Anda di halaman 1dari 7

PORTAL

UJIAN PSIKOMETRIK JAWATAN KERAJAAN



SEKSYEN PEPERIKSAAN UJIAN PSIKOMETRIK SPA

Penerangan Format Ujian Psikometrik SPA

Calon-calon dikehendaki menjawab item-item yang mengukur gagasan


personaliti calon iaitu kepimpinan, kebolehan sosial, komunikasi,
toleransi, kerjasama, kestabilan emosi, integriti, disiplin dan kejujuran.

Sebenarnya seksyen ini adalah olahan semula dari seksyen yang lama
iaitu Seksyen Sahsiah dan Minat. Kami suka untuk berikan anda
perkaitan ini untuk buang kegentaran anda.

Bagi kertas sahsiah diri dan minat (format 2009 – 2012), soalan yang
diajukan adalah berkaitan dengan situasi di mana anda ditekan dengan
masa untuk mengeluarkan apa yang ada dalam diri anda.

Format soalan dan jawapan pilihan juga tidak tetap. Ianya ditetapkan
‘Aneka Pilihan Jawapan’. Anda berkemungkinan hanya diberi 2 atau 3
pilihan jawapan (Ya atau Tidak), (Betul atau Salah), (Ya atau Betul atau
Tidak Pasti) ataupun 4-5 jawapan yang menguji keyakinan anda (Sangat
Setuju, Setuju, Tidak Pasti, Tidak bersetuju, Sangat Tidak Bersetuju)
sebagai refleksi keyakinan anda dalam membuat pilihan.

Jika dirangkumkan, ianya adalah refleksi siapa diri anda dan bagaimana
anda menjalani hidup harian. Sikap anda, cara pemikiran, tindakan
anda; terhadap anda sendiri dan persekitaran anda.

Seharusnya aura positif yang menguasai anda dan bukan sebaliknya.


Atas sebab itu nilaian positif harus ada pada diri anda seperti sedia
menerima kritikan dan pandangan orang lain, tidak merasa diri sendiri
sahaja yang betul.

Ciri lain yang termasuk dalam nilaian ini seperti berani mencuba, tak
takut gagal, berlapang dada, mudah menerima dan diterima orang lain,
yakin pada diri sendiri, sentiasa bersangka baik, mudah mesra,
bertimbang rasa dan banyak lagi sifat-sifat positif yang secara
normalnya dimaklumi.

Aura negatif diri pula seperti tidak bergaul dengan orang, tidak dapat
menerima pandangan orang lain, sentiasa bersangka buruk dengan
orang lain, kurang yakin pada diri sendiri, sentiasa teragakagak dalam
tindakan, perwatakan kurang menarik dan semua yang berlawanan

PORTAL UJIAN PSIKOMETRIK JAWATAN KERAJAAN UJIANPSIKOMETRIK.COM


PORTAL UJIAN PSIKOMETRIK JAWATAN KERAJAAN

dengan sifat-sifat positif yang rasanya tak perlu kami huraikan dengan
lebih dalam.

Apa yang anda perlu ialah tahu secara asasnya yang mana positif dan
yang mana negatif dan itu adalah senjata yang akan kita gunakan dalam
menjawab soalan ujian sahsiah dan minat (akan diterangkan nanti
bagaimana).

Jadi apa yang ada di sebalik Ujian Psikometrik ini secara kasarnya ialah;
"Personaliti, minat, kecenderungan anda akan dinilai, adakah ianya
menuju arah yang positif atau arah yang negatif!'.

TIPS MENJAWAB SOALAN UJIAN PSIKOMETRIK

Tips utama untuk menjawab dengan baik seksyen ini ialah anda tidak
perlu menjadi hipokrit, hanya sembunyikan keburukan anda. Pilih untuk
mengeluarkan kualiti baik anda dan jawab sepenuh hati tanpa sebarang
penipuan yang bakal memakan diri anda.

Apa tidaknya, soalan ini dirangka oleh pakar psikologi yang bakal
menentukan kebenaran jawapan anda.

Tip terpenting ialah, pastikan jawapan anda sentiasa konsisten.

Pelbagai jawatan kini memerlukan anda menjawab seksyen Psikometrik.


Antaranya ialah;

1. Pembantu Perawatan Kesihatan U11


2. Pembantu Pendaftaran KP19
3. Pembantu Arkib
4. Penghantar Notis
5. Pembantu Awam
6. Pembantu Pegawai Latihan
7. Pembantu Tadbir
8. Pembantu Penilaian
9. Pembantu Hal Ehwal Islam
10. Jawatan Lain Gred 29 Ke Bawah

