Anda di halaman 1dari 23

MRSM PDRM KULIM

PAKAR SAKIT PUAN (OBSTERTIK DAN GINEKOLOGI)

NAMA NO. MAKTAB KELAS TAHUN

: : : :

NAS ZAIYANA BINTI MOHD NASRI 10149 4 ZARQALI 2014

PENGHARGAAN

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Illahi dengan limpah kurnianya saya dapat menyiapkan Folio Kerjaya ini pada tempoh yang ditetapkan oleh pihak

maktabdengan jayanya

tanpa menghadapi sebarang masalah

yang boleh

mengendalakan perjalanan ketika menyiapkan tugasan ini. Saya Nas Zaiyana bt Mohd Nasri ingin menjulang sekalung penghargaanj kepada Puan Hamidah, Kaunselor Maktab Rendah Sains Mara Polis Diraja Malaysia, (MRSM PDRM) kerana telah memberikan banyak tunjuk ajar dan bimbingan kepada saya untuk menyiapkan tugasan ini. Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada kedua-dua ibu bapa saya, Encik Mohd Nasri b Mohd Nordin serta Puan Norzura bt Nordin yang telah menyokong dan memahami saya dalam menyiapkan tugasan folio . Saya tahu setiap perkara yang terjadi pasti ada hikmahnya . Justeru itu , tugasan ini tentulah memberi banyak manfaatnya setelah saya menyiapkannya . Folio ini penting untuk menjadi panduan bagi saya terutama untuk kegunaan dalam temuduga yang akan datang .

ISI KANDUNGAN

PENGENALAN

1.0 Pengenalan Kepada Kerjaya Yang Dipilih 1.1 Apa itu Perubatan Satu kerjaya dalam bidang perubatan adalah termasuk penjagaan atau rawatan bagi sesuatu kesakitan, keuzuran dan kecederaan. Ini adalah profesion kemanusiaan dan diklasifikasikan sebagai satu profesion yang mulia. Doktor memainkan peranan yang penting untuk keperluan hidup manusia sejagat dalam meningkatkan tahap kesihatan bangsa. Bidang Perubatan di Malaysia telah berkembang luas kepada banyak pengkhususan dan sekarang ia telah mencapai lebih dari 40 pengkhususan. Pembahagian tersebut adalah seperti berikut: Obstetrik dan Ginekologi Fisiologi Patologi Urologi Neorologi Urologi Anatomi Kardiologi Andrologi dan kesuburan Radiologi

Daripada bidang-bidang pengkhususan ini, ia terbahagi kepada beberapa bahagian iaitu: a) Perubatan Penjagaan ke atas pesakit-pesakit yang tidak memerlukan pembedahan. Doktor memeriksa pesakit, mendiagnosis keadaan pesakit dan memutuskan atau membuat keputusan untuk membuat rawatan yang sesuai terhadap pesakit. Terdapat pelbagai jenis pengkhususan yang berbeza dalam bidang perubatan seperti paediatrik (penyakit kanak-kanak), reumatik (sakit sengal-sengal), dermatologi (penyakit kulit) dan sebagainya. b) Pembedahan Sesetengah pesakit memerlukan pembedahan untuk merawat penyakitnya. Pembedahan biasanya terpaksa dilakukan sekiranya penyakit tersebut tidak dapat dirawat dengan ubat-ubatan yang diberikan. Sesuatu pembedahan yang dijalankan biasanya hanya melibatkan bahagian yang tertentu sahaja dan hanya spesifik kepada keadaan yang khusus. Contohnya, jika seseorang pesakit mengalami masalah jantung, pembedahan hanya akan tertumpu kepada bahagian jantung sahaja. Pakar bedah ialah pakar yang membantu dalam kerja diagnosis yang dilakukan oleh doktor. Namun begitu, tanggungjawab mereka lebih utama kepada pesakit sepenuhnya ketika sebelum, semasa, atau selepas sesuatu pembedahan dijalankan. c) Diagnosis Penyakit Adalah satu penyelidikan terhadap penyakit, punca sesuatu penyakit itu berlaku dan kesan yang dihadapi oleh pesakit akibat daripada penyakit itu. Mereka yang terlibat di dalam bidang penyelidikan ini dipanggil ahli patalogi. Ahli patologi membantu para doktor dalam mendiagnosis dan mencadangkan rawatan yang sewajarnya dijalankan ke atas pesakit. Pengkhususan yang lain dalam perubatan termasuklah : i) Pakar bius Pakar bius bertanggungjawab sepenuhnya dalam pembedahan dan tugas pengkhususannya adalah untuk memastikan berapakah kuantiti dos yang diperlukan oleh setiap pesakit semasa pembedahan dijalankan. Ini kerana setiap dos yang digunakan untuk seseorang pesakit dengan seorang pesakit yang lain adalah berbeza. Mungkin juga semasa pembedahan, ada pesakit yang dibius sepenuhnya iaitu langsung tidak sedarkan diri semasa pembedahan dilakukan. Manakala ada sesetengah pesakit yang hanya dibius separa sedar iaitu pesakit menyedari keadaan semasa ia dibedah tetapi tidak merasai sebarang kesakitannya.

