Anda di halaman 1dari 24

Muka Surat |1

1.0 PENGENALAN

Masyarakat kita mempunyai pandangan yang berbeza dalam memberi pengertian mengenai disiplin. Ada yang memberi pandangan yang positif dan ada juga yang memberi pandangan yang negatif mengenai disiplin. Bagi yang berfikiran positif, itu adalah yang sebaiknya tetapi bagaimana pula yang berpandangan negatif terhadap disiplin.

Pandangan yang negatif terhadap disiplin menjadi isu yang semakin popular pada masa ini. Ia melibatkan individu dan juga masyarakat. Apa yang diperkatakan sekarang ialah masalah disiplin di sekolah semakin menjadi-jadi dan semakin menular bukan saja di dalam sekolah malah di luar kawasan sekolah yang melibatkan pelajar sekolah menengah. Dapat kita lihat angka-angka ini menunjukkan penurunan dari segi penglibatan pelajar dengan pelbagai masalah disiplin. Walaupun peratusannya kecil, jika ditukar kepada angka, bilangannya agak ramai. Boleh dikatakan masalah disiplin di kalangan pelajar sekolah menengah masih lagi tidak terkawal dan sering menjadi tajuk hangat yang dibincangkan oleh pelbagai pihak.

Untuk memerangi gejala ponteng sekolah, kementerian dan polis bersetuju supaya masalah ponteng sekolah diangkat kepada jemaah menteri kerana aspek undang-undang juga perlu dilihat, dan ada kaitan dengan Akta Kanak-Kanak 2001. Pihak media masa, sama ada media cetak atau elektronik sentiasa memberi liputan yang meluas terhadap isu ini. Saban hari kita disajikan dengan berita berita kemerosotan disiplin di kalangan pelajar sekolah.

Masalah disiplin pelajar bukanlah perkara yang baru, bahkan ia berlaku semenjak dahulu lagi. Cuma yang berbeza ialah dari segi jenis kesalahan yang dilakukan. Misalnya, kini penglibatan pelajar dalam penyalahgunaan dadah adalah lebih ketara. P.F.Oliva ( 1956 ) menyatakan disiplin merujuk kepada kawalan diri, kawalan dari luar, keadaan bilik darjah yang teratur, kursus pengajian yang sistematik, cara penetapan peraturan dan penggunaan hukuman.

Muka Surat |2

Dalam konteks pendidikan di sekolah, disiplin dikaitkan dengan kawalan serta peraturan bertulis, kepatuhan, kesetiaan pada sesuatu badan atau orang yang berkuasa, bekerja dengan tertib dan mengikut arahan, menghormati hak individu yang lain, latihan ke arah pembentukan tingkah laku positif atau akhlak yang mulia, sedia berkhidmat dan penggunaan hukuman atau dendaan jika perlu. 2.0 JENIS JENIS MASALAH DISIPLIN

Sejak kebelakangan ini berbagai cerita tentang isu yang berkaitan tentang masalah disiplin di sekolah telah ditimbulkan. Pelajar merokok, merosakkan harta benda sekolah, melawan dan mengancam guru, ponteng dan sebagainya. Masalah ini berlaku tidak kira sama ada di sekolah bandar atau luar bandar mahupun sekolah biasa atau sekolah berasrama penuh. Sikap para pelajar sekarang ada yang menjangkau fikiran kita.

Buli Merokok Ponteng sekolah Vandalisme

2.1

Buli

Buli bermaksud perbuatan mengasari orang yang lemah dengan tujuan atau maksud untuk menunjukkan kekuatan masing-masing. Perbuatan membuli

merupakan perbuatan yang tidak baik serta boleh membuatkan orang lain boleh menjadi mangsa serta boleh mendatangkan ketidakselesaan kepada orang lain.

Mengikut kajian yang dilakukan oleh Presiden Persatuan Psikologi Malaysia, Datin Dr. Nora Fauziah Yaakub, terdapat beberapa tahap untuk menangani masalah buli iaitu, Pihak sekolah perlulah mendapatkan maklumat tentang kes buli yang berlaku di sekolah masing-masing, sama ada dalam bentuk psikologi atau fizikal.

Muka Surat |3

Selain itu, pelajar juga boleh menulis kes-kes buli yang telah mereka alami. Untuk mendapatkan respons tertinggi tentang perkara ini, identiti pelajar perlulah dirahsiakan. Selain itu, pihak sekolah perlu wujudkan satu jawatankuasa penyelaras anti buli peringkat sekolah. Antara ahli yang terlibat terdiri daripada pengetua sekolah, guru kaunseling, guru disiplin, wakil ibu bapa, dan wakil pelajar. Mereka berperanan mengurus program antibuli dan menilai keberkesanannya.

Manakala bagi tahap individu, tahap ini biasanya akan melibatkan pembuli dan mangsa. Jawatankuasa penyelaras anti buli hendaklah mengadakan perbincangan menyelesaikan masalah tersebut bukan sahaja dengan pembuli dan mangsa, tetapi juga ibu bapa atau penjaga mereka. Selain itu, guru kaunseling juga bolehlah mengadakan sesi yang memainkan peranan terhadap tingkah laku empati(daya menyelami dan memahami perasaan dan emosi orang lain) atau tidak agresif dengan pembuli. Latihan pemulihan pula perlu diadakan dengan mangsa. 2.2 Merokok

