Anda di halaman 1dari 8

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN BAHASA MELAYU TAHUN 5 Mata Pelajaran Tarikh Masa Tahun Bilangan murid Tema Tajuk

: Bahasa Melayu : 26 Februari 2013 : 8.30 pagi 9.30 pagi : 5 Darussalam : 26/26 orang : Patriotisme : Lahirku Bertuah di Bumi Malaysia

Hasil Pembelajaran : Fokus Utama 7.3 : Membaca dan menghayati pelbagai bahan sastera yang berkualiti untuk meningkatkan dan memperkukuhkan minat membaca. Aras 2 i. Fokus Sampingan Mengumpul maklumat tentang isi kandungan bahan yang dibaca.

11.2

Mengulas karya karya bukan sastera dari segi penggunaan perkataan, idea, ayat, wacana,nilai dan pengajaran. Aras 3 i. Mengemukakan pendapat tentang mesej dan nilai yang terdapat dalam bahan.

Objektif Pelajaran : Pada akhir pelajaran ini murid dapat 1. Membaca cerita Lahirku di Bumi Malaysia dan mengumpulkan maklumat tentang nilai dan pengajaran yang terdapat dalam cerita ini. 2. Menulis sekurang-kurangnya 2 daripada 3 nilai murni dan pengajaran yang terdapat dalam cerita Lahirku Bertuah di Bumi Malaysia. 3. Murid dapat memindahkan ilmu bacaan kepada bentuk pengalaman dialog dan lakonan. Sistem Bahasa : Kosa kata : merentap , memekakkan, menusuk, memercik , berpinar mengimbau, derapan, menekup Pengisian Kurikulum 1. Ilmu 2. Nilai Murni 3. Kemahiran Bernilai Tambah a. Kemahiran Berfikir : menganalisis, mencirikan, membuat kesimpulan b. Kemahiran Belajar Cara Belajar : membaca secara luncuran, mencatat nota c. Kecerdasan Pelbagai : Interpersonal, Verbal linguistik, Visual ruang Pengetahuan Sedia Ada : Murid pernah menonton cerita tentang keganasan pihak komunis di televisyen. Bahan Bantu Mengajar : 1. Petikan cerita bertajuk Lahirku Bertuah di Bum Malaysia 2. Video multimedia 3. Lembaran Kerja : Sastera : Kesyukuran, keberanian, kasih sayang ,

Langkah Masa

Isi pelajaran

Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran

Catatan

Set Induksi 5minit

1. video berkenaan peperangan 2.Contoh soalan: Apa yang sedang murid lihat? Contoh jawapan: Peperangan, keganasan

1.Murid ditayangkan dengan video mengenai peperangan. 2. Murid disoal tentang video tersebut. 3. Guru mengaitkan video berkenaan dengan tajuk yang akan dipelajari pada hari itu.

Kemahiran berfikir: menjana idea Kecergasan pelbagai: Verbal linguistik

BBM : multimedia

Langkah 1 10 minit

1.Teks cerita Lahirku Bertuah di Bumi Malaysia (Lampiran 1) 2.Memahami teks yang dibaca. 3.Kosa kata - merentap - memekakkan - menusuk - memercik - berpinar - mengimbau - derapan -menekup

1.Murid diedarkan petikan yang bertajuk Lahirku Bertuah di Bumi Malaysia. 2.Tiga orang murid dipilih secara rawak untuk membacakan petikan secara bergilir mengikut perenggan. 3. Murid dibahagikan kepada 5 kumpuan. Setiap kumpulan diminta membaca cerita mengikut perenggan secara bergilir. 4.Murid diminta menyenaraikan perkataan yang tidak difahami dalam petikan tersebut. 5.Guru menerangkan makna perkataan tersebut .

BBM : Petikan

Kecerdasan Pelbagai: Verbal linguistik

Nilai : bekerjasama Kemahiran BCB: membaca

Langkah 2 25 minit

1.Teknik lakonan 2. Teks cerita Lahirku Bertuah di Bumi Malaysia (Lampiran 1)

1.Berdasarkan teks yang diberikan murid berbincang sesama mereka dan mengenalpasti watak yang terdapat dalam teks yang dibaca 2. Kemudian murid akan menghasilkan dialog yang sesuai bagi watak yang terdapat dalam teks tersebut 3. setiap kumpulan diminta untuk membahagikan watak kepada ahli kumpulan dan diminta untuk melakonkan aksi berdasarkan dialog yang telah mereka hasilkan.

BBM: Petikan

Kecerdasan Pelbagai: Verbal linguistik

Nilai murni: Keyakinan kerjasama

Langkah 3 15 minit

1.Nilai dan pengajaran yang terdapat dalam cerita Lampiran 2

1.Secara individu murid diminta untuk menulis nilai dan pengajaran yang terdapat dalam cerita Lahirku Bertuah di Bumi Malaysia pada buku latihan bahasa Melayu 2.Murid menulis nilai dan pengajaran dalam satu perenggan berdasarkan isi-isi tang telah diberi.

