Anda di halaman 1dari 11

TRANSKRIP TEMUBUAL

4
Berikut adalah wawancara dengan Encik Abu Bakar Bin Miskon pensyarah IPG Kampus
Perempuan Melayu (IPGKPM), Melaka mengenai penglibatan, pengalaman dan sumbangan
beliau sepanjang berada di IPGKPM bertempat di Pejabat Jabatan GERKO bertarikh 23 Mac
2016, masa 5.15 petang.

AR: Bismillahirrahmanirahim. Assalamualaikum. Hari ini bertarikh 23 Mac 2016, masa


5.15 petang bertempat di Pejabat Jabatan GERKO, saya Amira Ramlee akan
menemubual salah seorang tokoh pensyarah IPG Kampus Perempuan Melayu
iaitu Encik Abu Bakar. Assalamualaikum tuan.

AB: Waalaikumsalam wbt. Awak sihat semua?

AR: Sihat

AB: Alhamdulillah

AR: Jika tuan sudah bersedia, boleh saya mulakan sesi temubual dengan soalan yang
pertama.

AB: Oh boleh..silakan

AR: Soalan yang pertama,bolehkah tuan ceritakan sedikit tentang diri tuan, ini
termasuklah umur, latar belakang tuan, latar belakang pendidikan dan
pengalaman tuan sebelum bergelar pensyarah di IPG Kampus Perempuan Melayu

AB: Bismillahirrahmanirrahim. Ahh siapa ni? Amira. Amira.. Ramlee err iaitu untuk sesi
temuramah tokoh guru jadi saya telah dipilih oleh Amira Ramlee, jadi ahh terima kasih
banyaklah kerana sudi menemubual saya dan saya akan sedia memberi sebaik
mungkin apakah ahh.. keperluan-keperluan atau maklumat-maklumat sesi temuramah
ini jadi saya akan cubalah jadi Alhamdulillah apa yang ditanya oleh Amira tadi berkaitan
dengan diri saya, macam mana yang diketahui saya Abu Bakar Bin Miskon kini sedang
menjawat jawatan sebagai pensyarah ataupun jurulatih unit kokurikulm IPG Kampus
Perempuan Melayu. Sebelum ini saya menjawat sebagai pensyarah akademik dalam
bidang dalam bidang pendidikan jasmani. Ahh.. itu kedudukan saya di IPG ini. Jadi
untuk menceritakan lebih lanjut tentang latar belakang saya,, terlampau panjang kerana
saya dah hampir nak bertemu pada benda yang benar iaitu bersara adalah benar. Jadi

