Anda di halaman 1dari 12

NOTA SAINS TAHUN 4 UNIT 5: SIFAT CAHAYA

5.1.1 Pergerakan Cahaya

1. Cahaya kelihatan bergerak daripada sumber cahaya.


Pergerakan ini adalah dalam garis lurus.
2. Cahaya bergerak secara lurus.
3. Banyak fenomena cahaya bergerak lurus yang berlaku di
sekeliling kita:

 Cahaya daripada lampu kereta.


 Alur cahaya matahari pada celahan pokok di
kawasan hutan.
 Cahaya daripada lampu helikopter.

5.1.2 Kejelasan Bayang-bayang Objek

1. Bayang-bayang terbentuk apabila cahaya yang bergerak


lurus dihalang oleh sesuatu objek.
2. Kejelasan bayang-bayang yang terbentuk mungkin berbeza
mengikut jenis objek yang menghalangnya, iaitu sama ada
lut sinar, lut cahaya atau legap.

Jenis Objek Penerangan Contoh Objek

Lut sinar  Membenarkan semua Plastik jernih


cahaya melaluinya

Lut cahaya  Membenarkan Plastik berwarna


sebahagian cahaya
melaluinya

Legap  Tidak membenarkan Kad manila


cahaya melaluinya

1
5.1.3 Faktor yang Mempengaruhi Saiz Bayang-bayang

Terdapat dua faktor yang mempengaruhi saiz bayang-bayang:

1. Jarak di antara objek dengan sumber cahaya


2. Jarak di antara objek dengan skrin

2
Faktor 1: Jarak Di Antara Objek Dengan Sumber Cahaya.

1. Tujuan: Untuk menyiasat hubungan di antara jarak objek


dengan sumber cahaya dan saiz bayang-bayang.
2. Hipotesis: Semakin bertambah jarak di antara objek dengan
sumber cahaya, semakin bertambah saiz bayang-bayang.
3. Pemboleh ubah:

 Dimanipulasi : Jarak di antara objek dengan sumber


cahaya
 Bergerak balas : Saiz bayang-bayang
 Dimalarkan : Jarak di antara objek dengan skrin.

4. Pemerhatian:
Jarak Diantara Objek
Dengan Sumber Cahaya Saiz Bayang-Bayang (Cm)
(Cm)
3 cm 20 cm
6 cm 10 cm

5. Kesimpulan:
 Semakin dekat jarak di antara objek dengan sumber
cahaya, semakin besar saiz bayang-bayang.
atau

 Semakin bertambah jarak di antara objek dengan


sumber cahaya, semakin bertambah saiz bayang-
bayang.

Faktor 2: Jarak Di Antara Objek Dengan Skrin.


3
1. Tujuan: Untuk menyiasat hubungan di antara jarak objek
dengan skrin dan saiz bayang-bayang.
2. Hipotesis: Semakin bertambah jarak di antara objek dengan
skrin, semakin berkurang saiz bayang-bayang.
3. Pemboleh ubah:

 Dimalarkan : Jarak di antara objek dengan sumber


cahaya
 Bergerak balas : Saiz bayang-bayang
 Dimanipulasi : Jarak di antara objek dengan skrin

4. Pemerhatian:
Jarak Diantara Objek
Saiz Bayang-Bayang (Cm)
Dengan Skrin (Cm)
3 cm 10 cm
6 cm 20 cm

5. Kesimpulan:
 Semakin dekat jarak di antara objek dengan skrin,
semakin kecil saiz bayang-bayang.

atau
 Semakin berkurang jarak di antara objek dengan skrin,
semakin berkurang saiz bayang-bayang.

4
5.1.4 Faktor yang Mempengaruhi Bentuk Bayang-bayang

1. Orientasi objek dan kedudukan sumber cahaya


mempengaruhi bentuk bayang-bayang.
2. Bentuk bayang-bayang sesuatu objek bergantung kepada:
1. Kedudukan/ Orientasi objek
1. Tujuan: Untuk menyiasat hubungan di antara
kedudukan objek dan bentuk bayang-bayang
yang terhasil.
2. Kesimpulan: Bentuk bayang-bayang objek akan
berubah apabila kedudukan objek berubah.

2. Kedudukan sumber cahaya


1. Tujuan: Untuk menyiasat hubungan di antara
kedudukan sumber cahaya dan bentuk bayang-
bayang yang terhasil.
2. Kesimpulan: Bentuk bayang-bayang objek akan
berubah apabila kedudukan sumber cahaya
berubah.

