Anda di halaman 1dari 16

1.

0 PENDAHULUAN

Remaja merupakan harta (asset) dan khazanah negara yang paling istimewa,

berharga dan bernilai. Sejak akhir-akhir ini, berbagai pihak mulai menarub kebimbangan

tentang keruntuhan akhlak di kalangan remaja. Remaja hari ini merupakan tulang

belakang negara dan penyarnbung generasi akan datang, bakal pernimpin agarna,

masyarakat dan negara. Oleh itu, jika rosak remaja rosaklah sesebuah negara

sebagaimana. seorang penyair Arab, Shauqey Bek pernah menyebut, "Keunggulan

bangsa kerana akhlaknya, runtuh akhlak runtuhlah mereka".

Menurut Kementerian Belia dan Sukan generasi muda merupakan golongan

terbesar penduduk negara di mana pada tahun 1990, 42.39 peratus atau 7.6 juta penduduk

berumur antara 15-39 tahun, manakala menjelang abad ke 21, (Watan 21 Mei 1996) kira-

kira 60 peratus penduduk negara adalah terdiri dari golongan belia. Belia yang ada pada

ketika itu adalah remaja hari ini.

Perkataan 'remaja' berasal dari perkataan Latin bermakna menuju ke arah

kematangan. Kamus Dewan (1984) mentakrifkan remaja sebagai peringkat umur mulai

dewasa, sudah akil baligh dan sudah cukup umur untuk berkahwin. Khulen (1982)

menganggap zaman remaja sebagai satu jarak waktu bagi seseorang mengalami masa

peralihan dari zaman kanak-kanak ke alam dewasa, juga merupakan titik tolak dari

zaman kanak-kanak melengkapkan diri untuk menuju ke alam kedewasaan. Manakala

dalam Islam tiada secara spesifik istilah remaja. Apa yang ada ialah takrif Baligh yang

membezakan had umur kanak-kanak dan golongan mukallaf (dewasa / berakal).

Remaja dapat kita definisikan sebagai satu kumpulan anak-anak muda yang

berumur antara. 12-21 tahun atau 13-25 tahun. Biasanya mereka mempunyai emosi dan

1
perasaan ingin mencuba serta sedang menuju ke tahap kematangan sebagai seorang

dewasa.

Kemelut remaja kini semakin menjadi-jadi walaupun pelbagai langkah telah dan

sedang diambil untuk membanteras kegiatan tidak sihat di kalangan remaja. Kerosakan

akhlak dan kejadian salah laku di kalangan remaja/pelajar di negara kita terus meruncing

dan meningkat setiap tahun. Cuba kita renungi bersama apa akan berlaku kepada generasi

warisan akan datang jika remaja hari ini terus hanyut dibawa arus masalah akhlak seperti

lepak, dadah, seks bebas, buang bayi, jenayah juvana, lari dari rumah, kelakuan lucah,

bohsia, bohjan, minum arak, disko, merokok dan lain-lain lagi yang kian merebak dalam

masyarakat kita.

Permasalahan ini telah mula menjadi "duri dalam daging" atau "api dalam sekam"

yang akan meruntuhkan tamadun kemanusiaan dan memundurkan masyarakat dan

negara. Apabila ini berlaku masyarakat menunding jari sesama sendiri. Masing-masing

cuba berlepas diri dan mensabitkan kesalahan kepada orang lain. Fenomena ini tidak

akan berkesudahan seandainya semua pihak (ibubapa, kerajaan, sekolah, jiran,

masyarakat, media dan seumpamanya), tidak membuka mata dan membuat kajian

terperinci tentang punca masalah ini (the root of the problems) serta mengambil pelbagai

alternatif membendungnya dari berterusan.

Di sini kita akan mengupas isu salah laku khususnya yang melibatkan remaja

sekolah iaitu ponteng sekolah, cuba mengenalpasti faktor-faktor yang mendorong kepada

masalah ini dan akan memberi beberapa saranan sebagai altematif kepada permasalahan

ini. Di samping itu kita akan tinjau peranan media massa ketika berhadapan dengan

masalah ini.

