Anda di halaman 1dari 9

PROPOSAL

PERANAN PENGAJARAN AL-QURAN DALAM MEMBENTUK AKHLAK PELAJAR SEKOLAH MENENGAH

OLEH : NIK SHAHRUL NIZAN B. MOHAMED 830808-03-5613

PERANAN PENGAJARAN AL-QURAN DALAM MEMBENTUK AKHLAK PELAJAR SEKOLAH MENENGAH

1.0 PENGENALAN
Pendidikan merupakan satu perkara yang sangat penting dalam Islam. Jika pendidikan ini tidak dapat dilaksanakan dengan baik dan sempurna, maka keseimbangan jasmani, emosi , rohani dan intelek serta sosial (JERIS) akan menjadi tidak stabil (Nor Amin Sayani Zainal & Mohd Ismail Mustari, 2012). Justeru pengajaran al-Quran merupakan medium penting dalam membentuk akhlak pelajar . Hal ini kerana, dewasa ini masyarakat acapkali digembar-gemburkan dengan pelbagai bentuk keruntuhan akhlak. Fenomena ini bukan sahaja melibatkan golongan remaja bahkan turut membabitkan golongan kanak-kanak dan belia lebih-lebih lagi yang bergelar pelajar. Keruntuhan akhlak atau gejala sosial ini merupakan suatu fenomena modenisasi dan kejutan budaya yang sering melanda golongan pelajar sekolah pada hari ini terutamanya pelajar sekolah menengah (Noornajihan Jaafar & Ab. Halim Tamuri, 2012).

2.0 LATAR BELAKANG MASALAH


Keperluan kepada pengkajian ini juga berkait rapat dengan fenomena yang melanda sekarang ini iaitu keruntuhan nilai moral remaja islam dan peranan guru dalam mendidik generasi muda. Keadaan ini sudah tentunya memerlukan kepada pengkajian yang mendalam bagi menghasilkan suatu panduan umum dalam melaksanakan tanggungjawab sebagai guru pendidikan islam dalam melahirkan generasi yang berakhlak dan bertamadun mengikut acuan Islam.

Dalam era globalisasi ini, masyarakat hari ini begitu sibuk dan leka memperkatakan tentang pembangunan Negara, kepantasan sistem telekomunikasi, kecanggihan teknologi dan sebagainya. Tetapi setakat manakah pembangunan rohani remaja hari ini seiring dan selari dengan pembangunan negara? Masalah social yg berlaku pada hari ini amat kritikal menggerunkan. Pelbagai isu yang berkaitan dengan pelajar diperkatakan seperti mencuri, melawan guru, bertumbuk, buli, biadab, menghisap rokok, berzina, buang bayi dan sebagainya. Gejala keruntuhan akhlak dan nilai moral masyarakat islam dan muda mudi masa kini merupakan rentetan daripada jauhnya mereka daripada penghayatan islam dan al-Quran itu sendiri. Keadaan ini menyebabkan mereka menjadi liar dan bebas, sudah tiada lagi sekatan dan halangan bagi mereka. Mereka juga tidak dapat membezakan antara baik dan buruk, antara halal dan haram, antara jalan sesat dan jalan lurus serta antara ciri Islam dan jahiliyah. Terdapat pelbagai factor yang menyebabkan keruntuhan nilai moral akhlak ini berlaku di kalangan pelajar hari ini. Antara faktornya ialah klemahan dan keruntuhan institusi keluarga itu sendiri gterutamnaya kekurngn kasih sayang, perhatian, asuahn dan didikan akhlak daripada ibu bapa, di samping sikap segelintir ibu bapa yang menyerahkan sepenuhnya tugas mendidik anak-anak kepada guru dan pihak sekolah. Selain itu, pegangan agama yang tidak kukuh atau kurangnya didikan agama daripada ibu bapa juga merupakan punca atau penyebab kepada keruntuhan akhlak dan gejala sosial ini. Anak-anak tidak diberikan didikan agama yang secukupnya yang dapat menjadi benteng kepada mereka apabila berjauhan daripada pandangan dan perhatian ibu bapa. Selain itu juga, pengaruh rakan sebaya yang tidak baik juga merupakan punca kepada berlakunya gejala sosial dan kemerosotan alaklak ini. Anak-anak lebih cenderung memilih rakan-rakan yang membawa kearah keburukan daripada rakan-rakan yang membawa ke arah kebaikan. Keadaan ini jika dibiarkan berlarutan tanpa pencegahan dan langkah menangani di ambil akan terus menular dan merebak dalam masyarakat seterusnya mengganggu pembangunan sesebuah negara.

