Anda di halaman 1dari 21

1.

0 Pengenalan

Murid Pemulihan Khas merupakan satu kumpulan murid yang lemah dan belum
menguasai kemahiran asas membaca, menulis dan mengira dan diberi bimbingan dan
pemulihan khusus dalam penguasaan bahasa Melayu dan Matematik. Mereka ditempatkan di
kelas Pemulihan Khas melalui Sistem Withdraw. Sistem tersebut memerlukan murid belajar
secara khusus kemahiran asas yang dibimbing oleh guru Pemulihan khas. Disebabkan murid
pemulihan adalah dikenali sebagai murid yang lemah dalam sistem persekolahan, mereka perlu
dibantu dan dibimbing dalam memahami isi pengajaran dan pembelajaran (p&p) yang
disampaikan dengan menggunakan pendekatan, strategi dan kaedah yang berbeza berbanding
murid biasayang lain di kelas arus perdana. Kekreatifan dan kebijaksanaan para guru
Pemulihan Khas dalam mengatasi masalah yang dihadapi mereka sangat diperlukan. Para guru
juga seharusnya memberikan sentuhan inovasi dan modifikasi dalam sebarang bentuk aktiviti
pengajaran yangdijalankan serta alat bantu mengajar yang digunakan. Justeru,
penggabungjalinan kepelbagaian pendekatan, strategi, kaedah dalam pengajaran dan
pembelajaran adalah diharapkan dapat membantu tahap pencapaian murid dalam penguasaan
kemahiran asas utama dalam bahasa Melayu dan Matematik. Menurut pendapat Rahil
Mahyudin, Habibah Elias dan Kamariah Abu Bakar (1997),masalah yang sering wujud dalam
kaedah pengajaran bilik darjah ialah membekalkan pelajar situasi pembelajaran yang
membolehkan pelajar mendekati pengalaman sebenar secara langsung, terutama sekali
apabila mengajar konsep atau kemahiran dalam perhubungan antara perseorangan serta
membina kepekaan kepada perbezaan budayadan nilai. Kajian yang telah dilakukan oleh Suria
Baba (2007) juga, menyatakan bahawa maklumat akan tersimpan lama jika cara penerimaan itu
berdasarkan pengalaman kendiri yang asli tidak secara suapan atau diberi oleh guru semata-
mata dalam bentuk latih tubi.

2.0 Konsep

Menguasai kemahiran asas matematik merupakan satu aspek yang sangat penting bagi
seseorang murid. Hal ini kerana matematik merupakan sebahagian daripada kehidupan.
Banyak masalah dalam kehidupan hari ini yang memerlukan kemahiran matematik untuk
menyelesaikannya. Contohnya, menentukan masa/waktu untuk melakukan sesuatu,
menentukan bilangan barang yang ingin diguna, urusan jual beli di kedai dan kantin, tambang
bas dan sebagainya.Oleh itu adalah sangat penting seseorang individu itu didedahkan dengan
kemahiran-kemahiran asas ini agar mereka boleh menjalani kehiduan dengan lebih terancang
dan selesa.

Operasi adalah suatu fahaman tentang +, -, dan serta pengetahuan tentang fakta
asas nombor untuk setiap operasi ini menyediakan satu asas untuk kerja lanjut dengan
pengiraan. Setiap operasi dipersembahkan dengan pelbagai perwakilan mengguna berbagai
model fizikal. Murid memerlukan banyak pengalaman dalam situasi kehidupan sebenar dan
berinteraksi dengan objek fizikal untuk memupuk fahaman tentang operasi matematik.
Fahaman akan meningkat jika murid dapat mengaitkan simbol matematik kepada pengalaman
yang diperoleh atau kepada sesuatu yang boleh dilihat.

Penambahan merupakan operasi pertama yang akan dipelajari dalam subjek matematik.
Menurut Muhammad Asyraf & Tengku Zawawi (2010), operasi tambah perlu dipelajari lebih awal
kerana penambahan mempunyai kaitan yang rapat dengan kemahiran asas dalam matematik.
Ini bertepatan dengan definisi penambahan yang diutarakan oleh Cleave (2005)bahawa
penambahan dan penolakan adalah saling songsang antara satu sama lain.

Operasi tambah melibatkan penggabungan atau penyatuan dua set objek. Kemahiran
yang diajar pada peringkat ini adalah menulis ayat matematik, melengkapkan ayat matematik,
meambah secara spontan fakta asas tambah, menulis hitungan tambah dalam bentuk lazim
dan penyelesaian masalah berkaitan penambahan.

Operasi tambah ini merupakan asas untuk menumbuh dan mencambahkan minat murid
terhadap mata pelajaran matematik. Pengalaman kejayaan dan kegagalan yang mereka alami
semasa peringkat awal menguasai kemahiran ini memberi pengaruh yang besar terhadap
penguasaan kemahiran lain yang lebih mencabar pada peringkat seterusnya. Sebelum operasi
tambah ini diperkenalkan, murid-murid hendaklah menguasai kemahiran-kemahiran seperti
membilang hingga 10, menyusun kumpulan benda sehingga 10, membaca dan menulis angka
1-10, memadankan angka daripada 1-10 dengan perkataan nombor, mengenal simbol 0 dan
perkataan nombor sifar dan memahami maknanya serta mengabadikan nombor.

