Anda di halaman 1dari 8

PROSA TRADISIONAL BAHAGIA SESUDAH DERITA

Sinopsis
Si Miskin dan isterinya meminta derma di negeri Anta Beranta. Mereka pergi
ke istana Maharaja Indera Dewa tetapi dihalau oleh Betara Angkasa Indera
Dewa. Pengikut baginda telah melempar Si Miskin dan isteri dengan kayu dan
batu yang menyebabkan badan pasangan suami isteri itu bengkak dan cedera.
Selepas kejadian itu, mereka melarikan diri ke dalam hutan. Pasangan suami
menerima nasib yang sama dilempar oleh penduduk kampung dengan kayu
dan batu apabila telah pergi ke kawasan kampung.
Si Miskin dan isterinya menyelongkar sampah untuk mencari makanan di
tempat pembuangan sampah. Mereka menemukan sebiji ketupat dan buku
tebu di tempat itu. Mereka makan ketupat dan tebu itu kerana terialu lapar.
Sebenarnya, Si Miskin ialah seroang raja kayangan yang disumpah Betara Guru
atas kesalahan membawa isterinya ke bumi tanpa memberitahunya. Isteri Si
Miskin pun hamil dan mengidam buah mempelam dan nangka yang terdapat di
taman Maharaja Indera Dewa. Si Miskin dengan rendah dirii berjumpa
Maharaja Indera Dewa untuk meminta mempelam dan nangka walaupun
berasa bimbang mendapat layanan yang teruk.
Maharaja Indera Dewa berasa kasihan kepada Si Miskin.Baginda telah
memberikannya buah mempelam dan nangka. Tambahan pula, nasib Si Miskin
semakin bertuah kerana dia juga memperoleh pelbagai barang daripada
peniaga di pasar. Setelah beberapa bulan, isterinya pun bersalin seorang
putera yang diberikan gelaran Marakarma. Semasa Si Miskin menggali tanah
untuk membina pondok, dia terjumpa tempayan yang banyak mengandungi
emas. Dia menjual emas yang ditemuinya itu kepada saudagar. Nasib Si Miskin
berubah menjadi orang kaya.Si Miskin yang memangku anaknya itu berseru
agar kawasan hutam rimba itu dijadikan sebuah negeri yang dilengkapi istana,
pembesar, hulubalang, dan rakyat. Si Miskin menjadi raja dengan gelaran
Maharaja Indera Angkasa manakala isterinya pula digelar Tuan Puteri Ratna
Dewi.
Maharaja Indera Angkasa seorang raja yang adil dan pemurah. Tidak lama
kemudian, isterinya, Tuan Puteri Ratna Dewi hamil dan melahirkan seorang
puteri yang diberi nama Tuan Puteri Nila Kesuma. Kelahiran puteri disambut
penuh dengan adat istiadat selama empat puluh hari empat puluh malam.
TEMA
 Kesabaran dan kecekalan pasangan suami isteri menempuh
pelbagai dugaan dan kesusahan dalam meneruskan kehidupan.

PERSOALAN
 Ketabahan dalam menempuhi dugaan hidup
 Kasih sayang seorang suami terhadap isterinya
 Kemuliaan hati seorang raja
 Tanggungjawab suami terhadap ahli keluarga.
 Sikap tidak berperikemanusiaan

Plot
Permulaan
Si Miskin dan isterinya berjalan untuk mencari rezeki di negeri Anta
Beranta. Si Miskin dan isterinya mahu menghadap Maharaja Indera
Dewa. Si Miskin dan isterinya yang berpakaian compang-camping
dan kainnya yang carik bukan sahaja telah ditertawakan oleh orang
ramai malahan dibaling dengan kayu dan batu hingga berdarah.
Sewaktu mencari rezeki di pasar, mereka turut dibaling dengan batu.
Perkembangan
Sewaktu melarikan diri dari pasar, di pertengahan jalan, Si Miskin
ternampak tempat pembuangan sampah. Di situ, Si Miskin
menemukan sebiji ketupat yang sudah basi dan buku tebu. Mereka
memakannya. Si Miskin dan isterinya berasa segar setelah makan
makanan tersebut. Sebenarnya, ketupat dan tebu yang dimakan oleh
Si Miskin dan isterinya itu berasal daripada anak Betara Karma Jaya
dua bersaudara, iaitu seorang lelaki dan seorang perempuan. Betara
Karma Jaya telah memuja anakandanya itu, yang lelaki menjadi
ketupat, manakala yang perempuan menjadi buku tebu.
Perumitan
Setelah hampir genap bulannya isteri Si Miskin mahu makan buah
mempelam dan buah nangka di taman Maharaja Indera Dewa. Si
Miskin berjaya menunaikan hajat isterinya itu. Pada malam empat
belas hari bulan, isteri Si Miskin pun melahirkan seorang anak lelaki
yang elok rupanya dan diberikan nama Marakarma. Si Miskin yang
menggali tanah untuk mendirikan pondok telah menemukan emas.
Hidup mereka menjadi kaya. Si Miskin menemui beberapa orang
saudagar dan meminta mereka membelikan peralatan seperti kasut,
tongkat, payung, pedang, otar-otar, keris, pelana kuda dan kain.
Puncak
Setelah mandi berlimau, Si Miskin memangku anaknya dan berkata;
jika benarlah anaknya itu anak dewa, dia mahu jadikanlah hutan
rimba itu sebuah negeri. Dengan izin Allah, terbentuklah sebuah
negeri yang lengkap segala-galanya. Negeri itu dinamakan Puspa Sari.
Nama Si Miskin bertukar menjadi Maharaja Indera Angkasa,
manakala isterinya, Tuan Puteri Ratna Dewi.
Peleraian
Tuan Puteri Ratna Dewi melahirkan seorang puteri dan dinamakan
Tuan Puteri Nila Kesuma. Setelah puteri itu dimandikan di dalam
bokor emas, adat kebesaran raja-raja pun dijalankan. Maharaja
Indera Angkasa menyambut puteri baginda lalu memangkunya
Seterusnya baginda keluar ke balairung dan memberikan persalin
linan kepada raja-raja, menteri, hulubalang dan rakyat jelata.
Baginda rakyat bergembira selama empat puluh hari empat puluh
malam
Watak dan Perwatakan

Si Miskin (Maharaja Indera Angkasa)

Seorang yang tabah.