2
2.0 MASALAH DISIPLIN REMAJA

Perkembangan semasa membabitkan disiplin pelajar sekolah pada masa kini kian

mendapat perhatian semua pihak terutama Kementerian Pelajaran yang berusaha keras

mengatasinya. Isu ini bukan baru, namun ia timbul bagaikan bermusim terutama apabila

berlaku kes besar yang menarik perhatian umum.

Tidak dinafikan, jika usaha mengatasinya tidak dilakukan segera, ia bakal

memberi kesan terhadap generasi muda yang diharapkan mampu menggalas tugas

sebagai pemimpin pelapis negara. Sebagai generasi muda dan perlukan bimbingan,

mereka ibarat kain putih bersih yang perlu dijaga dan diwarnakan supaya tidak diconteng

dengan sesuatu yang menyakitkan mata.

Antara gejala tidak sihat yang melanda pelajar sekolah pada masa kini ialah

masalah ponteng sekolah. Walaupun ada yang berpendapat perbuatan berkenaan sebagai

terpencil ia sebenarnya memberi kesan negatif yang boleh merosakkan masa depan

pelajar dalam jangka panjang. Dalam konteks zaman serba canggih dan moden ini,

masalah itu perlu dibendung segera kerana pelajar sekolah kini berdepan pelbagai gejala

sosial yang menakutkan.

Laporan salah laku pelajar sekolah menunjukkan masalah ponteng adalah salah

laku tertinggi peratusannya membabitkan pelajar. Ponteng sekolah adalah perlakuan

menyalahi peraturan sekolah dan jika dibiarkan berlaku ia menjadi amalan dan tabiat,

sehingga memberi kesan negatif kepada pelajar, keluarga dan sekolah.

Seterusnya perlakuan itu memungkinkan pelajar hilang sifat bertanggungjawab,

ketinggalan dalam pelajaran dan paling dikhuatiri terbabit dengan kegiatan negatif.

3
3.0 PONTENG SEKOLAH

3.1 Pengenalan

Ponteng merupakan satu perbuatan salah laku dan melanggar peraturan

sekolah. Seseorang pelajar dianggap memonteng sekiranya tidak hadir ke sekolah

tanpa sebab-sebab yang dibenarkan pada hari-hari persekolahan. Sejak akhir-akhir

ini masalah ini didapati semakin menjadi-jadi dan telah sampai ke peringkat yang

agak serius. Pihak media juga sering menyiarkan berita tentang masalah ini

sehingga pada masa ini pihak guru serta ibu bapa berasa sesuatu tindakan yang

tegas perlu dilakukan segera sebelum gejala negatif ini sampai ke peringkat yang

lebih kronik lagi.

Pelajar tingkatan dua dan tiga dikenal pasti sebagai kumpulan yang paling

ramai terlibat dalam gejala ponteng sekolah pada tahun lalu. Setiausaha Parlimen

Kementerian Pendidikan, Datuk Mahadzir Mohd. Khir berkata, mengikut statistik

kementeriannya, kebanyakan mereka menuntut di sekolah-sekolah dalam kawasan

bandar dan pinggir bandar.

Bilangan yang terlibat dalam gejala itu merangkumi 34,628 pelajar

daripada keseluruhan lima juta pelajar di negara ini termasuk sekolah rendah dan

menengah. Daripada jumlah itu 99 peratus adalah pelajar lelaki. Bagaimanapun

bilangan tersebut bukanlah perkara yang membimbangkan atau serius kerana ia

hanya meliputi 0.78 peratus daripada keseluruhan jumlah pelajar. Bilangan itu

juga menunjukkan penurunan berbanding tahun 1999 iaitu 38,053 pelajar.

4
Kebanyakan pelajar yang ponteng menghabiskan masanya pergi ke

tempat-tempat hiburan. Namun begitu, bilangan pelajar yang dibuang sekolah

kerana kes ponteng tersebut adalah kecil. Bilangan yang kena buang amat sedikit

kerana lazimnya pihak sekolah akan memberi amaran terlebih dahulu.

