Anda di halaman 1dari 9

5

ELM 3102 KURIKULUM DAN KAEDAH PENGAJARAN PENDIDIKAN MORAL

Cabaran guru bagi berdepan dengan masalah disiplin pelajar pada abad ke21 begitu mencabar dan berat. Profesion perguruan juga merupakan badan yang dipertanggungjawabkan oleh kerajaan untuk menghasilkan rakyat masa depan yang serba canggih sebagai jentera penggerak negara. Tanggungjawab profesion perguruan menjadi semakin berat kerana rakyat masa hadapan yang hendak dihasilkan itu bukan sahaja perlu diterapkan dengan pelbagai ilmu pengetahuan semata-mata, tetapi perlu juga diseimbangkan dengan nilai sosial yang baik dari segi moral dan etika yang murni. Malangnya ketika aspirasi negara, timbul pula pelbagai masalah di kalangan anak anak dewasa kini. Isu yang ingin saya ulas dan analisis ialah berkenaan dengan Ponteng Kelas. Merujuk pada artikel yang bertarikh 20 Mac 2014 , menurut Dr. Zahari Ishak iaitu Ketua Jabatan Psikologi Pendidikan dan Kaunseling Fakulti Pendidikan Universiti Malaya berpendapat masalah ponteng perlu ditangani dengan segera kerana perkara ini merupakan permulaan awal kepada gejala ponteng yang lebih serius. Ponteng sekolah bukan sekadar masalah disiplin di kalangan pelajar, tetapi persoalannya lebih besar, antaranya ke mana dan apakah yang mereka buat sepanjang waktu melakukan salah laku itu serta akibatnya. Daripada lapan jenis salah laku disiplin disenaraikan Kementerian Pelajaran, ponteng berada di tangga kedua terbanyak selepas kurang sopan, diikuti berunsur jenayah, tidak pentingkan masa, kekemasan diri, kenakalan, laku musnah dan berunsur kelucahan.

Berdasarkan isu yang diulas, akibat pelajar ponteng bukan saja ketinggalan dalam pelajaran, malah lebih teruk lagi termasuk terbabit gejala negatif seperti penyalahgunaan dadah, vandalisme, gangsterisme, minuman keras, seks bebas, perjudian dan melepak. Implikasi besar yang mungkin wujud akibat masalah ponteng itu

menyebabkan ia dianggap Kementerian Pelajaran sebagai salah laku disiplin paling serius. Rekod Kementerian Pelajaran tahun lalu menunjukkan 21,060 pelajar (0.39 peratus) dikesan ponteng sekolah, manakala 24,840 pelajar (0.46 peratus) pada tahun sebelumnya.
IPGKRM ( PROGRAM PPG ) 5

ELM 3102 KURIKULUM DAN KAEDAH PENGAJARAN PENDIDIKAN MORAL

Walaupun jumlah kes disiplin pelajar negara ini jauh lebih rendah berbanding negara lain, Kementerian Pelajaran tetap menganggap ia isu yang perlu ditangani secara serius. Masalah ponteng sekolah ini pun bukan perkara baru malah semua orang pernah terlibat atau mengetahui tentangnya semasa bersekolah dahulu. Masalah ini sebenarnya berlaku sepanjang tahun cuma bilangannya meningkat setiap kali selepas peperiksaan sebelum cuti bermula. Menurut Dr Zahari Ishak, ibubapa lebih berperanan bagi mengelakkan masalah ponteng menjadi lebih serius. Hal ini kerana , sikap ibubapa juga yang menjadi punca utama faktor penyebab masalah ponteng terjadi. Ada dikalangan ibubapa yang membenarkan anak anak mereka ponteng . Ini amat ketara semasa kelas ganti pada hari Sabtu dan ketika selepas peperiksaan. Kedatangan yang merosot ini boleh dilihat apabila pelajar beberapa kelas terpaksa digabungkan untuk memenuhkan sebuah kelas. Bukankah sikap sebahagian ibubapa yang