Penambahan ialah operasi yang mencantumkan dua nilai nombor untuk menghasilkan
nombor ketiga yang dinamakan jumlah atau hasil tambah. Contoh: 3 + 2 = 5 .Dua kaedah biasa
yang digunakan untuk menjelaskan konsep penambahan iaitu Penyatuan set - Penambahan
nombor bulat dikaitkan dengan suatu set kumpulan objek dengan satu set objek yang lain yang
tidak mengandungi unsur-unsur yang sama untuk menjadikan suatu set objek yang disatukan.
Proses keseluruhan untuk menentukan nombor inilah yang dinamakan operasi tambah. Operasi
ini dilambangkan dengan simbol (+). Pendedahan operasi penambahan perlu dijalankan sebaik
sahaja murid telah menguasai nombor bulat, nilai tempat serta fakta asas tambah. Murid
didedahkan dengan kemahiran menambah iaitu nombor 2 digit dan nombor 1 digit dan
menambah nombor 2 digit dengan nombor 2 digit. Murid juga akan biasakan diri dengan
kemahiran menulis ayat matematik dan penyelesaian masalah matematik dalam bentuk lazim.

Selain itu, operasi tambah ialah proses yang menjumlahkan dua atau lebih kuantiti
dengan menggunakan nombor-nombor. Operasi tambah merupakan gabungan antara dua set
objek. Guru boleh menggunakan pendekatan ELPS (Experience, Language, Picture, Symbol )
ketika mengajar operasi tambah. Pengalaman konkrit diberikan di samping penggunaan yang
betul bagi mewakili operasi dalam bentuk bergambar serta bentuk simbol.

3.0 TUJUAN KAJIAN

Tujuan utama kajian ini dijalankan adalah untuk mengatasi masalah dalam kemahiran tambah
dalam lingkungan 10 murid pemulihan khas Tahun 2 Sekolah Kebangsaan Tamil Karak.

4.0 OBJEKTIF KAJIAN

Kajian masalah yang dijalankan adalah berdasarkan objektif-objektif berikut :

1. Mengenal pasti masalah murid pemulihan khas Tahun 2 Sekolah Kebangsaan Tamil Karak

yang lemah dalam kemahiran tambah dalam lingkungan 10.

2. Mengenalpasti kaedah dan keberkesanannya. Kaedah-kaedah yang digunakan dalam


mengatasi masalah murid yang menghadapi masalah tambah dalam lingkungan 10.

3. Membantu mengatasi masalah murid pemulihan khas Tahun 2 Sekolah Kebangsaan Tamil
Karak menguasai kemahiran tambah dalam lingkungan 10.
4.1 Persoalan Kajian

1. Apakah masalah murid pemulihan khas Tahun 2 Sekolah Kebangsaan Tamil Karak dalam
kemahiran tambah dalam lingkungan 10?

2. Bagaimanakah dapat mengatasi masalah murid pemulihan Tahun 2 Sekolah Kebangsaan


Tamil Karak dalam kemahiran tambah dalam lingkungan 10.

4.2 Sasaran Kajian

Kajian ini difokuskan kepada seorang murid Tahun 2 yang juga merupakan murid pemulihan di
Sekolah Kebangsaan Tamil Karak, Karak, Pahang. Responden ini terdiri daripada seorang
murid perempuan. Responden ini telah dikenalpasti mempunyai masalah dalam konsep operasi
nombor iaitu tambah dalam lingkungan 10. Tahap pencapaian responden ini adalah lemah dan
sederhana. Murid telah dikenal pasti mempunyai masalah dalam menguasai kemahiran
kemahiran tambah dalam lingkungan 10 melalui ujian diagnostik yang dijalankan. Contohnya,
murid ini dapat mengenali nombor tetapi gagal memahami kemahiran tambah dalam lingkungan
10. Oleh itu kajian telah dilakukan terhadap responden ini.

5.0 Punca Masalah

Murid-murid pendidikan pemulihan juga mempunyai bermacam ciri yang


membezakannya dengan murid-murid yang tahap pembelajarannya adalah normal di dalam
kelas. Ciri-ciri kanak-kanak pemulihan juga boleh dikelaskan kepada 5 kategori, iaitu emosi dan
tingkahlaku, sosial, kesihatan, kesediaan belajar dan pengamatan.

Berdasarkan pemerhatian saya terhadap Keerthana, saya dapat mengelaskan kriteria-


kriteria masalah yang ada pada Keerthana berpandukan masalah dalam menguasai operasi
tambah dalam lingkungan 10 , sikap dan tingkah lakunya semasa berada di kelas dan di luar
kelas. Yang pertama dari aspek pengamatan. Pengamatan ialah kefahaman terhadap sesuatu
perkara atau situasi melalui panca indera setelah berlakunya proses dalam mental. Sepanjang
pemerhatian saya terhadap Keerthana, saya dapati dia mengalami masalah pengamatan jenis
penglihatan yang mana dia tidak boleh mengingati sesuatu mengikut susunan benda atau
objek, dan nombor.
Yang kedua, dari aspek emosi dan tingkah laku Keerthana. Dari kaca mata saya,
personaliti Keerthana boleh dikategorikan sebagai seorang yang introvert. Introvert ialah orang
mempunyai sikap yang serius, sifat pendiam dan pemalu. Di dalam interaksi sosial, mereka
tidak banyak bercakap dan banyak masanya ditumpukan mendengar pertuturan orang lain
sahaja. Semasa di dalam kelas, Keerthana merupakan seorang yang pasif dan tidak suka
berinterkasi bergaul dengan orang lain terutama denga orang yang tidak dikenalinya.