3.2 Punca Pelajar Ponteng

Masalah ponteng sekolah bukan perkara baru tetapi kegagalan mengambil

tindakan berterusan menyebabkan gejala itu terus menular sehingga

membimbangkan. Daripada keseluruhan pelajar yang dikenal pasti terbabit

dengan masalah ponteng, kira-kira 97 peratus adalah lelaki dan tiga peratus lagi

pelajar perempuan.

Pelajar sekolah menengah, terutama berusia 14 dan 15 tahun, dikenal pasti

kumpulan majoriti terbabit dengan gejala ponteng. Masalah itu dikesan lebih

ketara di kalangan pelajar sekolah menengah di kawasan bandar dan pinggir

bandar. Punca-punca sebenar masalah ini haruslah dikenal pasti dengan segera

supaya langkah-langkah untuk mengatasinya dapat dijalankan demi masa depan

generasi pelajar kita pada masa depan.

Antara punca pelajar ponteng yang telah dikenal pasti ialah kurang

berminat terhadap pengajaran dan pelajaran di sekolah. Keadaan ini mungkin

berpunca daripada isi kandungan sukatan pelajaran kita yang banyak memberikan

tumpuan kepada mata pelajaran yang memerlukan pelajar menghafal seperti mata

pelajaran sejarah, geografi, pendidikan Islam dan sebagainya. Di samping itu,

5
pelajar juga kurang berminat kerana mereka mungkin tidak mampu untuk

mengikuti pelajaran dengan sempurna kerana ketinggalan akibat kelemahan diri

mereka sendiri. Alasan ini juga yang menyebabkan berlakunya kes ponteng yang

banyak di kalangan pelajar yang lemah jika dibandingkan dengan pelajar yang

cerdas. Pelajar seperti ini biasanya mudah berputus asa. Mereka kebanyakannya

datang ke sekolah semata-mata kerana menurut kehendak ibu bapa. Oleh itu

mereka kerap ponteng kerana telah hilang minat untuk belajar akibat tidak dapat

memberikan saingan kepada rakan-rakan pelajar yang lebih cerdas.

Pelajar juga mungkin ponteng kerana mereka lebih mementingkan

keseronokan daripada pelajaran. Hal ini jelas kerana terdapat di kalangan pelajar

yang ponteng dengan tujuan untuk melepak atau berkumpul di pusat-pusat

membeli-belah, pusat permainan video, dan taman-taman rekreasi. Malahan,

terdapat juga pelajar yang ponteng untuk menonton wayang atau berkelah. Bagi

mereka, belajar di sekolah adalah sesuatu yang membosankan kerana tidak ada

unsur-unsur hiburan. Pelajar seperti ini juga tidak mempunyai kesedaran tentang

kepentingan pelajaran bagi menjamin masa depan mereka. Oleh itu, mereka lebih

mengutamakan unsur-unsur hiburan yang tidak terdapat di sekolah.

Terdapat juga para pelajar yang memberikan alasan yang tidak munasabah

seperti takut didenda, guru yang garang, malu, dan sebagainya. Pelajar yang

berkenaan mengambil keputusan untuk ponteng kerana mereka takut didenda

kerana tidak sempat menyiapkan kerja sekolah mereka yang diberikan oleh guru.

Terdapat juga pelajar yang datang lewat lalu mengambil keputusan untuk ponteng

kerana takut didenda kerana kesalahan mereka itu.

6
Pelajar yang berasa malu sekiranya didenda dan dimarahi guru itu

biasanya akan ponteng dan bersembunyi atau melepak di kawasan-kawasan yang

sukar dikesan. Kumpulan pelajar ini juga menyalahkan pihak sekolah yang

mengamalkan peraturan yang terlalu ketat dan mengenakan hukuman yang pada

pendapat mereka terlalu berat bagi kesalahan yang kecil.

Biasanya pihak sekolah akan mengeluarkan surat amaran bagi pelajar-

pelajar yang melakukan kesalahan ponteng terlalu kerap iaitu tiga hari berturut-

turut. Surat yang ditujukan kepada waris atau ibu bapa itu kadang-kadang tidak

mendapat respon yang diharap-harapkan. Ibu bapa yang terlalu sibuk dengan

urusan harian mereka tidak dapat hadir untuk berbincang dengan pihak sekolah.