3.0 PERNYATAAN MASALAH


Berdasarkan latar belakang masalah di atas, pengkaji mendapati bahawa pendidikan atau pembentukan akhlak berasaskan al-Quran dalam Islam bukan sekadar ilmu pengetahuan yang bersifat teori malah perlu disertakan dengan keluhuran, norma perlaksanaan dan penekanan amalan praktik . Akhlak dalam Islam merupakan intisari matlamat pendidikan dan juga sebagai asas pembentukan peribadi insan yang terpuji dan berakhlak mulia (Tajul Ariffin Noordin et al. 2002) dalam Saharia Ismail, Jasmi Amin & Hisham Mohamad, 2012. Fokus kajian ini adalah menyelidik dan mengkaji tahap pengajaran dan pembelajaran alQuran yang diajarkan ataupun diterapkan terutamanya oleh guru-guru Pendidikan Islam di sekolah selain mengkaji akhlak pelajar di bawah pengajaran dan pembelajaran al-Quran di sekolah. Disamping itu juga, kajian ini memfokuskan kepada kesan dan penghayatan pengajaran al-Quran tersebut terhadap akhlak pelajar serta hubungan antara pengajaran dan pembelajaran al-Quran dengan motivasi pelajar.

4.0 OBJEKTIF KAJIAN


Sebelum kajian dijalankan dengan lebih mendalam, penulis telah menggariskan beberapa objektif kajian. Objektif ini adalah bertujuan menjadikan kajian yang dijalankan mencapai matlamat yang telah dibuat. Objektif kajian ini adalah seperti berikut :

1. Mengenal pasti sejauh mana tahap pengajaran dan pembelajaran al-Quran di sekolah. 2. Mengenal pasti sejauh mana akhlak pelajar di bawah pengajaran dan pembelajaran alQuran di sekolah. 3. Mengenal pasti sejauh mana kesan pengajaran al-Quran terhadap akhlak pelajar 4. Mengenal pasti hubungan antara pengajaran dan pembelajaran al-Quran dengan motivasi pelajar.

5.0 PERSOALAN KAJIAN


Bagi mencapai tujuan dan objektif kajian di atas, beberapa persoalan kajian telah dibina, iaitu : 1. Bagaimanakah tahap pengajaran dan pembelajaran al-Quran di sekolah. 2. Bagaimanakah akhlak pelajar di bawah pengajaran dan pembelajaran al-Quran di sekolah. 3. Bagaimanakah kesan pengajaran al-Quran terhadap akhlak pelajar. 4. Adakah terdapat hubungan antara pengajaran dan pembelajaran al-Quran dengan akhlak pelajar?

6.0 METODOLOGI KAJIAN


Kajian ini secara umumnya menggunakan reka bentuk kajian tinjauan soal selidik dan deskriptif untuk melihat tahap pengajaran dan pembelajaran al-Quran serta tahap motivasi atau akhlak pelajar-pelajar dibawah penyeliaan mereka. Selain dari reka bentuk tinjaun, kajian ini juga menggunakan kaedah kajian berbentuk korelasi bagi mengukur perkaitan dua atau lebih pembolehubah dalam menentukan hubungan antara pengajaran al-Quran dan akhlak pelajar. Hal ini kerana kajian korelasi merupakan kajian yang paling sesuai apabila ingin menyelidik hubungan antara pembolehubah bersandar dan tidak bersandar. (Azizi Yahya et al., 2007). Pada masa yang sama juga, kajian ini dirangka untuk melihat perbezaan antara beberapa perkara berkaitan demografi pelajar. Kajian ini melibatkan sekolah menengah di negeri selatan semenanjung Malaysia yang mana melibatkan pelajar tingkatan 4. Pemilihan pelajar yang berada pada tahap menengah atas ini adalah berdasarkan mereka telah agak matang untuk menilai baik dan buruk serta yang paling utama adalah mampu memberi penilaian terhadap penyelidikan yang dijalankan (Nasih Ulwan, 2000). Kaedah persampelan yang digunakan dalam kajian ini ialah persampelan berkelompok (cluster sampling). Pengkaji telah menetapkan sekurangkurangnya 30 peratus (sampel) daripada jumlah pelajar yang mengikuti pengajaran al-Quran tersebut (populasi) kerana anggaran peratus ini diperlukan sebagai subjek kepada kajian bagi

