Anda di halaman 1dari 10

PENDIDIKAN SENI VISUAL PENGALAMAN MENGGUNAKAN MEDIA LUKISAN NAMA PENSYARAH: DR.

ROSMAWATI BINTI HARUN NAMA PELAJAR: VIVIDIANA BINTI BASRAN NO KAD PENGENALAN: 910805-12-6018
1

ISI KANDUNGAN

ISI Pengenalan Contoh bahan lukisan Pengalaman menggunakan media lukisan Penutup dan lampiran

MUKA SURAT

3-4 5-7 8-9 10

PENGENALAN
Seni visual merupakan hasil ciptaan yang boleh dinampak melalui pengelihatan mata. Ia juga bersumberkan daya fikiran dan kesenian yang mutlak yang dicetuskan oleh minda seseorang. Melalui seni visual, kita dapat menterjemahkan seni kepada objek yang seperti gambar, arca model dan sebagainya. Pendidikan Seni Visual di peringkat PRASEKOLAH bertujuan memberi peluang kepada murid memupuk minat, memperkembangkan keperibadian, memberi

kesedaran dan kepekaan terhadap nilai-nilai kesenian dan alam sekitar serta kaitannya dengan mata pelajaran lain. Umumnya, murid di sekolah rendah pada keseluruhan adalah kreatif, ekspresif dan aktif. Seni Visual memainkan peranan memperkembangkan sifat-sifat ini melalui persepsi visual, imaginasi, dan daya pemikiran. Kegiatan pemikiran, penerokaan, dan reka bentuk dalam pelbagai jenis seni visual akan membolehkan mereka menyatakan idea dan ekspresi diri.

Pengalaman ini penting kerana dapat membantu murid membina keyakinan diri, membuat penilaian, dan mengenali cita rasanya tersendiri. Pendidikan Seni Visual merangkumi tajuk-tajuk yang menegaskan penerokaan, proses penghasilan, pengertian seni secara menyeluruh. Dokumen Standard Seni Visual merangkumi tajuk-tajuk yang menegaskan penerokaan, proses penghasilan, pengertian seni secara menyeluruh, dan aspek kritikan. Diharapkan dengan adanya Pendidikan Seni Visual di sekolah rendah akan dapat membentuk keperibadian generasi Malaysia yang celik budaya kesenian. MATLAMAT Matlamat mata pelajaran Seni Visual Prasekolah adalah untuk melahirkan insan yang harmonis, kritis, kreatif dan produktif menerusi pemupukan asas seni visual. Kandungan kurikulum berupaya membantu murid meningkatkan rasa kesyukuran terhadap Tuhan, menghargai keindahan alam persekitaran, keindahan seni dan warisan bangsa serta dapat menyumbang ke arah pembangunan diri, keluarga, masyarakat, dan negara, selaras dengan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

OBJEKTIF
Setelah mengikuti Kurikulum Seni Visual sekolah rendah murid dapat: 1. menghargai keindahan alam ciptaan Tuhan 2. melibatkan diri dalam kegiatan seni visual secara aktif, kritis, kreatif dan menyeronokkan 3. menajamkan daya imaginasi melalui pancaindera 4. mengenali asas seni reka dan olahan serta dapat menggunakannya

5. mengembangkan kemahiran asas dalam pelbagai kegiatan seni visual 6. membiasakan diri membuat rekaan seni dengan teratur, cermat, dan selamat

7. memupuk nilai-nilai kerjasama, yakin diri, disipilin diri, dan bertanggungjawab 8. mengenal dan menghargai tokoh seni dan budaya tanah air

9. menggunakan kemudahan teknologi dalam kegiatan penghasilan seni visual 10. melibatkan diri dalam kegiatan seni visual sebagai aktiviti kesenggangan yang berfaedah Seni visual dapat dihasilkan dengan menggunakan pelbagai jenis media. Antaranya ialah :I. II. III. IV. V. Media lukisan Media catan Media binaan Media kertas Media kraf

BAHAN LUKISAN Pensel merupakan media serba

boleh dalam bidang lukisan. Ia digunakan untuk menghasilkan pelbagai nilai di atas banyak permukaan. Pensel digolongkan mengikut nilai kekerasannya. Pensel 6H ( paling keras ) hingga H; kemudian HB; seterusnya B, 1B hingga 8B (paling lembut). Pensel lembut seperti HB atau B adalah sesuai untuk lukisan biasa. Jika pensel HB atau B digunakan secara tajam, ia akan menghasilkan garisan yang tajam dan jika ditekan garisan yang terbentuk akan lebih tinggi nilai kepekatannya. Pensel HB atau pensel yang lembut adalah lebih senang untuk dikawal berbanding pensel yang keras. Garisan yang dihasilkan oleh pensel lembut boleh dicomotkan dengan kaedah gosokan dengan tangan atau pemadam. Jika terlalu banyak bahagian sesebuah lukisan itu dicomotkan, lukisan itu akan kelihatan samar samar. ARANG Arang merupakan bahan yang memberi kebebasan untuk menghasilkan lukisan secara spontan. Arang yang pendek adalah lebih senang digunakan. Comotan dengan tangan atau pemadam akan menghasilkan pelbagai jalinan dalam lukisan menggunakan arang. Manakala kesalahan pula adalah senang untuk diperbaiki kerana lukisan asal senang

dipadamkan dengan menggunakan kain. Hasil lukisan yang telah siap mestilah disemburkan dengan bahan pemati dan seterusnya dilindungi dengan kertas tisu bagi mengelakkan comotan.