5
saya hanyalah tinggal 6 bulan lagi untuk meninggalkan persaraan saya dan saya akan
cerita sikit err.. keadaan saya semasa saya semasa saya menjadi seorang pensyarah di
IPG. So (jadi) akan ceritakan sedikit, err.. pada tahun 1995 saya telah ditawarkan oleh
pihak Kementerian Pendidikan dan bidang iaitu bahagian pendidikan guru yang telah
menawarkan saya untuk menjadi seorang pensyarah di salah satu Institusi Pendidikan
Guru Sultan Idris Tanjung Malim pada tahun 1990.. awal 1996. Di situlah mula saya
menjadi seorang pensyarah yang bertanggungjawab ke atas pendidikan guru yang ada
di Malaysia jadi dari situ, saya menjawat jawatan sebagai pensyarah akademik
Pendidikan Jasmani dan Kesihatan di Jabatan Pendidikan Jasmani Institut Pendidikan
Sultan Idris Tanjung Malim. Pada tahun 1999 saya turut menjawat jawatan di IPG di IPG
Pendidikan Guru Sultan Idris dan berpindah ke Institut Pendidikan Guru Ilmu Khas jadi
Ilmu khas itu di Kuala Lumpur Cheras. Ini kerana, di IPSI sana telah diubah untuk
dinaikkan taraf sebagai Universiti Pendidikan Sultan Idris. Dan saya hanya sebagai
seorang pensyarah kakitangan situ yang menguruskan pengurusan pelajar-pelajar yang
kali terakhir di situ sebelum IPSI menjadi UPSI. Dari situ saya mula bertugas ahh… di
Institut Pendidikan Ilmu Khas dan bidang sama Pendidikan Jasmani di Jabatan
Pendidikan Jasmani di institut Pendidikan Ilmu Khas, Kuala Lumpur.. err.. saya di sana
tak lama, selama 2 tahun lebih dan pada tahun 2000, saya barulah berpindah di IPG
Kampus Perempuan Melayu Melaka waktu itu masih lagi dalam nama Institut
Pendidikan Perempuan Melayu, malah sehinggalah sekarang saya bertugas di sini.
Itulah serba sedikit berkenaan diri saya, sebelum saya bertugas di IPPM, sini. Sebelum
tu saya pun bertugas lebih kurang dalam 5 sekolah sebelum saya terlibat dalam tugas di
pendidikan perguruan iaitu di mana saya pertama kalinya telah bertugas di Selangor
iaitu sekolah yang pertama saya bertugas selepas saya selesai kursus di Maktab
Perguruan Persekutuan Pulau Pinang tahun 80 dan saya bertugas di SMK Khir Johari,
Selangor kemudian 5 tahun di sana, saya bertugas pula di Johor iaitu di daerah Kota
Tinggi selama 4 tahun. Kemudian saya berpindah lagi ke SMK Tun Ismail dan situ juga
saya berpindah lagi ke SMK Tinggi Muar dan seterusnya saya bertugas di SMK Bt 15
yang sekarang dikenali sebagai SMK Bt Naning. Dan selepas tu, barulah saya bertugas
di Institut Pendidikan Guru, itulah pengalaman saya, tempat-tempat saya bekerja, tu
saja sehingga sekaranglah. ok.

6
AR: Soalan yang kedua, sepanjang tuan menjalankan tugas di Institusi ini, apakah
jawatan-jawatan yang pernah disandang oleh tuan dari awal-awal perkhidmatan
sehingga sekarang sebab saya difahamkan tuan pernah menjawat jawatan
warden?

AB: Kalau nak ikut jawatan-jawatan, dia bertukar-tukar dan tak kekal daripada awal sampai
sekaranglah. Setakat sampai sekarang ni, yang kekal saya adalah pertama memanglah
sebagai seorang pensyarah pendidikan Jasmani dan juga pensyarah kokurikulum
dipanggil juga dulu GERKO. Sepertimana bidang saya adalah pendidikan Jasmani dan
juga dulu ialah GERKO iaitu satu komponen yang wajib diambil oleh semua penuntut-
penuntut maktab perguruan dan jawatan-jawatan lain saya adalah yang saya ingatlah,
saya pernah sehingga sekarang saya sebagai biro.. biro sukan bagi sekarang dipanggil
JPP lah. Saya juga sebagai warden sejak saya datang ke IPPM ini dan saya juga
sebagai ketua jurulatih Bina Insan Guru (BIG), saya juga jurulatih permainan yang
ditetapkan oleh institusi untuk bertanding dalam peringkat KAGUM hinggalah sekarang
dan saya juga sekarang kalau bidang saya sukan maknanya saya banyak terlibat dalam
bidang sukanlah. Itu sahajalah yang saya.. saya ingat, yang lain-lain ni kalau nak
dipecah-pecahkan mengikut komponen dia ada banyak pecahan kalau nak ikut iaitu dari
segi bidang.. apa.. bidang unit beruniform. Saya juga terlibat daam bidang kejurulatihan
sukan olahraga, saya juga terlibat dalam bidang kejurulatihan permainan dan juga
terlibat dalam komponen kecergasan, saya juga terlibat banyak dalam program-program
Bina Semangat dan Bina Insan Guru dan saya juga banyak sekali terlibat dalam
pendidikan luar iaitu outdoor activity kerana itulah bidang saya. Itulah kalau nak
dihuraikan pencapaia saya banyaklah selama hampir 16 tahun saya di IPPM ni, jadi
jawatan itu kekal hinggalah sekarang.