Berdasarkan hasil tinjauan Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan (National Health AndMorbidity Survey) pada tahun 1995 prevalen perokok di kalangan remaja berumur 12-18 tahun pada tahun itu secara keseluruhan ialah 16.7 %. Secara berasingan prevalen perokok di kalangan remaja lelaki ialah 30 % dan remaja perempuan ialah 5 %. Suatu kajian susulan yang dijalankan oleh Bahagian Kawalan Penyakit, Kementerian Kesihatan Malaysia pada tahun 2000, menunjukkan prevalen perokok di kalangan remaja ini telah meningkat kepada 18 %. Peningkatan prevalen perokok di kalangan remaja daripada 16.7 % pada tahun 1995 kepada 18 % pada tahun 2000 adalah kerana peningkatan mendadak prevalen perokok di kalangan remaja perempuan daripada 5 % kepada 8 %. Laporan Kementerian Kesihatan dalam kempen Anti Merokok Tak Nak (2004) telah menyenaraikan beberapa penyakit kronik kesan daripada merokok antaranya ialah kanser paru-paru, COPD (enfisima dan bronkitis), kanser kerongkong, kanser mulut dan tekak, kanser esophagus, strok, crohns disease, penyakit jantung ischemia, kanser pundi kencing, artherosclerosis, ulser pepetik, kanser pancreas dan pneumonia. Selain dari itu, merokok juga mempercepatkan

Muka Surat |4

proses penuaan dan memendekkan usia seseorang. Berdasarkan Jadual di bawah yang dilaporkan oleh Kementerian Kesihatan dalam kempen Cara Hidup Sihat (2003) yang menyatakan mengapa seseorang itu perlu berhenti merokok dari sudut ekonomi. Berhenti merokok, perbelanjaan mendapatkan rawatan penyakit akibat merokok dapat dijimatkan selain menjimatkan wang. Bil. Batang Rokok Kos Rokok Sehari (RM) Seminggu Sebulan Setahun 5 Tahun 10 Tahun 17.50 75.00 900.00 4500.00 9000.00 35.00 150.00 1800.00 9000.00 18000.00 52.50 225.00 2700.00 13500.00 27000.00 70.00 300.00 3600.00 18000.00 36000.00 10 2.50 20 5.00 30 7.50 40 10.00

Rajah: Mengapa perokok perlu berhenti dari sudut ekonomi? Sumber : Kempen Cara Hidup Sihat (2003)

Bagi membendung permasalahan ini, pihak kerajaan telah mewujudkan Peraturan 8 AKawalan Hasil Tembakau (1997) adalah menjadi satu kesalahan bagi remaja yang berumur 18 tahun ke bawah untuk merokok, membeli atau memiliki sebarang hasil tembakau. Remaja-remaja yang didapati bersalah di bawah peraturan ini, boleh dikenakan kompaun sehingga RM 1000.00. Ini bertepatan dengan kehendak ajaran Islam itu sendiri di mana ajaran Islam melarang umatnya melakukan sesuatu yang membahayakan diri dan masyarakat.

2.3

Ponteng Sekolah

Kes ponteng sekolah terutamanya mencatat bilangan yang tertinggi berbanding dengan kes-kes disiplin yang lain. Gejala ponteng sekolah di kalangan pelajar-pelajar sekolah bertambah dengan kadar yang serius bagai cendawan

Muka Surat |5

tumbuh selepas hujan walaupun berbagai-bagai langkah telah dilaksanakan bagi menangani masalah ini.

Menurut Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Mahadzir Mohd Khir dalam Utusan Malaysia (15 Oktober 2004), isu ponteng kini berada pada tahap kritikal dan dianggap sebagai langkah pertama remaja memasuki dunia yang penuh dengan masalah. Pelajar sekolah menengah terutamanya di peringkat usia 14 dan 15 tahun, dikenalpasti sebagai kumpulan majoriti yang terbabit dengan gejala ponteng (Berita Harian, 2 April 2001).

Usaha bersepadu seluruh masyarakat amat diperlukan bagi mencari punca sebenar masalah ponteng ini agar dapat ditangani di peringkat akar umbi kerana ia dikhuatiri menyebabkan masalah yang lebih serius. Justeru itu, jika usaha menanganinya tidak dapat dilaksanakan segera, kemungkinan perangkaan ini terus meningkat dan memberi kesan kurang baik kepada sistem pendidikan negara dan masa depan generasi muda.

2.4

Vandalisme Vandalisme bukanlah satu isu baru di Malaysia, malah ia hangat

diperbincangkan oleh media massa. Kamus Oxford Advanced Learners mentakrifkan vandalisme sebagai willfully destroy or damage (public property) dan vandal sebagai person who willfully destroys or damage works of art, public and private property, the beauties of nature, etc. Di mana-mana sahaja kita sering terserempak dengan bangunan yang diconteng dan dilukis dengan lukisan yang sungguh abstrak. Gambar-gambar dan lukisan lucah mudah sahaja dijumpai pada tembok-tembok, batu-bata di tepi pantai, tandas-tandas awam, pondok telefon dan di bangunan sekolah termasuk kerusi dan meja pelajar.

Segala golongan yang dikaitkan dengan perbuatan yang tidak berakhlak ini adalah pelajar-pelajar sekolah dan remaja serta para penganggur yang kerjanya hanya melepak di kompleks membeli belah, pengacau orang lalu lalang dan menjadi kutu malam. Golongan ini kerap menjadi sasaran, kritikan dan tuduhan bahawa mereka terlibat dengan perbuatan-perbuatan yang disebut vandalisme. Di Barat

Muka Surat |6

fenomena vandalisme dengan perbuatan-perbuatan yang disebut vandalisme. Di Barat fenomena dua vandalisme dikaitkan dengan pemuda-pemudi punk dan rock. Budaya Barat yang menular ke negara ini melalui media massa telah mempengaruhi pola tingkah laku pelajar dan remaja kita.

Di Malaysia, perbuatan merosakkan harta benda di sekolah dikategorikan sebagai salah laku yang berat dan serius. Ini terbukti apabila sejak 1968 lagi, Kementerian Pendidikan Malaysia telah mengedarkan surat pekeliling yang membenarkan pelajar-pelajar yang melakukan kesalahan ini dibuang dan digantung sementara waktu, di bawah undang-undang 1.3.5 merosak atau membinasakan harta sekolah (Mohd Zin Sham, 1996).