menghalalkan tidak perlu hadir ke sekolah ini memberi pengajaran yang kurang sihat kepada anak-anak mereka sendiri. Apabila di sekolah menengah nanti pelajar ini akan dengan sendirinya mencari pelbagai alasan untuk membolehkan anak - anak tidak datang ke sekolah. Akhirnya mereka ini akan menganggap pergi ke sekolah ini satu bebanan dan seringlah dia melencong ke tempat lain. Pelajar ponteng sekolah adalah kerana mereka telah hilang pemerhatian, kasih sayang daripada ibu bapanya dan ibu bapa telah mengabaikan tanggungjawabnya sebagai seorang ibu bapa. Dengan membuktikan keadaan tersebut, ibu bapa kini sentiasa bekerja di luar dari awal pagi sampai tengah malam, masa mereka bersama dengan anak semakin berkurang sehingga anak-anak tidak dapat menyampaikan perasaan mereka kepada ibu bapa. Lama-lama kemudian, anak tersebut akan cuba menggunakan cara lain iaitu cara negatif seperti ponteng sekolah kerana mereka berjaya mendapat perhatian daripada ibu bapa mereka. Malangnya anak-anak ini akan berkawan dengan orang luar semasa mereka memonteng sekolah dan kesannya kawan baru ini akan mengajak mereka pergi ke tempat lain untuk berhibur sehingga anak-anak ini tidak lagi mementingkan pelajarannya.

IPGKRM ( PROGRAM PPG )

ELM 3102 KURIKULUM DAN KAEDAH PENGAJARAN PENDIDIKAN MORAL

Biasanya pihak sekolah akan mengeluarkan surat amaran bagi pelajar-pelajar yang melakukan kesalahan ponteng terlalu kerap iaitu tiga hari berturut-turut. Surat yang ditujukan kepada waris atau ibu bapa itu kadang-kadang tidak mendapat respon yang diharap-harapkan. Ibu bapa yang terlalu sibuk dengan urusan harian mereka tidak dapat hadir untuk berbincang dengan pihak sekolah. Keadaan ini secara tidak langsung menunjukkan bahawa ibu bapa atau penjaga pelajar yang berkenaan langsung tidak mengambil berat akan hal-ehwal anak-anak mereka. Keadaan ini juga memberikan rangsangan kepada pelajar yang berkenaan untuk terus memonteng sehingga akhirnya terpaksa diberhentikan persekolahannya. Oleh itu bolehlah dikatakan bahawa ibu bapa yang tidak mengambil berat akan amaran pihak sekolah turut menyumbang ke arah masalah ini. Pengaruh rakan sebaya juga turut memainkan peranan yang kuat dalam mempengaruhi pelajar lain untuk ponteng sekolah. Ajakan daripada rakan sebaya mereka untuk ponteng sekolah akan mempengaruhi minda pelajar-pelajar yang tidak berfikir secara rasional. Mereka akan menurut segala ajakan dan pelawaan rakanrakan mereka tanpa berfikir panjang. Rakan-rakan yang bercadang untuk ponteng sekolah akan memberikan pelbagai alasan yang munasabah seperti pelajaran di sekolah sangat membosankan dan sebagainya. Mereka menberi tanggapan bahawa aktiviti ponteng sekolah dapat menenangkan fikiran dan ini menjadi alasan untuk mereka tidak hadir ke sekolah. Menurut artikel akhbar juga ada menyenaraikan pelajar ponteng sekolah adalah kerana kurang atau tidak berminat terhadap pengajaran dan pembelajaran di sekolah Keadaan ini mungkin berpunca daripada isi kandungan sukatan pelajaran yang banyak memberikan tumpuan kepada mata pelajaran yang memerlukan pelajar menghafal seperti mata pelajaran sejarah, matematik, sains, geografi dan sebagainya. Di samping itu, pelajar kurang berminat terhadap sekolah kerana mereka mungkin tidak mampu untuk mengikuti pelajaran dengan sempurna kerana ketinggalan akibat kelemahan diri mereka sendiri. Alasan ini juga yang

menyebabkan berlakunya kes ponteng yang banyak di kalangan pelajar yang lemah jika dibandingkan dengan pelajar yang cerdas. Pelajar seperti ini biasanya mudah berputus asa. Mereka kebanyakannya datang ke sekolah semata-mata kerana menurut kehendak ibu bapa. Oleh itu mereka kerap ponteng kerana telah hilang
IPGKRM ( PROGRAM PPG ) 7

