Anda di halaman 1dari 22

JABATAN REKA BENTUK DAN TEKNOLOGI

IPGM KAMPUS PENDIDIKAN TEKNIK

Nama & No. Kad Pengenalan Sherly Jewinly

Kod & Nama Kursus WAJ3073 – Seni Dalam Pendidikan


Kumpulan 4 PISMP RBT Ambilan Jun 2014
Nama Pensyarah Puan Zawiah Bahrom
Puan Azimah Abd. Samah
Deskripsi Tugasan Tugasan Individu
Tarikh Hantar 2016

“Saya maklum mengenai peraturan tugasan ini yang melarang sebarang aktiviti plagiat.
Dengan ini saya akui tugasan ini hasil kerja saya kecuali nukilan dan ringkasan yang tiap-
tiap satunya dijelaskan sumbernya.”

Tanda tangan pelajar: ___________________ Tarikh: _______________

UNTUK KEGUNAAN JABATAN

Tarikh dihantar : _____/_____/_____ Diterima oleh : _________________

Tarikh disemak : _____/_____/_____ Dinilai oleh : ___________________

Markah :
BIODATA
ISI KANDUNGAN

NOMBOR ISI KANDUNGAN MUKA SURAT

1 Biodata 1
2 Isi Kandungan 2
3 Penghargaan 3
4 Pendahuluan 4
5 Tugasan 3
6 Dapatan/Lampiran

7 Refleksi
8 Rujukan
PENGHARGAAN

Bersyukur ke atas ilahi dengan limpahan rahmat serta nikmat masa,nyawa tenaga yang
dianugerahkan kepada saya dapat juga saya menyiapkan tugasan ini dengan jayanya.

Pertamanya, saya ingin mendedikasikan ucapan penghargaan ini kepada pensyarah


kursus Seni Dalam Pendidikan, Puan Zawiah binti Bahrom dan Puan Azimah binti Abdul
Samah kerana dengan tunjuk ajar serta bimbingan daripada mereka, membuka ruang untuk
saya menyiapkan tugasan ini dengan jayanya.

Saya juga ingin mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada ibu bapa
saya yang memberi saya pemudahcara untuk menyiapkan kerja kursus ini. Mereka telah
memberikan saya segala kemudahan dan sokongan moral yang tidak terhingga berjaya
saya berjaya menghabiskan tugasan ini.

Ucapan penghargaan ini juga saya tujukan kepada rakan-rakan yang banyak
memberi peringatan terhadap setiap apa yang saya telah alpa. Mereka membantu saya
dengan menjawab setiap pertanyaan yang saya utarakan kepada mereka.

Akhir madah, saya mengucapkan terima kasih kepada mereka yang terlibat secara
lansung atau sebaliknya dalam pelaksanaan kerja kursus ini. Terima kasih
PENDAHULUAN

Kami telah diberi tiga tugasan dalam kerja kursus ini. Dalam tugasan pertama ini,
kami dikehendaki untuk membina satu kit pembelajaran yang mengandungi elemen seni
visual, muzik dan juga pergerakan. Dalam tugasan kedua pula, secara berkumpulan, kami
diminta untuk membuat satu persembahan yang mengaplikasikan aktiviti seni visual, muzik
dan pergerakan bagi mana-mana tajuk mata pelajaran teras ataupun elektif. Dalam tugasan
ketiga pula, secara individu, kami dikehendaki untuk menyediakan satu Rancangan
Pengajaran Harian (RPH) kemudian menyediakan satu penulisan ilmiah dengan
memberikan huraian dan justifikasi tentang pemilihan dan aplikasi aktiviti seni visual, muzik
dan pergerakan dalam sesi pengajaran dan pembelajaran tersebut.
TUGASAN 3

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN

Mata Pelajaran : Reka Bentuk Dan Teknologi

Tarikh : 29 April 2015

Masa : 2.30 – 3.30 petang

Kelas : 5 Cemerlang

Bilangan Murid : 20

Tema : Masakan

Tajuk : Menyediakan Sandwich Sardin

Kemahiran : Menyediakan makanan dengan bersih

Pengetahuan Sedia Ada : Murid pernah melihat ahli keluarga mereka menyediakan
sandwich di rumah.