Kesediaan untuk belajar bagi Keerthana agak lewat, jika dibandingkan dengan murid lain. Dan
pengajaran diberi sebelum berlakunya kesediaan. Pemerhatian terhadap Keerthana dari segi
cara belajar menunjukkan Keerthana seorang murid yang mahu belajar dan menumpukan
perhatian terhadap pelajaran. Namun akibat daripada kelemahan dalam mata pelajaran seperti
Matematik atau mata pelajaran lain mengakibatkan Keerthana sentiasa ketinggalan dengan
kawan-kawannya yang lain.

Bukan itu sahaja, berdasarkan penelitian saya terhadap buku rekod kehadiran
Keerthana, saya mendapati Keerthana sering kali tidak datang ke sekolah. Lantaran
ketidakhadirannya itu, telah menyebabkan Keerthana ketinggalan dalan sesetengah mata
pelajaran yang dibelajar. Ketidak hadiran Keerthana ke sekolah telah memberikan impak yang
negatif terhadap kesediaan belajar. Hal ini kerana, mampu menguasai kemahiran kemahiran
asas seperti membaca, menulis dan mengira sepenuhnya.

6.0 Kesan

Pelbagai kesan dapat dikenalpasti daripada masalah yang dihadapi oleh murid
pemulihan yang bernama Keerthana ini. Guru mengesan masalah dari Pengumpulan data
menggunakan instrumen ujian, pemerhatian, temu bual dan analisis dokumen. Pengumpulan
data yang diperoleh berdasarkan soalan-soalan ujian yang digunakan oleh pengkaji menilai dan
mengesan penguasaan responden terhadap perkara yang dipelajari. Pengkaji juga telah
menjalankan satu Ujian Dignostik. Ujian ini bertujuan untuk melihat penguasaan responden
terhadap penguasaan dalam kemahiran operasi tambah. Pengumpulan data melalui
pemerhatian turut dilakukan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Selain itu,
penggunaan analisis dokumen turut digunakan untuk menilai tahap penguasaan murid dalam
kemahiran operasi tambah terutama dalam buku tulis, dan lembaran- lembaran kerja yang
diberikan.
Keerthana mengalami masalah dalam menguasai kemahiran tambah dalam lingkungan
10. Terdapat beberapa kesilapan semasa membuat kemahiran operasi tambah dalam
lingkungan 10. Keadaan ini membuatkan responden tidak mampu memahami dan menjawap
soalan berdasarkan operasi tambah dalam lingkungan 10. Ujian Diagnostik Matematik
dijalankan kepada Keerthana khusus untuk kemahiran tambah. Bagi Keerthana, dia sudah
mengenali nombor 1 10 dan juga sudah diperkenalkan dengan simbol (+) dan Masalah
utama Keerthana adalah dia keliru dengan simbol tambah (+), tidak tahu bahawa jawapan bagi
2 + 5 adalah sama dengan 5 + 2 dan tidak dapat membuat penambahan secara bentuk lazim.
Dia juga tidak berupaya menambah secara spontan. Keerthana memerlukan bahan maujud
untuk dijadikan sebagai bahan kira-kira atau pun gambar sekurang-kurangnya. Kadang kala,
Keerthana akan terlupa cara untuk menambah dan perlu diajar sekali lagi. Keerthana
mengalami daya ingatan yang lemah dan tidak berupaya mengingati sesuatu pada masa yang
panjang. Guru perlu membuat pengulangan secara berkali-kali malahan setiap hari.

Dia tidak mempunyai masalah mengenal nombor namun menghadapai masalah bagi
penambahan. Dia langsung tidak mampu menjawab soalan yang berkaitan tambah dalam
lingkungan 10. Oleh itu masalah penambahan nombor perlu diberi perhatian dan langkah-
langkah tertentu perlu dilaksanakan untuk mengatasi masalah murid ini. Masalah paling utama
bagi Keerthana dalam kemahiran operasi tambah nombor ialah tidak memahami konsep
penambahan itu sendiri.

Menurut Tengku Zawawi bin Tengku Zainal, Pensyarah daripada Maktab Perguruan Batu
Rakit, Kuala Terengganu dalam kajian penyelidikan bertajuk Kefahaman Konsep dalam
Matematik menyatakan bahawa pengajaran matematik melibatkan pembinaan konsep
disamping penguasaan kemahiran dan penyelesaian masalah. Keupayaan membuat
generalisasi adalah tahap kefahaman yang paling dikehendaki dalam pendidikan Matematik.
Konsepsi ini merupakan satu perubahan besar daripada pembelajaran matematik sebagai
himpunan fakta dan prosedur yang tertentu kepada pembelajaran matematik sebagai
pembinaan skim-skim tindakan dan operasi yang tertentu (Nik Azis 1996).