ii) Radiologi Tugas bagi Pakar Radiologi adalah beliau bertanggungjawab dalam pengambilan dan pentafsiran gambar x-ray untuk mengenali sesuatu penyakit yang dialami oleh seseorang pesakit. Berdasarkan gambar x-ray tersebut, beliau dapat mengenalpasti sejauh mana sesuatu komplikasi penyakit telah berlaku. iii) Radioterapi Radioterapi pula merupakan rawatan yang diberikan kepada pesakit kanser secara rawatan radiasi. Pada kebiasaanya ia melibatkan rawatan komoterapi. Selain daripada pakar yang diperlukan semasa sesuatu pembedahan dilakukan, kelengkapan dan peralatan yang sempurna akan membantu dalam operasi rawatan. Pakaian perlindungan luar merupakan satu kewajipan bagi mereka yang terlibat di dalam operasi pembedahan sepanjang pembedahan tersebut dijalankan. Ini amat penting bagi mengelakkan kehadiran kuman dan bakteria ke dalam dewan pembedahan yang boleh menyebabkan berlakunya komplikasi terhadap pesakit.

1.1.1 Sejarah Kerjaya Obstetrik dan Ginekologi Bidang perubatan dan pembedahan yang khusus dalam penjagaan wanita sepanjang tempoh kehamilan sehingga bersalin, dan rawatan masalah kesihatan reproduktif wanita. Bidang ini melibatkan semua cabang perubatan asas seperti perubatan, surgeri, paedriatik, onkologi, dan kesihatan masyarakat. Semua aspek kehidupan seorang wanita termasuk di dalam skop dan ruang lingkup obstetrik dan ginekologi.1 Bidang obstetrik dan ginekologi bermula dari dua cabang yang berbeza. Obstetrik ialah ilmu penjagaan wanita hamil yang telah lama menjadi dominasi para bidan sejak berkurun-kurun lamanya. Namun catatan sejarah semasa keagungan Empayar Islam menunjukkan terdapatnya pembabitan para tabib dalam mencipta alat yang digunakan untuk memudahkan kelahiran bayi. Pada kurun ke-17 pula pengamal perubatan Eropah mula menyambut kelahiran bayi bagi kalangan kelas pertengahan dan bangsawan. Perkembangan seterusnya menyaksikan penciptaan forseps asepsis yang diperkenalkan oleh Semmelweis. Pada awal kurun ke-19, obstetrik menjadi satu disiplin perubatan asas di Eropah dan Amerika Syarikat. Gabungan kedua-dua bidang obstetrik dan ginekologi bermula di peringkat akhir kurun ke-19 dan terus berkembang sehingga hari ini.

Harlina Halizah Siraj, Ensiklopedia Sains dan Teknologi, Perubatan dan Kesihatan, Dewan Bahasa & Pustaka, 2000. m/s 245
1

Kepentingan Obstetrik dan Ginekologi Bidang ini penting terutamanya dalam aspek penjagaan antenatal atau semasa hamil yang merupakan satu aspek penjagaan kesihatan primer. Penjagaan kesihatan semasa hamil yang baik dapat mengurangkan risiko kematian ibu semasa hamil dan semasa melahirkan bayi.2 Kemajuan sesebuah negara diukur melalui tinggi rendahnya kadar kematian ibu mengandung, kadar kematian bayi baru lahir dan pranatal dalam negara tersebut. Negara-negara maju dan membangun mempunyai kadar kematian ibu mengandung yang sangat rendah dibandingkan dengan negaranegara miskin dan mundur. Secara tidak langsung ia dapat memberikan gambaran tentang status pemakanan, kesihatan, penjagaan kesihatan primer, dan kestabilan politik sesebuah negara itu. Malaysia mencatatkan kadar kematian ibu mengandung yang rendah (purata 45 kematian setiap 100 000 kelahiran setahun) jika dibandingkan dengan negara-negara jirannya di rantau Asia Tenggara. Kadar ini dijangka menurun dengan peningkatan taraf ekonomi dan status pendidikan di kalangan rakyat.