PORTAL UJIAN PSIKOMETRIK JAWATAN KERAJAAN UJIANPSIKOMETRIK.COM


PORTAL UJIAN PSIKOMETRIK JAWATAN KERAJAAN

CONTOH SOALAN UJIAN PSIKOMETRIK

1. Saya peka kepada perubahan persekitaran.

a. Sangat kerap
b. Kerap
c. Tidak pasti
d. Kadang-kadang
e. Tidak pernah

2. Saya tidak peduli jika kawan saya gagal.

a. Sangat kerap
b. Kerap
c. Tidak pasti
d. Kadang-kadang
e. Tidak pernah

3. Saya melayan tetamu yang datang ke rumah saya.

a. Sangat kerap
b. Kerap
c. Tidak pasti
d. Kadang-kadang
e. Tidak pernah

4. Saya lebih banyak mendengar daripada berkata-kata.

a. Sangat kerap
b. Kerap
c. Tidak pasti
d. Kadang-kadang
e. Tidak pernah

5. Saya merasa terganggu apabila orang lain menggangu kerja saya.

a. Sangat kerap
b. Kerap
c. Tidak pasti
d. Kadang-kadang
e. Tidak pernah

PORTAL UJIAN PSIKOMETRIK JAWATAN KERAJAAN UJIANPSIKOMETRIK.COM


PORTAL UJIAN PSIKOMETRIK JAWATAN KERAJAAN

6. Cepat berpuas hati dengan hasil titik peluh.

a. Sangat kerap
b. Kerap
c. Tidak pasti
d. Kadang-kadang
e. Tidak pernah

7. Pepatah “Bersatu Teguh, Bercerai Roboh” tidak sesuai pada masa


kini.

a. Sangat setuju
b. Setuju
c. Tidak pasti
d. Tidak setuju
e. Sangat tdak setuju

8. Saya menggunakan helah dalam permainan semata-mata untuk


menang.

a. Sangat kerap
b. Kerap
c. Tidak pasti
d. Kadang-kadang
e. Tidak pernah

9. Berbaris untuk membayar bil adalah yang menyusahkan.

a. Sangat kerap
b. Kerap
c. Tidak pasti
d. Kadang-kadang
e. Tidak pernah

10. Khidmat Negara perlu dikenakan kepada semua rakyat berumur 21


tahun.

a. Sangat setuju
b. Setuju
c. Tidak pasti
d. Tidak setuju
e. Sangat tdak setuju

PORTAL UJIAN PSIKOMETRIK JAWATAN KERAJAAN UJIANPSIKOMETRIK.COM


PORTAL UJIAN PSIKOMETRIK JAWATAN KERAJAAN

11. Dalam membincangkan sesuatu yang serius, saya masih boleh
berjenaka.

a. Sangat kerap
b. Kerap
c. Tidak pasti
d. Kadang-kadang
e. Tidak pernah

12. Saya ingin mengetahui sesuatu dengan lebih mendalam.

a. Sangat tidak setuju


b. Agak tidak setuju
c. Tidak setuju mahu pun setuju
d. Agak setuju
e. Sangat setuju

13. Impresi pertama mempengaruhi pendapat sesorang.

a. Sangat tidak setuju


b. Agak tidak setuju
c. Tidak setuju mahu pun setuju
d. Agak setuju
e. Sangat setuju

14. Saya menjerit/menangis apabila perasaan saya tertekan.

a. Sangat kerap
b. Kerap
c. Tidak pasti
d. Kadang-kadang
e. Tidak pernah

15. Saya mudah berasa bosan.

a. Sangat kerap
b. Kerap
c. Tidak pasti
d. Kadang-kadang
e. Tidak pernah

PORTAL UJIAN PSIKOMETRIK JAWATAN KERAJAAN UJIANPSIKOMETRIK.COM


PORTAL UJIAN PSIKOMETRIK JAWATAN KERAJAAN

16. Saya akan membuktikan keputusan yang saya buat adalah betul

a. Sangat kerap
b. Kerap
c. Tidak pasti
d. Kadang-kadang
e. Tidak pernah

17. Saya akan bertanya jika kawan saya kelihatan bermasalah

a. Sangat tidak setuju


b. Agak tidak setuju
c. Tidak setuju mahu pun setuju
d. Agak setuju
e. Sangat setuju

18. Saya menghadiri sesuatu majlis dan meninggalkannya sebaik


sahaja ia bermula.

a. Sangat setuju
b. Setuju
c. Tidak pasti
d. Tidak setuju
e. Sangat tdak setuju

19. Apabila berbicara dengan seseorang, saya akan memandang ke


arahnya.

a. Sangat kerap
b. Kerap
c. Tidak pasti
d. Kadang-kadang
e. Tidak pernah

20. Member laluan kepada kenderaan lain memotong adalah lebih baik
daripada dia memotong dalam keadaan bahaya.

a. Sangat tidak setuju


b. Agak tidak setuju
c. Tidak setuju mahu pun setuju
d. Agak setuju
e. Sangat setuju

PORTAL UJIAN PSIKOMETRIK JAWATAN KERAJAAN UJIANPSIKOMETRIK.COM


PORTAL UJIAN PSIKOMETRIK JAWATAN KERAJAAN

Untuk makluman calon kemasukan jawatan kerajaan yang bakal
menduduki peperiksaan Psikometrik. Anda boleh dapatkan rujukan Ujian
Psikometrik yang pihak kami keluarkan di bawah.

Panduan Lengkap Ini Dipakejkan Dengan Nota dan Contoh Soalan


Terkini Ujian Psikometrik. Dimuatkan juga contoh Soalan Matematik
Psikometrik Untuk Rujukan anda.

Klik pautan di bawah untuk ke laman tempahan

[+] ujianpsikometrik.com

Kongsikan Juga Nota & Contoh Soalan Ini Dengan Rakan Anda Yang
Lain Yang Terlibat Dengan Peperiksaan Nanti. Semoga Bermanfaat
Untuk Semua.

PORTAL UJIAN PSIKOMETRIK JAWATAN KERAJAAN UJIANPSIKOMETRIK.COM

Anda mungkin juga menyukai