5
5.2.1 Pantulan Cahaya

1. Apabila melihat cermin, kita melihat imej kita terbentuk pada


cermin. Fenomena ini dinamakan pantulan cahaya.
2. Cahaya yang menyinari kamu sebenarnya dipantulkan ke
arah cermin, dan cermin itu pula memantulkan imej ke arah
mata kamu.
3. Contoh-contoh fenomena pantulan cahaya:

i. Imej terbentuk pada permukaan air.


ii. Imej terbentuk pada permukaan lantai berjubin.
iii. Imej terbentuk pada permukaan logam.

Info Sains: Bulan bukan sumber cahaya. Bulan kelihatan


bercahaya pada waktu malam kerana Bulan memantulkan
cahaya Matahari ke arah Bumi.

6
5.2.2 Kegunaan Pantulan Cahaya

1. Dalam kehidupan harian kita, banyak situasi yang melibatkan


kegunaan pantulan cahaya. Perhatikan contoh di bawah.

 Cermin muka memantulkan cahaya dari muka ke mata


kita.
 Cermin sisi membolehkan kita melihat objek di belakang
dan di sisi kereta.
 Cermin cembung membolehkan pemandu melihat
kenderaan lain yang terlindung daripada
pandangannya untuk mengelakkan kemalangan.
 Cermin pergigian membantu doktor gigi untuk melihat
keadaan gigi pesakit pada bahagian yang terlindung.
 Pelanggan di kedai kasut boleh melihat imej kasut yang
dipakai melalui cermin yang diletakkan pada bahagian
bawah.
 Pelanggan di kedai gunting rambut boleh melihat imej
bahagian belakang kepalanya melalui cermin yang
diletakkan di belakang.
 Tentera laut boleh melihat objek yang berada di
permukaan laut dari dalam kapal selam dengan
menggunakan periskop. Dua cermin dalam periskop
memantulkan cahaya dari objek yang terhalang ke
arah mata pemerhati.
 Alat mainan, kaleidoskop

7
Tugasan:
Membina Kaleidoskop (imbas kod QR dibawah)

- Murid dikehendaki menonton video bagi mengetahui cara-


cara membina alat permainan berasaskan konsep pantulan
cahaya iaitu kaleidoskop.
- Setelah siap tugasan. murid dikehendaki menghantar video
dan gambar kepada guru.

8
5.2.3 Gambar Rajah Sinar

1. Apabila cahaya terkena pada permukaan yang rata dan


licin seperti cermin muka, cahaya tersebut akan dipantulkan.
2. Fenomena ini juga boleh dilukis dalam bentuk gambar rajah
sinar seperti di bawah.

9
5.3.1 Pembiasan Cahaya

1. Apabila cahaya bergerak melalui dua medium yang


berbeza, arah pergerakan cahaya akan berubah.
Fenomena ini dinamakan pembiasan cahaya.

2. Cahaya dari sudu di dalam air dibiaskan apabila cahaya


bergerak dari air ke udara. Keadaan ini menyebabkan imej
sudu berubah ke atas dan kelihatan bengkok.

10
3. Untuk menjadikan saiz imej ikan yang dipamerkan di dalam
akuarium kelihatan lebih besar daripada saiz asalnya, kita
boleh menggunakan cermin yang lebih tebal kerana
pembiasan cahaya membolehkan imej ikan menjadi lebih
besar.

11
5.3.2 Pembentukan Pelangi

1. Apabila Matahari memancarkan cahaya semasa atau


selepas hujan, pelangi akan terbentuk.
2. Apabila cahaya Mahatari terkena pada titisan air hujan,
cahaya akan dibiaskan dan akan membentuk pelangi.

5.4 Kepentingan Sifat Cahaya dalam Kehidupan

1. Sifat cahaya penting dalam kehidupan kita. Fikirkan:

 Situasi 1: Jika cahaya tidak bergerak lurus, adakah


cahaya dari lampu suluh dapat menyuluh objek yang
dicari dengan tepat?
 Situasi 2: Jika cahaya tidak dapat dipantulkan, adakah
kita dapat melihat wajah pada cermin?
 Situasi 3: Jika cahaya tidak dapat dibiaskan, adakah
kanta tangan dapat membesarkan imej objek

12

Anda mungkin juga menyukai