Anda di halaman 1dari 3

Sains Tahun 6 Unit 1: Kemahiran Saintifik

Nota Sains Tahun 6 Unit 1: Kemahiran Saintifik

Pengenalan
1. Kemahiran Saintifik merupakan kemahiran yang diamalkan semasa menjalankan
eksperimen atau penyiasatan.

2. Kemahiran Saintifik terdiri daripada kemahiran proses sains dan kemahiran manipulatif.
 
Kemahiran Proses Sains
1. Kemahiran Proses Sains membolehkan kamu mempersoalkan tentang sesuatu perkara
dan mencari jawapan secara sistematik.

2. Terdapat 12 kemahiran Proses Sains, iaitu 7 kemahiran asas dan 5 kemahiran bersepadu.

3. 7 Kemahiran Proses Sains Asas:


A. Memerhati: Menggunakan deria penglihatan, pendengaran, rasa, bau, atau
sentuhan untuk mengumpul maklumat tentang objek dan fenomena.
B. Mengelas: Mengasing dan mengumpulkan objek atau fenomena berdasarkan ciri
yang sama.
C. Mengukur dan menggunakan nombor: Membuat pemerhatian secara
kuantitatif dengan menggunakan nombor, alat piawai atau alat yang
diseragamkan.
D. Membuat inferens: Membuat kesimpulan awal yang munasabah, yang mungkin
benar atau tidak benar untuk menerangkan sesuatu peristiwa atau pemerhatian.
E. Meramal: Membuat jangkaan tentang sesuatu peristiwa berdasarkan pemerhatian
dan pengalaman yang lalu atau berdasarkan data.
F. Berkomunikasi: Menerima, memilih, menyusun dan mempersembahkan
maklumat atau idea dalam bentuk tulisan, lisan, jadual, graf, rajah atau model.
G. Menggunakan perhubungan ruang dan masa: Memerihalkan perubahan
seperti lokasi, arah, bentuk, saiz, isi padu, berat dan jisim mengikut masa.

4. 5 Kemahiran Proses Sains Bersepadu:


A. Mentafsir data: Memberi penerangan yang rasional tentang objek, peristiwa atau
pola daripada data yang dikumpulkan.
B. Mendefinisi secara operasi: Memberi tafsiran tentang sesuatu konsep atau
keadaan dengan menyatakan perkara yang dilakukan dan diperhatikan.
C. Mengawal pemboleh ubah: Mengenal pasti pemboleh ubah dimanipulasilkan
(apa yang diubah/ ditukar), pemboleh ubah bergerak balas (apa yang diperhati/
diukur) dan pemboleh ubah yang dimalarkan (apa yang ditetapkan/ sama sahaja
sepanjang eksperimen).

1
Sains Tahun 6 Unit 1: Kemahiran Saintifik

D. Membuat hipotesis: Membuat suatu pernyataan umum tentang hubungan antara


pemboleh ubah yang difikirkan benar bagi menerangkan sesuatu perkara atau
peristiwa. Pernyataan ini boleh diuji untuk menentukan kesahihannya.
E. Mengeksperimen: Merancang dan menjalankan penyiasatan untuk menguji
sesuatu hipotesis, mengumpul data, mentafsirkan data, sehingga mendapat
rumusan daripada penyiasatan itu.

5. Eksperimen perlu mengikuti langkah-langkah berikut supaya pernyataan masalah boleh


diselesaikan.

6. Senarai Semak mengeksperimen:


A. Mengenal pasti masalah
B. Membuat hipotesis
C. Merancang eksperimen
 Mengawal pemboleh ubah
 Menentukan peralatan dan bahan yang diperlukan
 Menentukan langkah-langkah menjalankan eksperimen
 Menentukan kaedah mengumpul data
 Menentukan kaedah menganalisis data
D. Melakukan eksperimen – lakukan eksperimen mengikut langkah yang dirancang
E. Mengumpul data
F. Menganalisis data
G. Mentafsirkan data
H. Membuat kesimpulan – Menyatakan kesimpulan yang diperoleh darpada
eksperimen yang dijalankan
I. Membuat pelaporan

Kemahiran Manipulatif
1. Kemahiran manipulatif sains perlu diamalkan ketika suatu eksperimen atau penyiasatan.

2. Terdapat 5 kemahiran manipulatif:


 Menggunakan dan mengendalikan peralatan dan bahan dengan betul.
 Melakar spesimen, peralatan dan bahan sains dengan tepat.
 Mengendalikan spesimen dengan betul dan cermat.
 Menyimpan peralatan dan bahan sains dengan betul dan selamat.
 Membersihkan peralatan sains dengan cara yang betul.

3. Kemahiran manipulatif Sains penting supaya:


1. Hasil pernyiasatan yang diperoleh jelas dan tepat.
2. Pengurusan alatan dan bahan menjadi lebih sistematik. 

2
Sains Tahun 6 Unit 1: Kemahiran Saintifik

Anda mungkin juga menyukai