Anda di halaman 1dari 12

BUMI, BULAN DAN MATAHARI

PUTARAN BUMI DAN BULAN



Putaran Bumi dan Bulan.
1. Bumi adalah planet kita.
2. Bumi berputar pada paksinya.
3. Bumi berputar pada paksinya dari barat ke timur.
4. Bumi berputar pada paksinya mengikut arah lawan jam.
5. Bumi mengambil masa 24 jam atau satu hari untuk membuat satu putaran lengkap.



6. Bumi beredar mengelilingi Matahari.
(a) Bumi bukan sahaja berputar pada paksinya, tetapi Bumi juga beredar mengelilingi Matahari
pada masa yang sama.
(b) Bumi mengambil masa 365 1/4 hari atau satu tahun untuk membuat satu peredaran yang lengkap
mengelilingi Matahari.







7. Bulan beredar mengelilingi Bumi.
(a) Bulan berputar pada paksinya.
(b) Bulan mengambil masa 28 hari untuk membuat satu putaran lengkap.
(c) Semasa bulan berputar, Bulan juga beredar mengelilingi Bumi.
(d) Bulan mengambil masa 28 hari untuk beredar mengelilingi Bumi.

8. Bumi dan Bulan beredar mengelilingi Mahatari.
(a) Bumi dan Bulan beredar mengelilingi Matahari pada masa yang sama.
(b) Matahari merupakan pusat sistem solar kita.


9. Kesan putaran Bumi adalah seperti berikut :
(a) Matahari kelihatan terbit di timur dan terbenam di barat.
(b) Kedudukan dan panjang bayang-bayang berubah-ubah sepanjang hari.
(c) Kejadian siang dan malam.


PERUBAHAN PANJANG DAN ARAH BAYANG-BAYANG

1. Putaran Bumi menyebabkan panjang dan arah bayang-bayang berubah dari waktu pagi ke waktu petang.
2. Bayang-bayang berubah dari barat ke timur.
3. Pada waktu pagi, bayang-bayang menghala ke barat.
4. Matahari adalah rendah pada waktu awal pagi dan lewat petang.
5. Hal ini menyebabkan bayang-bayang lebih panjang pada waktu awal pagi dan lewat petang.
6. Bayang-bayang adalah pendek pada waktu tengah hari kerana Matahari berada tegak di atas kepala.


7. Panjang dan arah bayang-bayang boleh digunakan untuk menganggarkan waktu tanpa melihat jam.
8. Jam matahari di atas menunjukkan bahawa Bumi berputar pada paksinya dari barat ke timur.


KEJADIAN SIANG DAN MALAM.

1. Putaran Bumi menyebabkan kejadian siang dan malam.
2. Pada satu-satu masa, hanya sebahagian Bumi yang menghadap Matahari dan menerima cahaya matahari.
3. Bahagian Bumi yang menghadap matahari akan mengalami waktu siang.
4. Bahagian Bumi yang tidak menghadap matahari akan mengalami waktu malam.



5. Kejadian siang dan malam berlaku secara silih bergantinkerana Bumi berputar pada paksinya.



6. Di garisan khatulistiwa, tempoh siang dan malam adalah sama, iaitu 12 jam.
7. Tempoh siang dan malam bagi kawasan kutub utara dan kutub selatan adalah sama panjang.
8. Hal ini disebabkan Bumi berkeadaan condong pada paksinya.
9. Di bahagian kutub, tempoh siang adalah lebih pendek pada musim sejuk.
10. Pada musim panas pula, tempoh siang adalah lebih panjang.


FASA-FASA BULAN.

BULAN MEMANTULKAN CAHAYA MATAHARI.
1. Bulan tidak mengeluarkan cahaya.
2. Bulan kelihatan terang pada waktu malam kerana Bulan memantulkan cahaya matahari.



FASA-FASA BULAN
1. Bulan beredar mengelilingi Bumi.
2. Peredaran Bulan mengelilingi Bumi menyebabkan berlakunya fasa-fasa Bulan.
3. Fasa-fasa Bulan ialah perubahan bentuk Bulan seperti yang dapat dilihat daripada Bumi.
4. Bulan kelihatan seperti berubah bentuknya.
5. Tetapi sebenarnya Bulan tidak berubah bentuk.
6. Hal ini disebabkan perbezaan kedudukan Bulan yang kita lihat dari Bumi.
7. Empat fasa-fasa Bulan ialah :
(a) Anak Bulan.
(b) Bulan Sabit.
(c) Bulan Separa.
(d) Bulan Purnama.


8. Anak Bulan sukar dilihat kerana anak bulan terlalu kecil.
9. Jadual yang berikut menunjukkan kejadian fasa-fasa bulan berdasarkan takwim Qamari.























