Anda di halaman 1dari 17

Disediakan oleh: Ariff al-baqi Nursyahira Nurul majidah Wan Iskendar

a) Nyatakan maksud SQ3R b) Jelaskan tunjuk cara penggunaan teknik tersebut beserta contoh

c) tunjuk cara membina skop lingkaran soalan dan fokus soalan berdasarkan kurikulum.

S - Survey (Kaji)

Q - Question (Soal)

R - Read (Baca)

R - Recite (Lafazkan semula)

R - Review (Ulang)

S - Survey (Kaji) - Mengumpul maklumat yang diperlukan supaya anda boleh fokus kepada apa yang dibaca dan fikirkan apa yang mahu dicapai melalui pembacaan.

Baca tajuk buku atau bahan bacaan yang anda hendak baca itu. Perhatikan tajuknya betul-betul. Fikirkan, apa agaknya maksud tajuk itu. Baca arahan, pembuka kata atau pengenalan oleh penulis buku tersebut. Selalunya, setiap bab dalam buku ada diselitkan ringkasan mengenai bab tersebut. Baca ringkasan itu dahulu untuk mendapat idea apa yang anda akan baca sebentar lagi.

Perhatikan sebarang huruf besar atau huruf yang dihitamkan dan digariskan. Itu semua adalah petunjuk bahawa ia adalah penting untuk anda ketahui. Perhatikan jika anda gambar atau ilustrasi megenai bab yang akan anda baca. Ilustrasi dan gambar sangat membantu dalam memahami sesuatu. Ia juga banyak membantu anda untuk mengingat kerana anda lebih mudah untuk mengingat gambar, berbanding tulisan. Teka, apa agaknya yang akan anda baca sebentar lagi.

Q - Question (Soal) - Menyoal diri sendiri untuk membantu minda anda fokus kepada apa yang sedang anda lakukan.

Soal diri anda, buku ini / topik ini berkenaan apa? Buka bahagian akhir bab itu dan cari soalan mengenai bab tersebut. Baca soalan-soalan itu dan cuba fikirkan sama ada anda tahu jawapannya atau tidak. Cuba teka dahulu apakah jawapan kepada soalan itu semua. Ini akan membuat minda anda semakin aktif dan fokus kepada apa yang anda akan baca.

Soal diri anda, berapa lama aku perlu ambil masa untuk baca bab ini? Apabila anda tetapkan masa untuk membacanya, anda akan jadi lebih fokus dan berkesan. Anda akan tumpukan sepenuh perhatian kerana anda perlu habiskan membacanya dalam maca tertentu. Semasa membaca, apabila ada fakta atau cerita yang anda rasa tidak faham atau jelas, Perasaan ingin tahu ini pula timbul apabila anda menyoal diri anda tentang apa yang anda baca.

R - Read (Baca) - Baca untuk mengisi maklumat ke dalam struktur pengetahuan yang telah anda bina melalui langkah S dan Q.

Untuk lebih mudah ingat soalan-soalan yang telah anda fikirkan, tuliskan soalan-soalan tersebut di atas kertas dan letakkan kertas itu di sebelah anda ketika membaca. Sekalisekala, lihat semula kertas itu untuk mengingatkan diri anda kepada soalansoalan tersebut. Ketika membaca, pelajar mungkin juga akan menyenaraikan soalan-soalan tambahan, berdasarkan perkembangan kefahaman dan keinginannya sepanjang melakukan pembacaan. Pelajar mungkin juga mempersoal pendapat atau maklumat yang terdapat yang ditemuinya.

R - Recite (Lafazkan semula) - Melatih minda anda supaya fokus dan belajar sambil membaca.

Elakkan daripada membaca kesemua bab sekaligus tanpa berhenti Selepas habis membaca satu-satu bahagian , cuba ingat semula apa yang telah anda baca. Ingat semula soalan-soalan anda dalam langkah awal tadi dan cuba jawab soalansoalan tersebut. Aktiviti ini akan menambahkan kecekapan anda dalam mencari sesuatu maklumat dalam buku atau mana-mana bahan bacaan. jangan teruskan membaca selagi anda tidak tahu apa jawapan yang anda sedang cari melalui bab tersebut.

R - Review (Ulang) - Menyusun maklumat yang anda telah perolehi di dalam minda dan mula proses untuk mengingatinya.

Setelah anda habis membaca, lihat semula semua soalan yang telah anda fikirkan tadi. Cuba jawab semua soalan itu di dalam minda anda. Jika anda rasa anda yang anda tidak berapa ingat, anda boleh buka semula muka surat yang berkenaan dan cari maklumat tersebut.

Akhir sekali, antara aktiviti yang paling berkesan untuk membuat anda ingat apa yang anda baca ialah dengan menulisnya di atas kertas. Anda cuma perlu menuliskan isiisi penting yang telah anda pelajari menggunakan ayat anda sendiri.

http://www.osmanaffan.com/sq3r.htm http://akhmadsudrajat.wordpress.com/2008 /06/24/teknik-membaca-sq3r/

Anda mungkin juga menyukai