Masalah merosakkan harta benda sekolah, secara sedar atau tidak, telah menjadi fenomena lumrah dalam alam persekitaran sekolah. Perbuatan tidak bertanggungjawab ini mendapat perhatian serius dari pihak sekolah dan juga masyarakat. Pelajar-pelajar tidak memikirkan kepentingan dan kesejahteraan orang lain. Mereka sewenang- wenangnya merosakkan dan mengotori kemudahan dan persekitaran sekolah tanpa rasa bersalah langsung.

Menurut (Ann Wan Seng, 1994) vandalisme dilakukan oleh beberapa kategori pelajar. Pertama, yang melakukan perbuatan vandalisme hanya secara suka-suka. Tidak terlintas dalam fikiran mereka bahawa perbuatan vandalisme boleh membawa akibat yang tidak baik seperti pemandangan yang menyakitkan mata. Apa yang terlintas dalam fikiran dicurahkan atas permukaan meja, kerusi, tembok, simen dan batu-batan. Motif perbuatan mereka tidak jelas. Mungkin sekadar untuk menghabiskan masa lapang.

Datuk Lee Lam Thye (1997) menyatakan orang yang merosakkan harta benda merupakan golongan remaja yang ingin bebas tetapi dikongkong oleh ibu bapa. Mereka tidak mempunyai matlamat dan gemar melakukan kesalahan ini apabila berkumpul dengan rakan-rakan mereka. Pelaku akan merasa puas setelah melakukan perbuatan tersebut.

Muka Surat |7

Menurut kajian Taip Abu (1989) pula, jenis-jenis tingkah laku merosak Perumahan Mahasiswa dibahagikan mengikut kekerapan iaitu amat kerap, kerap dan tidak kerap. Kajian ini menunjukkan menconteng dinding, memecah pintu, membengkok kipas, memecah pasu bunga, merosak meja dan memecah papan kenyataan antara yang amat kerap dilakukan. Kerosakan yang hanya kerap dilakukan adalah seperti mengalihkan pemadam api, memecahkan kotak hosereel dan memecahkan glass point bomba, merosakkan sinki dan mengoyak poster. Manakala, kesalahan yang tidak kerap dilakukan adalah menanggalkan tompok lampu dan merosakkan televisyen. Kebanyakan jenis-jenis vandalisme ini dilakukan dalam keadaan yang spontan dan tidak di rancang terlebih dahulu.

Gambar Membuli

Gambar Merokok

Muka Surat |8

Gambar Vandalisme

Gambar Ponteng Sekolah

3.0

FAKTOR FAKTOR PENYEBAB MASALAH DISIPLIN DI SEKOLAH

Mengikut penulisan Hussein Mahmood dan Kamaruddin Abd Rahman (1981), faktor besar yang menyebabkan masalah disiplin ialah faktor kewangan, faktor persekitaran dan faktor sekolah. Menurut Mohamed Kamil Hassan pula faktor-faktor yang menyebabkan kelemahan disiplin di sekolah ialah sikap muridmurid, faktor kekeluargaan, factor persekolahan, faktor seluruh dunia dan faktor

Muka Surat |9

sosial. Masalah disiplin juga boleh dilihat daripada pelbagai sudut dan banyak puncanya. Langkah mengenal pasti masalah ini penting kerana hanya dengan mengetahui punca-punca, strategi penyelesaian yang berkesan dapat diatur dengan rapi. Berikut adalah beberapa faktor yang boleh mengakibatkan berlakunya keruntuhan akhlak atau masalah disiplin di kalangan pelajar.

3.1

Faktor Diri Murid

Duke (1980) menyatakan bahawa tiap-tiap individu itu bertanggungjawab di atas perlakuan sendiri. Murid-murid berkemungkinan menjadi tidak berdisiplin kerana mengikuti kehendak-kehendak diri mereka sendiri tanpa sebarang pengaruh dari luar, iaitu apa yang dikatakan sebagai the potential influence of the students free will.

Mereka mungkin juga melanggar peraturan-peraturan di sekolah sewaktu belajar atau bermain kerana mereka tidak menyedari bahawa perbuatan mereka telah menyalahi peraturan. Ini adalah menjadi suatu faktor yang penting dalam hal murid-murid melakukan perbuatan peraturan yang yang tidak berdisiplin. oleh Terdapat juga yang

pelanggaran-pelanggaran mempunyai masalah emosi.

dilakukan

murid-murid

Jenis kanak-kanak ini dipanggil neurotic atau psychotic, dan mengikut Despert (1965) dapat dikenali dengan gaya kelakuannya yang jahat, selalu membuat salah, melawan, ingkar, tidak dapat dibentuk dan tidak stabil. Kelemahan dari segi perkembangan mental juga boleh membawa kepada pelanggaran peraturan di sekolah. Murid-murid yang lemah belajar dan gagal berkali-kali dalam peperiksaan, akan merasa kecewa dan hilang minat untuk belajar. Mengikut Rabven (1977) apabila murid-murid tidak berminat dalam sesuatu mata pelajaran yang tertentu dan guru tidak pula berusaha untuk menarik minat mereka, murid-murid tersebut akan hilang semangat belajar dan akan melakukan apa juga yang terlintas di hati mereka.

M u k a S u r a t | 10

3.2

Faktor Ibu Bapa dan Keluarga

Pernah dikatakan oleh Parsona (1964) bahawa rumah adalah kilang yang menghasilkan peribadi manusia. Jika ibu bapa gagal memproses anak -anak mereka di kilang ini, maka hasilnya ialah anak-anak yang tidak bermoral.

Ivor Morrish (1975)

pula menambah dengan mengatakan bahawa

penyeliaan keluarga itu tidakcukup setakat mengenakan beberapa peraturan yang perlu diikuti sahaja. Ibu bapa harus menolong anak- anak supaya layak memasuki masyarakat mereka. Keadaan dan suasana dalam keluarga memang boleh mempengaruhi perkembangan emosi murid-murid. Bila struktur sesuatu keluarga yang mengalami keretakan, kanak-kanak akan mengalami ketegangan emosi serta berasa tidak selamat. Kajian-kajian Sandstorm (1968), Maslow, Combs, Kelly dan Rogers (1962), dan Bee (1975) menunjukkan bahawa perasaan ketegangan ini akan terluah sebagai perlakuan salah penyesuaian yang dilakukan di rumah dan di sekolah.