AR: Soalan seterusnya tuan, sepanjang tuan menjalankan tugas ataupun jawatan yang
dipertanggungjawabkan di IPGKPM ini, apakah antara cabaran yang ditempuhi
oleh tuan sepanjang bertugas?

AB: Cabaran-cabaran ini kalau kita bekerja dalam kerjaya kita guru cabarannya banyak
melibatkan tentang aspek pendidikanlah. Cabaran macam bidang saya, bidang
membina kemenjadian guru di mana sangat berat tugas saya untuk bersama-sama
dengan IPG dalam melaksanakan misi IPGM di mana misi kita mencipta ataupun
membina untuk melahirkan guru-guru yang lebih kompeten yang berjiwa pendidik jadi

7
kita nak merancang untuk melaksanakan misi itu terpaksa menemouh cabaran yang kita
tempuhi dalam masa kita menjalankan tugas. Jadi cabaran-cabaran itu kita harus
tempuhi bersama-sama dengan secara berpasukan jadi kalau kitan nak menjayakan
sesuatu program atau misi IPG kita terpaksa bekerja sebagai satu pasukan, jadi
cabaran yang datang itu sangat mudahlah kita selesaikan cabaran yang.. cabaran yang
Amira tanya ni cabaran apa dan semasa menjalankan tugas ataupun.. saya tak berapa
clear sangat. Dia cabaran ni umum. Cabaran dalam melaksanakan tugas sebagai
seorang jawatan saya sebagai ketua jurulatih jadi cabaran memang banyaklah atau
kalau kita cabaran dalam menjayakan kemajuan sukan kita ada cabaran juga, kalau kita
nak.. apa.. dalam pedagogi, mengajar pelajar menjadi seorang guru pun penuh dengan
cabaran. Cabaran itu sentiasa kita tempuhi hanya berbeza dengan tahap kesukarannya
lah. Jadi pengalaman tu lain sikit, cabaran tu lain cabaran kita macam nak membentuk
kemenjadian guru haa tu untuk melahirkan guru yang berjiwa pendidik, itu satu. Itu
cabaran sangat besar bagi saya. Kalau kita tak dapat membina pelajar yang berjiwa
pendidik, saya rasa saya seorang pensyarah yang gagal kerana pelajar yang saya didik
sejak bertugas sampai kini mungkin dah beribu-ribu pelajar. Kemenjadian dia bukanlah
sewaktu saya mengajar tapi setelah dia menjawat jawatan sebagai seoarang guru yang
berjiwa pendidik haa. Jadi hasilnya kita akan dapat secara keseluruhan kemenjadian
guru itu semasa bertugas. Ok.. itu cabaran saya dan cabaran ini juga dipikul oelh semua
pensyarah bukan saya seoarang jadi nak jadikan seorang guru yang berjiwa pendidik
amat sukar, untuk melahirkan seorang guru yang bekerjaya sangat mudah. Faham
maksud saya. Untuk jadi guru senanglah untuk kerjanya mengajar sangat mudah tapi
untuk melahirkan guru yang berjiwa pendidik sangat sukar jadi inilah cabaran yang perlu
ada pada setiap penjawat yang dipanggil pensyarah bukan saya saja yang mempunyai
cabaran tapi semualah. Kalau nakkan jiwa seorang guru yang berjiwa pendidik dan juga
berpotensi, kompeten kita harus menjadikan diri kita sebagai pensyarah yang berjiwa
pendidik. Mana boleh nak jadi anak yang baik, kita jadi seorang bapa yang tidak baik.
Itulah cabarannya. Dalam proses-prosesnya dalam mendidik tu kita kena banyak
bersabar dan sentiasa majukan diri. Kita sebagai guru kalau nak anak murid berjaya,
kita kena sentiasa mengajarkan diri, sentiasa bergerak ke hadapan, sentiasa berinovasi,
sentiasa proaktif dan macam-macam lagi yang positif. Kalau kita, hanya gunakan
kaedah strategi yang lama, kita ketinggalan zaman dan tak mengikut arus keperluan
zaman sekarang. Dan cikgu sekarang pun cabaran untuk bagaimana nak membentuk
guru yang boleh menangani dan menyelesaikan masalah pelajar-pelajar terkini dengan