mencukupkan peratusan responden sebagaimana yang dinyatakan oleh Mohamad Najib Abdul Ghafar (2009) dan Azizi Yahaya et al. (2006). Di samping itu, dalam menentukan jumlah sampel ini pengkaji juga menggunakan rumusan atau formula Krejcie dan Morgan (1970) iaitu: S= x 2 NP (1-P) d2 (N-1) x2 Seterusnya pengkaji telah meletakkan sasaran untuk seboleh-bolehnya menggunakan kedua-dua kaedah penentuan jumlah sampel ini bagi tujuan untuk mendapatkan hasil dapatan yang lebih tepat dan menyeluruh dalam kajian nanti. Manakala proses penganalisisan kajian data ini akan dilakukan melalui analisis berkomputer menggunakan Statistical Package for Social Science (SPSS). . Secara keseluruhannya, penganalisisan data kajian ini dibahagikan kepada dua bahagian utama iaitu analisis secara deskriptif dan analisis inferensi antara pembolehubahpembolehubah yang digunakan di dalam kajian ini.

7.0

RUJUKAN

Nor Amin Sayani Zainal dan Mohd Ismail Mustari. 2012. Pengajaran dan pembelajaran realistic dalam Pendidikan Islam penerokaan terhadap kandungan dan kaedah. Dalam penerapan Metode dakwah di dalam melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran di dalam dan di luar bilik darjah. UTM, Skudai. Noornajihan Jaafar & Ab. Halim Tamuri. 2012. Pengajaran dan pembelajaran realistic dalam Pendidikan Islam penerokaan terhadap kandungan dan kaedah. Dalam guru pendidikan islam sebagai murabbi : Satu keperluan dalam mendepanani remaja Islam abad 21. UTM, Skudai. Ab. Halim Tamuri & Nik Mohd Rahimi. 2010. Isu Pengajaran Dan Pembelajaran Pendidikan Islam. Ab. Halim Tamuri & Nik Mohd Rahimi Nik Yusoff (pnyt). dalam Kaedah Pengajaran Dan Pembelajaran Pendidikan Islam. Bangi, UKM

Ab. Halim Tamuri, Adnan Yusopp, Kamisah Osman, Shahrin Awaludin, Zamri Abdul Rahim, Khadijah Abdul Razak. 2004. Keberkesanan Kaeadh Pengajaran Dan Pembelajaran Pendidikan Islam Ke Atas Pembangunan Diri Pelajar. Laporan Penyelidikan: UKM. Abd. Rahman Daud. 2007. Memperkasakan Sekolah Kebangsaan dan Memartabatkan

Profesion Perguruan. Norlena Salamuddin, Mohd Taib, Mohd Sani, Saemah, Sharifah Nor Puteh, Siti Fatimah, Jainabee, Jamil, Zamri, (pnyt.) dalam Prosiding Seminar Kebangsaan Isu-isu Pendidikan Negara Ketiga : Dasar dan Pelaksanaan Ke Arah Pengukuhan Hala Tuju Dasar Pendidikan Negara. Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia. 219-244 Ahmad Mohd Salleh, 2008, Pengajian Agama Islam & J-Qaf Metodologi Dan Pedagogi

Pendidikan, Selangor : Oxford Fajar. Ahmad Yunus Kasi dan Ab. Halim Tamuri. 2010. Pengetahuan pedagogical kandungan (PPK) pengajaran akidah : kajian kes guru cemerlang pendidikan islam. Journal of Islamic & Arabic education 2 (2) : 13-30 Al- Ghazali imam Abu Hamid. t.th. Ihya ulum al- din. Jil. 1-8. Kuala Lumpur: Victory Ajensi Alias Baba. 1999. Statistik Penyelidikan dalam Pendidikan dan Sains Sosial. Bangi, UKM Ali Murad. Yahya Hasan. 2003. Adab Al-Alim Wa Al- Mutalim Ind Al- Mufakkirin AlMuslimin : Beirut, Dar al- kutub al-ilmiyyah Azhar Ahmad. 2006. Strategi pembelajaran penagturan kendiri pendidikan islam dan penghayatan akhlak pelajar sekolah menengah. Tesis doktor falsafah, UKM Azizi Yahya, Shahrin Hashim, Jamaludin Ramli, Yusof Boon dan Abdul Rahim Hamdan. 2007. Menguasai Penyelidikan dalam Pendidikan. Selangor: PTS Professional Baalbaki. Dr. Ruhi. 2003. Al Mawrid Qamus, bahasa arab english; beirut Dar al-ilm lil malayiin.

