Anda di halaman 1dari 1

Mohamad Bakri bin Ngadiman

& Siti Nuraini Binti Leman


Parit 3 Sungai Panjang,
36100 Bagan Datoh,
Perak.

Pengurus Lembaga Urusan dan Tabung Haji
Cawangan Teluk Intan
Tkt Bawah PT 5006 & 5007
Blok A Bangunan SKOMK
Jln Mahkamah
36000 Teluk Intan
Perak Darul Ridzuan. 7 Ogos 2014

Tuan,
MEMOHON PENERBANGAN AWAL BAGI MUSIM HAJI 2014
Merujuk perkara di atas, saya dan isteri seperti nama di atas ingin memohon jasa baik pihak tuan
agar pihak tuan dapat mempercepatkan tarikh penerbangan kami dalam musim haji tahun ini.
2. Faktor utama kami memohon agar tarikh penerbangan kami diawalkan adalah supaya kami
dapat menghadiri majlis konvokesyen anak lelaki kami yang telah selesai menamatkan
pengajiaannya di Universiti Malaya pada tahun ini. Untuk makluman pihak tuan Majlis itu akan
berlangsung pada 17 Oktober 2014.
3. Kami berharap agar dapat melaksanakan serta menunaikan ibadah haji pada tahun ini dalam
tempoh sebelum tarikh tersebut. Berikut merupakan butiran diri kami untuk rujukan pihak Tuan.
Nama No. Kad Pengenalan
Mohamad Bakri bin Ngadiman xxxxxxxxxxxxxxxxx
Siti Nuraini Binti Leman xxxxxxxxxxxxxxxxx
4. Justeru, kami berharap agar pihak tuan dapat mempertimbangkan permohonan kami ini.
Segala kerjasama pihak tuan amatlah kami hargai. Hanya Allah s.w.t sahaja yang dapat membalas
jasa baik pihak tuan.
Sekian, terima kasih.

Yang benar,

. .
(Mohamad Bakri bin Ngadiman) (Siti Nuraini Binti Leman)

Anda mungkin juga menyukai