Anda di halaman 1dari 40

JABATAN KEBAJIKAN MASYARAKA T

TEKNIK KOMUNIKASI P-A-C


CR MAZITA BINTI AHMAD
Kaunselor Berdaftar (LPC 1474)

PEGAWAI PSIKOLOGI JABATAN KEBAJIKAN MASYARAKAT LANGKAWI Telefon : 04-966 6325 E-Mel : mazita@jkm.gov.my Blog :http://mazitakaunselor.blogspot.com

RENUNGAN
Tiada suatu kata pun yang diucapkan (manusia) melainkan di depannya (dicatat) oleh Malaikat pengawas yang selalu hadir
Maksud Al Quran Surah Qaf ayat 18

BERAPA BANYAK KITA BERKOMUNIKASI?


75% daripada masa setiap hari adalah digunakan untuk bercakap DAN mendengar

APA ITU KOMUNIKASI?


Proses penyampaian maklumat dari satu pihak (penyampai) kepada pihak yang lain (penerima)

DEFINISI
SIAPA mengatakan APA kepada SIAPA Melalui SALURAN dengan KESAN apa?
-Harold D. Lasswell

ADAKAH SAMA KOMUNIKASI DENGAN BERCAKAP?

KOMUNIKASI DALAM KELUARGA


BAPA

SALING BERINTERAKSI

ANAKANAK

IBU

TEKNIK KOMUNIKASI P-A-C


Diasaskan Oleh Dr Eric Lennard Berne awal tahun

1950an Teori Transaksional Analisis Terdapat personaliti kecil dalam diri manusia yang dipanggil ego stat 3 Ego Stat ini ialah : Ego stat Ibubapa, Ego Stat Dewasa dan Ego Stat Kanak-kanak Ego Stat adalah gabungan fikiran dan perasaan yang selaras dengan tingkah laku yang ditunjukkan Ia hadir dalam setiap diri manusia tanpa mengira usia

EGO STAT IBUBAPA

Ibubapa Kritikal Ibubapa Pengasih

Fikiran : Selalu menggunakan kata-kata jangan, mesti, saya lagi tahu, selalu, tak pernah Perasaan : dirinya saja yang betul, tidak bertolak ansur Perlakuan : kerut dahi, menggeleng kepala, memandang dengan garang, cekak pinggang

Fikiran : Selalu menggunakan kata-kata cuba lagi, jangan putus asa Perasaan : melindungi, kasih sayang, menyokong, memahami Perlakuan : senyum, memeluk, mengambil berat, membelai

Perasaan : Tidak dipengaruhi emosi

Perkataan : Apa Bagaimana

Perlakuan : Mendengar Sabar Tidak mendesak

Ego Stat Dewasa

Ego Stat Kanak-kanak


Kanak2 Bebas
Melakukan ikut kehendak hati Bersifat ingin tahu

Kanak2 Patuh vs Menentang


Mengikut kata, bertanggung jawab, kerap minta maaf Suka melawan, selalu pertahankan diri

Professor Kecil
Pintar, kreatif, bijak putar belit Orang mudah tertarik hati dengannya

Fikiran Sayang saya, tolong saya, tunjukkan saya, jangan tinggalkan saya Saya hendak, saya harap, saya suka

Perasaan Tidak selamat, bergantung, penakut, berhati-hati, kecewa, marah, suka seronok Memberontak, penyayang, spontan, ingin tahu

Perlakuan Mengikut, memicit2 tangan, menunduk kepala, menggigit bibir, menggigit kuku Merajuk, mencebik bibir, ketawa, bergurau, menangis

Contoh transaksi
P P

A
Mak, Jom kita Makan kat luar

A
OK, kita Makan kat KFC

Contoh transaksi
P
Man, Jangan main tengah panas Nanti demam

Baiklah mak

Contoh transaksi
P
Man, tahukan kenapa mak Marah, mak taknak gagal periksa

P
Ya mak, Man faham

Contoh transaksi bermasalah


P P
Asyik nak Makan di Luar saja, Ingat kita Kaya sangat Ke???

A
Mak, Jom kita Makan kat luar

Contoh transaksi bermasalah


P
Man, Jangan main tengah panas Nanti demam

Man tahulah!! Bising je!!

