Anda di halaman 1dari 72

KBP 3043 KURIKULUM DAN PENAKSIRAN MURID BERMASALAH PEMBELAJARAN

Nor Zahirah binti Abd Hamid (D20121058303)

Noor Hafizah Binti Mat Yusoff (D20121058308)

Puspaalatha a/p Paramasivam (D20121058334)

Konsep dan cara pelaksanaan

Pembinaan Ujian Diagnostik


Ujian Saringan Domain:-matematik, Bahasa Melayu,Pengamatan dan Penulisan

UJIAN DIAGNOSTIK

UJIAN -satu pengukuran

DIAGNOSTIK -Menentukan punca masalah

Definisi ujian diagnostik


Satu alat pengukuran yang membolehkan guru pemulihan khas mengesan punca dan kawasan kelemahan secara terperinci yang dihadapi oleh seseorang murid. Ujian ini dibuat secara urutan antaranya dari soalan yang mudah kepada soalan yang susah.

TUJUAN UJIAN DIAGNOSTIK


Mengenal pasti secara khusus masalah yang dihadapi oleh murid. Mengenal pasti punca kegagalan murid untuk menguasai sesuatu kemahiran. Dapat membantu guru mengenal pasti kumpulan tertentu mengikut kebolehan dan kawasan-kawasan kesukaran yang dihadapi oleh murid. Membantu guru merancang satu program pengajaran yang khusus pada individu atau kumpulan dengan lebih tepat dan sistematik.

Membina ujian Diagnostik

SEBELUM MEMBINA UJIAN TENTUKAN :


1. Objektif ujian. 2. Kemahiran yang hendak diuji. 3. Bagaimana hendak menguji individu atau berkumpulan? 4. Siapa yang hendak diuji?

5.Merancang ujian dengan teliti dan sempurna. 6.Bentuk ujian yang sesuai.

7.Item diuji telah diajar


8.Item kemahiran telah diperincikan.

CARTA ALIRAN PROSES PELAKSANAAN PROGRAM PEMULIHAN KHAS


PENCALONAN DAN PENGUMPULAN MAKLUMAT

KELAS BIASA (KERJA SUSULAN)

UJIAN SARINGAN
SUDAH MENGUASAI KEMAHIRAN 3M UJIAN DIAGNOSTIK DAN UJIAN PENGAMATAN ANALISA UJIAN DIAGNOSTIK DAN UJIAN PENGAMATAN BELUM MENGUASAI KEMAHIRAN 3M

PENYEDIAAN RANCANGAN PENGAJARAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BELUM MENGUASAI KEMAHIRAN 3M MENERUSKAN PENGAJARAN PEMULIHAN

SUDAH MENGUASAI KEMAHIRAN 3M

PENILAIAN

Apabila guru telah mengenal pasti muridmurid yang di pilih untuk mengikuti program pemulihan Ujian diagnostik dijalankan melalui dua kaedah iaitu lisan dan bertulis. Ujian ini hendaklah diberhentikan sekiranya seseorang yang diuji itu didapati gagal menjawab semua item dengan betul dalam kemahiran berturut-turut.

Semua jawapan yang di buat oleh murid harus direkodkan. Keputusan ujian diagnostik yang diperoleh memberi panduan kepada guru untuk menyusun program pengajaran kepada murid tersebut.

Murid diberikan masa yang cukup supaya mereka dapat menjawab soalan dengan selesa dan tenang

Markah ujian yang diberikan tidak penting, namun yang penting ialah maklumat atau data yang diberi sejauh mana murid itu belajar.
Guru harus meneliti jawapan yang diberikan oleh murid supaya guru mengetahui dan mengenalpastikan kesilapan yang dilakukan oleh murid tersebut Oleh itu, kesilapan murid yang direkodkan menjadi panduan kepada guru untuk mengajar pada masa tertentu.

Analisis ujian diagnostik


1. Jumlah kesalahan yang dilakukan oleh murid hendak direkodkan dalam borang analisis. 2. Hasil analisis ujian diagnostik menjadi asas kepada guru untuk merancang Rancangan Pengajaran Kumpulan (RPK)

Hasil daripada ujian diagnostik


Dapat mengenal pasti pelajar yang mengalami masalah atau kelemahan dalam pembelajaran di arus perdana dapat dikelaskan.

