Anda di halaman 1dari 4

DEFINISI PONTENG SEKOLAH.

Ponteng merupakan satu perbuatan salah laku dan melanggar peraturan


sekolah. Ini bermaksud seseorang pelajar dianggap ponteng sekiranya tidak hadir ke sekolah tanpa
sebab-sebab yang dibenarkan pada hari persekolahan. Oleh yang demikian, ponteng merupakan istilah
yang digunakan bagi merujuk kepada apa jua kegagalan menghadiri kelas di sekolah secara sengaja tanpa
alasan yang munasabah.

Menurut Kamus Dewan, ponteng didefinisikan sebagai lari daripada tanggungjawab atau tugas tanpa
kebenaran. Selain dari itu, ponteng juga merujuk kepada pelajar yang menghadiri sekolah tetapi tidak
menghadiri kelas, sama ada salah satu kelas, beberapa kelas ataupun kesemua kelas dalam satu-satu
hari.

Ponteng sekolah adalah salah satu isu gejala sosial terutamanya melibatkan para pelajar khususnya
merujuk kepada golongan pelajar peringkat sekolah Menengah. Tidak disangkal bahawa isu gejala sosial
sekolah boleh menjadi landasan lencongan untuk pelajar terlibat dengan gejala sosial lebih serius iaitu
berunsur jenayah. Senario remaja sekolah yang pada mulanya hanya terbabit dengan isu gejala ponteng
sekolah dan kemudian didapati sabit terlibat dengan kes-kes jenayah berat kerap berlaku.

Bagi setengah kes di Negara Brunei Darussalam sendiri ada di antara golongan remaja tersebut pernah
disabitkan dengan kesalahan memiliki atau memakan atau mengedar dadah seperti syabu, kokain,
ecstacy, atau bahan-bahan sejenis yang mengkhayalkan sama ada dalam bentuk cecair atau pil-pil
kapsul dan sebagainya, merokok, meminum minuman keras atau arak, mencuri, bergaduh, terjerat
dengan masalah cinta remaja atau love affair , vandalism, terlibat dengan penubuhan kumpulan remaja
nakal atau gangsterism.

PUNCA-PUNCA BERLAKUNYA PONTENG SEKOLAH

1. Kurang berminat terhadap pengajaran dan pelajaran di sekolah.

Pelajar ponteng sekolah adalah kerana kurang atau tidak berminat terhadap pengajaran dan
pembelajaran di sekolah Keadaan ini mungkin berpunca daripada isi kandungan sukatan pelajaran yang
banyak memberikan tumpuan kepada mata pelajaran yang memerlukan pelajar menghafal seperti mata
pelajaran sejarah, matematik, sains, geografi dan sebagainya. Di samping itu, pelajar kurang berminat
terhadap sekolah kerana mereka mungkin tidak mampu untuk mengikuti pelajaran dengan sempurna
kerana ketinggalan akibat kelemahan diri mereka sendiri. Alasan ini juga yang menyebabkan berlakunya
kes ponteng yang banyak di kalangan pelajar yang lemah jika dibandingkan dengan pelajar yang cerdas.
Pelajar seperti ini biasanya mudah berputus asa. Mereka kebanyakannya datang ke sekolah semata-mata
kerana menurut kehendak ibu bapa. Oleh itu mereka kerap ponteng kerana telah hilang minat untuk
belajar akibat tidak dapat memberikan saingan kepada rakan-rakan pelajar yang lebih cerdas.