Harlina Halizah Siraj, Ensiklopedia Sains dan Teknologi, Perubatan dan Kesihatan, Dewan Bahasa & Pustaka, 2000. m/s 245
2

1.1.2 Pakar Sakit Puan Ahli obstetrik ialah pakar yang bertanggungjawab terhadap wanita yang hamil sehingga kelahiran anaknya. Ahli ginekologi pula bertanggungjawab dalam bidang yang lain seperti perlindungan kesihatan pada organ reproduktif wanita. Mereka juga merupakan ahli fizik yang terlibat dalam perubatan yang berkaitan dengan pembedahan sistem reproduktif wanita.3 Oleh itu, mereka mempunyai kepakaran yang khusus dalam bidang kehamilan, kelahiran bayi dan perkaraperkara yang berkaitan dengan sistem tersebut. Kerja-kerja yang akan dilakukan oleh Pakar Sakit Puan adalah melibatkan aspek-aspek berikut : mengatasi masalah kesihatan ibu dan kandungan kehamilan pengembangan (kontraksi) rahim semasa kelahiran kelahiran bayi penjagaan pospatrum baka kaunseling tentang baka pengenalpastian penyakit sebelum kelahiran

Kepentingan Obstetrik dan Ginekologi Bidang ini penting terutamanya dalam aspek penjagaan antenatal atau semasa hamil yang merupakan satu aspek penjagaan kesihatan primer. Penjagaan kesihatan semasa hamil yang baik dapat mengurangkan risiko kematian ibu semasa hamil dan semasa melahirkan bayi.2 Kemajuan sesebuah negara diukur melalui tinggi rendahnya kadar kematian ibu mengandung, kadar kematian bayi baru lahir dan pranatal dalam negara tersebut. Negara-negara maju dan membangun mempunyai kadar kematian ibu mengandung yang sangat rendah dibandingkan dengan negaranegara miskin dan mundur. Secara tidak langsung ia dapat memberikan gambaran tentang status pemakanan, kesihatan, penjagaan kesihatan primer, dan kestabilan politik sesebuah negara itu. Malaysia mencatatkan kadar kematian ibu mengandung yang rendah (purata 45 kematian setiap 100 000 kelahiran setahun) jika dibandingkan dengan negara-negara jirannya di rantau Asia Tenggara. Kadar ini dijangka menurun dengan peningkatan taraf ekonomi dan status pendidikan di kalangan rakyat.

1.1.2 Pakar Sakit Puan Ahli obstetrik ialah pakar yang bertanggungjawab terhadap wanita yang hamil sehingga kelahiran anaknya. Ahli ginekologi pula bertanggungjawab dalam bidang yang lain seperti perlindungan kesihatan pada organ reproduktif wanita. Mereka juga merupakan ahli fizik yang terlibat dalam perubatan yang berkaitan dengan pembedahan sistem reproduktif wanita.3 Oleh itu, mereka mempunyai kepakaran yang khusus dalam bidang kehamilan, kelahiran bayi dan perkaraperkara yang berkaitan dengan sistem tersebut. Kerja-kerja yang akan dilakukan oleh Pakar Sakit Puan adalah melibatkan aspek-aspek berikut : mengatasi masalah kesihatan ibu dan kandungan kehamilan pengembangan (kontraksi) rahim semasa kelahiran kelahiran bayi penjagaan pospatrum baka kaunseling tentang baka pengenalpastian penyakit sebelum kelahiran

