Anda di halaman 1dari 9

Ujian Diagnostik LITERASI

Definisi Ujian Diagnostik (Literasi)


Adalah aktiviti pengukuran yang membolehkan guru LINUS mengesan punca dan kawasan kelemahan secara terperinci yang dihadapi oleh seseorang murid.

Tujuan menjalankan ujian diagnostik


1. Ujian diagnostik bertujuan membantu guru mengenalpasti secara khusus kesulitan- kesulitan yang dihadapi oleh murid dalam pembelajaran.
2. Ujian diagnostik bertujuan membantu guru mengenal pasti punca kegagalan murid untuk menguasai sesuatu kemahiran. 3. Ujian diagnostik bertujuan membantu guru mengenalpasti kumpulan tertentu mengikut kebolehan dan kawasan-kawasan kesukaran yang dihadapi oleh murid.

4. Ujian diagnostik bertujuan membantu guru merancang satu program pengajaran yang khusus pada individu atau kumpulan dengan lebih tepat dan sistematik.

5. Ujian diagnostik bertujuan membolehkan guru merancang dan membina program dan bahan bantu mengajar yang bersesuaian mengikut tahap murid.

Membina Ujian Diagnostik


1. Sebelum membina sesuatu ujian diagnostik, beberapa perkara utama perlu ditentukan : 1.1. Objektif ujian 1.2. Kemahiran yang hendak diuji 1.3. Bagaimana hendak menguji individu / kumpulan. 1.4. Siapa yang hendak diuji sasaran. 2. Ujian yang dirancang dengan teliti, cermat dan sempurna dapat memberikan penilaian yang lebih adil terhadap murid LINUS. Oleh itu, borang JPU perlu disediakan. 3. Ujian berbentuk bacaan dan bertulis lebih sesuai untuk menilai kesukaran yang dihadapi oleh murid dalam pembelajaran.

4. Kemahiran tersebut mestilah telah diajar sebelum ia diuji. Kemahiran tersebut hendaklah disusun dari senang ke susah.

5. Item yang hendak dibina mestilah berdasarkan kemahiran yang telah diperincikan terlebih dahulu.

Pelaksanaan dan Panduan Mentadbir ujian diagnostik


1. Ujian diagnostik hendaklah dilaksanakan setelah guru mengenal pasti murid-murid yang dipilih mengikuti program LINUS.
2. Ujian diagnostik bacaan dijalankan secara individu, sementara ujian diagnostik bertulis dijalankan secara kumpulan kecil tidak melebihi empat orang dalam satu masa. 3. Ujian ini disediakan mengikut turutan kognitif yang paling rendah kepada yang paling tinggi pengetahuan, pemahaman, penggunaan, maka hendaklah dimulakan dengan ujian bacaan dan diikuti dengan ujian bertulis. 4. Ujian ini hendaklah dihentikan sekiranya seseorang yang diuji itu didapati gagal menjawab semua item dengan betul dalam TIGA kemahiran berturut-turut.

5. Hasil keputusan ujian bacaan dan tulisan hendaklah direkodkan.


6. Keputusan ujian diagnostik dapat memberi panduan kepada guru untuk menyusun satu program pengajaran kepada murid tersebut.

7. Berikan masa yang cukup kepada murid untuk menjawab soalan supaya mereka dapat menjawab dengan tenang dan selesa.
8. Markah ujian yang diberi tidak penting, tetapi yang penting ialah keterangan-keterangan atau data-data yang diberi bagaimana cara murid belajar. 9. Semua jawapan hendaklah diteliti oleh guru supaya guru tahu apa yang murid tidak tahu dan di mana kesilapan mereka. 10. Setiap kesalahan dan kesilapan murid hendaklah direkodkan untuk menjadi panduan kepada guru pada satu masa yang lain.

Bila perlu dijalankan diagnostik?


Untuk melihat kesediaan murid. Kedapatan murid yang lemah. Semasa pengajaran dan pembelajaran. Selepas sesuatu ujian saringan.

Anda mungkin juga menyukai