2. Kurangnya kasih sayang serta pemantauan daripada ibu bapa


Pelajar ponteng sekolah adalah kerana mereka telah hilang pemerhatian, kasih sayang daripada ibu
bapanya dan ibu bapa telah mengabaikan tanggungjawabnya sebagai seorang ibu bapa. Dengan
membuktikan keadaan tersebut, ibu bapa kini sentiasa bekerja di luar dari awal pagi sampai tengah
malam, masa mereka bersama dengan anak semakin berkurang sehingga anak-anak tidak dapat
menyampaikan perasaan mereka kepada ibu bapa. Lama-lama kemudian, anak tersebut akan cuba
menggunakan cara lain iaitu cara negatif seperti ponteng sekolah kerana mereka berjaya mendapat
perhatian daripada ibu bapa mereka. Malangnya anak-anak ini akan berkawan dengan orang luar semasa
mereka memonteng sekolah dan kesannya kawan baru ini akan mengajak mereka pergi ke tempat lain
untuk berhibur sehingga anak-anak ini tidak lagi mementingkan pelajarannya. Biasanya pihak sekolah
akan mengeluarkan surat amaran bagi pelajar-pelajar yang melakukan kesalahan ponteng terlalu kerap
iaitu tiga hari berturut-turut. Surat yang ditujukan kepada waris atau ibu bapa itu kadang-kadang tidak
mendapat respon yang diharap-harapkan. Ibu bapa yang terlalu sibuk dengan urusan harian mereka
tidak dapat hadir untuk berbincang dengan pihak sekolah. Keadaan ini secara tidak langsung
menunjukkan bahawa ibu bapa atau penjaga pelajar yang berkenaan langsung tidak mengambil berat
akan hal-ehwal anak-anak mereka. Keadaan ini juga memberikan rangsangan kepada pelajar yang
berkenaan untuk terus memonteng sehingga akhirnya terpaksa diberhentikan persekolahannya. Oleh itu
bolehlah dikatakan bahawa ibu bapa yang tidak mengambil berat akan amaran pihak sekolah turut
menyumbang ke arah masalah ini.

3. Pengaruh rakan sebaya

Pengaruh rakan sebaya juga turut memainkan peranan yang kuat dalam mempengaruhi pelajar lain
untuk ponteng sekolah. Ajakan daripada rakan sebaya mereka untuk ponteng sekolah akan
mempengaruhi minda pelajar-pelajar yang tidak berfikir secara rasional. Mereka akan menurut segala
ajakan dan pelawaan rakan-rakan mereka tanpa berfikir panjang. Rakan-rakan yang bercadang untuk
ponteng sekolah akan memberikan pelbagai alasan yang munasabah seperti pelajaran di sekolah sangat
membosankan dan sebagainya. Mereka menberi tanggapan bahawa aktiviti ponteng sekolah dapat
menenangkan fikiran dan ini menjadi alasan untuk mereka tidak hadir ke sekolah.

4. Mencari Keseronokan

Pelajar ponteng sekolah berkemungkinan adalah kerana mereka lebih mementingkan keseronokan
daripada pelajaran. Hal ini jelas kerana terdapat di kalangan pelajar yang ponteng dengan tujuan untuk
melepak atau berkumpul di suatu tempat terutamanya pusat-pusat membeli-belah, pusat permainan
video, dan taman-taman rekreasi. Malahan, terdapat juga pelajar yang ponteng untuk menonton wayang
atau berkelah. Bagi mereka, belajar di sekolah adalah sesuatu yang membosankan kerana tidak ada
unsur-unsur hiburan.

5. Peraturan sekolah yang terlalu ketat

Terdapat juga para pelajar ponteng sekolah kerana takut dimarahi ataupun didenda oleh guru contohnya
semasa mereka tidak sempat menyiapkan kerja sekolah mereka yang diberikan oleh guru, mereka akan
pilih cara ponteng sekolah supaya mereka tidak dapat didenda oleh cikgu.
Selain daripada itu,pelajar yang datang lewat juga akan mengambil keputusan untuk ponteng kerana
takut didenda kerana kesalahan mereka itu. Kumpulan pelajar ini juga menyalahkan pihak sekolah yang
mengamalkan peraturan yang terlalu ketat dan mengenakan hukuman yang pada pendapat mereka
terlalu berat bagi kesalahan yang kecil.

6. Tekanan Ekonomi
Taraf ekonomi keluarga pelajar yang rendah juga menyebabkan mereka malu untuk pergi ke sekolah.
Mereka sering ponteng sekolah bagi mengelakkan dipersenda oleh rakan-rakan. Apabila ponteng
sekolah, mereka mula melakukan sesuatu yang negatif bagi memenuhi masa lapang mereka. Oleh kerana
kedudukan ekonomi yang rendah, maka ibu bapa sibuk untuk mencukupkan perbelanjaan harian dan
menyebabkan tanggungjawab anak terabai. Selain itu, terdapat juga pelajar yang ponteng kerana
terpaksa bekerja secara sambilan dan oleh kerana terlalu keletihan mereka tidak berdaya untuk bangun
awal terutamanya yang bekerja pada waktu malam.