Burns R. B. 2000. Introduction To Research Method. Fourth Edition. French forest: Pearson Education Australia. Kamarul Azmi Jasmi Jasmi dan Siti Fauziyani Md. Saleh, 2007; Pendidikan Dan Pembangunan Keluarga Cemerlang, Johor, UTM Kamarul Azmi Jasmi, Ab. Halim Tamuri dan Mohd Izham Mohd Hamzah. 2009. Sifat dan Peranan Keperibadian Guru Cemerlang Pendidikan Islam (GCPI) dan Hubungannya dengan Motivasi Pelajar. Jurnal Teknologi 51(E): 57- 71 Mohd Najib abdul Ghafar. 2009. Penyelidikan Pendidikan. Johor: UTM Muslim Joned dan Zainuddin Hassan. 2006. Hubungan Keluarga Ke Atas Prestasi Akademik Pelajar: Kajian Kes Keluarga Melayu. Abd. Rahim Abd. Rashid, Sufean Hussin, Che Hashim Hassan (Pnyt). dlm Krisis & Konflik Institusi Keluarga. Kuala Lumpur, Utusan Publications. Nasih Ulwan. Abdullah. 2000. Pendidikan Anak-Anak Dalam Islam.jilid 1-3. Kuala lumpur : Jabatan Kemajuan Islam Malaysia. Nunally J. C. 1978. Psychometric theory. New York : Mc Graw Hill Publication Piaw C. Y. 2006. Asas Statistik Penyelidikan. Kuala lumpur: Mc Graw Hill Publication Rahil Mahyuddin, Habibah Elias Dan Kamariah Abu Bakar 2009, Amalan Pengajaran Berkesan (Siri Pendidikan Guru), Shah Alam, Ratna Roshida Abd. Razak dan Nik Haslinda Nik Hussain. 2007. Peranan Institusi Keluarga dalam Penjanaan Bangsa Bertamadun. Jurnal Kemanusiaan, bil. 9 Rohani Arbaa, Hazril Jamil dan Nordin Abd. Razak. 2010. Hubungan Guru-Pelajar dan Kaitannya dengan Komitmen Belajar Pelajar : Adakah Guru Berkualiti Menghasilkan Perbezaan Pembelajaran antara Jantina Pelajar?. Jurnal Pendidikan Malaysia 35(2): 6169

Rohaya Hashim dan Ruhani Mat Min. 2011. Pelajar Melanggar Disipilin Sekolah Kaitan Interaksi Keluarga Terhadap Konsep Kendiri. Jurnal Kemanusiaan bil. 18 Salasiah Hanin Hamjah, Zainab Ismail, Rosmawati Mohamad Rasit dan Ermy Azziaty Rozali. 2010. Methods of Increasing Learning Motivation Among Students. Procedia Social And Behavioral Sciences 18: 138-148 Shariffah Sebran Jamila Syed Imam. 2009. Merokok daripada Perspektif Islam: Tinjauan dalam Kalangan Pelajar Sekolah Menengah. Zamri Mahamod, Kamarulzaman Abd. Ghani, harun Baharuddin, Ab. Halim Tamuri, Nik Mohd Rahimi, Mohd Aderi Che Noh (pnyt.) dalam Prosiding Wacana Pendidikan Islam Siri Ke-7 (Peringkat Nusantara), Halatuju Pendidikan Islam dan Bahasa Arab di Nusantara. Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia: 550-559 Zarinah Arshat dan Rozumah Baharuddin. 2011. Perkaitan antara faktor sosioekonomi dan Kualiti Tingkahlaku Keibubapaan dalam Keluarga Berisiko. Jurnal Kemanusiaan bil. 17

Anda mungkin juga menyukai