Standard Kandungan : Menyediakan makanan dengan kaedah yang betul

Standard Pembelajaran : Cara penyediaan

Objektif Pembelajaran : Pada akhir proses pengajaran dan pembelajaran ini,


murid dapat:

i. Menyediakan sandwich sardin dengan sendiri


ii. Menyatakan bahan-bahan yang digunakan untuk
membuat sandwich sardin. (Model ASSURE, Model
Dick dan Reisser)
Pentaksiran Berasaskan :
Sekolah (PBS)

Tabiat Berfikir (HOM) / : Menghubung kait isi pelajaran dengan pengalaman


lampau
KBAT : Membina pemahaman dan pengetahuan baru
berdasarkan pengalaman sedia ada

Elemen Merentas Kurikulum : Pendidikan Moral, Pendidikan Seni dan Pendidikan


Kesihatan

Penerapan Nilai : Mendengar arahan, berdisiplin, yakin diri dan


kerjasama, kebersihan

Bahan bantu mengajar : Gambar slaid powerpoint, analisis tugasan, roti, sardin,
timun, sudu, pinggan, tisu pengelap, sarung tangan plastik,
muzik video, “play dough”
Langkah/ Isi Pelajaran Aktiviti P&P Catatan
Masa
Set Nyanyian lagu “Jika 1. Guru memasang video lagu “Jika Mahu BBM: Video,
Induksi Mahu Sihat” dan Sihat” dan meminta murid menyanyikan lagu, gambar
(5 minit) tayangan gambar sekali lagu tersebut.
jenis-jenis sandwich 2.Guru memaparkan gambar jenis-jenis
ELEMEN
sandwich
SENI
MUZIK 3. Murid dikaitkan tantang apa yang akan
dipelajari pada hari ini.
4. Murid diterangkan secara ringkas
tentang amalan kebersihan dalam
menyediakan makanan
Langkah 1 Membuat sandwich 1. Guru memberikan “play dough” BBM: “Play
(10 minit) menggunakan tanah pelbagai warna kepada murid. Dough”
liat ataupun “play 2. Murid diarahkan untuk membuat
dough” sandwich menggunakan “play dough”
mengikut kreativiti mereka.
3. Murid harus meletakkan “play dough”
ELEMEN SENI
VISUAL DAN sandwich yang telah siap di meja tepi
PERGERAKAN untuk dipamerkan.

Langkah 2 Murid 1. Secara satu persatu, semua murid Nilai: Yakin diri
(10 minit) mempamerkan dan hendaklah datang ke hadapan kelas
menerangkan dan menerangkan mengenai sandwich
mengenai sandwich “play dough” yang dicipta.
“play dough”
Langkah 3 Simulasi Membuat 1.Murid diterangkan langkah demi langkah Teknik :
(5 minit) Sandwich Sardin cara untuk membuat sandwich sardin Demonstrasi
dengan menggunakan analisis tugasan.
2.Guru melakukan simulasi cara untuk Nilai :
menyediakan sandwich sardin. Mendengar
arahan guru

BBM : Analisis
tugasan

Langkah 4 Amali 1. Murid dikehendaki datang ke depan Nilai: Mendengar


(15 minit) untuk mengambil bahan dan alatan. arahan guru dan
2. Secara berpasangan, murid yakin diri
dikehendaki menyediakan sandwich
sardin. BBM : Sarung
3. Murid harus meletakkan sandwich tangan
yang telah siap ke atas pinggan. plastik,
roti
ELEMEN SENI ,sardin,
PERGERAKAN
timun,
sudu,
pinggan