Keadaan ini secara tidak langsung menunjukkan bahawa ibu bapa atau penjaga

pelajar yang berkenaan langsung tidak mengambil berat akan hal-ehwal anak-

anak mereka. Keadaan ini juga memberikan rangsangan kepada pelajar yang

berkenaan untuk terus memonteng sehingga akhirnya terpaksa diberhentikan

persekolahannya. Oleh itu bolehlah dikatakan bahawa ibu bapa yang tidak

mengambil berat akan amaran pihak sekolah turut menyumbang ke arah masalah

ini.

Selain itu, terdapat juga pelajar yang ponteng kerana bekerja secara

sambilan. Oleh sebab taraf ekonomi keluarga yang rendah, terdapat pelajar yang

bekerja secara sambilan sebagai kedi di padang golf, dan tidak kurang pula yang

bekerja sebagai buruh di tapak binaan. Malah masih ramai di kalangan pelajar

yang bekerja secara sambilan di pasar raya dan mereka terlalu keletihan sehingga

tidak berdaya untuk bangun awal terutamanya yang bekerja pada waktu malam.

7
Menurut kajian, antara faktor lain yang mungkin menjadi punca keadaan

itu ialah sebagai remaja, ada pelajar di peringkat menengah mengalami kesukaran

menyesuaikan diri dengan perubahan hidup mereka, khususnya daripada aspek

psikologi, dari alam kanak-kanak ke alam dewasa.

Mereka ingin mencuba sesuatu yang baru dan suka melihat perkara baru.

Dalam membuat eksperimen kehidupan, kadang-kadang ada antara mereka

terperangkap dalam situasi kehidupan sebenar dan sukar untuk berpatah balik

sekiranya tidak ada bimbingan.

Kebanyakan pelajar bermasalah suka ponteng sekolah kerana menghadapi

masalah menyesuaikan diri dalam tempoh itu dan mereka didapati terperangkap

dengan amalan negatif kerana hilang minat atau motivasi ke sekolah.

Faktor lain yang boleh menyumbang ke arah gejala ponteng di kalangan

pelajar ialah kerana terikut-ikut atau terpengaruh dengan rakan sebaya. Justeru,

tindakan membenarkan polis menahan pelajar ponteng dan melepak di pusat beli-

belah boleh mengurangkan masalah itu, walaupun bukan penyelesaian kepada

permasalahan secara menyeluruh.

Menurut kajian Universiti Sains Malaysia (USM), mendapati faktor guru

turut menyebabkan pelajar hilang disiplin. Ia kerana ada guru yang sering

melabelkan pelajar sebagai “jahat” dan akhirnya menyebabkan mereka menerima

dirinya tergolong dalam kumpulan yang jahat.

8
3.3 Cara Mengatasi

Pendekatan Kementerian Pelajaran menyokong usaha polis bandar raya

membantu membanteras gejala ponteng di kalangan pelajar sekolah adalah usaha

yang perlu diteruskan dan dipuji. Malah, ramai yang berpendapat usaha itu perlu

dilaksanakan dan diperluaskan ke negeri lain supaya tahap disiplin dan kesedaran

pelajar terus meningkat.

Menteri Pelajaran, Datuk Hishammuddin Hussein, dalam kenyataannya

sebelum ini berkata tindakan itu adalah proaktif dalam menangani gejala

berkenaan daripada terus berleluasa. Pihaknya juga tidak akan berkompromi

dengan mana-mana pihak mengenai isu membabitkan pelajar ponteng sekolah,

merokok atau melepak.

Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) turut menyokong

usaha polis membanteras gejala ponteng di kalangan pelajar sekolah. Sementara

itu, Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mahu ibu bapa dan

masyarakat tidak menyalah anggap tindakan polis menahan pelajar ponteng

sekolah kerana ia bertujuan baik bagi memastikan gejala itu dibendung.

Menurutnya, ibu bapa dan masyarakat perlu memahami tindakan polis menahan

pelajar ponteng sekolah selepas menganggap operasi seumpama itu perlu

dilakukan bagi mencegahnya daripada merebak.

