Anda di halaman 1dari 3

Transkrip Temuramah

Pelajar 1

: Assalamualaikum W.B.T. Pada hari ini kami dari PISMP Semester 8 ingin melakukan temuramah berkaitan dengan profession perguruan. kami telah memilih cikgu Siti Hajar sebagai guru yang hendak ditemubual. Sebelum itu, saya ingin bertanyakan beberapa soalan. Pertama sekali, bolehkah cikgu terangkan tentang latar belakang cikgu?

Guru

: Baik, pertama sekali saya bersekolah rendah di Sekolah Rendah Kebangsaan Gombak Setia, Selangor sehingga saya darjah enam. Selepas itu saya bersekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan Puteri Jaya sehingga di tingkatan 3. Kemudian dengan keputusan PMR ketika itu, saya masuk ke Sekolah Menengah Teknik Tuanku Jaafar. Dan bila saya mendapat keputusan SPM, saya ingin mencari satu pekerjaan yang betul - betul menjamin masa depan saya dan saya amat minat dengan matapelajaran matematik. Jadi ibu saya sarankan untuk menjadi guru. Pada mulanya memang saya tidak berminat untuk memasuki bidang perguruan, kerana ketika itu pandangan orang terhadap guru sangat rendah sehingga ada yang mentertawakan keputusan saya. Dalam masa yang sama saya mendapat tawaran dalam bidang perniagaan di UNITEN ke Australia. Akan tetapi pada masa itu saya fikir bidang ini tidak boleh pergi jauh kerana saya tidak minat berniaga. Jadi saya membuat keputusan untuk bekerja dalam bidang yang saya minat. Jiak kita menceburkan diri dalam bidang yang kita tidak suka untuk mengejar gaji yang besar, kita akan stress.bila stress,kita tidak boleh pergi jauh.

Pelajar 1

: Berapakah umur cikgu ketika memasuki Institut Perguruan Sultan Idris?

Guru Pelajar 2

: Umur saya ketiak itu baru 19 tahun. : Bolehkah cikgu ceritakan kronologi perkembangan pengalaman cikgu dari posting sehingga sekarang?

Guru

: Pertama sekali saya ditempatkan di Sekolah Kebangsaan Serting Hilir Kompleks,Negeri Sembilan. Dari sekolah tersebut pergi ke pekan yang terdekat memakan masa selama 2 jam menaiki bas. Tempat tersebut yang mana selepas sahaja pukul 8 malam sudah bergelap kerana tiada aktiviti pada malam hari. Selepas 2 tahun mengajar di sekolah tersebut, saya berkahwin dengan orang kedah dan pindah ke Jitra. Saya ditempatkan di SK Tunjang selama 5 bulan. Ketika itu SK Pulau Nyior ini baru sahaja dibuka dan saya rasakan saya tiada peluang untuk menunjukkan bakat saya di situ kerana semua guru hebat - hebat belaka. Jadi saya berpindah ke sekolah baharu iaitu di sini Sekolah Kebangsaan Pulau Nyior.

Pelajar 2

: Bolehkah cikgu ceritakan jawatan yang pernah disandang dan sumbangan sepanjang cikgu menceburi bidang pendidikan ini?

Guru

: Jawatan pertama saya ialah setiausaha panitia selama 5 hingga 6 tahun. Kemudian menjadi ketua panitia apabila saya dintik menjadi guru cemerlang. Itu semua cabaran. Kalau kita anggap itu semua sebagai masalah, tidak akan selesai. Hadapi semuanya dan lama kelamaan orang akan terima dan hasilkan kerja yang terbaik bila orang dah menaruh kepercayaan terhadap kita. Semasa saya menjadi guru cemerlang, tidak banyak yang boleh saya lakukan dalam tempoh yang singkat. Kemudian saya menjadi salah seorang ahli panel dalam menggubal silibus KSSR.

Pelajar 3 Guru

: Apakah cabaran sepanjang cikgu menceburi bidang pendidikan ini? : Cabaran selalunya dengan komuniti dan anak murid. Di kampung, anak murid dan ibu bapa sangat menghormati kita sebagai seorang guru. Tetapi di bandar, jika cikgu salah cakap sedikit, ibu bapa akan datang kepada guru. Ketika mengajar, kita perlu seiring dengan kemajuan seperti sekarang ini ICT banyak digunakan.

Walaubagaimanapun, perkara yang lama perlu juga diaplikasikan dan digunapakai sekali supaya dapat memberi murid lebih kefahaman. Walaupun kita menggunakan kaedah terkini seperti ICT, jika murid tidak dapat apa yang diajarkan,tidak bermakna.

Pelajar 2 Guru

: Apakah strategi - strategi pengajaran yang cikgu gunakan? :

Anda mungkin juga menyukai