ELM 3102 KURIKULUM DAN KAEDAH PENGAJARAN PENDIDIKAN MORAL

minat untuk belajar akibat tidak dapat memberikan saingan kepada rakan-rakan pelajar yang lebih cerdas. Pelajar ponteng sekolah berkemungkinan adalah kerana mereka lebih mementingkan keseronokan daripada pelajaran. Hal ini jelas kerana terdapat di kalangan pelajar yang ponteng dengan tujuan untuk melepak atau berkumpul di suatu tempat terutamanya pusat-pusat membeli-belah, pusat permainan video, dan taman-taman rekreasi. Malahan, terdapat juga pelajar yang ponteng untuk menonton wayang atau berkelah. Bagi mereka, belajar di sekolah adalah sesuatu yang membosankan kerana tidak ada unsur-unsur hiburan. Terdapat juga para pelajar ponteng sekolah kerana takut dimarahi ataupun didenda oleh guru contohnya semasa mereka tidak sempat menyiapkan kerja sekolah mereka yang diberikan oleh guru, mereka akan pilih cara ponteng sekolah supaya mereka tidak dapat didenda oleh cikgu. Selain daripada itu,pelajar yang datang lewat juga akan mengambil keputusan untuk ponteng kerana takut didenda kerana kesalahan mereka itu. Kumpulan pelajar ini juga menyalahkan pihak sekolah yang mengamalkan peraturan yang terlalu ketat dan mengenakan hukuman yang pada pendapat mereka terlalu berat bagi kesalahan yang kecil. Taraf ekonomi keluarga pelajar yang rendah juga menyebabkan mereka malu untuk pergi ke sekolah. Mereka sering ponteng sekolah bagi mengelakkan dipersenda oleh rakan-rakan. Apabila ponteng sekolah, mereka mula melakukan sesuatu yang negatif bagi memenuhi masa lapang mereka. Oleh kerana kedudukan ekonomi yang rendah, maka ibu bapa sibuk untuk mencukupkan perbelanjaan harian dan menyebabkan tanggungjawab anak terabai. Selain itu, terdapat juga pelajar yang ponteng kerana terpaksa bekerja secara sambilan dan oleh kerana terlalu keletihan mereka tidak berdaya untuk bangun awal terutamanya yang bekerja pada waktu malam.

Pihak sekolah juga perlu mengambil perhatian kerana antara punca pelajar ponteng ialah kegagalan pihak sekolah menyediakan program yang menarik setelah selesainya peperiksaan. Ini telah dijadikan alasan oleh ibubapa dan para pelajar yang mengatakan membuang masa dan bosan untuk ke sekolah.

Oleh itu sekolah patut mengadakan program yang menarik minat pelajar hadir ke sekolah selepas menduduki peperiksaan. Sementara itu ibu bapa juga perlu
IPGKRM ( PROGRAM PPG ) 8

ELM 3102 KURIKULUM DAN KAEDAH PENGAJARAN PENDIDIKAN MORAL

menasihati anak-anak mereka supaya terus ke sekolah meskipun peperiksaan telah berakhir.

Langkah menangani masalah ponteng.


Isu ponteng sekolah di kalangan pelajar kerap menjadi bahan perbincangan masyarakat dan media massa. Kebiasaanya apabila sesuatu peperiksaan awam atau peperiksaan akhir tahun telah tamat maka banyak kes ponteng sekolah berlaku. Isu pelajar ponteng ini tidak wajar dipandang ringan oleh pihak sekolah dan masyarakat. Jika isu pelajar ponteng ini tidak ditangani dengan segera, pelbagai masalah sosial akan timbul. Terdapat beberapa langkah yang boleh dilakukan untuk mengatasi masalah ponteng di kalangan pelajar. 1. Pihak Pentadbir Sekolah dan Guru: Sedar dan Ambil Tindakan Segera

Pihak pentadbir khususnya guru besar / pengetua dan guru-guru umumnya, harus peka mengenai masalah ini. Mereka harus mengetahui dan memahami konsep, faktor penyebab, dan aspek berkaitan isu ponteng kelas.