MENCIPTA KOMUNIKASI POSITIF


Perasaan tidak puas hati bermula dengan iklim

komunikasi yang wujud antara pasangan / anak Iklim komunikasi seperti iklim alam Semakin positif iklim komunikasi semakin berpuas hati, datang dari emosi Percakapan positif kata2 yang mengiktiraf & menghargai satu sama lain Percakapan negatif sungutan, rungutan, teguran, sindiran, kritikan, cemuhan, penilaian, menghukum

CARA MENCIPTA IKLIM KOMUNIKASI YANG POSITIF


Cipta dulu emosi-emosi positif Seperti emosi tenang,

gembira, puas hati, suka, sayang, rindu, ghairah, puas hati Ucapkan kata-kata yang memberi maksud menghargai, menghormati, menyayangi Mendengar pasangan/anak bercakap tanpa membuat sebarang penilaian/penghakiman

MEMUJI SUAMI / ANAK


Pujian Pedang 2 mata; boleh membawa kebaikan,

boleh membawa keburukan; gunakan teknik memuji yang betul Perempuan takut memuji suami; Lelaki lokek dengan pujian Pujian merupakan maklum balas positif kita mudah menyukai orang yang memberi maklum balas positif Perempuan suka dipuji tentang rupa paras/kecantikan; lelaki lebih suka dipuji tentang kebolehan, bakat, kepintaran & pencapaian

TEKNIK MEMUJI
Orang atasan memuji orang bawahan biasanya betul

dan tiada masalah Orang bawahan memuji orang atasan perlu disampaikan melalui peraturan/ adab tertentu supaya tidak disalahertikan Pujian dibuat dengan bahasa lembut dan sopan Pujian di belakang suami; di hadapan rakan suami/ saudara-mara suami

KUALITI KOMUNIKASI
Petah bercakap tidak bermakna pandai berkomunikasi
Komunikasi berkualiti tinggi kedua-dua pihak saling

faham memahami Terlalu banyak bercakap orang letih mendengar; terlalu sedikit bercakap maklumat tidak jelas Perbuatan membesar-besarkan cerita (menekankan) sesuatu perkataan menyebabkan turunnya kredibiliti seseorang terhadap yang mendengar; Cth: Besar, kecil, lawa dsb

TEKNIK BERTENGKAR
Apabila berbeza pendapat suami/isteri bertengkar
Perlu INGAT; perbezaan pendapat tidak dapat

dielakkan; TETAPI bertengkar boleh dielakkan Isu yang selalu ditengkarkan wang, seks dan komunikasi Biasanya pertengkaran bermula dengan perkara yang remeh-temeh

Gaya Bahasa cetus pertengkaran


Menyalahkan orang lain;
Awak sudah lupakah? Awak tidak belikan?
AYAT-AYAT TERSEBUT TIDAK MEMBEZAKAN ANTARA ORANG DAN MASALAH. KEDUA-DUANYA DIGABUNGKAN MENJADI SATU. INGAT! MASALAH BOLEH DISELESAIKAN ORANG TIDAK BOLEH DISELESAIKAN TIDAK MEMBEZAKAN PERBUATAN DARIPADA ORANG; PERBUATAN BOLEH DIUBAH, ORANG TIDAK BOLEH DIUBAH AYAT KENAPA MEMPERSOALKAN KREDIBILITI DAN STATUS

Awak ni kenapa malas?


Kenapa dengan awak ni? Ini semua silap awak. Awak tidak tahukah? Jadi, ini semua salah siapa?

CONTOH PERTENGKARAN
Isteri Suami Isteri : Kenapa abang balik lambat? : Banyak kerja : Orang lain pun banyak kerja. Tapi mereka balik cepat. Jangan-jangan ada apa-apa. Mana saya tahu, betulkah abang banyak kerja pejabat? Jangan-jangan abang ada kerja lain tak? : DIAMLAH!

Suami

CONTOH DIALOG Mengungkit


Mengungkit kisah lama sangat popular di kalangan

wanita Awak memang lebih pentingkan mak awak. Kalau mak awak, dia sakit sikit pun awak cepat-cepat pergi tengok. Kalau saya, sakit mahu mati pun awak tak peduli. Dulu, masa saya dalam pantang, awak bukan mahu jaga saya, bangun malam tukar lampin pun awak tak pernah. Apabila saya demam pun macam itu juga..