BBM : Petikan

Kemahiran belajar cara belajar: menulis nota

Kemahiran berfikir:

Pemulihan Keberanian Kesyukuran Kasih sayang

1.Murid pemulihan diminta menyalin nilai murni yang terdapat dalam petikan ke dalam buku latihan dengan bimbingan guru.

mencirikan dan membuat kesimpulan

Nilai murni: tekun

Pengayaan Sajak Tanah Pusaka Tercinta Lampiran 3

1. Murid diminta menyenaraikan nilai murni yang terdapat dalam sajak yang bertajuk Tanah Pusaka Tercinta

Penutup 5 minit

Kognitif 1.Penerapan nilai murni -kesyukuran -keberanian -kasih saying 2, Sosial Penghargaan

1.Guru menasihati murid supaya bersyukur kerana dilahirkan di bumi Malaysia dan menghargai keamanan negara kita. 2.Guru meminta murid menyenaraikan nilai murni yang terdapat dalam cerita tersebut. 3.Guru mengucapkan terima kasih atas kerjasama murid.

Kecerdasan Pelbagai: Verbal linguistik

Refleksi

Lampiran 1 Petikan Lahirku Bertuah di Bumi Malaysia Aku memegang tangan adik kecilku dengan erat.Aku bimbang kalau-kalau terlepas tangan kecil itu, aku akan kehilangannya.Kadang-kadang dia cuba merentap tangannya.Mungkin kesakitan dek genggaman kuat tanganku.Bunyi bedilan meriam dan senapang bertalu-talu.Aku hanya memekakkan telinga. Aku terus berlari mencari tempat yang kukira selamat untuk bersembunyi.Tapak kecil adikku seolah-olah tidak menjejak bumi.Aku tidak peduli.Keadaan kami bagai telur dihujung tanduk. Cukuplah aku leka, tamatlah riwayat kami. Aku sangat

mengasihinya.Cukuplah aku kehilangan ibu bapa dan adik-adikku yang lain.Dia saudara yang aku ada kini. Mayat bergelimpangan di sana sini.Bau hanyir menusuk hidung.tiba-tiba, aku ternampak sepasukan tentera sedang menuju ke tempat persembunyian kami.Aku membatukan diri.Kakiku menggeletar. Ku genggam tangan adikku sambil memeluknya erat.Semoga kelibat kami tidak dilihat oleh mereka.Bunyi tembakan dan jeritan silih berganti.Aku tahu beberapa orang dibunuh.Giliranku bila? Aku berdoa agar kami berdua selamat.Aku tidak mahu menjejak anggota bersembunyi berhampiran dengan kami telah

keluargaku yang lain.Kami berdua sahaja waris yang tinggal bagi keturunan kami.Datuk,nenek dan kerabat yang lain telah lama tewas.Aku terus berdoa. Derapak sepatu tentera mengejutkan kami.Pelukanku semakin kemas.Aku menekup mulut adikku.peluh memercik di dahi.Adik kecilku yang tidak mengerti apaapa mula meronta-ronta.Rontaannya yang semakin kuat menyebabkan pelukannya terlerai.Adik berlari keluar sambil menangis.Turt! Trut! Trut! Bunyi itu menerjah ke telingaku.Tubuh kecil adikku rebah ke bumi.Aku terpempan.Aku menerpa ke arahnya.Tubuhnya longlai dan dibasahi darah.Aku memeluk tubuh kaku adikku.Aku menangis semahu-mahuku.Tuhan sahaja mengetahui betapa luluhnya

hatiku saat itu.Tubuh adikku ditembusi berpuluh-puluh butir peluru.Aku memeluknya erat. Tiba-tiba ,sebutir peluru singgah didadaku.Aku terpelanting.Sakitnya bukan kepalang.Mataku berpinar-pinar. Aku bingkas bangun.Aku mengucap panjang.Terasa lega.Bermimpi ruparupanya aku.Aku termenung sambal mengimbau mimpiku.Aku bersyukur kerana aku tidak perlu melalui segala kegetiran dan kesengsaraan yang dialami oleh sesetengah pendudk di negara lain.Aku berdoa agar negaraku tetap merdeka.Sesungguhnya, aku sangat bertuah kerana di lahirka di bumi ini.

Lampiran 2

Tanah Pusaka Tercinta Malaysiaku tercinta Disini tumpahnya darahku Disini tanah air yang kucinta Setiaku tidak akan berbelah bahagi Bakti kuberi Demi agama dan bangsa

Negara yang kukagumi Bersatu padu bertoleransi Cabaran dan rintangan Kita patahkan bersama Demi kemakmuranmu

Wahai teman Curahkan kesetiaan Curahkan kasih sayang Suburkan patriotism Bersama menggapai cemerlang Menjadikan tanah pusaka kita terbilang

Inilah tanah pusaka kita Kedaulatannya pertahankan sentiasa

Anda mungkin juga menyukai