Pakar Sakit Puan juga terlibat dalam penjagaan kesihatan bahagian wanita seperti buah dada, fungsi sosial, pengurusan gangguan hormon, dan rawatan dalam pembedahan untuk membetulkan atau merawat organ pelvis dan salur air kencing serta termasuk juga barah organ pembiakan.4 Pemeriksaan untuk barah banyak ditunjukkan dan diperkenalkan oleh Pakar Perbidanan dan Pakar Sakit Puan. Mereka juga bertanggungjawab dalam pemeriksaan dan ujian untuk melihat masalah pesakit dan imunisasi. Oleh itu, sebelum menjadi Pakar Sakit Puan, mereka perlulah mengikuti Ijazah Doktor Perubatan. Ahli obstetrik dan ahli ginekologi mempunyai asas pengetahuan yang tinggi dan boleh mengubah pengkhususan profesional mereka. Ahli obstetrik dan ginekologi mempunyai kemahiran dalam perkara-perkara yang berikut : Menentukan perubatan kronik dan akut, Mengkaji sistem reproduktif remaja, Masalah kelakuan, Ketumbuhan (fibroid) atau kanser dalam uterus, Endokrinologi iaitu endokrin glanel-kelenjar endokrin, kelenjar yang menyalurkan bahan rembesan terus ke darah, Penyelenggaraan atau pembelajaran ketika mengandung, Masalah kemandulan, Kehamilan dan kelahiran bayi, Penjagaan kesihatan, dan Gangguan sistem urinary

1.1.3 Ginekologi dan Onkologi Pihak pengurusan akan mengambil berat terhadap pesakit yang menghidapi penyakit kanser pada sistem reproduktifnya, Memerlukan pengetahuan mengenai rawatan seperti kanser, diagnosis penyakit serta kerumitan yang berkaitan dengan onkologi. i) Kelenjar Pembiakan dan Kemandulan Semua perkara yang berkaitan dengan pengurusan masalah berkaitan kelenjar pembiakan dan kemandulan. Cara mendiagnosis penyakit dan memberi rawatan terhadap kelenjar pembiakan serta kemandulan. ii) Uroginekologi atau Pembedahan Pembinaan Semula Pelvis Ia dikelaskan sebagai pembedahan khas. Ia memerlukan kesihatan sistem urinari perempuan dan pembedahan sebagai rawatan yang terbaik. Pengetahuan yang mendalam mengenai pelvis, keadaan dan masalah urinari, ketidakfungsian dinding pelvis dan pembedahan pembinaan semula pelvis.

1.1.4 Eksplorasi Kerjaya Pakar Sakit Puan Ekplorasi alam kerjaya ini tertumpu kepada salah satu kerjaya bidang perubatan yang amat popular iaitu kerjaya sebagai Pakar Sakit Puan. Kerjaya ini melibatkan pusat perubatan yang memberikan rawatan secara efektif kepada para wanita yang menghidapi masalah-masalah yang berkaitan dengan sakit puan. Eksplorasi alam kerjaya ini dilaksanakan dengan dua kaedah: Kaedah 1 Kaedah ini dijalankan melalui rujukan buku-buku ilmiah, laman web, surat khabar, brosur universiti dan lain-lain bahan yang berkaitan dengan kerjaya Pakar Sakit Puan. Maklumat yang diperolehi daripada kaedah ini termasuklah: a) Prospek masa depan doktor dan pakar sakit puan di Malaysia b) Kelulusan dan latihan akademik / ikhtisas yang diperlukan c) Institut Pengajian Tinggi Awam dan Swasta (dalam negara dan luar negara) yang menawarkan pengajian bidang perubatan d) Prosedur memohon kerja e) Rampaiklan doktor perubatan dalam sektor swasta Kaedah 2 Kaedah ini lebih berbentuk kepada lawatan dan tinjauan ke organisasi yang terpilih untuk mendapat pengalaman sebenar sebagai Pakar Sakit Puan. Bagi kaedah ini kami memilih seorang Pakar Sakit Puan di salah sebuah hospital yang terbaik di Malaysia. Hospital tersebut iaitu Hospital Angkatan Tentera yang terletak di Lumut, Perak. Pakar Sakit Puan yang dikaji iaitu Dr. Hanifullah terlibat secara langsung dalam bidang sakit puan seperti di dalam kes wanita bersalin, kemandulan, sistem reproduktif wanita dan semua penyakit sakit puan. Antara maklumatmaklumat penting yang diperoleh secara langsung daripada beliau melalui temubual dan pemerhatian adalah seperti berikut : a) spesifikasi pekerjaan dan etika kerja b) skim gaji dan imbuhan c) kemudahan kerja, risiko kerja, tekanan kerja, kepuasan kerja, nilai kerja, gaya kerja dan gaya hidup d) gambar-gambar persekitaran tempat kerja e) gambar-gambar peralatan pembedahan, dan peralatan rawatan untuk sakit puan

