Terdapat juga
penulisan kumpulan kami hasil diskusi dengan bantuan dan tunjuk ajar oleh seorang
pensyarah di UPSI. Persekitaran di sekolah juga memberi dorongan untuk kumpulan
kami menulis dan membuat kajian.pengalaman semasa di IPG Kampus Pulau Pinang dan
turut menyumbang input tambahan bagi kumpulan kami dan menjadi harapan jika
perkongsian ilmu ini akan memberi manfaat bersama.
Kumpulan kami memfokuskan beberapa instrument yang telah digunakan oleh guru
matematik semasa membuat penilaian terhadap murid-murid. Berikut adalah peta buih
yang menunjukkan instrument yang telah digunakan oleh guru bagi melaksanakan proses
penilaian dalam matematik di sekolah.
Ujian Diagnostik
Apakah itu ujian diagnostik?
Mengenalpasti sesuatu masalah yang berlaku dan menentukan punca - punca yang
menimbulkan masalah itu. Diagnostik mempunyai tujuan-tujuan yang konstruktif. Dalam
proses pengajaran dan pembelajaran, Ujian Diagnostik (UD) dapat memenuhi dua tujuan
utama.
Guru mengumpul maklumat selepas ujian pencapaian terhasil dalam bentuk profil
individu atau pelajar berasaskan kemahiran yang diajar. Berdasar data yang dikumpul
guru akan mengetahui aspek yang manakah masih beum dikuasai oleh pelajar
sepenuhnya ataupun di peringkat yang dapat diterima.
Contoh maklumat terkumpul melalui ujian pencapaian yang diadakan berdasar sukatan
pelajaran, dilaporkan dalam bentuk peratus (%), jumlah markah dan peringkat peratusan.
Tajuk
Tambah
Tolak
Darab
Bahagi
Berdasarkan data yang dikumpul dapat membantu guru menyediakan rancangan
pengajaran dan pembelajaran yang lebih sistematik sama ada latihan dalam bentuk
pengayaan atau pemulihan. Ujian diagnostik ini sesuai digunakan kerana tujuan
pengujian dan penilaian yang paling jelas adalah untuk memberi pergerakan kepada
pelajar supaya mereka belajar dan guru pula mengajar dengan sempurna.
Pemerhatian
Penilaian melalui pemerhatian juga turut membolehkan guru dan murid merancang
tindak susul yang sesuai dengan proses pembelajaran seterusnya seperti menjalankan
aktiviti pemulihan/pengukuhan, meningkatkan motivasi pelajar dan mengatur aktiviti
pengayaan dan penyuburan diri yang sesuai dengan minat dan keupayaan serta prestasi
pelajar
Tambahan pula,
penilaian melalui
pemerhatian membolehkan
guru membuat refleksi
terhadap keberkesanan
peranannya sebagai
penyampai maklumat,
pemudahcara, pendidik dan
mentor. Pemerhatian yang terancang membantu guru mengetahui sejauh manakah minat
murid terhadap pelajaran dan apakah yang mendorong/menolak minat tersebut dan
mengesan kemampuan atau tahap pemikiran pelajar.
Kaedah temubual
Dengan ini, instrument temu bual adalah salah satu instrument yang diggunakan
oleh guru matematik bagi melaksanakan proses penilaian di kelas masing-masing.
Kaedah temu bual atau yang dikenal dengan istilah interview adalah suatu proses
interaksi dan komunikasi dari dua orang atau lebih. Secara umum, temu bual dapat
dilakukan dalam dua bentuk, iaitu temu bual tidak berstruktur dan temu bual berstruktur.
Temu bual tidak berstruktur adalah temu bual yang dilakukan hanya bersumber
kepada garis-garis besar permasalahan yang akan ditanyakan. Manakala temu bual
berstruktur adalah temu bual yang soalan-soalannya telah disusun secara terperinci
sebelum ianya dilangsungkan.