Konsep dalam matematik adalah satu perkara yang sangat penting. Pemahaman
konsep menyebabkan pelajar dapat menghurai dan mengetahui bagaimana,kenapa sesuatu
simbol dan sesuatu tatacara(aritmetik) itu sedemikian. Hasil dari pemahaman konsep ini
membolehkan pelajar menerangkan dan mengesan di mana logiknya ilmu matematik. Apabila
ada sesuatu permasalahan yang timbul maka pelajar boleh merujuk kepada konsep untuk
mengetahui permasalahan dan memperbaikinya.

Penilaian terhadap keupayaan Keerthana menjawab soalan penambahan amat lemah.


Dia langsung tidak memahami aturan bagi menjawab soalan penambahan. Melalui Ujian
Progresif yang dijalankan, dia bukan sahaja tidak boleh menyatakan jumlah dua nombor
malahan tidak tahu langkah serta simbol (+) untuk operasi tambah nombor. Dia tidak membuat
jalan pengiraan yang betul bagi operasi tambah. Konsep dalam matematik berubah-ubah
mengikut situasi dan kondisinya yang tertentu. Konsep diajar dan dikembangkan mengikut
perkembangan kognitif pelajar.

7.0 Cadangan guru

Peranan guru pendidikan pemulihan adalah sama dengan tugas guru di arus perdana.
Sebelum menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran, perancangan perlu dilakukan
dengan teliti supaya objektif dapat dicapai sepenuhnya.

Bagi mengatasi masalah pembelajaran yang dihadapi oleh murid pemulihan yang
bernama Keerthana, guru boleh mencadangkan beberapa intervensi. Guru pemulihan mesti
memainkan peranannya sebagai pemudah cara atau penolong dalam setiap aktiviti
pembelajaran. Guru perlu mahir memilih bahan-bahan yang sesuai dengan aktiviti yang
dirancang. Guru pemulihan juga berperanan sebagai pembimbing yang sentiasa membantu
murid-murid dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Pendekatan deduktif dan induktif atau
gabungan kedua-duanya digunakan ketika mengajar dan diajar secara keseluruhan dahulu
kemudian barulah beralih ke topik-topik kecil sesuatu tajuk. Sebagai contoh, dalam operasi
tambah, guru perlu mengajar murid proses penambahan 1, 2 dan 3 digit (mengikut tahap murid
pemulihan) kemudian barulah diajar operasi tambah 1 digit sehingga dapat dikuasai barulah
beralih ke operasi tambah 2 digit dan seterusnya.

Murid-murid pemulihan perlu belajar menguasai operasi-operasi asas melalui


kebijaksanaan guru pemulihan dengan menggunakan Bahan Bantu Mengajar yang pelbagai
dan maujud bagi memudahkan lagi mereka mempelajari dan memahami konsep. Setiap isi
pelajaran akan dikaitkan dengan situasi sebenar dalam kehidupan mereka seperti penggunaan
wang syiling dalam operasi tambah ketika membeli di kantin. Proses yang sama akan diulang-
ulang bagi mewujudkan kefahaman yang kukuh serta bermula daripada konsep yang konkrit
kepada konsep yang lebih abstrak. Penggunaan konsep yang berkaitan dengan situasi sebenar
di dalam kehidupan murid adalah sangat penting dalam membantu mereka lebih memahami
dan menguasai operasi asas matematik.

Guru boleh menggunakan pendekatan berpusatkan murid. Dalam pendekatan ini, murid
diberi peluang untuk memainkan peranan penting dalam setiap aktiviti pengajaran dan
pembelajaran. Murid dibahagikan kepada kumpulan kecil dan diberi peluang untuk berbincang,
menyoal rakan dan berinteraksi secara terkawal. Guru perlu menggunakan teknik menyoal yang
dapat merangsang murid berfikir secara kritis dan kreatif disamping memberi galakkan kepada
murid untuk menyuarakan pendapat mereka. Salah satu kaedah dalam pendekatan
pembelajaran berpusatkan murid ialah pembelajaran secara berkumpulan. Kaedah ini
mempunyai kelebihan kerana murid berpeluang berinterksi antara satu sama lain dan boleh
belajar melalui pengalaman sendiri. Dalam kaedah ini, murid akan dibahagikan kepada
beberapa kumpulan iaitu kumpulan sama kebolehan dan kumpulan pelbagai kebolehan. Ini
membolehkan guru membimbing murid-murid mengikut kebolehan di samping menjalankan
aktiviti-aktiviti pemulihan.

Selain daripada itu, guru juga boleh menggunakan bahan maujud untuk membantu
mengatasi masalah murid pemulihan ini. Guru boleh menngunakan bahan maujud seperti
batang aiskrim, guli, bola kecil dan sebagainya untuk membimbing mengira. Dengan ini, murid
pemulihan dapat memegang bahan maujud dan dapat mengira dengan betul.