Apabila mengetahui pelajar tersebut, guru pemulihan khas akan menenpatkan pelajar tersebut di dalam kumpulan yang sama kemahiran

CONTOH UJIAN DIAGNOSTIK


BAHASA MELAYU Kemahiran KV + KV

baju topi

kutu

BAHASA MELAYU MATEMATIK PENGAMATAN PENULISAN

PEMBINAAN UJIAN DIAGNOSTIK


BENTUK SOALAN
PADANAN

ANEKA PILIHAN

ISI TEMPAT KOSONG

BENAR ATAU SALAH

Bahasa melayu

Kemahiran : persamaan gambar Bentuk soalan :padanan/suaian Soalan : pandakan gambar yang mempunyai persamaan

A
E I

kemahiran : KV + KVK soalan: Pilih jawapan yang betul.

bakul bajak balik

gong
wang

tong

Contoh soalan benar atau salah Berdasarkan gambar di beri, bulatkan jawapan yang

betul

Saya sedang membaca buku. A. Betul B. Salah

Adik suka makan buah epal. A. Betul B. Salah

Amri dan rakan-rakan sedang bermain bola. A. Betul B. Salah

Matematik

Padanan / suaian soalan: pilih padanan yang betul.

2 3

Pelbagai pilihan / diskriminasi

Soalan: berapakah bilangan bola tersebut? A. 4 B. 7 C. 3 D. 1

Benar / salah Pilih jawapan yang betul


BETUL SALAH 1. 2. 3. 4. 4+1=3 2+3=5 62=4 75=1

UJIAN DIAGNOSTIK PENGAMATAN

Apa itu pengamatan?


Proses yang menimbulkan makna kepada tugasantugasan pancaindera dengan pertolongan pengalamanpengalaman yang lalu (berkait rapat dengan pemikiran kita) Kemahiran yang boleh dikembangkan dan dipelajari (boleh diajar kepada kanak-kanak lemah supaya dapat membantu mereka dalam pembelajaran) Kefahaman terhadap sesuatu perkara atau situasi melalui pancaindera setelah berlakunya proses dalam mental. Pengamatan berkait rapat dengan pemikiran manusia

Pandangan tokoh mengenai pengamatan


Ruth Strang dalam bukunya Reading Diagnosis and Remedition mengatakan satu proses yang bergantung pada kognitif dan kederiaan. Janet W.Learner dalam bukunya Children With Learning Disabilities mentafsirkan satu proses untuk mengenal maklumat daripada tindakan balas pancaindera ataupun mekanisme yang mentafsirkan sesuatu pergerakan pancaindera dengan kuasa intelek.

Objektif Ujian Diagnostik Pengamatan


Mengecam orientasi kedudukan, persamaan atau perbezaan bentuk, corak, saiz, warna, huruf, nombor, suku kata, dan perkataan.

Menentukan sesuatu saiz, jarak kiri ke kanan, serta hubungan antara satu objek dengan objek yang lain.
Mengingati kembali, menyalin atau melengkapkan sesuatu bentuk, corak huruf, nombor, suku kata, perkataan dan ayat.

Menyelaras pergerakan motor- mata tangan khususnya, dari kiri ke kanan atau ke bawah dan dari bawah ke atas. Memahami dan mengingati sesuatu mengikut turutan (sequencing) Memahami dan berupaya mencari jalan untuk menyelesaikan sesuatu masalah

Komponen Ujian pengamatan


Diskriminasi yang sama Diskriminasi yang ganjil dan tidak sama Diskriminasi saiz Diskriminasi kedudukan Koordinasi motor Pertalian jarak Mazing (jalan keluar)

sambungan
Turutan (sequencing) Rajah latar belakang / benda tersembunyi Menyalin (visual copying)

Panduan melaksanakan Ujian pengamatan


Ujian ini sesuai untuk mengesan murid yang sukar menguasai konsep yang terkandung dalam komponen pengamatan Dalam ujian ini, murid diberi dengan pelbagai latihan pengamatan Ujian boleh dijalankan secara kumpulan kecil atau individu Murid telah bersedia dengan peralatan bertulis sebelum memulakan ujian

Arahan diberi kepada murid terang dan jelas Pastikan murid tunjuk dengan jari sebelum menjawab dengan pensil.