8
cabaran ICT dan sebagainya. Itulah cabaran-cabaran yang dihadapi oleh pensyarah-
pensyarah termasuklah saya.jadi Alhamdulillah setakat ini saya bersyukurlah kerana
jiwa saya yang dah nak sampai waktu saya ini saya anggarkan bahawa saya dah
hampir selesai misi saya untuk menyelesaikan masalah-masalah pelajar dalam
kemenjadian guru. Dah itu je.

AR: Jadi saya rasa tadi secara tidak langsung tuan telah menjawab bagaimana tuan
menghadapi cabaran-cabaran tersebut. Jadi saya beralih kepada soalan yang
seterusnya, apakah antara kejayaan-kejayaan manis bagi tuan sepanjang berada
di IPGKPM

AB: Kenangan manis saya, kalau saya.. sampai sekarang ni saya belum ada lah mendengar
daripada pelajar saya yang mengatakan saya seoarang yang tak elok.haa.. itu kejayaan
paling manis kerana saya jumpa dengan pelajar-pelajar saya yang dah jadi guru, dah
ada anak, tidak pernah saya dengar ini demi Allah lah yang mengatakan saya ni
pensyarah yang malas ke, yang tak ikhlas, takde, belum ada. Inilah kejayaan manis
yang saya dengar apa yang saya dapati pelajar saya bila bertemu di luar, mereka
sangat ramah dan sangat menghormati saya dan selalunya tiap-tiap hari guru tidak
berhenti ucapan-ucapan terima kasih kepada saya. Itulah kenangan-kenangan manis
yang tak pernah saya rasa sedih. Jadi untuk kejayaan yang saya ingati dalam IPG ini,
saya pernah menjadi ketua jurulatih dalam permainan hoki peringkat KAGUM di mana
IPG kita telah menyandang atau menjadi juara/johan KAGUM. Ia dah jadi macam
persepsi, kalau asal kita pergi peringkat KAGUM usah haraplah nak menang sebab tak
pernah menang dan kata-kata itu pernahlah dikeluarkan oleh pensyarah-pensyarah kita
yang lebih senior. Kita yakin bahawa di mana kemahuan di situlah ada jalan. Jadi kita
telah menjadi johan jadi dan banyak kemenangan di peringkat zon kita jadi johan dan di
peringkat KAGUM kita jadi johan dalam hoki. Dan kali terakhir saya, kenangan manis
saya dilantik sebagai jurulatih SUKMA di mana pasukan yang saya latih telah mendapat
tempat ketiga, itulah yang tertinggi IPG pernah dapat di peringkat sukan atau apa sukan
di Malaysia. Itulah kenangan yang saya ingat dan yang lain-lain tu johan yang tu di
perigkat rendahlah. Contohnya saya dulu pernah jadi jurulatih pasukan hoki juara di
Selangor masa saya mula-mual dululah dan saya banyak menghasilkan guru-guru
ataupun pelajar-pelajar dalam bidang unit beruniform dan sebagainya dan banyak
lagilah jadi saya tak boleh ceritakan kerana panjang. Jadi kalau nak diceritakan tak
habislah. Jadi Alhamdulillah apa yang saya buat itu, saya mohonlah mudah-mudahan

9
mendapat keredhaan dan menjadi sebagai semangat kepada pelajar-pelajar saya dan
juga kenangan saya semasa saya mengajar. Itu saja.