Permainan matematik juga termasuk dalam salah satu pendekatan pembelajaran


berpusatkan murid dan amat sesuai untuk dijalankan kepada murid pemulihan yang bernama
Keerthana yang mengalami masalah dalam pembelajaran konsep operasi nombor. Menurut
DAgustine-1973, permainan adalah satu kaedah yang dapat mengembangkan daya kreativiti
dan memupuk minat murid terhadap matematik. Ianya dapat mengurangkan rasa bosan dan
jemu semasa menyelesaikan masalah matematik. Penggunaan permainan matematik sebagai
kaedah pengajaran dan pembelajaran dalam dan luar bilik darjah adalah berlandaskan prinsip
bermain sambil belajar. Contohnya permainan dan simulasi boleh dilakukan ketika
menyelesaikan soalan penyelesaian masalah yang melibatkan kehidupan seharian. Dengan
permainan atau rekreasi matematik, minat murid pemulihan boleh dipupuk. Secara lazimnya,
tumpuan murid akan lebih jika mereka melibatkan diri dalam permainan. Semasa bermain
murid secara sedar atau tidak akan meneroka dan seterusnya mengetahui serta memperoleh
ilmu baru dalam matematik. Matematik berbentuk rekreasi secara lazimnya akan membantu
guru memberi pendedahan konsep yang mudah diingati oleh murid.

Sebagaimana yang kita tahu punca utama kita mendapat ilmu adalah daripada guru.
Bagaimana kita menerima sesuatu subjek itu adalah bergantung kepada pendekatan yang guru
itu gunakan untuk memperkenalkan subjek itu kepada pelajar-pelajarnya. Guru pula perlu tahu
bagaimana hendak membuat seseorang pelajar berminat terhadap pengajaran yang diberikan.
Guru perlu guna pendekatan yang mampu menarik perhatian pelajar terhadap matapelajaran
yang diajar terutama mata pelajaran matematik. Pendekatan yang paling sesuai ialah
pendekatan yang dapat membuat pelajar mudah faham apa yang diajar dan dapat
mengingatinya sampai bili-bila.

Guru-guru berperanan menerangkan kepada para pelajar supaya minat terhadap mata
pelajaran matematik. Jika pelajar malas dan susah faham dengan subjek matematik maka guru
perlu memainkan peranan untuk menasihatkan mereka dan memberi tunjuk ajar yang
sepatutnya dengan penuh dedikasi dan hikmah. Guru pula jangan sekali-kaliu biarkan murid
pemulihan patah semangat dalam matematik. Guru juga jangan patahkan semangat murid
pemulihan dengan memarahi atau memalukan murid tersebut yang tidak tahu atau tidak
mampu menyelesaikan untuk sesuatu masalah matematik. Galakan murid pemulihan
mengguanakan daya kreativiti mereka dalam menyelesaikan masalah matematik yang
kompleks dan susah. Guru juga mesti gilapkan kekreativiti dalam diri murid pemulihan .
Walaupun ada sesetengah orang mengatakan kreativiti adalah wujud secara semulajdi namun
kita masih boleh untuk gilapkan dalam diri kita.

Guru juga mesti cuba dengan sedaya upaya untuk mahirkan pelajar dengan matematik.
Perbanyakkan latihan dalam kelas. Pastikan murid pemulihan dapat memahami apa yang diajar
oleh guru setiap selepas kelas. Guru juga mesti selalu dedahkan murid pemulihan dengan
kepentingan matematik dalam kehidupan manusia.

8.0 Cadangan tokoh

Dalam membantu mengatasi masalah yang dihadapi oleh murid pemulihan ini, guru
pemulihan bolah mengaplikasikan teori pembelajaran Konstruktivisme. Konstruktivisme adalah
satu fahaman bahawa pelajar membina sendiri pengetahuan atau konsep secara aktif
berdasarkan pengetahuan dan pengalaman sedia ada. Dalam proses ini, murid pemulihan
akan menyesuaikan pengetahuan yang diterima dengan pengetahuan sedia ada untuk
membina pengetahuan baru. Selain itu, konstruktivisme ialah falsafah pembelajaran yang
diasaskan kepada beberapa teori pembelajaran, di antaranya teori perkembangan kognitif dan
teori kognitif sosial.

Lev Vygotsky kebanyakannya lebih menekankan tentang konstruktivisme sosial di mana


ilmu pengetahuan dibina berdasarkan kepada interaksi sosial, alat budaya, dan aktiviti yang
membentuk pembinaan dan pembelajaran individu. Contohnya , Vygotsky mencadangkan
konsep pembinaan zon proksimal, di mana kanak-kanak boleh menyelesaikan masalah sesuatu
masalah dengan bantuan orang dewasa, rakan atau guru (scaffolding). Konsep perancah
(scaffolding) juga merupakan teori yang diasaskan oleh Vygotsky.Scaffolding bermaksud
mengubahsuai tahap sokongan yang diberikan dan berkait rapat dengan zon perkembangan
proksimal. Perbualan dan interaksi adalah alat yang penting semasa proses perencah untuk
mendapat konsep-konsep baru dan lebih sistematik. Mengikut Haliza Hamzah dan Joy
N.Samuel (2010), konsep ini merujuk kepada bimbingan yang diberi oleh seorang dewasa
dalam proses pengajaran dan pembelajaran melalui soalan-soalan dan interaksi yang bersifat
positif. Bimbingan diberikan kepada murid pemulihan dalam mempelajari kemahiran baharu,
namun bimbingan yang diberi dikurangkan sehingga murid boleh menguasai sesuatu
kemahiran. Perbualan dan interaksi adalah alat yang penting semasa proses perancah.
Perbualan akan membantu murid pemulihan menyusun konsep-konsep baharu secara lebih
sistematik dalam matapelajaran matematik.