Kemiskinan serta kekurangan kemudahan di rumah juga menjadi punca kepada masalah disiplinmurid. Hussein Mahmood (1980) mendapati bahawa masalah besar yang dihadapi oleh pelajar-pelajar adalah masalah-masalah yang berkaitan dengan rumah dan keluarga. Ini pula ada kaitannya dengan masalah disiplin kendiri dan mungkin dengan masalah psikologi. Kajian-kajian Harbans Kaur (1982) dan K. Kandiah (1982) mengenai Jevenile Delinquency mengesahkan kajian di atas. Didapati ramai di antara pesalah laku-pesalah laku itu datang dari rumah tangga yang serba kekurangan. Kajian Yaakub Hj. Yusof (1977) menunjukkan bahawa 50% daripada murid-murid yang ponteng adalah murid-murid yang menghadapi banyak gangguan hidup sehari-hari, dan apabila merasa diri terpencil di sekolah, mereka akan mencari jalan keluar dengan cara lari dari sekolah.

3.3

Faktor Sekolah

Mengikut Waller (1939) asas segala masalah disiplin di sekolah ialah pertentangan pendapat diantara guru dan murid mengenai sesuatu keadaan di sekolah, kerana masing-masing mempunyai kemahuan yang berlainan. Hal ini lebih

M u k a S u r a t | 11

buruk di peringkat sekolah menengah di mana pelajar merasa kurang senang apabila terasa dipengaruhi (Wadd 1973). Gragey (1970), Maslow dan Rogers (1962), Boysen (1973) dan Gordon (1974) berpendapat bahawa persekitaran persekolahan yang ketat kawalannya akan menimbulkan keadaan tidak berdisiplin kerana murid-murid akan menentang kawalan ketat ini dengan berbagai-bagai kelakuan buruk seperti tidak menghormati guru, tidak bersopan, dan juga menentang guru dan ada yang menipu.

Jika guru terlalu garang hingga murid terlalu takut kepadanya, maka pertentangan terus tidak dibuat tetapi perasaan geram akan disalurkan kepada orang ketiga yang tidak bersalah (Gragey, 1970). Dalam kajian, Abdullah Salleh (1979) telah menemui sebab-sebab murid-murid melakukan vandalism. Di antaranya ialah mahu membalas dendam pada pihak sekolah, suka melihat bendabenda itu hancur, hendak menunjukkan kekuatan dan keadaan mereka selalu terbiar tanpa pengawasan pihak guru. Kelemahan yang jelas di sekolah yang menjadi punca masalah disiplin di kalangan pelajar adalah guru-guru tidak diberi kuasa bertindak mempertahankan disiplin. Disiplin sekolah secara rasmi adalah tanggungjawab guru disiplin, guru besar dan guru penolong kanan. Keadaan ini menyebabkan sebilangan besar guru-guru mengambil sikap lepas tangan dan tidak menunjukkan komitmen bagi menangani masalah disiplin yang dilakukan oleh murid-murid sama ada di sekolah mahupun di luar sekolah.

Murid-murid nakal yang suka melanggar disiplin lebih berani dan bebas melakukan perbuatan yang melanggar peraturan dan undang-undang kerana mereka tahu guru-guru tidak mempunyai kuasa yang boleh dikenakan ke atas mereka. Malah, murid-murid ini berani mencabar kewibawaan guru yang tidak disukai. Selain daripada itu keadaan pelajar yang sesak di dalam bilik darjah yang kecil juga boleh mendatangkan masalah tekanan dan disiplin di kalangan mereka (Case, 1985; Bailey, 1971; dan Reynolds, 1977). Begitu juga dengan sikap guru yang mempunyai suara garang dan menggunakan kekerasan mengikut perasaan dalam pengajaran harian. Bagi menyelesaikan masalah disiplin pelajar di sekolah, setiap guru perlu menggunakan budi bicara yang luhur di samping tatacara disiplin menyeluruh yang dikeluarkan oleh Kementerian Pelajaran.

M u k a S u r a t | 12

3.4

Faktor Rakan Sebaya

Ahli sosiologi mengistilahkan rakan sebaya sebagai kumpulan kanak-kanak ataupun kumpulanre maja yang mempunyai lingkungan umur yang sama ( Hazil Abdul Hamid: 1990). Kumpulan rakan sebaya ini mempunyai peranan dalam aktiviti sosial. Ia adalah agensi tidak formal yang memberikan pengalaman yang tidak dapat diperoleh daripada keluarga dan juga di sekolah. Bagi para pelajar, rakan sebaya adalah tempat mereka mencurahkan masalah dan pengganti ibu bapa, terutamanya bagi golongan yang mempunyai masalah di rumah. Disini jelas apabila

seseorang pelajar itu berinteraksi dengan rakannya, mereka lebih gemar memilih rakan yang sebulu, mempunyai asas pengetahuan dan pemikiran yang setaraf dengan mereka, seperti mana yang diistilahkan oleh ahli psikologi Pieget sebagai equalfooting (Ismail Zain: 1997). Melalui rakan sebaya juga mereka lebih berani bertindak kerana kumpulan mereka terdiri lebih daripada dua orang. Tan Toh Wah (1995) menjalankan kajian di mana pengaruh rakan sebaya memang kuat memberi kesan pada pembentukan peribadi pelajar. Kajian pendekatan yang dilakukan olehnya memberi peluang pada kumpulan remaja dan orang muda yang didapati bersiar-siar di KOMTAR sebuah pusat membeli belah, menyuarakan pandangan mereka itu berseronok dengan kawan, bersantai dan bermain video game bersama rakan sebaya yang lain. Keadaan ini turut disokong oleh hasil kajian Samsuddin dan rakan-rakan (1994).

