukan proses


pengukuran dan penganalisaan semasa pengukuran dilakukan.
 Kemudian proses interpretasi dijalankan sebelum melapor dapatan kajian dan
tindakan.

Masa
 Boleh dijalankan sebelum, semasa atau selepas sesi pembelajaran

Liputan
 Menyeluruh terhadap sesuatu pembelajaran sehingga kepada keseluruhan
sesebuah kurikulum

Keputusan

 Menunjukkan pencapaian keseluruhan seseorang individu namun tidak hanya


menggambarkan kebaikan individu tersebut.

Contoh

 Sekiranya objektif pada akhir pembelajaran murid dapat mengenal pasti sembilan
jenis kata adjektif, oleh itu guru harus memastikan murid dapat mencapai objektif
tersebut melalui aktiviti penilaian. Oleh itu, penilaian merupakan suatu proses
menggunakan data kuantitatif dan kualitatif untuk membantu pentaksiran dan
keputusan.

PENTAKSIRAN

Definisi

 Konteks Pendidikan : Pentaksiran merupakan satu episod dalam proses


pembelajaran merangkumi aktiviti menghurai, mengumpul, merekod, memberi skor
dan menginterpretasi maklumat tentang pembelajaran seorang pelajar bagi sesuatu
ujian.
 Satu proses yang menentukan peringkat pencapaian dan prestasi seseorang individu
atau murid.

Tujuan

 Proses mendapatkan gambaran tentang prestasi seseorang dalam pembelajaran.


 Bagi membuat pengelasan terhadap pencapaian dan kedudukan dalam
pembelajaran.
 Bagi memperbaiki pengajaran dan pembelajaran.

Bentuk

 Set ujian bertulis dengan markah dan gred.


 Pentaksiran dalam bilik darjah terbahagi kepada tiga iaitu :
 Pentaksiran untuk pembelajaran (assessment for learning)
 Pentaksiran sebagai pembelajaran (assessment as learning)
 Pentaksiran kepada pembelajaran (assessment of learning)

Proses Perlaksanaan

 Menjalankan proses pengujian menggunakan set ujian dan kemudian mencatat atau
merekod markah serta memberi gred.
Masa
 Selepas sesi pembelajaran

Liputan
 Terhad kepada sesuatu peringkat pembelajaran

Keputusan
 Menunjukkan pencapaian secara relatif.

Contoh

 Dalam kelas Matematik, guru boleh menapis dan membuat klasifikasi pelajar tentang
tahap kebolehan semasa proses pengajaran dan pembelajaran dijalankan. Pelajar
menjalankan aktiviti, dan sebagai guru, kita menilai pada masa tertentu.

Anda mungkin juga menyukai