Langkah 5 Makan secara tertib 1. Murid dikehendaki duduk di kerusi Nilai: Kerjasama,
(5 minit) masing-masing. mendengar
2. Salah seorang daripada murid arahan guru
bangun untuk membacakan doa makan.
3. Murid makan bersama-sama. BBM: Sandwich
sardin
Langkah 3 Mengemas 1. Murid dikehendaki memasukkan Nilai: Kebersihan
(4 minit) sampah ke dalam bakul yang telah
disediakan
Penilaian - Guru menanyakan kepada murid tentang KB : Mengingat
(3 minit) amalan kebersihan ketika menyediakan kembali
makanan
Nilai: Berdislpin

Penutup Rumusan kognitif : 1.Murid disoal oleh guru tentang apa yang Teknik:
(3 minit) - rumusan isi telah dipelajari. Soaljawab
Pelajaran 2.Murid diminta menerangkan kembali
langkah-langkah menyediakan sandwich Nilai: Mendengar
sardin arahan guru
Rumusan sosial : 3.Murid diterapkan nilai berdikari dalam
- Nilai Murni kehidupan seharian.
4. Guru merumuskan isi pelajaran
JUSTIFIKASI

1.0 Konsep Seni Dalam Pendidikan

Seni dalam pendidikan (SDP) menjurus kepada seni visual, seni muzik dan seni
pergerakan. SDP tidak merujuk kepada bidang seni lain seperti seni teater, seni sastera
dan seni fonografi tetapi lebih menegaskan kepada aspek pemahaman, penghayatan
dan kritikan. SDP juga memainkan peranan yang penting ke arah perkembangan kanak-
kanak melalui peningkatan daya persepsi, estetika dan kreativitinya dengan matlamat
untuk melahirkan individu yang berbudaya dengan mengamalkan pertimbangan
kesenian, berjiwa kreatif, inovatif, inventif, dan mempunyai jati diri yang tinggi.
Penggabunggan tiga jenis elemen seni iaitu seni visual, seni muzik dan seni pergerakan
melahirkan insan yang bersifat lebih holistik (Zulkifli Yaakob & Mohd Jamel Ismail, 2010).
Menurut Zulkifli Yaakob & Mohd Jamel Ismail (2010) dalam buku mereka bertajuk
Seni Dalam Pendidikan, teori konstruktivisme menyatakan bahawa kanak-kanak tidak
beroleh pengetahuan secara pasif tetapi mereka membina pengetahuan secara aktif.
Pembelajaran secara aktif dan interaksi sosial digalakkan dalam persekitaran yang
selamat dan kondusif dimana pembelajaran dicapai melalui aktiviti meneroka,
bereksperimen, dan mengolah objek mahupun bahan. Oleh yang demikian, SDP boleh
dijadikan wadah untuk membolehkan murid mengekspresikan idea secara bebas dan
kreatif.
Menurut Howard Gardner (1983), jika hanya satu pendekatan digunakan di dalam
pengajaran, hanya murid tertentu sahaja yang akan mendapat input yang disampaikan
kerana murid mempunyai kebolehan menaakul menganggap dalam keadaan yang
berbeza. Pendekatan yang berintegrasi terhadap pelbagai jenis kecerdasan
memudahkan penerimaan pemikiran murid kepada yang lebih kreatif.
Zulkifli Yaakob & Mohd Jamel Ismail (2010) turut menyatakan bahawa SDP akan
menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran (PdP) mata pelajaran di sekolah
menjadi lebih seronok, membantu murid memahami diri sendiri, membantu
perkembangan intelek dari aspek penyelesaian masalah, memotivasikan diri untuk
menjadi insan yang kreatif, inovatif, peka, berpersonaliti seimbang, berketerampilan dan
profesional serta membantu perkembangan insan secara seimbang dan menyeluruh.
Oleh yang demikian, saya telah menerapkan elemen-elemen SDP iaitu seni visual, seni
muzik dan seni pergerakan dalam Rancangan Pengajaran Harian seperti yang
dikehendaki dalam soalan tugasan 3.
2.0 Teori Konstruktivisme