Jika guru dapat mengesan kes ponteng berlaku di sekolah, perkara ini harus diambil berat dan diberikan perhatian serius. Jika kes ini berlaku, sebagai guru kelas harus segera mengambil maklumat dan butiran berkenaan pelajar berkenaan. Kemudian membuat laporan dan hantar laporan berkenaan kepada pihak pentadbir supaya kes itu direkodkan dan diambil tindakan sewajarnya. Tindakan segera perlu dilakukan pihak pentadbir berasaskan peraturan sedia ada. Surat tunjuk sebab ketidakhadiran ke sekolah harus diberikan kepada ibubapa. Seperti di sekolah saya, Guru Penolong Kanan Hem akan memberi peluang sehingga tiga kali penyerahan surat tunjuk sebab. Sekiranya kes ponteng sekolah masih berlaku oleh pelajar tersebut, tindakan guru bersama Guru Penolong Kanan Hem akan berkunjung ke rumah pelajar tersebut. Alhamdulillah, di Sekolah Kebangsaan Taman Tuanku Jaafar 2 tidak berlaku masalah disiplin yang serius ini.

2. Pendekatan akademik.
IPGKRM ( PROGRAM PPG ) 9

10

ELM 3102 KURIKULUM DAN KAEDAH PENGAJARAN PENDIDIKAN MORAL

Ini boleh dilakukan dengan menambahkan aktiviti-aktiviti berteraskan akademik dan separa akademik seperti kegiatan ko-kurikulum di sekolah. Begitu juga dengan perubahan-perubahan teknik-teknik pengajaran seperti penggunaan komputer, video, bantuan alat pandang dengar dan teknik pengajaran luar kelas.

3. Guru matapelajaran Guru perlu meningkatkan gaya penyampaian pelajaran supaya pelajar akan lebih berminat untuk mengikuti pengajaran guru. Selain itu, guru juga perlu mempelbagaikan teknik pengajaran dan melakukan aktiviti luar kelas bagi menarik minat pelajar

4. Mewujudkan sistem perundangan di sekolah. Peruntukan undang-undang di peringkat sekolah boleh menimbulkan rasa takut di kalangan pelajar sekolah, di samping mengurangkan beban dan tanggungjawab pihak sekolah dan pihak ibu bapa dalam pengawasan disiplin.

5. Penguatkuasaan Undang-Undang oleh pihak berkuasa seperti polis. Bidang kuasa polis yang sedia ada perlu digunakan oleh pihak pentadbir sekolah dalam mendisiplinkan pelajar-pelajar. Pihak pentadbir hendaklah mengambil kesempatan dengan merujuk masalah pelajar ini kepada pihak polis.

6. Kaunseling Langkah-langkah pencegahan yang bersesuaian hendaklah diadakan seperti kaunseling di peringkat sekolah. Kaunseling di peringkat sekolah adalah penting dalam membantu remaja mengatasi masalah mereka. Program ini akan lebih bermakna sekiranya kaunselor-kaunselor yang berkelayakan dan berpengalaman dilantik dalam memantapkan pelaksanaan dan keberkesanan kaunseling tersebut. Dengan menjalankan sesi kaunseling bersama pelajar terlibat dengan menerapkan sikap yang lebih positif untuk hadir ke sekolah dan menjauhi daripada gejala yang tidak sihat.

7. Peranan PIBG
IPGKRM ( PROGRAM PPG ) 10

11

ELM 3102 KURIKULUM DAN KAEDAH PENGAJARAN PENDIDIKAN MORAL

Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) perlulah memainkan peranan yang penting. Pertemuan yang lebih kerap antara ibu bapa, penjaga dan guru perlu selalu berbincang untuk menyelesaikan masalah ini. 8. Peranan Ibu Bapa/ Penjaga Penekanan dalam keratan akhbar iaitu peranan ibubapa memainkan peranan penting dalam membendung gejala ponteng sekolah. Hal ini kerana banyak masa anak-anak dihabiskan bersama ibu bapa ketika berada di rumah. Oleh Itu, ibu bapa boleh menasihati anak-anak agar tidak terlibat dalam masalah ponteng sekolah kerana perbuatan tersebut boleh merugikan mereka dan merosakkan nama baik keluarga. Nasihat kepada anak-anak ini perlu diberikan secara berterusan. Ibu bapa juga perlu memantau pergaulan anakanak mereka pada setiap masa. Ibu bapa mestilah memperhatikan setiap gerak-geri atau pergerakan anak-anak mereka. Ibu bapa hendaklah sentiasa mengetahui dan mengenal pasti masalah yang dihadapi oleh anak mereka serta sanggup meluangkan masa untuk mengatasai masalah tersebut. Ibu bapa juga seharusnya mengetahui rakan-rakan anak mereka dan sentiasa memastikan anak-anak mereka berkawan dan bergaul dengan mereka yangmempunyai kedudukkan moral yang baik. Selain itu ibu bapa hendaklah menghabiskan sebahagian daripada masa seharian bersama anak-anak.