Contoh Dialog Negatif


Kenapa awak tidak dengar cakap saya? Saya kata, jangan pakai seluar lagi. Awak tidak faham ke? Awak sudah dekat 50 tahun. Sudah tua, buat cara tua. Awak tidak malu ke? Dulu awak kurus, tidak mengapalah. Sedarlah badan awak tu sudah gemuk. Macam mana tidak gemuk, kuat tidur. Malam tidur, siang tidur, tengok TV tidur, dalam kereta tidur!
ANALISIS STRUKTUR AYAT : Mula2 suami bercakap tentang pakaian isteri, kemudian tentang usia isteri dan Perangai kuat tidur isteri. (Memburukkan peribadi, mencela, mencemuh)

BAHAYA SINDIRAN
KAJIAN wanita lebih berat menanggung kesan

konflik dengan suami, tidak semestinya konflik bermula dengan isteri TETAPI kebanyakan sesi pertengkaran bermula dengan wanita (isteri) Sindiran dilakukan akibat rasa tidak puas hati Ingin menyakiti hati seseorang Perempuan lebih banyak menggunakan sindiran

BERLETER
1.
2. 3. 4. 5.

Jenis komunikasi monolog percakapan sehala, mahu dia sahaja yang bercakap, orang lain mendengar Fokus leteran diri orang yang bercakap, tidak berminat memberi peluang orang lain bercakap Gaya leteran guna kritikan negatif, tiada hujah, tiada data / bukti cuma tuduhan, kritikan Membaca otak orang mind-reading sangat bahaya kerana menuduh/menghukum Kesan leteran bosan, letih, tiada kesan, tidak puas hati

KATA-KATA KEJAM
Kata-kata yang digunakan untuk orang tutup mulut
Contoh Diamlah, saya tak balik langsung baru awak

tahu, Saya kahwin sorang lagi baru padan dengan muka awak Berbaur ancaman, tidak disertai niat sebenar, sakit hati Tidak datang dari lubuk hati Cuma untuk menghiris hati

PANDUAN CARA KOMUNIKASI DENGAN ANAK REMAJA.


Amalkan nilai murni (percaya mempercayai,

mengasihi, menghormati) Saluran komunikasi terbuka. Elakkan sikap mencari kelemahan remaja. Fokus kebaikan - beri pujian. Luang masa berkualiti. Jadi pendengar baik - JANGAN berleter. Senyum - bahasa badan menggalakkan.

PANDUAN MENASIHATI / MENEGUR REMAJA: Cari tempat dan masa yang sesuai tanpa gangguan.
Elakkan menasihati anak dalam keadaan letih atau

marah. Hormati anak remaja dengan cara tidak memalukan mereka. Yakinkan ibu bapa ingin membantu.

PANDUAN MENASIHATI / MENEGUR REMAJA: Bersikap terbuka dan bersedia mendengar pandangan

anak, Fokus kepada pelakuan bukan fizikal / diri sebagai individu Jelaskan kesan pelakuan anak remaja terhadap perasan ibu bapa sekeluarga. Bincangkan tindakan yang perlu dilakukan untuk memperbaiki.

KOMUNIKASI MASALAH
Wanita suka bercakap ketika dilanda masalah;

anggap dengan bercakap dpt menyelesaikan masalah Aktiviti bercakap dapat menyelesaikan masalah (puas) Rungutan wanita : i. Suami tidak mahu mendengar percakapan ii. Suami mendengar dengan sambil lewa iii. Suami terlalu cepat beri cadangan Komunikasi bercampur ugutan, ancaman untuk menang, mencabar ego yang mendengar

PERKARA YANG PERLU DIKONGSIKAN DENGAN ANAK REMAJA:


Kasih sayang Sokongan Nilai murni Adab sopan Nilai-nilai agama Isu gender Pendidikan seks

Penjaggan diri

Pemilihan rakan
Pengurusan masa Ketrampilan diri / disiplin

diri Peraturan keluarga

Jika anak dibesarkan dengan ketakutan

= Dia belajar

dalam kebimbangan Jika anak dibesarkan dalam penghargaan = Dia belajar hidup bermatamat Jika anak sentiasa diberi makanan haram = Dia besar tidak nampak kebenaran

Mencari Bakat dan Memupuk Bakat

Positif

Perhubungan Empati (komunikasi) Dalam Keluarga


Rapat, Mesra dan Kasih Sayang

Penjelasan Terang dan Tepat

Sesungguhnya hati-hati itu tempat bertanam,


maka tanamkanlah padanya perkataan yang bagus. Seandainya tidak tertumbuh semuanya,

akan tertumbuh sebahagiannya.


- Pesanan Luqman Al-Hakim

Layanilah orang yang kecil sesuai dengan


kecilnya, layani orang besar sesuai dengan kedudukannya, orang jahil berdasarkan

kekurangan ilmunya dan orang alim


berdasarkan kelebihannya - Pesanan Luqman Al-Hakim

SEKIAN TERIMA KASIH

Anda mungkin juga menyukai