Kaedah Anekdot
Selain itu, instrument
kaedah anekdot adalah salah
satu kaedah turut yang
digunakan oleh guru bagi
melaksanakan proses penilaian
dalam matematik. Dimana guru
menggunakan instrument ini
untuk merakam pemerhatian
khusus terhadap murid-murid
secara individu berdasarkan tingkah laku, kemahiran, dan sikap berkaitan dengan hasil
pembelajaran mereka di dalam kelas masing-masing.
Bagi pendapat kumpulan kami, rekod anekdot adalah satu catatan ringkas mengenai
sesuatu peristiwa atau tingkah laku murid yang dianggap penting, unik dan signifikan
secara positif atau negatif untuk direkod. Pemerhatian tingkah laku biasanya tidak
dirancang, tetapi secara kebetulan tingkahlaku tersebut berlaku. Pemerhatian ini
dilakukan terhadap murid secara individu, walaupun peristiwa berlaku dalam kumpulan.
Tiada had masa ditentukan untuk pemerhatian tingkahlaku ini. Catatan hendaklah ditulis
secara objektif apa sebenarnya yang berlaku. Contoh maklumat yang boleh direkod
adalah peristiwa yang menggambarkan tentang perkembangan interaksi sosial dan
kemahiran menyelesaikan masalah bagi membantu guru untuk melaksanakan proses
penilaian dalam matematik. Berikut adalah contoh borang rekod anekdot yang digunakan
oleh guru untuk melaksanakan proses penilaian.
Senarai Semak
Dengan ini, guru matematik juga boleh menggunakan senarai semak bagi
melaksanakan proses penilaian. Senarai semak adalah merujuk pada senarai tingkahlaku
atau perkembangan murid-murid atau inventori jugamestilah berasaskan kepada tujuan
danperkembangan yang boleh dikaitkan dengan kemahiran yang dilihat. Senarai semak
yang disusun biasanya mengikut urutan.
Satu cara untuk menetukan hala pemahaman murid-murid tentang bebrapa konsep
matematik di dalam kelas. Didapati senarai semak juga turut digunakan oleh guru bagi
melaksanakan proses penilaian. Dimana guru membuat perbandingan dan menetukan
penguasaan seseorang murid-murid terhadap matematik. Disamping itu, guru mengumpul
maklumat yang boleh digunakan untuk membuat penilaian terhadap murid.
Tambahan pula, senarai
semak yang digunakan dengan
berbagai cara bergantung kepada
objektif dan tujuan yang
dilakukan oleh guru semasa
membuat sesuatu penilaian
terhadap murid-murid. Untuk
penilaian secara individu
kemungkinan senarai semak
yang berbeza digunakan kepada
murid-murid yang berbeza tetapi
senarai semak yang sama boleh digunakan bagi proses penilaian. Perkara yang sangat penting
dalam senarai semak adalah tarikh dan masa tingkahlaku itu berlaku.
Portfolio
Portfolio salah satu instrument yang boleh digunakan oleh guru bagi melaksanakan
proses penilaian dimana portfolio ini merupakan koleksi hasil kerja murid yang memberi
gambaran tentang usaha murid dan penglibatan pelajar dalam sessuatu topik tertentu.
Kandungan di dalam portfolio tersebut terdiri daripada maklumat secara urutan dan
mestilah logic dan pembinaan portfolio oleh guru haruslah bersifat reflektif yang
dirangsang melalui persoalan dan menggambarkan sejelas-jelasnya aktiviti murid.
Hasil kerja murid
Hasil kerja murid juga turut digunakan oleh guru bagi melaksanakan proses penilaian
dalam matematik. Penilaian melalui hasil kerja murid dilakukan oleh guru matematik
secara berterusan mengikut jangka waktu yang ditentukan bagi membantu guru mendapat
maklum balas tentang keberkesanan pengajaran dan pembelajaran. Hasil kerja murid
tidak semestinya dalam bentuk lembaran kerja.
Berikut adalah contoh gambaran tentang hasil kerja murid yang boleh guru melaksanakan
proses penilaian terhadap muridnya. Suatu kaedah pengumpulan hasil kerja murid yang
sistematik dan menjadi evidens perkembangkan murid sepanjang tempoh proses
pengajaran dan pembelajaran dijalankan oleh guru.