2.0 Hasil Kaji Selidik 2.1 Pengajian Dan Latihan Yang Ditawarkan Seseorang Pakar Sakit Puan juga boleh meningkatkan kemahiran bekerja dengan mengikuti beberapa program pengajian dan latihan yang dianjurkan oleh badan atau organisasi yang menawarkan program-program latihan. Antara pengajian dan latihan yang ditawarkan untuk Pakar Sakit Puan adalah program yang ditawarkan oleh American Board of Obstetrics and Gynecologist (ABOG). Berikut adalah keterangan syarat-syarat kelayakan untuk menyertai program yang dianjurkan: Siswazah dari sekolah kedoktoran Sempurna dalam program kediaman ahli obstetrik dan ginekologi (sekurang kurangnya 4 tahun sekali). Ia diiktiraf oleh Majlis Amerika untuk Siswazah Pendidikan Perubatan (Graduate Medical Education) Program terbahagi antara pembedahan, kaji rahim, kanser rahim dan ultrasonography Pengalaman dalam peringkat rendah sekurang - kurangnya enam bulan sekali terhadap pesakit dan mengambil berat terhadap tempat tinggal pesakit, mengenal pasti sesuatu penyakit melalui tanda tanda pada faraj dan gelombang ultrasonic transvaginal Latihan penambahan dalam melihat reaksi pesakit setiap tahun Berkhidmat sebagai ketua semasa tahun akhir. Lembaga Persijilan Seseorang Pakar Sakit Puan dibenarkan untuk mengambil ujian pengesahan yang diberi oleh (ABOG). Pakar Sakit Puan yang berjaya dalam ujian akan dibenarkan untuk membuat pengesahan mengenai status dalam pembedahan dan kaji rahim iaitu sesuatu yang diperlukan sebelum sesuatu perkara dapat dibuat. Latihan Sampingan Terdapat empat latihan sampingan dalam bidang pembedahan dan bidang ginekologi iaitu dalam aspek ketumbuhan pada sistem reproduktif wanita, perubatan keibuan dan fetus, rawatan kelenjar pembiakan dan kemandulan dalam pembinaan semula pelvis. Setiap latihan mempunyai peperiksaan persijilan yang diuruskan oleh ABOG. Pengesahan utama dalam obstetrik dan ginekologi adalah wajar jika bertepatan dengan syarat-syarat yang terkini. Perakuan dan Kebenaran Rasmi, Persijilan Latihan Doktor Bedah Doktor Bedah atau Pakar Sakit Puan (Gynecologist) mestilah melepasi universiti, sekolah perubatan dan latihan dalam tempoh lima tahun hingga ke sepuluh tahun pengalaman berkhidmat yang membolehkan mereka menjadi profesional. Selepas menamatkan pengajian dalam bidang ginekologi, mereka akan mengambil ujian bertulis dan ujian lisan yang diiktiraf oleh American Board of Obtetrics and Gynecologists (ABOG).

2.2 Institusi Pengajian Tinggi Awam Dan Institusi Pengajian Tinggi Swasta 2.2.1 Institusi Pengajian Tinggi Awam Laluan Ke Program Ijazah Perubatan Rajah 1 menunjukkan laluan yang boleh diikuti oleh seorang pelajar lepasan SPM yang ingin mengikuti pengajian Ijazah Perubatan.

Rajah 1:

KELAYAKAN TAMBAHAN KELAYAKAN MINIMUM STPM

MATRIKULASI SAINS HAYAT IJAZAH DIPLOMA PERUBATAN

SPM DAN SETARAF

DIPLOMA PERUBATAN (IPTA/IPTS)

Pakej Peringkat SPM Pelajar Tingkatan 5 boleh memilih Pakej 1 atau Pakej 2 sebagai syarat asas untuk ke Matrikulasi Sains Kementerian Pelajaran Malaysia. Pakej 1 (Dwipengkhususan) Pakej Sains Tulen Sastera Ikhtisas Mata Pelajaran Wajib Kecuali Sains Mata Pelajaran Pilihan Matematik, tambahan 2 atau 3 mata pelajaran Sains Tulen, 1 atau 2 mata pelajaran Ikhtisas. Matematik Tambahan, Bahasa Arab Tinggi, 2 mata pelajaran Pengajian Islam, 2 atau 3 mata pelajaran Sains Tulen