Secara khusus Vygotsky mengemukakan bahawa disamping guru, rakan sebaya juga
memberi pengaruh penting pada perkembangan kognitif anak berlawanan dengan
pembelajaran lewat penemuan individu (individual discovery learning), kerja kelompok secara
kooperatif (cooperative groupwork) yang mempercepat perkembangan kanak-kanak.

Teori pembelajaran Jean Piaget juga boleh diaplikasikan dalam membantu mengatasi
masalah pembelajaran murid pemulihan Keerthana. Menurut Jean Piaget, kanak-kanak akan
melalui peringkat-peringkat perkembangan yang sama tetapi pada usia yang berbeza-beza.
Beliau berpendapat persekitaran tidak membentuk kognitif kanak-kanak, sebaliknya kanak-
kanak membina persekitarannya. Keadaan ini berlaku melalui pelbagai proses penerokaan,
manipulasi dan menilai persekitaran fizikalnya. Jean Piaget telah memperkenalkan empat
konsep utama untuk menerangkan dengan lebih lanjut berkenaan skema, penyerapan,
pengubahsuaian dan keseimbangan.
Piaget mengatakan tiap-tiap kanak-kanak mempunyai corak perkembangan mereka
yang bersendirian. Dengan sebab itu, kanak-kanak yang di dalam sesuatu darjah itu bukan
sahaja berlainan peringkat kebolehan mereka tetapi juga berlainan kecepatan perkembangan
kognitif mereka. Piaget berpendapat bahawa perkembangan kognitif itu berlaku dengan
berperingkat-peringkat dan peringkat yang lebih awal adalah mustahak bagi perkembangan
peringkat-peringkat yang berikutnya kerana peringkat-peringkat yang lebih awal itu menjadi
asas bagi perkembangkan yang berikutnya.

9.0 Cara mengatasi masalah pembelajaran murid pemulihan dalam kemahiran

operasi tambah dalam lingkungan 10

Program Pemulihan mengutamakan Prinsip Menyelesaikan masalah seawal mungkin


supaya tidak menjadi kronik berterusan hingga ke tahap 2 atau peringkat persekolahan
menengah rendah. Justeru, penguasaan kemahiran asas membaca, menulis dan mengira (3M)
perlu dikuasai di peringkat awal bagi membolehkan murid-murid berkomunikasi dan menimba
ilmu pengetahuan. Perbezaan minat, pengalaman, bakat dan gaya belajar individu murid
mengakibatkan segolongan mereka lebih lambat atau terkebelakang menguasai sesuatu
kemahiran berbanding rakan sebayanya
Berpandukan kepada murid pemulihan yang saya kaji, saya merancang dan
melaksanakan beberapa intervensi yang boleh diaplikasikan dalam bilik darjah. Yang pertama
pengajaran secara kumpulan kecil. Teknik ini sesuai bagi murid pemulihan yang mempunyai
sikap seperti Keerthana, yang mana mempunyai personaliti introvert, itu pasif dan kurang
berinteraksi dengan orang di sekeliling mereka. Melalui teknik pengajaran secara kumpulan
kecil, guru perlu membentuk kumpulan kecil yang ahlinya terdiri daripada murid-murid yang
menghadapi masalah yang sama walaupun memiliki personaliti yang berbeza. Saya yakin
murid seperti Keerthana akan melibatkan diri secara langsung kerana apabila dia berada dalam
kumpulan kecil, dia harus memulakan interaksi untuk bertukar-tukar idea mahupun pengalaman
seperti yang dinyatakan berdasarkan teori pembelajaran Lev vygotsky.

Kaedah yang seterusnya yang saya laksanakan ialah pengajaran rakan sebaya. Rakan
sebaya boleh mempengaruhi murid pemulihan dengan begitu berkesan sekali jika dibandingkan
dengan guru. Pembimbing rakan boleh digunakan untuk menerapkan kemahiran asas yang
belum dikuasai lagi oleh murid yang lemah ini. Untuk melaksanakan kaedah ini, saya
menetapkan seorang murid cepat atau sudah mampu menguasai sesuatu kemahiran untuk
membimbing yang bermasalah dalam kemahiran tambah dalam lingkungan 10 dengan
menggunakan bahan yang disediakan dan melakukan aktiviti yang guru tetapkan. Kekuatan
kaedah ini ialah, ia dapat membina keyakinan diri murid pemulihan untuk bercakap.

Saya juga merancang rancangan pengaran individu (RPI) DAN menjalankan Pengajaran
secara individu. Dengan ini, saya dapat mengenal pasti masalah murid pemulihan tersebut
dengan teliti. Melalui cara ini murid pemulihan dapat dibantu untuk mengatasi kelemahanya
bagi mencapai peringkat yang setara dengan murid-murid yang lain. Dengan menggunakan
rancangan pengajaran individu, saya melaksanakan beberapa teknik dan aktiviti yang dapat
membantu murid pemulihan ini.