LANGKAH MENGATASI MASALAH PONTENG SEKOLAH DI KALANGAN PELAJAR


Isu ponteng sekolah di kalangan pelajar kerap menjadi bahan perbincangan masyarakat dan media
massa. Kebiasaanya apabila sesuatu peperiksaan awam atau peperiksaan akhir tahun telah tamat maka
banyak kes ponteng sekolah berlaku. Isu pelajar ponteng ini tidak wajar dipandang ringan oleh pihak
sekolah dan masyarakat. Jika isu pelajar ponteng ini tidak ditangani dengan segera, pelbagai masalah
sosial akan timbul. Terdapat beberapa langkah yang boleh dilakukan untuk mengatasi masalah ponteng
di kalangan pelajar.
Antara langkah yang boleh dilakukan ialah memberi kesedaran kepada pelajar tentang keburukan
ponteng sekolah. Pada masa yang sama, pelajar juga mesti diberikan kesedaran tentang kepentingan
datang ke sekolah dan menjadi pelajar yang cemerlang. Selain itu, pelajar juga perlu disedarkan tentang
tanggungjawab mereka terhadap ibu bapa yang banyak berjasa kepada mereka. Program-program
kesedaran tentang tanggungjawab pelajar boleh dibuat oleh pihak sekolah dan Persatuan lbu Bapa dan
Guru (PIBG). Jika pelajar mempunyai kesedaran mendalam tentang tanggungjawab mereka terhadap diri,
keluarga dan negara, pasti pelajar tidak akan ponteng sekolah lagi.
Di samping itu, ibu bapa juga boleh memainkan peranan penting dalam membendung gejala ponteng
sekolah. Hal ini kerana banyak masa anak-anak dihabiskan bersama ibu bapa ketika berada di rumah.
Oleh Itu, ibu bapa boleh menasihati anak-anak agar tidak terlibat dalam masalah ponteng sekolah kerana
perbuatan tersebut boleh merugikan mereka dan merosakkan nama baik keluarga. Nasihat kepada anak-
anak ini perlu diberikan secara berterusan. Ibu bapa juga perlu memantau pergaulan anak-anak mereka
pada setiap masa.
Selain itu, masyarakat juga boleh memainkan peranan dalam menangani gejala ponteng sekolah.
Masyarakat setempat boleh membendung gejala ini dengan menegur perbuatan ponteng sekolah secara
langsung atau membuat aduan kepada pihak berkuasa. Masyarakat sewajarnya tidak bersikap
individualistik dalam hal menangani gejala ponteng sekolah. Pada masa yang sama, lokasi-lokasi yang
sering menjadi tempat berkumpulnya pelajar ponteng ini hendaklah dipantau. Masyarakat setempat juga
boleh meminta bantuan pihak polis dalam mengawasi lokasi tertentu yang menjadi tempat
berkumpulnya pelajar ponteng.
Media massa juga boleh memainkan peranan dalam menangani gejala pelajar ponteng sekolah. Hal ini
kerana keberkesanan media massa dalam mempengaruhi minda memang tidak dapat disangkal lagi.
Oleh itu, media elektronik seperti televisyen boleh memaparkan kesan gejala ponteng di kalangan
pelajar sekolah agar boleh menjadi pengajaran kepada mereka. Selain itu, pihak sekolah juga boleh
memainkan peranan yang penting dalam menangani gejala ponteng sekolah di kalangan pelajar. Sebagai
pihak yang paling berkuasa, pihak sekolah boleh mengambil dua pendekatan iaitu nasihat dan hukuman.
Pihak sekolah juga boleh memberikan nasihat dan kesedaran melalui kempen yang dijalankan oleh guru
kaunseling sekolah.

Anda mungkin juga menyukai