AR: Baiklah soalan seterusnya, pada pandangan tuan apakah perubahan yang tuan
dapat lihat pada IPPM dulu dan IPGKPM sekarang sebab saya difahamkan tuan
dapat merasai ketiga-tiga peringkat iaitu sijil, diploma dan ijazah?

AB: Ok. Tentang perubahan tu, dari segi perubahan infrastruktur memang banyaklah, dulu
IPG dalam bidang kemudahan sangat tidaklah semaju sekarang contohnya, dalam
bidang sukan belum ada kompleks sukan yang moden, kalau dulu untuk kemajuan
sukan kita susah payah meminjam, menyewa ke sana ke mari memohon kemudahan-
kemudahan untuk melatih pelajar-pelajarr kita. Jadi sekarang ni, itu satu daripada sebab
kemajuan yang pesat dalam pembangunan IPG. Yang kedua tentang pengiktirafan
pelajar-pelajar kita daripada sijil kepada diploma kepada ijazah adalah satu yang sangat
baik lah bagi kerjaya gurulah. Dan perubahan ini dapat dilihat dari aspek kejayaan guru
sendiri yang keluar daripada institusi ini. Yang lain dari segi pedagogi, dari segi itu mesti
berubah mesti ada perubahan-perubahan yang sangat signifikanlah tentang strategi
pengajaran, pembelajaran, pelajaran, semua berubah tidaklah. Ada pendekatan yang
lama yang kita panggil pendekatan klasik tapi konsepnya sama cuma pendekatannya
berbeza. Sekarang ICT dan maklumat di hujung jari. Tapi ada juga keburukannya
kerana pelajar bila ada kemudahan internet, usaha mereka terlampau mudah untuk
mendapatkan maklumat. Kadang-kadang mereka dapat maklumat mereka tidak memikir
sendiri tak seperti pelajar-pelajar yang dulu yang berdasarkan kepada pengambilan
diploma dan sijil, mereka, saya sendiri yang alami mendapatkan maklumat sangat susah
kerana kemudahan tak ada. Jadi pengorbanan kami lebih dan kami tak ada masa
langsung untuk balik kampong waktu cuti, tak ada. Kami hanya meneroka sendiri utuk
membuat pekerjaan untuk menjadi guru. Semuanya kalau boleh lebih kepada usaha
sendiri kerana kalau nak buat satu assignment, kalau sekarang ni buka je internet dah
ada, salin. Ataupun yang malangnya kadang copy paste. Haa, tu yang kualiti guru
sekarang lebih kepada teori. Maksudnya seorang guru yang lebih kepada teori ia hanya
lebih kepada pemikiran tapi segi latihan, segi amalan, dan sebenarnya yang reality
mereka kurang. Itulah kalau nak dikatakan kualiti guru dibandingkan dengan sijil,
diploma guru dengan yang sekarang ini, saya rasalah ini pendapat saya, sangat sedikit.
Tapi tak semualah , tapi ramai antara guru-guru yang keluaran ijazah sekarang ini dia
lebih pada teori sebab maklumat yang mereka dapat semua daripada teori. Amalan