PENGAMATAN PENGLIHATAN

Kemahiran : Persamaan Bentuk Soalan : Bulatkan bentuk yang sama bentuk yang ditunjukkan Arahan guru : meminta murid bulatkan bentuk yang sama

Kemahiran 1 : Mengenal abjad huruf besar Soalan: carikan persamaan huruf yang berikut arahan guru: meminta murid menandakan huruf yang sama

A
A B C

Pengamatan pendengaran

KEMAHIRAN MENULIS

Kemahiran menulis merujuk kepada keupayaan murid menulis perkataan dan ayat, dan mengeluarkan idea melalui pelbagai jenis penulisan yang berkaitan dengan ilmu pengetahuan dan pengalaman peribadi yang dilalui.

Penekanan dalam kemahiran menulis ialah terhadap penggunaan ayat yang gramatis, tanda baca dan ejaan yang betul, di samping tulisan yang jelas, cantik dan kemas.

Menulis melibatkan murid-murid supaya berfikir, menyusun dan mengolah idea sebelum dilahirkan dalam bentuk wacana yang lengkap.
Murid-murid juga perlu menguasai struktur karangan seperti tahu menulis panduan, pemerengganan dan menulis kesimpulan.

TUJUAN MENULIS
Melatih murid-murid melahirkan idea. Melatih murid menghujah dan mengembangkan idea. Melatih murid-murid mengembangkan karangan dalam bentuk pemerengganan yang betul. Melatih murid menggunakan bentuk penggunaan bahasa yang betul berdasarkan jenis karangan tertentu.

PERINGKAT KEMAHIRAN MENULIS


Peringkat pramenulis

Peringkat mekanis

Peringkat pelahiran

CONTOH AKTIVITI MENULIS

Ejaan Imlak / Rencana Menulis jawapan pemahaman Menulis karangan Menulis ayat berdasarkan gambar Membina ayat Memanjangkan ayat Menulis rencana Mengisi silang kata Melengkapkan ayat

UJIAN SARINGAN
Instrumen pengukuhan yang menyeluruh terhadap kekuatan dan kelemahan dalam penguasaan kemahiran asas oleh murid. Dilakukan secara individu @ berkumpulan untuk dicalonkan bagi mengikuti Program Pemulihan Khas. Ujian = Menapis & menyaring muridmurid dari kelas perdana.

TUJUAN UJIAN SARINGAN


Untuk memastikan murid yang tercalon sebagai murid pemulihan khas layak menyertai kelas pemulihan khas. Ujian ini juga dilakukan untuk mengelakkan murid-murid tersebut ketinggalan dalam pendidikan di arus perdana.

PENCALONAN MURID

1.Guru kelas

2.Guru besar

3.Ibu bapa

PENGUMPULAN MAKLUMAT

SUMBER SUMBER PENGUMPULAN MAKLUMAT


Ibu bapa
Melihat murid tersebut melalui tingkah laku, kegemaran dan pemerhatian

Guru kelas

Melihat dari segi kedatangan murid tersebut dan perhubungan luar dengan murid

Guru besar

Sentiasa melihat rekod murid, membuat pemerhatian dan perhubungan murid.

Murid-murid memiliki skor yang lemah dalam pembelajaran Jenis masalah yang dihadapi Mempunyai ruang yang ada untuk kelas pemulihan khas.

Lembaran Kerja
Suaikan perkataan dengan gambar

guli

buku
mata meja

jari
topi
4/1/2014 armipda

Lembaran Kerja
Bulatkan perkataan yang sesuai dengan gambar

buku muka gaji kopi

buka mata gula topi

baka mula guli tepi

gari
meja
4/1/2014 armipda

jari
maju

gigi
malu

Anda mungkin juga menyukai