9. Rakan Sebaya Program Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) merupakan konsep dan kaedah yang baik untuk dilaksanakan oleh semua sekolah. PRS akan menjadi mata dan telinga kepada pelajar pelajar yang terlibat dengan masalah ponteng. PRS boleh diberikan tanggungjawab untuk mengenal pasti isu tersebut dan memberikan laporan kepada kaunselor sekolah untuk tindakan lanjut. Ahli PRS juga boleh memberi bantuan menasihati kepada pelajar - pelajar yang terlibat.

10. Masyarakat Selain itu, masyarakat juga boleh memainkan peranan dalam menangani gejala ponteng sekolah. Masyarakat setempat boleh membendung gejala ini

IPGKRM ( PROGRAM PPG )

11

12

ELM 3102 KURIKULUM DAN KAEDAH PENGAJARAN PENDIDIKAN MORAL

dengan menegur perbuatan ponteng sekolah secara langsung atau membuat aduan kepada pihak berkuasa. Masyarakat sewajarnya tidak bersikap individualistik dalam hal menangani gejala ponteng sekolah. Pada masa yang sama, lokasi-lokasi yang sering menjadi tempat berkumpulnya pelajar ponteng ini hendaklah dipantau. Masyarakat setempat juga boleh meminta bantuan pihak polis dalam mengawasi lokasi tertentu yang menjadi tempat berkumpulnya pelajar ponteng. Media massa juga boleh memainkan peranan dalam menangani gejala pelajar ponteng sekolah. Hal ini kerana

keberkesanan media massa dalam mempengaruhi minda memang tidak dapat disangkal lagi. Oleh itu, media elektronik seperti televisyen boleh memaparkan kesan gejala ponteng di kalangan pelajar sekolah agar boleh menjadi pengajaran kepada mereka.

Kesimpulan
Isu berkenaan dengan masalah Ponteng Kelas, telah mendapat perhatian oleh semua pihak. Banyak usaha bagi memendung masalah ini daripada terus berlaku. Keperihatinan Dr Zahari Ishak dalam memberi pendapat tentang isu ini telah menjadi muka depan akhbar Berita Harian Didik. Masalah ponteng sekolah hari ini telah menjadi satu isu global yang dibincangkan oleh semua pihak. Namun tindakan merotan dan gantung sekolah tidak mampu menangani masalah ponteng. Permasaalahan yang timbul ini memperlihatkan peningkatan hari demi hari. Apa yang lebih membimbangkan adalah kesannya terhadap pelajar, sekolah dan masyarakat. Antara alasan yang diberikan oleh pelajar ponteng adalah takut didenda kerana tidak menyiapkan tugasan yang diberikan guru, tidak cukup tidur kerana pada waktu malam mereka keluar dengan ibubapa atau menonton televisyen, tidak faham dengan pengajaran guru serta tidak minat belajar. Tindakan ibubapa yang tegas dan kurang memberi perhatian juga menyumbang kepada masalah ini. Yang lebih membimbangkan ada ibubapa yang menyatakan dia sudah tidak dapat menasihat naknya untuk ke sekolah kerana anaknya memang tidak berminat untuk belajar. Kaunselor dan pihak sekolah telah melaksanakan pelbagai aktiviti bagi menarik minat serta menerapkan rasa tanggungjawab sebagai pelajar untuk hadir ke sekolah.

IPGKRM ( PROGRAM PPG )

12

13

ELM 3102 KURIKULUM DAN KAEDAH PENGAJARAN PENDIDIKAN MORAL

IPGKRM ( PROGRAM PPG )

13

Anda mungkin juga menyukai