Yang pertama, saya menggunakan pendekatan pengajaran dan pembalajaran


matematik menggunakan bahasa murid. Menurut Zainal Kassan & Suhaila Abdullah
-2010(Pendidikan Disleksia), terdapat empat langkah dalam pendekatan pengajaran dan
pembelajaran matematik menggunakan bahasa murid bagi membantu murid menguasai
konsep asas matematik. Pendekatan bahasa murid dibahagikan kepada empat langkah.
Langkah pertama ialah bahasa murid. Bahasa murid ialah bahasa seharian yang biasa
digunakan oleh setip murid untuk menerangkan sesuatu yang mereka lihat dalam cerita atau
situasi yang kita berikan.Situasi yang dibina dapat merangsang murid bercakap dalam bahasa
mereka sendiri. Galakkan mereka bercakap dan mereka-reka cerita berdasarkan situasi. Dalam
membantu Keerthana, saya bersoal dia dengan mengaitkan pengetahuan sedia adanya. Dia
dapat menjawap dengan betul dengan berkait situasi.
Langkah kedua pula,bahasa bahan. Pada peringkat ini, bahasa dan istilah yang
digunakan adalah berkisar di sekitar situasi, cerita yang diberikan oleh guru matematik. Di
sinilah sepatutnya konsep matematik dimulakan. Konsep tambah dalam matematik
umpamanya dikenalkan sebagai....penyatuan, tambahkan, gabungkan, campurkan dan
sebagainya. Selain itu, saya juga menggalakkan dia menggunakan bahan manipulatif untuk
mewakilkan aksi, situasi, dan keadaan bahan dalam ceritanya. Saya juga menggunakan teknik
menyoal yang baik untuk merangsang dia kearah konsep matematik yang ditetapkan dalam
objektif pengajaran dan pembelajaran. Sebagai sifat semula jadi seorang kanak-kanak yang
suka bertanding, mereka akan berebut-rebut untuk bercerita berdasarkan pengalaman masing-
masing.
Langkah ketiga ialah bahasa matematik. Selepas murid pemulihan mengambil
bahagian dengan aktif dalam perbincangan menggunakan bahasa murid, saya membimbing
murid menggunakan istilah atau bahasa matematik yang betul. Umpamanya, jumlah katak
kelabu dengan katak hijau itu boleh dikatakan sebagai :
Tiga katak hijau tambah dengan empat katak kelabu bersamaan dengan tujuh
Pada peringkat ini, guru dengan murid masih lagi secara lisan dan memanipulasi bahan
konkrit yang ada bersama-sama mereka.

Langkah terakhir pula, simbol (perwakilan). Saya menggunakan perwakilan berbentuk


bahan manipulatif untuk mewakilkan situasi seperti di atas. Setelah melalui empat langkah
tersebut, murid pemulihan dapat menguasai konsep operasi tambah berdasarkan kemahiran
mereka sendiri. Membina kefahaman melalui perbincangan yang dibimbing oleh guru secara
terancang dan mengamalkan prinsip pembelajaran matematik yang bermakna, berguna,
seronok, dan mencabar dapat membantu murid pemulihan menguasai konsep matematik yang
betul.

Seterusnya, guru pemulihan harus kreatif dalam menghasilkan bahan bantu belajar
yang menarik dan bersesuain dengan kemahiran yang hendak diajar mengikut masalah
pembelajaran murid pemulihan seperti Keerthana. Untuk mengatasi masalah yang dihadapi
oleh Keerthana dalam kemahiran tambah dalam lingkungan 10, saya menghasilkan satu bahan
bantu belajar yang bernama Papan Mari Mengira. Bahan bantu belajar ini mudah difahami
oleh murid pemulihan dan dapat membantu dalam mengatasi masalah yang dihadapinya.
Bahan bantu belajar ini dalam bentuk kumbang dapat menarik perhatian murid pemulihan.
Bahan bantu belajar ini dibina berdasarkan masalah yang dihadapi oleh murid pemulihan yang
saya kaji. Saya menggunakan bahan Papan Mari Mengira ini semasa membimbing Keerthana
untuk menambah dalam lingkungan 10. Keerthana dapat memahami arahan saya dan dapat
menambah dengan betul. Keerthana sangat tertarik dengan bahan bantu belajar ini. Bahan
bantu belajar yang dibina tidak mengelirukan murid pemulihan ini dan dapat digunakan dengan
mudah.

Gambarajah 1 :Papan Mari Mengira

Saya juga menyelitkan permainan sambil belajar semasa mengajar Keerthana dalam
matapelajaran matematik. Contohnya saya mengadakan Permainan dan teka teki matematik.
Aktiviti permainan dan teka teki matematik adalah aktiviti pembelajaran yang memerlukan
proses analisis, sentesis dan penilaian.(Mok Song Sang.1993). Kepada murid pemulihan,
seperti Keerthana aktiviti ini menjadi berguna dan bermakna kerana mereka melibatkan diri
secara langsung dalam aktiviti permainan tersebut. Antara permainan yang menggunakan
kemahiran proses adalah seperti petak ajaib, permainan dan kuiz matematik, corak dan teselesi
dan tangram.