Pengajian Islam-Sains Tulen

Kecuali Pendidikan Islam dan Sains

Jadual 1: Pakej SPM (Dwipengkhususan)

Pakej 2 (Ekapengkhususan) Pakej Sains Tulen Mata Pelajaran Wajib Kecuali Sains Mata Pelajaran Pilihan Matematik Tambahan, 2 atau 3 mata pelajaran Sains Tulen

Jadual 2 : Pakej SPM (Ekapengkhususan)

Pakej Peringkat STPM Pelajar lepasan SPM yang memasuki Tingkatan Enam perlu mengambil kombinasi mata pelajaran berikut untuk melayakkan diri mengikuti program Doktor Perubatan atau Ijazah Sarjana Muda Perubatan: - Kimia - Biologi - Matematik T - Matematik Lanjutan T

Matrikulasi Kementerian Pelajaran Malaysia Pelajar lepasan SPM perlu mengikuti Matrikulasi Sains Hayat untuk melayakkan mereka mengikuti bidang Ijazah Sarjana Muda Perubatan atau Doktor Perubatan. [lihat lampiran] Syarat-syarat kemasukan ke matrikulasi pendidikan adalah seperti berikut: 6C Bahasa Melayu 6C Bahasa Inggeris 6C Matematik Dua 6C dalam mata pelajaran berikut: - Matematik Tambahan - Fizik - Kimia - Biologi - Matematik Tambahan Matrikulasi Perubatan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia Bagi pelajar lepasan SPM yang ingin memasuki Ijazah Sarjana Muda Pembedahan dan Perubatan di Universiti Islam Antarabangsa perlu mengikuti Program Matrikulasi Perubatan di universiti tersebut. Syarat Am: - Lulus Sijil Pelajaran Malaysia dan setaraf dengannya. - Kepujian Bahasa Melayu. - Kepujian dalam mata pelajaran Pendidikan Islam / Pendidikan AlQuran dan As-Sunnah / Pendidikan Syariah Islamiah. Syarat Khas: - 4B dalam mata pelajaran Bahasa Inggeris - 3B dalam mata pelajaran Biologi dan Kimia - 4B dalam mata pelajaran Fizik, dan Matematik atau Matematik Tambahan

a) Universiti Malaya Program Pengajian : Sarjana Muda Perubatan Dan Sarjana Muda Pembedahan Tempoh Pengajian :10 semester Kelayakan : MEMENUHI SYARAT AM UNIVERSITI Syarat Am Universiti : 1. Lulus SPM / setaraf dengan baik 2. Lulus dengan kepujian dalam Bahasa Malaysia / Bahasa Melayu di peringkat SPM / setaraf 3. Lulus dalam sekali peperiksaan STPM dengan sekurangkurangnya: i) Gred E dalam mata pelajaran Pengajian Am / Kertas Am ii) Gred E dalam dua mata pelajaran lain. 4. Mengambil Malaysian UniversityEnglish Test (MUET) serta KEPERLUAN KHAS PROGRAM 1. Lulus SPM /setaraf dalam sekurang-kurangnya tiga mata pelajaran berikut : Biologi, Fizik, Kimia (kelulusan Gred B dalam mata pelajaran Biologi, Fizik dan Kimia di peringkat STPM / setaraf boleh diterima sebagai ganti kepada kepujian mata pelajaran berkenaan di peringkat SPM / setaraf) 2. Lulus STPM / setaraf dalam sekali peperiksaan dengan sekurangkurangnya : i) Lulus Gred B dalam dua mata pelajaran dalam Biologi dan Kimia atau Fizik. ii) Lulus Gred E dalam satu mata pelajaran berikut : Kimia / Fizik / Ekonnomi / Pengajian Perniagaan MEMENUHI SYARAT AM UNIVERSITI Syarat Am Universiti: 1. Lulus SPM/ setaraf dengan baik 2. Lulus dengan kepujian dalam Bahasa Melayu / Bahasa Malaysia di peringkat SPM / setaraf 3. Mempunyai kelulusan Diploma atau kelulusan lain yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan Malaysia dan diluluskan oleh Senat Universiti. 4. Mengambil Malaysian University English Test (MUET) serta KEPERLUAN KHAS PROGRAM -Tidak di buka-

/ Perakaunan / Matematik / Perkomputeran. 3. Lulus kertas amali bagi setiap mata pelajaran.

Jadual 3 : Universiti Malaya - Syarat Kemasukan

Anda mungkin juga menyukai