PEN DAKWAT Pen dakwat adalah salah satu alat melukis yang senang untuk digunakan. Pen seperti Rapidograph, Rotring dan Faber Castle mempunyai mata pen yang pelbagai saiz. Dakwat kalis air akan menghasilkan kesan warna yang legap. Dakwat biasa adalah kurang legap jika digunakan dan akan memberi beberapa nilai warna jika digunakan secara terkawal. Air boleh dicampurkan kepada dakwat jika warna yang lebih terang diperlukan. PEN MATA BOLA Pen mata bola sesuai digunakan untuk lakaran yang ringkas atau contengan, tetapi sukar untuk menghasilkan lukisan yang pelbagai nilai warna dengan menggunakan pen yang sama. PEN FELT Pen felt sesuai digunakan untuk lakaran atau contengan.

CONTE CRAYON Conte crayon mempunyai kekerasan yang berbeza. Cara menggunakan conte crayon adalah sama seperti

menggunakan menggunakan arang. KRAYON LILIN Krayon lilin lembut tetapi sukar untuk dipadam setelah dilukis. Salah satu ciri istimewa crayon lilin adalah gurisan boleh dibuat di atas lukisan untuk menimbulkan kesan yang menarik.

PASTEL Pastel adalah lebih lembut daripada krayon lilin dan mempunyai banyak warna. BERUS Berus telah lama digunakan oleh pelukis pelukis Cina dan Jepun sebagai alatan melukis mereka. Lazimnya, berus yang besar boleh menghasilkan garisan yang nipis jika dikawal dengan betul. Berus yang kecil pula mampu menghasilkan garisan yang tebal daripada garisan yang dihasilkan dengan mata pen yang lebar.

PENGALAMAN MENGGUNAKAN MEDIA LUKISAN

PENSEL

Semasa saya melukis lukisan menggunakan

pensel 2B, saya mendapati sangat mudah untuk saya melukis sesebuah lukisan. Saya dapat mengukir apa-apa bentuk dalam menghasilkan karya lukisan. Namun, kelemahan menggunakan pensel jenis ini ialah agak sukar untuk menghasilkan garis bayangan kerana mata pensel yang tidak besar.

Berbeza pula dengan pengalaman saya menggunakan pensel 7B, saya mendapati mata pensel jenis ini lebih tebal berbanding pensel jenis 2B. saya dapat melakar sesebuah bentuk tanpa terlalu menekan mata pensel pada permukaan

kertas. Kesan dakwat pensel juga lebih terang dan sangat mudah untuk saya menghasilkan kesan bayangan pada sesuatu lukisan.

PENSEL KRAYON OIL PASTELS


Semasa menggunakan media ini,saya dapat menggunakan pelbagai teknik mewarna, hasil warnaan juga lebih cantik berbanding menggunakan pensel 2B dan 7B. Semasa menggunakan krayon, saya dapat

menghasilkan pelbagai campuran warna dan lukisan juga nampak lebih nyata. Namun begitu penggunaan pensei krayon juga ada kekurangannya. Jika kita tidak mahir, lukisan akan kotor dengan kesan warna. Selain itu, saya juga mengalami kesukaran untuk mewarna bahagian-bahagian yang kecil seperti tangkai bunga dan sebagainya.

PEN DAKWAT

Saya juga menggunakan pen dalam menghasilkan sesebuah karya. Namun penggunaan pen tidak terlalu menonjol di dalam lukisan. Saya telah menggunakan menghasilkan pen highlight untuk pada

garisan setiap lukisan yang saya telah hasilkan. Namun begitu, saya tidak berapa menyukai melukis menggunakan pen kerana sukar dipadam dan menyebabkan

lukisan manjadi kotor.

PENUTUP
Kita dapat terokai lebih banyak bahan-bahan yang sering digunakan apabila mewarna. Antaranya ialah warna pensil, krayon, warna air, magic colour, dan sebagainya. Di pra sekolah, bahan mewarna yang sering menjadi pilihan ialah warna pensil dan juga krayon. Saya ingin berkongsi sedikit beberapa teknik yang perlu dilakukan apabila mewarna supaya lukisan yang dihasilkan itu menarik. Apabila mewarna, tentukan arah cahaya supaya dapat memberikan kesan pencahayaan seperti bayang, pembalikan cahaya dan sebagainya. Penggunaan ton warna juga dapat membantu menghasilkan kesan pencahayaan. Kita perlu bijak menggunakan campuran warna dan jangan takut bermain dengan warna. Di sini, saya ada sertakan beberapa contoh karya yang menggunakan teknik yang saya sebutkan tadi.

RUJUKAN http://esenivisual.blogspot.com/2008/09/bahan-dan-media.html 7.12.2013 http://marieyaghazali.blogspot.com/ http://2.bp.blogspot.com/-

10

Anda mungkin juga menyukai