10
mereka kurang, bukan tak ada, kurang. Tapi tak semua ye. Ada juga guru yang
begitu..terbaiklah. mereka kalau lebih kepada ketika amali, jenis guru yang berjayalah.
Kerana ia merealisasikan teori yang dia dapat dengan amalan sebagai seorang guru
yang terlatih yang melatih sebagai latihan mereka. Kalau tak percaya, cuba you fikirkan,
pelajar yang buat assignment dengan ambil daripada internet dengan yang dapat
daripada maklumat buku, daripada mereka cari sendiri di sekolah. Cubalah bayangkan
mana lebih baik kualitinya. Itulah bandingan guru sekarang. Kita tak salahkan pelajar
kerana yang kedua kesungguhan pelajar ni, saya rasa nak kata tak sungguh, kadang-
kadang sampai jauh malam tak tidur tapi tak tahu lah apa yang dia orang buat. Mereka
kurang rasa kesungguhan menjadi guru dan jadi guru mudah aje. Di mana-mana boleh
dapat pelajar. Dulu kalau dapat masuk guru bermati-matian belajar untuk mencari
ilmunya terlampau susah, terpaksa mengorbankan masa, duit dan sebagainya. Inilah
perbezaan guru dulu dan sekarang yang sangat signifikan atau ketara kerana ini saya
bukan cakap melalui pandangan tetapi melalui feedback daripada sekolah-sekolah.
Kadangkala jika mereka jiwa guru yang mengajar, merek kerja mereka mengajar, untuk
jiwa pendidik sangat sukar. Kalau Amira nak tahu apa jiwa pendidik, kena muhasabah,
apa itu jiwa pendidik itu sebenarnya dari segi keikhlasan, sahsiah guru tu sendiri
err..macam-macamlah. Jadi kemenjadian guru tu bukan mudah seperti yang kita cakap,
kita mesti menjadi seorang guru itu perlukan pengorbanan, fokus dan sebagainya. Itulah
sebahagian daripada perbezaan yang saya dapati bagaimana perubahan-perubahan
yang dapat pada kemenjadian guru terjamin dengan IPPM sekarang.

AR: Apakah perbezaan tugas guru yang tuan dapat lihat jika dibandingkan dengan
dulu dan sekarang?

AB: Perbezaan tugas guru ini dia berubah mengikut situasi masa. Jadi tugas tu memanglah
berbeza-beza tapi bagi saya tugas tu sama saja. Tugas seorang pendidik dari lahir..dari
menjadi cikgu sampai dia bersara tugas dia satu saja, untuk mendidik, bukannya unntuk
itulah yang saya katakana tadi, berbeza mengikut zaman dan tugasan yang guru ini tak
kiralah dulu ke sekarang ke, dia bergantung kepada guru tu sendiri. Guru dulu pun kalau
dia tak baik, tak baik juga. guru sekarang ni, kalau dia baik dia baik, kalau dia tak baik,
tak baik. Sama. Jadi tugas dia, tugas guru adalah sama..menyampaikan ilmu untuk
membina insan rakyat, untuk membina negara, untuk membina rakyat. Kalau dia endah
tak endah dengan tugas dia jadi selamanya macam tu juga. Tugas yang sangat berat
bagi mereka yang berjiwa pendidik, tugas ini dianggap remeh atau membebankan atau

11
menyusahkan bagi mereka yang tidak ada, guru yang tidak ada matlamat. Dia tak tahu
apa hala tuju dia menjadi seorang guru..kamu jadi guru ni apa hala tuju kamu
sebenarnya itu yang penting. Di dalam tugas tu ada banyak sifat-sifat yang baik dalam
sifat guru. Kalau dia ikhlas dia guru yang baik, kalau dia mementingkan pelajar haa tu
semua. Jadi tugas guru ni itu dia. Membentuk anak didik dia menjadi sempurna. Yak
ada guru yang tak nak anak muridnya berjaya. Yang penting tugas kita menyampaikan
ilmu yang baiklah. Jadi yang dulu dan sekarang tu tugas tu sama tapi beban kerja
berbeza. Tugas sama beban berbeza mengikut situasi zaman masa. Kalau dulu
mengajar tidak ada bantuan daripada ABM dudlu hanya gunakan papan gulung, duster,
tu pendekatan. Sekarang tugas guru untuk mengajar guna kemudahan yang canggih,
yang terkini. Sekarang guru yang mengajar, yang terkini yang terbaiklah. Yang
keduanya sayalah..pada saya..pada mereka, dia kata mengajar sekarang susah, pada
saya mengajar sekarang ni paling senang. Murid-murid dah lebih pandai daripada cikgu
kadang-kadang. Dulu nak cari maklumat hanya buku saja, sekarang buka internet,
google nak apa, nak apa cakap je, dah ada keluar. Pelajar pun sama. Kalau Sejarah,
katakan sejarah Perdana Menteri, dulu cari buku, sekarang buka internet tekan saja dah
ada semua. Senang dapat senang lah nak hilang. Jadi tulah tugas guru tapi yang sangat
penting kita sebagai guru kita nak anak didik kita berjaga. Kalau dalam Islam berjaya di
dunia dan akhirat.