Selain usaha berkenaan, perubahan sikap ibu bapa juga penting untuk

mengubah persepsi mereka terhadap sekolah sebagai tempat melepaskan

tanggungjawab dalam memberikan pendidikan. Sikap sedemikian jika tidak

dikikis mungkin menyebabkan pengurusan sekolah dibebankan dengan pelbagai

9
masalah disiplin sehingga menyebabkan ia tidak terkawal. Ibu bapa perlu

mengambil berat perkembangan anak di sekolah dengan sentiasa memantau

pergerakan seperti mengambil tahu siapa kenalan mereka.

Sementara itu, pihak sekolah juga berperanan penting memupuk disiplin

pelajar dengan menggunakan pendekatan mesra pelajar bagi menarik minat

remaja pergi ke sekolah.

Peningkatan kes ponteng di kalangan pelajar turut mempunyai kaitan

dengan perubahan mental kanak-kanak ke alam remaja. Perubahan berkenaan

adalah proses menempuh alam dewasa yang menyebabkan jiwa mereka tidak

mahu dikongkong dengan peraturan ketat sekolah.

Saranan beberapa pendekatan dalam membimbing golongan berkenaan

antaranya menimbul perasaan sayang antara pelajar, kesedaran terhadap nasib diri

dan menghayati kurniaan Tuhan serta menggilap bakat diri. Pelajar juga

disarankan merenung kelemahan diri sendiri, menyedari dan menyesali perbuatan

dan kesilapan lepas sambil berazam untuk berubah.

Konsep mesra pelajar perlu juga dilaksanakan di peringkat sekolah dengan

guru menjadi contoh dan bertindak sebagai pembimbing yang boleh dipercayai

serta dihormati. Mereka perlu bersikap terbuka dan jangan menghukum murid

secara terburu-buru sehingga menyebabkan remaja berkenaan merasakan diri

menjadi mangsa keadaan. Kini zaman pelajar takutkan guru sudah berlalu dan

guru perlu pandai mengambil hati murid supaya pengajaran lebih menarik dan

minat untuk belajar.

10
Selain itu, penyediaan program kokurikulum yang lebih menarik dan

terkini perlu difikirkan pihak sekolah supaya pelajar tidak menghabiskan masa

melepak dan ke pusat hiburan. Satu konsep boleh dipraktikkan ialah dengan

merealisasikan sekolah penyayang di mana pelajar berhak disayangi, dikasihi dan

dibimbing. Dengan pendekatan berkenaan pelajar akan terpikat, terpanggil dan

tergerak untuk ke sekolah.

Pengurusan sekolah juga perlu memastikan jawatankuasa disiplin sekolah

atau lembaga tatatertib sentiasa proaktif dengan menggariskan program dan

aktiviti yang berupaya mencegah ponteng sejak awal terutama sebelum sesi

persekolahan bermula.

Justeru itu, usaha untuk mempertingkatkan disiplin pelajar memerlukan

komitmen semua pihak untuk memastikan ia terlaksana dan berjaya mencapai

matlamat. Sekiranya ia tidak digerakkan segera, negara bakal menyaksikan

keruntuhan moral generasi muda disebabkan kealpaan kita untuk mengisi jiwa

mereka dengan sesuatu yang bermakna.

Jalan penyelesaian jangka panjang yang lebih baik ialah menerusi

peraturan dan disiplin sekolah yang lebih ketat dan faktor penarik di sekolah yang

dapat menarik pelajar untuk sentiasa berada di sekolah. Apabila pelajar suka

kepada persekitaran di sekolah, kecenderungan mereka sentiasa berada di sekolah

boleh membantu mengatasi gejala ponteng.

Gejala ponteng boleh menjuruskan pelajar ke arah perkara negatif kerana

ada pelajar yang ponteng kerana berasa tertekan di sekolah dan mencari jalan

keluar dengan berpeleseran. Berikutan itu pengetua atau guru besar dan guru perlu

11
berusaha menjadikan sekolah sebagai tempat yang benar-benar ceria dan

menyeronokkan pelajar.