Saya juga menggunakan bahan maujud seperti batang aiskrim ,bola kecil dan guli untuk
membimbing Keertha dalam kemahiran tambah dalam lingkungan 10. Dengan bahan maujud
ini, Keerthana dapat mengira dana menyatakan jumlah bahan dengan betul.

Dari segi khidmat sokongan pula, saya juga menggunakan kaedah peneguhan untuk
memotivasikan murid-murid pemulihan seperti Keerthana. Mengikut mazhab behavioris,
peneguhan penting dalam perkembangan bahasa komunikasi kanak-kanak. Kata-kata pujian
menambahkan lagi semangat murid pemulihan ini untuk melakukan yang terbaik.
10.0 Kesimpulan

Melalui kajian yang dilakukan telah menyedarkan pengkaji bahawa setiap strategi,
kaedah, teknik yang dilakukan perlulah dilakukan bertepatan dengan keadaan dan
perkembangan semasa murid bagi menambah baik amalan pengajaran guru. Aktivti pengajaran
dan pembelajaran yang menarik dan seronok mampu menigkatan kefahaman murid. Kajian
yang dilakukan ini juga telah menimbulkan kesedaran kepada pengkaji terhadap masalah yang
dihadapi oleh murid supaya ia tidak berlarutan ke peringkat yang lebih tinggi.

Oleh hal yang demikian, kaedah dan teknik pengajaran dan pembelajaran yang sesuai ,
latih tubi yang berulangan, bahan bantu belajar yang konkrit dapat membantu murid-murid yang
lemah dalam menguasai masalah dalam konsep operasi nombor. Penambahbaikan dalam
kajian ini boleh dilakukan dengan memberikan dan memasukkan pelbagai unsur inovasi yang
lebih menarik dan memudahkan lagi kefahaman murid pemulihan.

Sebagai seorang bakal guru pemulihan, kita seharusnya dapat memilih dan
menggunakan sumber pengajaran dan pembelajaran yang disediakan selain membuat bahan
bantu mengajar sendiri. Selain itu, guru juga boleh membina bahan mereka sendiri mengikut
kebolehan dan tahap keupayaan murid pemulihan. Adapun bahan yang paling berkesan adalah
bahan maujud yang boleh dilihat, dipegang, dan dirasa oleh murid pemulihan.

Ketika merancang aktiviti kumpulan kepada murid-murid pemulihan, terdapat beberapa


aspek yang perlu diambil kira dan diberi perhatian. Antaranya adalah masa dan kesesuaian
aktiviti yang dirancang sama ada ianya bersesuaian dengan tahap kebolehan dan umur murid-
murid pemulihan. Pemilihan bahan yang betul juga perlu dikaitkan dengan kemahiran yang
hendak diajar pada hari tersebut. Selain itu, tunjang yang diajar pada ketika itu juga perlu
diselaraskan agar muird-murid pemulihan dapat belajar dan memperolehi kemahiran-kemahiran
dengan baik sesuai dengan tahap mereka.

Tuntasnya, guru pemulihan perlu kreatif dan bijak memilih bahan bantu mengajar yang
sesuai untuk digunakan. Pemilihan bahan tersebut perlulah merangsang imaginasi dan
pemikiran murid-murid pemulihan bagi membantu untuk memperkembangkan lagi kognitif
mereka. Selain itu, penggunaan bahan bantu mengajar yang berkesan dapat membantu guru
untuk mencapai hasil pembelajaran dan objektif yang diingini. Di samping itu, aktiviti dan
pengajaran yang melibatkan permainan mampu menggalakkan dan merangsang minat murid-
murid pemulihan untuk belajar.
Tugasan B : Kajian kes (50%)

3. Anda diminta menjalankan simulasi secara kumpulan


berkenaan kajian kes yang dilakukan dan menunjukkan
bagaimana guru dapat menangani kes kelemahan murid
yang dinyatakan (30%)

4. Menulis refleksi tentang analisis teori dan konsep


nombor yang dipraktiskan dalam aktiviti simulasi yang
dijalankan..(20%)
Institut Pendidikan Guru Malaysia

Kajian 2016

MASALAH MENAMBAH DALAM LINGKUNGAN 10 MURID


PEMULIHAN KHAS SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN (TAMIL) KARAK
DAN CADANGAN MENGATASINYA

OLEH
PN. TAMIL SELVI A/P RAMASAMI
SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN (TAMIL) KARAK, PAHANG

APRIL 2016

ISI KANDUNGAN

KANDUNGAN

BIL TAJUK MUKASURAT


1 Pengenalan 1
2 Konsep 1-3
3 Tujuan Kajian 4
4 Objektif Kajian 4
5 Sasaran Kajian 4
6 Punca Masalah 4-5
7 Kesan 5-7
8 Cadangan Tokoh 7-9
9 Cadangan Guru 9-11
10 Cara Mengatasi 11-14
11 Kesimpulan 15

Anda mungkin juga menyukai