AR: Baik, satu soalan yang menarik sebenarnya tuan. Di manakah tuan semasa
pembinaan PGL iaitu Puteri Gunung Ledang?

AB: Oh. Saya berada di sini. Masa tu saya sebagai pensyarah sukan dan saya pensyarah
GERKO. Jadi nak cerita pasal tu pembinaan ini diuruskan oleh pihak atasan, pihak
pengurusan, jadi pensyarah tidak ada terlibat langsung kerana ini adalah peruntukan
daripada pengurusan atas, kita tak terbabit pensyarah tak terbabit tapi suasananya
tahulah. Dulu sini padang, padang yang mana kalau nak buat olahraga kena bina
sendiri, pelajar kena buat sendiri, kena buat lorong. Pelajar yang buat. Jadi bila dah ada
PGL pelajar dah tak kena buat. Tu satu perbezaan. Pelajar tahu macam mana nak buat
gelanggang, nak buat ukur berapa meter berapa meter begitu juga dengan permainan
semua kena buat sendiri. Kalau dulu sini padang kosong jadi pahamlah bila kosong,
macam sekolah lah. Banyak pelajar-pelajar yang mereka dapat pengalaman daripada
latihan-latihan yang diberikan oleh pensyarah lah. Jadi kalau nak yang itu, tu saja lah
pasal PGL.

12
AR: Soalan terakhir sebenarnya tuan.

AB: Tanya banyak lagi boleh.

AR: Apakah harapan tuan kepada Institut Pendidikan Guru Kampus Perempuan
Melayu pada masa hadapan?

AB: Saya sebagai seorang pensyarah yang nak bersara dari bidang pendidikan tapi yang
bersara di jawatan, pendidikan terus hingga akhir hayat ye. Apa yang saya kehendaki
yang harapan saya, tak lain tak bukanlah apa yang nak letak hala tuju IPG. Hala tuju
IPG ni adalah satu tempat institut pendidikan yang sebagai peneraju, peneraju kepada
kecemerlangan pendidikan guru sebab IPG ni adalah latihan guru jadi dia mesti sebagai
pusat peneraju kecemerlangan guru. Janganlah keluar esok guru yang bermasalah ye.
Tu harapan saya, jadi tu satu kerana ia telah dijadikan satu er..visi. semua IPG di
Malaysia ni, visi dia itulah dia. Kalau kita baca visi misi IPG itulah dia. Saya sebagai
pensyarah bukan pensyarah sini besok, saya nak IPG ni sebagai sub-pendidikan.
Kecemerlangan atau peneraju kepada penghasilan guru-guru yang cemerlang, biar kita
ni dipandang dunia seboleh-bolehnya bertaraf dunia. Kemudian harapan saya supaya
misi IPG ni tercapai dan sentiasa berada di landasan yang betuk di mana misi kita di
IPG ni ialah untuk melahirkan guru-guru, tadi peneraju. Tu dia punya visi. Ha, misi kita
adalah melahirkan guru. Guru yang macam mana? Kompeten. Kompeten dari segala
aspek kalau boleh lah. Itu matlamat saya. Kalau bakal guru, itu matlamat saya kalau
bakal guru. Esok guru tu mangajar anak saya cucu saya. Biar dia seorang guru yang
kompeten, tak cukup kompeten saja, dia ada jiwa, roh guru tu, jiwa pendidik. Bukan
bekerja sebagai seorang guru tapi jika dia ialah berjiwa pendidik, ni maknanya awak
tahulah jiwa raga tu biar kepadapendidikan dan mudah-mudahan warga yang berada di
IPG ni bertambah baiklah dari semasa ke semasa. Saya seorang bekas pengajar-
pengajar yang dah lama mengajar dalam bidang pendidikan, dah 36 tahun. Jadi
pengharapan saya institute pendidikan ini, tempat saya mencari rezeki, tempat saya
bertugas, sama-sama melahirkan guru. Biarlah program yang akan datang bertambah
baik, bertambah apa tu er..yang akan diwujudkan pada masa akan datang bertambah
maju yang sentiasa dinamik. Saya harap sebab guru-guru ini akan ke sekolah-sekolah,
biarlah mereka ini bertraf dunia, tidak hanya juara kampong atau juara estet je. Jadi
kesimpulan itulah dia,supaya harapan saya institute pendidikan guru ni menjadi pusatlah