Saya telah memilih untuk menggunakan teori Konstruktivisme dalam PdP yang telah
saya rancang. Teori konstruktivisme yang menyatakan bahawa pembelajaran berlaku
apabila murid melakukan aktiviti yang dapat membina pengetahuan yang baru dalam diri
murid. Teori konstruktivisme melihat murid sebagai pembina pengetahuan, bukannya
sebagai penerima pengetahuan. Hal ini kerana murid membina pengetahuannya mengenai
sesuatu topik yang dipelajari dengan mengaitkannya dengan pengetahuan atau
pengalaman sedia ada mereka, bukannya menerima bulat-bulat pengetahuan yang
disampaikan. Teori ini juga menggalakkan murid bertanya dengan murid dan guru,
menyokong pelajaran koperatif, ,menggalakkan dan menerima daya usaha dan autonomi
murid, memberi peluang kepada murid untuk membina pengetahuan baru dengan
memahami melalui penglibatan murid dengan situasi dunia sebenar dan menggalakkan
proses inkuiri murid melalui kajian dan eksperimen (Zulkifli Yaakob & Mohd Jamel Ismail,
2010).

3.0 Seni Muzik dalam Proses Pengajaran dan Pembelajaran

Menurut Loh (1991), pengertian muzik dalam bahasa Arab adalah sebagai handsah
alsawt yang bermaksud “kejuruteraan bunyi secara artistik”. Sebenarnya, muzik ialah satu
perkataan yang telah diwarisi daripada cerita-cerita dongeng zaman purba Yunani yang
diberi nama sebagai “Muses” yang bermaksud semua bentuk seni halus termasuk muzik.
Tetapi pada hari ini, perkataan muzik ini digunakan secara meluas dan universal yang
bermaksud seni bunyi-bunyian (Zulkifli Yaakob & Mohd Jamel Ismail, 2010).

Seperti yang tertera pada RPH aktiviti menyediakan sandwich sardin yang telah
disediakan di atas, saya telah mengaplikasikan elemen seni muzik pada set induksi PdP.
Saya telah mengaplikasikan elemen tersebut dengan menayangkan muzik video termasuk
lirik sebuah lagu yang bertajuk “Jika Mahu Sihat”. Lagu tersebut yang bertujuan untuk
mengajar murid mengenai kepentingan menjaga kebersihan makanan dan kepentingan
mengamalkan pemakanan seimbang. Setelah menayangkan muzik video itu kepada murid-
murid, saya akan meminta mereka untuk turut serta menyanyikan lagu tersebut secara
beramai-ramai. Pendidikan muzik adalah bertujuan untuk memperkembangkan potensi dan
kualiti diri individu dari segi nilai estetika muzik dan pelbagai pengalaman muzik ke arah
meningkatkan kesejahteraan hidup dalam konteks budaya dan aspirasi negara (
(Kementerian Pendidikan Malaysia, 2013).
Saya mengaplikasikan elemen seni muzik dalam PdP bertujuan untuk menjadikan
proses PdP lebih seronok dan membuatkan murid lebih faham tentang isi yang
disampaikan. Dalam aktiviti menyanyikan lagu “Jika Mahu Sihat” secara beramai-ramai ini,
kelas bukan sahaja akan menjadi seronok malah memupuk semangat toleransi dan
kerjasama seperti yang dinyatakan dalam teori Konstruktivisme iaitu menyokong
pembelajaran secara koperatif (Zulkifli Yaakob & Mohd Jamel Ismail, 2010). Semasa
menyayikan lagu ini, murid-murid akan menyanyi bersama-sama secara serentak. Secara
tidak langsung, aktiviti ini sebenarnya mempupuk semangat toleransi dan kerjasama antara
murid apabila mereka menyanyi bersama-sama secara serentak dan tidak menyayi lebih
cepat berbanding murid-murid lain.