Ponteng tidak harus dianggap masalah remeh kerana gejala itu antara salah

laku yang boleh menjuruskan pelajar ke arah amalan kehidupan negatif seperti

budaya lepak dan berfoya-foya. Sehubungan itu, selain pihak sekolah, ibu bapa

dan masyarakat juga perlu bekerjasama membasmi gejala itu.

12
4.0 KOMUNIKASI DAN REMAJA

Kefungsian dan kesejahteraan keluarga boleh dicorakkan oleh pelbagai proses

yang berlaku di kalangan ahli keluarga. Sebagai contohnya, interaksi dan transaksi

suami-isteri dan ibubapa-anak merupakan satu proses yang penting dalam menentukan

keutuhan dan keteguhan insitusi keluarga (Rozumah et.al., 1999). Interaksi antara

pasangan hidup mempunyai implikasi kepada kebahagiaan dan keharmonian

rumahtangga. Ia seterusnya boleh memandu ke arah kesejahteraan sesebuah institusi

keluarga (Rozumah et. al.,1999).

Dengan erti kata lain, komunikasi perkahwinan yang baik dan konflik

perkahwinan yang rendah akan meningkatkan kualiti perkahwinan mereka. Ini secara

tidak langsung akan memantap dan merapatkan lagi hubungan antara pasangan suami-

isteri. Hubungan pasangan yang baik sudah tentu akan menguatkan lagi asas keluarga

yang bakal diterajui.

Rumusan dan pelbagai kajian mengenai impak struktur keluarga ke atas

kesejahteraan anak menggambarkan bahawa konflik perkahwinan yang rendah dan

sokongan dan pengawasan berterusan dan konsisten oleh ibubapa dapat membantu

kanak-kanak dan remaja mencapai kesejahteraan dari aspek fizikal, psikologikal dan

sosial (Grzywacz, 1999).

Ahli keluarga terutamanya ibubapa dan rakan sebaya memainkan peranan sebagai

insan paling signifikan yang boleh didampingi dalam hidup seseorang anak (Ainsworth,

1989); sebagai pembekal sokongan sosial (Guacci-Franco dan Levitt, 1993) dan mangkin

kesejahteraan keseluruhan anak (van Aken dan Asendorf, 1997). Walau pun keeratan

hubungan dengan ibu tidak boleh dinafikan kefungsian dan sumbangannya terhadap

13
kesejahteraan anak, hubungan positif dengan rakan sebaya dapat membantu kanak-kanak

dan remaja memperolehi pengalaman unik dan membentuk kemahiran berinteraksi,

saling menghormati dan membina estim diri.

Interaksi dan transaksi antara ibubapa dan anak merupakan media perhubungan

yang penting untuk merapatkan jurang antara kedua-dua generasi. Komunikasi yang

berkesan di kalangan mereka akan merapatkan hubungan ibubapa-anak dan seterusnya

meningkatkan keutuhan keluarga. Walaubagaimanapun, kajian menunjukkan ibu dan

anak mempunyai persepsi yang berlainan terhadap tahap komunikasi mereka (Hartos &

Power, 1997).

Pihak ibu didapati memberikan penilaian yang lebih tinggi terhadap kekerapan

berkomunikasi berbanding dengan anak mereka. Ini menunjukkan ibu-anak hanya

mempunyai sedikit persetujuan terhadap jumlah komunikasi yang berlaku antara satu

sama lain. Interaksi ibu-anak boleh dicerminkan melalui tingkahlaku keibubapaan dalam

keluarga. Keluarga yang mengamalkan tingkahlaku keibubapaan yang menekankan

kawalan-antonomi, sokongan dan penglibatan dalam aktiviti anak dilaporkan mempunyai

fungsi keluarga yang lebih memberangsangkan (Maznah, 1998).

Keluarga sedemikian mampu menjalankan fungsinya sebagai sebuah institusi

keluarga dengan lebih berkesan. Ini kerana dengan wujudnya corak interaksi yang positif,

nilai keluarga yang kukuh, strategi tindakan yang berkesan, komitmen keluarga yang

tinggi serta keupayaannya untuk bertindak sebagai sumber penggerak kepada kesemua

ahli keluarga.