3.5

Faktor Persekitaran

Sikap tidak kisah pada persekitaran menyebabkan urusan keselamatan harta dan nyawa masyarakat diserahkan kepada polis dan mahkamah sepenuhnya. Apabila berlaku jenayah, anggota masyarakat tidak mahu ambil tahu dan tidak melakukan sebarang tindakan membanteras seperti sekurang-kurangnya menelefon polis. Sikap individualisme menyebabkan tiada kawalan sosial ke atas remaja.

Justeru, jiran dan persekitaran yang sesuai perlu dimantapkan. Hasil kajian yang dijalankan di Johor menunjukkan, bilangan kes seperti melepak,

memusnahkan harta benda awam, menagih dadah dan lain-lain lebih tinggi di kawasan rumah pangsa bertingkat berbanding kawasan rumah teres satu tingkat

M u k a S u r a t | 13

(Ahmad, 2001). Dipercayai mereka yang terlibat dengan aktiviti-aktiviti ini berisiko tinggi dengan aktiviti gengster. Tambahan pula, sebilangan remaja menyertai kegiatan gengster kerana frekuensi keganasan dan aktiviti geng di tempat mereka tinggal adalah tinggi dan sudah berakar umbi. Bagi membina generasi cemerlang melalui konsep kejiranan dan masyarakat penyayang memerlukan sekurangkurangnya tiga tahun. Tetapi, menjadi remaja liar dan jahat cukup sekadar kurang daripada tiga hari. Tiga hari memadai bagi menjerumuskan remaja ke lembah gejala sosial, kejahatan dan kehinaan.

3.6

Faktor Media Massa

Terdapat pelbagai unsur negatif yang disalurkan melalui media massa terutamanya media elektronik seperti filem ganas dan lucah yang tidak sesuai dengan agama, akhlak, budaya timur dan wawasan negara. Laporan televisyen dan akhbar menunjukkan masalah disiplin remaja berlaku selepas menonton filem berunsur ganas. Desakan keluarga dan kuasa sivik membantu menghalang remaja daripada terlibat dengan aliran muzik rock yang negatif dan kesan umum daripada rakaman video.

Permainan video dan pengaruh televisyen cukup sinonim dengan pelbagai masalah social yang berlaku di kalangan remaja. Pengaruh muzik, khasnya lirik-lirik muzik rock sering menimbulkan ketidakfahaman terutamanya pendengar golongan muda yang masih pada peringkat konkrit dalam perkembangan kognitif mereka. Perkara ini perlu diberi tumpuan kerana ia membawa kesan yang jelas iaitu menjejaskan kefahaman mereka berkenaan suatu perkara.

Pelajar memperuntukkan masa purata lebih dari dua jam sehari menonton rancangan itu. Kebanyakan mereka menonton bagi mendapatkan maklumat yang relevan dengan dunia sosial mereka, menghargai muzik, berseronok atau berhibur semata-mata. Manakala filem-filem yang memaparkan sikap negatif seperti salah laku, rogol, buli, serangan, pelacuran dan peras ugut dapat mempengaruhi sikap remaja serta menonjolkan akhlak yang tidak baik dalam proses pembelajaran. Kesannya akan meresap secara halus kedalam diri mereka tanpa disedari kerana remaja banyak belajar melalui pemerhatian.

M u k a S u r a t | 14

3.7

Faktor Pentadbiran

Kelonggaran penguatkuasaan undang-undang tertentu menyumbang sedikit faktor masalah disiplin.Badan yang hampir dan berkait rapat dengan disiplin pelajar ialah Kementerian Pelajaran Malaysia, Jabatan Pelajaran Negeri dan Pejabat Pelajaran Daerah.Isu menghukum pelajar bersabit kesalahan disiplin semakin menjadi rumit, bila pihak keluarga pelajar mencampuri hal dalaman sekolah.

Ibu bapa sanggup menyaman pihak sekolah dan kerajaan kerana terlalu emosi dan sensitif anak-anak mereka dihukum walaupun garis panduan telah termaktub. Kerajaan telah mengambil langkah atau pendekatan yang terbaik untuk tidak memburukkan lagi keadaan antara pihak keluarga pelajar dengan pihak sekolah. Hanya Penolong kanan, guru besar dan guru disiplin sahaja yang boleh merotan pelajar atau menjatuhkan hukuman atas kesalahan disiplin. Guru-guru lain tidak dibenarkan bertindak sendirian tanpa kebenaran dari pihak pentadbir. Punca kelonggaran peraturan ini yang telah ditetapkan oleh pihak kementerian maka guru tidak perlu ambil berat dan pelajar tidak takut menghadapi masalah jika berdepan dengan guru biasa ini.

Faktor Faktor Penyebab Masalah Disiplin Di Sekolah

M u k a S u r a t | 15

Peratus Penyataan 1 2 3 Faktor Diri Sendiri Faktor Keluarga Faktor Sekolah Faktor Rakan Sebaya S 30.1 16.75 35.85 31.58 TP 16.52 18.13 21.32 15.9 TS 48.81 65.12 42.83 52.52

Peratus Keseluruhan Faktor - faktor Penyebab Masalah Disiplin Di Sekolah Setuju Tidak Setuju Tidak Pasti

5 4.3 4.4 3.5 3 2.4 2 2.5 2 1.8 2.8 4.5

Diri Sendiri

Keluarga

Sekolah

Rakan Sebaya

4.0

LANGKAH MENGATASI MASALAH DISIPLIN DI SEKOLAH

Sejak kebelakangan ini pelbagai cerita tentang isu yang berkaitan tentang masalah disiplin di sekolah telah ditimbulkan seperti pelajar merokok, melawan guru, kurang ajar, ponteng dan sebagainya. Sikap para pelajar sekarang ada yang

M u k a S u r a t | 16

menjangkau fikiran kita. Masalah disiplin pelajar sekolah bukanlah masalah baru dalam dunia globalisasi dan moden hari ini.