Si Miskin tabah menghadapi dugaan apabiladihalau dan dibaling
dengan batu dan kayu oleh orang ramai. (hal. 19)

Seorang yang penyayang


Si Miskin amat sayang akan isterinya dan sanggup memenuhi segala
permintaan isterinya itu seperti mendapatkan buah mempelam di
taman raja. (hal. 21)

Seorang pemerintah yang adil


Setelah Si Miskin menjadi raja yang bernama Maharaja Indera
Angkasa, baginda memerintah dengan adil. (hal. 25)

Seorang pemerintah yang pemurah


Maharaja Indera Angkasa mengurniakan persalinan kepada raja-raja,
menteri, hulu balang dan rakyat jelata bersempena dengan
keputeraan puterinya. (hal. 26)

Seorang yang bertanggungjawab


Si Miskin bertanggungjawab mendirikan pondok untuk tempat
tinggal keluarganya. (hal. 23)
Tuan Puteri Ratna Dewi

Seorang yang tabah


Tuan Puteri Ratna Dewi tabah menghadapi dugaan apabila dibaling
dan dipukul dengan kayu oleh orang ramai. (hal. 19)

Seorang yang terlalu menurut perasaan.


Tuan Puteri Ratna Dewi terlalu menurut perasaannya apabila
memaksa suaminya mendapatkan buah mempelam dan buah nangka
yang terdapat di taman raja. (hal. 21)

Marakarma

Seorang yang berwajah menawan.


Marakarma dikurniakan wajah yang amat menawan. (hal. 23)

Seorang yang memiliki keistimewaan


Dengan keistimewaan yang dimiliki oleh Marakarma, dengan izin
Allah di dalam hutan itu terbentuk sebuah negeri yang diperintah
oleh bapanya. (hal. 25)

Seorang yang mempunyai budi pekerti yang baik dan sangat


disayangi oleh inang.
Marakarma yang mempunyai budi pekerti yang baik sangat disayangi
oleh inang pengasuhnya. (hal. 25)
Latar

Latar Masa

1.     Tiga bulan
-Selepas makan buku tebu dan ketupat, Isteri Si Miskin mengandung.
2.     Petang
-Si Miskin berada di tempat pembuangan sampah
3.     Empat puluh hari empat puluh malam
-Majlis meraikan kelahiran Tuan Puteri Nila Kesuma
4.     Malam
-Si Miskin dan isterinya tidur di hutan setelah dihalau penduduk kampung.

Latar Tempat

1.     Negeri Anta Beranta


-Si Miskin meminta sedekah dan mencari rezeki.
2.     Hutan
-Si Miskin dan isterinya tidur di hutan setelah dihalau penduduk kampung.
3.     Di Pasar
-Tempat Si Miskin dan Isterinya dihina dan dilempar kayu
4.     Tempat pembuangan sampah
-Si Miskin menemukan ketupat dan buku tebu.

Latar Masyarakat

1. Masyarakat istana
- Masyarakat yang tinggal di istana dan merupakan golongan atasan
2. Masyarakat biasa
-Orang ramai yang berada di pasar
3. Masyarakat kayangan
- Masyarakat yang tinggal di kayangan seperti Betara Guru
GAYA BAHASA
1.     Diksi

·        Bahasa Istana ·        Baginda,titah,patik

·        Bahasa klasik ·        Hatta

·        Bahasa Arab ·        Allah subhanahu taala

2.     Sinkope ·        Kehendakmu?
·        Jangan anakku  bercerai

3.     Kata ganda ·        Berdarah-darah dan bengkak-


bengkak

4.     Simile ·        Laparnya dan dahaga seperti


akan matilah rasanya.
·        Suaminya melihatkan laku
bininya seperti orang hendak mati
rupanya.

5.     Repetisi ·        “ Jikalau ada belas kasihan


tuan hamba akan orang daif lagi
miskin telah terbuang
itu, hamba hendak akan buah yang
seburuk-buruknya….
6.     Anafora Ada yang memberi juadah
Ada yang memberi nasi
Ada yang memberi buah-buahan
7.     Responsi Ada yang memberi juadah
Ada yang memberi nasi
Ada yang memberi buah-buahan
8.     Hiperbola Hancurlah segala anggotaku

Nilai
 Ketabahan
 Kasih saying
 Baik hati
 Bertanggungjawab
 Prihatin

PENGAJARAN

 Kita hendaklah tabah dalam menempuhi dugaan hidup


 Setiap ahli keluarga mestilah memupuk amalan kasih sayang
 Kita hendaklah membantu orang yang dalam keadaan susah
 Seorang suami hendaklah menjaga kebajikan ahli keluarga
dengan menyediakan keperluan hidup kepada isteri dan anak-
anak.
 Kita hendaklah prihatin dan membantu golongan yang susah

Anda mungkin juga menyukai