BUMI, BULAN DAN MATAHARI
10. BUMI, BULAN DAN MATAHARI



BUMI BULAN MATAHARI
1.BUMI BERPUTAR ATAS
PAKSINYA DARIBARAT KE TIMUR.

KESAN PUTARAN BUMI ATAS
PAKSI:
1.KEJADIAN SIANG DAN MALAM
2. PANJANG DAN KEDUDUKAN
BAYANG

2.PUTARAN ITU MENGAMBIL
MASA SELAMA 24 JAM / 1 HARI

3.BUMI TIDAK HANYA BERPUTAR
ATAS PAKSINYA
TETAPIBEREDAR
MENGELILINGIMATAHARI YANG
MENGAMBIL MASA SELAMA 365
HARI(1YEAR)


1.BULAN JUGA BERPUTAR ATAS
PAKSINYA YANG MENGAMBIL
MASA SELAMA 28 HARI. DALAM
MASA YANG SAMA IA BEREDAR
MENGELILINGI BUMI, JUGA
MENGAMBIL MASA 28 HARI.


2. BULAN BERCAHAYA KERANA
MENERIMA CAHAYA DARIPADA
MATAHARI DAN MEMANTULKAN
KEPADA BUMI.
1.PUSAT SOLAR SISTEM
2.SUMBER TENAGA UTAMA
KERANA MEMBEKALKAN
SUMBER TENAGA CAHAYA DAN
TENAGA HABA.
3. ADALAH BINTANG KERANA
MENGELUARKAN CAHAYA
SENDIRI.

PUTARAN BUMI PADA PAKSINYA DAN PEREDARAN BUMI MENGELILINGI MATAHARI.
(THE ROTATION OF THE EARTH ON ITS AXIS AND THE REVOLUTION OF THE EARTH AROUND THE SUN)

Putaran Bumi pada paksinya.
(The Rotation of the Earth on its axis)

Rajah menunjukkan beberapa paksi putaran.


Bumi berputar pada paksi (atau paksi putaran). Paksi adalah garisan imaginasi yang menembusi bahagian tengah
sesuatu objek, di mana objek itu berputar. Paksi Bumi ialah garisan di antara kutub Utara dan kutub Selatan.


Sesetengah objek berputar pada paksi melintang, seperti batang kayu yang sedang berguling. Selain itu, seperti seorang
peluncur ais, berputar pada paksi menegak. Paksi Bumi sedikit condong iaitu bersudut 23.5dari paksi menegak.


Bumi berputar pada paksinya dari arah barat ke timur.


Bumi berputar dengan lengkap pada paksinya dalam masa 24 jam dengan kadar 1000 batu per jam!. Tempoh masa
yang diambil oleh Bumi untuk melengkapkan putaran dipanggil satu hari.


Kita tidak boleh merasai putaran Bumi kerana Bumi adalah berkali ganda lebih besar berbanding kita manusia.

Putaran Bumi pada paksinya menyebabkan :

1. kejadian siang dan malam,
2. Matahari terbit di sebelah Timur dan terbenam di sebelah Barat,
3. perubahan pada kedudukan dan saiz bayang bayang.


Peredaran Bumi mengelilingi Matahari
(The Earth revolution around the Sun)

Pada ketika Bumi berputar pada paksinya, ia juga beredar
mengelilingi Matahari.

Bumi beredar mengelilingi Matahari pada orbitnya. Orbit adalah laluan yang diikuti oleh planet atau bulan mengelilingi
sesuatu jasad; seperti Bumi mengorbit Matahari.

Bumi beredar mengelilingi Matahari dari barat ke timur.


Sama seperti lain lain planet dalam Sistem Suria, orbit Bumi berbentuk elips atau bujur. Orbit Bumi adalah permukaan
mendatar dua dimensi yang dipanggil elips.

Ia mengambil masa 365 hari untuk Bumi melengkapkan peredarannya mengelilingi Matahari. Tempoh masa untuk
Bumi melengkapkan peredarannya mengelilingi Matahari dikenali sebagai satu tahun.

Ini bermaksud Bumi beredar mengelilingi Matahari pada kadar kelajuan 67,000 batu per jam!.

Mengikut perkiraan, tahun lompat yang mana mempunyai 366 hari berlaku empat tahun sekali. Ini adalah sebab
mengapa dalam tahun lompat terdapat 29 hari dalam bulan Februari.

Kesan daripada peredaran Bumi pada orbitnya mengelilingi Matahari dan putaran Bumi pada paksinya mengakibatkan
perubahan musim pada negara yang mengalami 4 musim.

Anda mungkin juga menyukai