Isu kemerosotan disiplin di kalangan pelajar yang selalu dibicarakan perlu dicari jalan penyelesaian segera. Masalah ini tidak boleh dibiarkan berlarutan kerana ia melibatkan banyak faktor yang boleh mendatangkan kerosakan terutamanya kepada diri remaja, agama dan negara. Tanggungjawab membanteras masalah disiplin pelajar sekolah bukan sahaja tanggungjawab kerajaan malah ia harus dipikul oleh semua pihak. Ini kerana pelajar merupakan aset negara paling berharga yang akan menentukan masa depan masyarakat dan negara. Kegagalan membendung masalah ini sudah pasti memberi gambaran yang kurang baik terhadap masa depan negara. Oleh itu, masalah ini harus mengatasi dengan segera.

4.1

Peranan Ibu Bapa

.Kemelut ini mudah dibendung jika ibu bapa terlebih dahulu sanggup mengorbankan masa mereka. Ibu bapa hendaklah mengutamakan masa depan anak mereka daripada kejayaan peribadi mereka dalam kerjaya. Ibu bapa harus memberi ruang kepada anak untuk menjadi manusia yang berhemah tinggi. Ringkasnya, ibu bapa penting dalam membanteras isu disiplin ini.

Kajian-kajian mengenai disiplin di kalangan remaja menunjukkan masalah disiplin selalunya berpunya dari rumah (Ibrahim Saad, 1983). Hurlock (1973) berpendapat ibu bapa merupakan asas permulaan dalam pembentukan masyarakat. Ibu bapa dikatakan dapat memberikan sumbangan yang bermakna kepada anakanak dan masyarakat amnya kalau mereka dapat mewujudkan suasana penerimaan bagi kanak- kanak dari mana mereka mendapat kasih sayang serta galakan. Atan Long (1982) menjelaskan ibu bapa sepatutnya menyediakan satu peraturan dan ukuran serta memberikan rasa perlindungan kepada kanak-kanak agar mereka dapat menjalankan tanggungjawab dan mendapat bimbingan serta pandangan membuat pemilihan dalam pelbagai hal kecil lagi. Mahatma Gandi pernah berkata tidak sekolah yang setanding rumah tangga yang bahagia dan tiada guru yang setanding dengan ibu bapa yang tulus ikhlas dan

M u k a S u r a t | 17

berhati mulia. Pendapat di atas membuktikan bertapa ibu bapa berperanan penting dalam membentuk sebarang jenis perhubungan tingkah laku dan sahsiah anak.

4.2

Peranan Sekolah

Hukuman merotan pelajar yang melanggar disiplin terbukti mempunyai kesan positif mencetuskan keinsafan apabila ada di antara mereka berjaya dalam hidup sehingga menjadi warga korporat dan golongan professional. Perkara ini didedahkan oleh Pengerusi Persatuan Pengetua Zon bangsar, Nordin Yaman yang memberitahu bahawa hukuman merotan sebenarnya bukan bermaksud mendera tetapi menyedarkan pelajar terhadap kesalahan yang dilakukan. Kesatuan Perkihdmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) mengesa supaya Kementerian Pelajaran memperluaskan kuasa guru disiplin kepada semua guru termasuk merotan dalam usaha menangani masalah buli, gengsterisme dan ponteng sekolah. Pemberian kuasa tersebut mampu meningkatkan kesungguhan para guru untuk berkerjasama membanteras masalah disiplin di sekolah. Hukuman merotan ini, hanya dilakukan kepada pelajar yang telah melakukan kesalahan dan dengan syarat ia tidak mencederakan pelajar.

Selain itu, Prof. Madya Dr. Sohaimi Abdul Aziz ( 1991) berpendapat bahawa sistem pendidikan Malaysia berorentasikan kepada aspek kognitif. Maka kecerdasan minda (IQ) menjadi indeks yang sangat penting mengukur pencapaian aspek kognitifnya. Pencapaian peperiksaan sering menjadi ukuran. Tetapi IQ ini gagal dalam mendisiplinkan pelajar sekolah sepenuhnya. Dalam pada ini, salah satu kecerdasan yang diabaikan selalu ialah kecerdasan emosi (EQ). Hal ini kerana, EQ merupakan satu unsur penting dalam membentuk dan mengembangkan potensi pelajar. EQ yang sihat juga menjadi sumber penting kepada perkembangan sahsiah pelajar. EQ boleh disuburkan dalam sistem pendidikan negara bukan sebagai satu subjek tetapi ia merentasi disiplin.

Menurut Menteri Pelajaran, Datuk Hishamuddin Hussein menyatakan tahap disiplin pelajar sebenarnya amat membimbangkan. Keadaan ini begitu ketara di Sekolah Tamil. Budaya perlaksanaan sekolah selamat perlu diwujudkan di setiap sekolah bagi mengurangkan masalah disiplin pelajar. Lantaran itu, guru disiplin

M u k a S u r a t | 18

wajar diberikan latihan khas yang menjurus kepada aspek kepolisan dengan dibekalkan kuasa AP, secara tidak langsung hal ini akan memudahkan tugas anggota polis. Guru disiplin yang mempunyai kuasa polis akan lebih digeruni dan memberikan impak yang positif bagi membendung salah laku pelajar dalam lingkungan dan di luarpagar sekolah.

4.3

Peranan Guru

Dalam hal ini guru-guru permulaan harus bijak menggunakan pelbagai strategi. Guru-guru tidak seharusnya emosional dalam menghadapi masalah ini. Seperti yang dinyatakan luahan rasa marah atau sedih tidak banyak membantu menangani masalah ini malah ia merupakan satu senario drama yang

sememangnya dinanti-nantikan oleh murid-murid untuk ditonton. Beberapa strategi berikut mungkin mampu membantu menanganinya dalam situasi tertentu.