13
jangan besok 10 tahun lagi dah taka da IPG. Haa, tu saya sedihlah sebab IPG nil ah
pusat tempat melahirkan guru-guru yang penuh dengan apa tu kata orang, program-
program yang boleh menghasilkan guru yang bertaraf dunia. Mesti ada jiwa pendidik.
Kalau taka da jiwa pendidik jangan jadi cikgu. Minta mudah-mudahan kerana saya lepas
ni dah goodbye dari segi kerjaya sebagai pensyarah dan tu lah harapan saya doa pada
Allah Institut Pendidikan Guru dapat melahirkan yang berjiwa pendidik yang merangkumi
segala aspek keagamaan, kebudayaan, adat resam, perpaduan dan sebagainya.
Mewujudkan satu generasi yang tidak kelam kabut maknanya dari segi perpaduan
teguh, keharmonian, ketenteraman, kesejahteraan hidup rakyat. Itu yang nak dihasilkan
guru kepada pelajar-pelajar kerana guru-guru ini dibekalkan oleh institut pendidikan guru
yang berjiwa pendidik. Tu harapan saya lah. Harapan saya besar ni, macam perdana
menteri. Kerjaya seorang pendidik adalah yang paling baik lah. Sebagai khalifah. Jadi
guru ni memenuhi tuntutan antara seorang khalifah, seorang pemimpin, seorang
macam-macam lah semua sekali memenuhi tapi kena tu lah, jiwa pendidik. Ok. Itu
sahaja harapan saya dan saya doakan kamu ni semoga berjaya. Jadi harapan saya bagi
awak ni itulah harapan saya. Saya kalau pandang anak murid saya, saya doakan
mudah-mudahan jadi seorang guru yang berjiwa pendidik yang dapat melahirkan anak-
anak bangsa yang berjiwa murni. Saya doa tu lah semua. Sampai saya matilah, saya
jumpa pelajar-pelajar saya dalam hati terdetik, allah jadikan mereka ni guru yang
berpendidikan supaya kemenjadian pelajarnya sempurna. InshaAllah saya sentiasa
doakan pelajar-pelajar saya. Dah ada lagi? Tu yang akhir kan?

AR: Baiklah, kita hampir ke penghujung sesi terima kasih kepada tokoh pensyarah IPG
Kampus Perempuan Melayu, Encik Abu Bakar atas kerjasama padu yang telah
diberikan. Sekian sahaja temubual bersama Encik Abu Bakar, sekali kali lagi
ribuan terima kasih kepada tuan.

AB: Sama-sama

AR: Saya akhiri sesi ini pada pukul 6.15 petang. 23 Mac. Sekian Terima kasih

14

Anda mungkin juga menyukai