14
5.0 KESIMPULAN

Sejak kebelakangan ini, peningkatan kadar masalah disiplin di sekolah-sekolah

Malaysia yang mendadak menimbulkan tanda tanya dan membingungkan kepada

pelbagai pihak mengenai punca sebenar berlakunya fenomena ini. Kes ponteng sekolah

terutamanya mencatat bilangan yang tertinggi berbanding dengan kes-kes disiplin yang

lain. Gejala ponteng sekolah di kalangan pelajar-pelajar sekolah bertambah dengan kadar

yang serius bagai “ cendawan tumbuh selepas hujan ” walaupun berbagai-bagai langkah

telah dilaksanakan bagi menangani masalah ini.

Sebenarnya, punca utama wujudnya amalan ponteng sekolah adalah bermula oleh

masalah keluarga seseorang pelajar itu sendiri. Timbulnya pertelingkahan antara ibu dan

bapa menyebabkan kebajikan anak-anak terabai. Segala tindak-tanduk anak-anak mereka

di luar rumah dan di sekolah tidak diambil berat. Ketandusan kasih sayang dan ledakan

tekanan pada diri seseorang pelajar datang daripada keluarga bermasalah akan

menyebabkan mereka cuba ponteng sekolah. Ini menunjukkan keruntuhan institusi

keluarga mempengaruhi masalah disiplin di kalangan pelajar.

Dalam sesebuah keluarga yang mempunyai ibu bapa yang bersikap materialistik

seumpamanya, amalan untuk mengambil berat kebajikan dan keperluan anak-anak telah

diambil alih oleh sikap yang ingin mengejar kebendaan semata-mata. Anak-anak mereka

dipinggir dan kasih sayang yang sepenuhnya tidak diberikan. Masalah di atas adalah

selari dengan teori fungsionalisme (Durkheim dan Spencer) di mana ibu bapa tidak

menjalankan tugas mereka dengan sempurna (disfungsi). Jadi tidak hairanlah jika anak-

anak memilih untuk ponteng sekolah dan bergaul dengan rakan-rakan luar sekolah yang

dianggap lebih rapat dengan mereka.

15
Setiap ahli masyarakat perlu mempunyai peranan masing-masing. Setiap individu

perlu melaksanakan peranan dan tanggungjawab masing-masing dengan sempurna kerana

setiap satu ada perkaitan. Kita perlulah merealisasikan konsep masyarakat madani. Setiap

pelajar perlu didekati supaya mereka rasa diterima oleh masyarakat khasnya dalam

institusi keluarga dan sekolah. Hubungan dan kerjasama erat perlu ditingkatkan antara

ibu bapa, pihak pentadbir, guru-guru, guru disiplin dan kaunselor amat penting untuk

membendung masalah jenayah di kalangan pelajar remaja kita.

Pelajar dan remaja adalah kumpulan masyarakat yang bakal mencorakkan masa

depan negara. Mereka adalah aset kekayaan semulajadi yang bakal memegang peranan

penting dalam politik, ekonomi dan kemasyarakatan di negara ini. Namun demikian,

masalah akhlak di kalangan remaja adalah salah satu daripada ancaman kepada sumber

tenaga manusia yang akan merugikan negara dalam jangka masa panjang. Oleh itu segala

masalah sosial yang dihadapi oleh para remaja harus dibendung dan di atasi supaya ia

tidak terus mewujudkan ancaman besar terhadap aset yang tidak ternilai ini.

Sekiranya masalah ini tidak diatasi dengan kadar segera, peratus pelajar ponteng

pasti akan meningkat dan akan menggugat cita-cita pihak kerajaan untuk mewujudkan

rakyat yang berpendidikan tinggi, cerdas, dan pintar. Sekali gus masalah ini akan

membantutkan kemajuan negara kita. Peranan ibu bapa, pihak sekolah serta Kementerian

Pendidikan amat penting untuk memastikan gejala ini tidak berterusan sehingga menjadi

lebih serius.

16

Anda mungkin juga menyukai