4.3.1 Mengenali murid Seseorang guru harus mengenali murid muridnya secara lebih dekat dengan penuh kemesraan. Ini bukan bermakna kita tidak boleh memarahi mereka. Minat dam masalah muri-murid harus dihayati dan ditangani. Tunjukkan kepada murid murid melalui tindakan dan perawakan bahawa guru ialah rakan pembimbing mereka yang sentiasa mempunyai sifat keterbukaan dalam sebarang masalah. Memanglah diakui bahawa proses ini bukannya cepat tetapi memakan masa yang panjang dan guru seharusnya banyak bersabar dan harus cekal dalam menghadapi cabaran.

4.3.2 Komitmen yang ikhlas

Dalam sebarang tindakan guru seharusnya dapat mempamerkan komitmen yang sepenuhnya dengan seikhlas mungkin. Murid-murid dapat menilai diri guru sama ada pengajaran yang dilakukan hanya sekadar memenuhi masa mengajar dan menghabiskan sukatan pelajaran atau mampu memberi bimbingan dengan sepenuh hati. Dalam hal ini guru seharusnya mahir dalam sesi pengajarannya, mempunyai

M u k a S u r a t | 19

peribadi yang mulia dengan sedikit unsur-unsur yang mampu memecah kesunyian dalam sesi pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah.

Selain itu, penat, letih dan kadangkala membosankan apabila menghadapi karenah seperti ini, tetapi kita telah membuat pilihan guru sebagai profesion kita.Ia bukannya mudah sepertimana yang dijangkakan sehinggakan anda sanggup meninggalkan profesion lama semata-mata untuk menjadi guru yang mungkin pada ketika itu membayangkan kerja guru mudah, tidak meletihkan banyak cuti dan bermacam-macam lagi. Insya-Allah dengan azam baru, guru-guru permulaan akan terus menyemai bakti mendidik anak-anak bangsa.

4.4

Peranan Kerajaan

Malaysia negara pertama yang mengubal akta sistem pengadilan Juvana yang kini dikenali sebagai Akta kanak kanak 2001. Menurut Timbalan Ketua Pengarah Perancangan dan Dasar Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Akta ini mengabungkan Akta Mahkamah Juvana 1947. Dalam pada itu, kerajaan turut menekankan konsep United Nation Standard Rules dalam setiap pengadilan kes berkaitan kanak kanak. Salah satu penekanan diketengahkan adalah mengelak kesan buruk kepada kanak kanak dan rekod jenayah, mencegah dari kesalahan berulang, memberi peluang kepada kanak kanak memperbaiki kesilapan diri serta membabitkan keluarga dan masyarakat. Malah, selaras keperluan Akta Kanak Kanak 2001, JKM menubuhkan beberapa institusi pemulihan akhlak, khas kepada kanak kanak di bawah umur 18 tahun yang terbabit dalam jenayah dan tidak terkawal serta yang memerlukan perlindungan segara. Selain menjalankan fungsi dalam, aspek pemulihan dalam institusi, JKM menekankan peranan serta aspek pencegah melalui peraturan. Hal ini kerana, pencegahan adalah lebih baik daripada pemulihan.

Sehubungan itu, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, bekas Perdana Menteri kita menggesa rakyat supaya bersama sama berusaha menghentikan penularan masalah disiplin dalam masyarakat, terutama sekali pelajar sekolah yang merupakan harapan negara. Sememangnya kerajaan mempunyai peranan khusus dalam mempelopori usaha bagi menangani masalah disiplin. Tetapi keberkesanan

M u k a S u r a t | 20

sebenar terletak pada kerjasama orang ramai khususnya pada peringkat unit terpenting masyarakat iaitu, keluarga. Apabila disebut tentang keluarga, sudah tentu komponen pentingnya ialah ibu bapa. Sementara keduanya, bapa memikul tanggungjawab yang lebih utama kerana secara tradisi, kedudukannya sebagai ketua keluarga menuntut peranan besar dalam memastikan kecemerlangan institusi ini. Para bapa perlu menjadi contoh atau role model yang baik kepada anak anak mereka. Hal ini kerana keluarga yang mengambil perhatian berat dan memberi penuh kasih sayang boleh menjadi benteng kepada masalah disiplin di kalangan pelajar.

Menurut bekas Ketua Menteri Pelajaran Negeri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam, guru kelas di sekolah rendah dan menengah turut diberi tanggungjawab sebagai guru disiplin bagi menangani kes salah laku di sekolah masing masing. Hal ini kerana, guru kelas lebih arif dan tahu tentang latar belakang pelajar masing masing. Bayangkan jika seorang guru disiplin diberi tugas untuk mengawal 1,000 pelajar di sebuah sekolah, bagaimana masalah disiplin boleh ditangani kerana guru berkanaan tidak dapat memantau secara menyeluruh? Oleh itu, semua guru kelas perlu diberi kuasa dalam mendisiplinkan pelajar. Dengan ini kita boleh mewujudkan kawalan sosial yang sihat di dalam bilik darjah dan juga di luar bilik darjah serta pelajar yang cemerlang dalam sahsiah, disiplin dan akademik.

PERANAN IBU BAPA

PERANAN KERAJAAN

LANGKAH MENGATASI MASALAH DISIPLIN DI SEKOLAH

PERANAN SEKOLAH

PERANAN GURU

M u k a S u r a t | 21

5.0

KESIMPULAN

Masalah disiplin pelajar di sekolah dikatakan semakin kronik berikutan keskes yang melibatkan pelbagai bentuk salah laku pelajar yang menjadi berita utama dalam akhbar-akhbar tempatan. Pelajar masa kini bukan berani sekadar ponteng sekolah malah mereka berani melawan guru dam mencederakan pelajar lain.

Lantaran itu, isu mengenai perbuatan buruk pelajar hangat diperkatakan oleh semua pihak sehingga kini. Terutama sekali pihak sekolah yang bimbang dengan masalah disiplin pelajar yang semakin meruncing. Dalam pada itu, strategi yang benar-benar mantap dan berkasan, seperti penguatkuasaan peraturan yang sedia ada dan pembaharuan dalam peraturan sekolah boleh mengurangkan masalah

disiplin dan sekaligus menyemai nilai - nilai murni yang boleh membina jiwa insan yang bermoral.

Sehubungan itu, pihak kerajaan dan bukan kerajaan, seperti NGO, masyarakat, sekolah serta ibu bapa sendiri perlu memainkan peranan dalam mengatasi isu disiplin pelajar. Terutama sekali para ibu bapa harus memainkan peranan yang amat penting dalam menbentuk peribadi serta akhlak anak-anak mereka. Ibu bapa juga sentiasa mengawasi kelakuan dan tindak-tanduk anak-anak mereka dari semasa ke semasa.

Oleh yang demikian, kajian yang dilaksanakan ini akan dapat memberikan gambaran yang menunjukkan usaha daripada pelbagai sektor dalam menangani masalah disiplin pelajar. Mudah mudahan segala usaha yang dirancang dan dilaksanakan dapat memperbaiki akhlak generasi muda pada masa akan datang.

M u k a S u r a t | 22

Rujukan

1. Aminuddin Bin Hehsan& Siti Noor Binti Muhamad (2009)TAHAP DISIPLIN PELAJAR SEKOLAH MASA KINI ,Fakulti Pendidikan, UniversitiTeknologi Malaysia

2. Arifin , Hasan (1998) Faktor-Faktor Penyebab Masalah Disiplin di Sekolah.Masters thesis, Universiti Utara Malaysia.

3. Azizi Bin Yahaya&Rohaya Binti Ahmad(2007 )FAKTOR-FAKTOR PENYEBAB MASALAH. DISIPLIN DI SEKOLAH,Fakulti Pendidikan,Universiti Teknologi Malaysia, Kuala Lumpur

4. Sapora Sipon, Peranan Ibu Bapa Dalam Menangani Masalah Disiplin Di Sekolah,Fakulti Pendidikan, UniversitiTeknologi Malaysia 5. Yahya Bin Buntat & Saidi Bin Daud,Peranan Menangani Masalah Disiplin Di Sekolah,Fakulti Pendidikan, UniversitiTeknologi Malaysia 6. Zainudin Bin Abu Bakar & Ahmad Hafizi Bin SaadFAKTOR-FAKTOR PENYEBAB MASALAH. DISIPLIN DI SEKOLAH,Fakulti Pendidikan,Universiti Teknologi Malaysia, Kuala Lumpur

M u k a S u r a t | 23

Refleksi

Syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurniaNya saya dapat menyempurnakan tugasan ini dengan jayanya. Sememangnya, tugasan bagi Mata Pelajaran Kemahiran Belajar ini amat mencabar, Lebih-lebih lagi kerja kursus pendek ini melibatkan kajian Isu Isu Utama Pendidikandi Malaysia. Dalam jangka waktu lebih dua minggu saya memerah otak bagi mencari idea untuk

menyempurnakan tugasan ini dengan sebaik-baiknya.

Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pensyarah yang dihormati En. Abd Malik Bin Piei sepanjang semester ini.Pada mulanya saya agak sukar memahami tugasan ini. Namun begitu, selepas penjelasan yang lengkap dan sedikit gambaran tentang tugasan ini diberikan oleh pensyarah, saya gambaran yang sebenar. dapat

Saya memulakan tugasan ini dengan mengumpul maklumat dan nota yang telah diberikan oleh pensyarah pembimbing. Pelbagai sumber telah dirujuk bagi memperoleh isi atau maklumat yang lengkap untuk dijadikan bahan kajian. Untuk mengumpul maklumat saya membaca pelbagai kajian yang telah dikaji oleh pengkaji pengkaji tempatan kita yang berdasarkan tajuk Kerja Khusus Pendek ini. Tugasan ini menambahkan pengetahuan saya disamping mengaplikasikan pelbagai kaedah mencari maklumat.

Perkhimatan Broadband

yang bermasalah menyukarkan saya untuk

mendapatkan maklumat. Fikiran saya kelam kabut kerana banyak tugasan yang ingin diselesaikan dalam waktu yang singkat. Walau bagaimanapun saya dapat menyiapkan tugasan yang telah diamanahkan kepada saya dengan ketabahan dan kekuatan yang telah dikurniakan oleh Allah swt.

Sepanjang proses ini, saya berpeluang membaca pelbagai bahan bacaan dan mendapat maklumat penting bagi tugasan ini. Sebagai seorang pelajar, saya menggunakan kaedah I Think untuk membuat tugasan ini dengan cekap. I Think ini kebanyakan berpandukan komputer. Sebelum ini saya tidak mempunyai kemahiran menggunakan komputer untuk membuat sesuatu tugasan. Dengan kata

M u k a S u r a t | 24

lain, saya seperti katak di bawah tempurung. Kini , saya berpeluang menguasai kemahiran komputer sehingga saya dapat membimbing orang lain. Selain daripada itu, setiap tugasan yang saya buat ini akan dilihat dan disemak oleh rakan seperjuangan saya. Mereka banyak membimbing serta memberi idea idea untuk melaksanakan tugasan ini. Tugasan ini membantu saya lebih mengenali pensyarah, rakan rakan dan senior senior saya. Saya akan aplikasikan segala kemahiran yang saya peroleh ini pada masa akan datang. Tugas menjadi seorang guru yang cemerlang bukan lah semudah yang saya fikirkan. Berdasarkan kajian ini, saya rasa diri saya belum cukup lengkap dengan ilmu sebagai seorang pendidik. Mulut mudah berkata-kata tetapi perlaksanaan itu yang menjadi persoalannya. Adakah objektif proses pembelajaran itu tercapai? Adakah teknik yang digunakan berkesan? Adakah saya telah mendidik pelajar-pelajar saya dengan baik? Dan banyak lagi persoalan yang timbul dalam fikiran saya. Justeru itu, sekali lagi saya mengucapkan jutaan terima kasih kepada En Abd Malik bin Piei kerana membuka pandangan saya yang selama ini masih kabur. Sekian.

Anda mungkin juga menyukai