Selain daripada itu juga saya mengaplikasikan seni muzik ini dalam PdP kerana
penyampaian input lebih baik menggunakan seni muzik berbanding menggunakan kaedah
tradisional iaitu guru menyampaikan melalui kata-kata sahaja kerana seni muzik adalah
lebih menyeronokkan dan mampu memperkembangkan nilai estetika muzik, kreativiti dan
ekspresi diri murid (Zulkifli Yaakob & Mohd Jamel Ismail, 2010). Adalah diketahui umum
bahawa setiap individu mempunyai gaya pembelajaran yang tersendiri. Misalnya, ada yang
suka belajar melalui perbincangan; ada yang suka belajar melalui pemerhatian dan rujukan
bahan ada yang suka belajar dengan mendengar rakaman audio; dan pelbagai gaya belajar
beraneka ragam yang lain (Peterson , 1971) dalam Noriati A. Rashid (2012). Murid yang
mempunyai gaya pembelajaran berbeza juga mampu turut serta berseronok menyanyikan
lagu tersebut sekaligus memahami isi pelajaran yang cuba disampaikan serta meningkatkan
pengetahuan, daya kreativiti, inovasi serta kemahiran dalam seni muzik.

4.0 Seni Visual dan Seni Pergerakan dalam Pengajaran dan Pembelajaran

Menurut (Al-Hurwitz & Michael Day, 2001), Fox & Diffly (2000) menyatakan bahawa
golongan professional mengenalpasti akan kepentingan memberi peluang kepada kanak-
kanak untuk perkembangan dalam semua bidang sosio-emosi-psikomotor dan kembangan
kognitif. Seni pergerakan dan seni visual adalah penting sebagai penyemai perkembangan
di peringkat pendidikan awal kanak-kanak. Oleh yang demikian, saya telah mengaplikasikan
elemen seni visual dan seni pergerakan dalam PdP penghasilan sandwich dengan
mengadakan aktiviti penghasilan replika sandwich mengikut kreativiti mereka menggunakan
tanah liat ataupun “play dough”. Dalam menjalankan aktiviti ini, 2 elemen seni dihubungkan.
Seni visual diaplikasikan apabila murid menguli dan membentukkan “play dough” seperti
sandwich dan ketika murid memilih warna-warna menarik mengikut imaginasi dan kreativiti
mereka. Seni pergerakan juga diaplikasikan semasa murid menguli dan menggunakan
pelbagai pergerakan psikomotor halus untuk membentukkan sandwich “play dough”
tersebut.

Melalui aktiviti tersebut, murid akan menggunakan pengalaman lalu mereka iaitu melihat
ahli keluarga menyediakan sandwich untuk membuat sandwich “play dough” tersebut. Teori
Konstruktivisme diaplikasikan di dalam aktiviti ini dimana murid mencipta mengalaman
baharu dengan memahami pengalaman lalu (Zulkifli Yaakob & Mohd Jamel Ismail, 2010).
Aktiviti ini bukan sahaja menyeronokkan malah mampu membantu murid mengekspresikan
imaginasi dan kreativiti serta emosi mereka melalui penghasilan replika sandwich yang
mereka sediakan. Seni membantu meluahkan perasaan dan emosi secara mendalam.
Perasaan adalah satu cara untuk meransang minda kita untuk mengenali fakta (Gibson,
Rex,1996). Apabila murid meluahkan kreativiti dan imaginasi mereka melalui hasil kerja,
guru bolehlah mengamati hasil-hasil kerja tersebut dan memuji murid-murid untuk memberi
motivasi kepada mereka untuk terus menghasilkan idea-idea kreatif mengikut imaginasi
mereka berlandaskan norma masyarakat Malaysia. Guru juga boleh mengenalpasti murid-
murid yang sangat berbakat dalam seni dengan melihat hasil kerja mereka. Hasil kerja murid
juga mampu menunjukkan emosi murid sama ada murid itu sendang seronok dengan
tenang mahupun murid kurang seronok dan cemas (Mok Soon Sang, 2009). Dengan melihat
dan mengamati hasil-hasil kerja murid-muridnya, guru bolehlah mengambil peluang tersebut
untuk mendekati dan lebih mengenali murid-muridnya. Hubungan antara guru dan murid
akan menjadi lebih baik secara tidak langsung dan proses PdP akan berlangsung dengan
lebih lancar dan kondusif.

Menurut Bahagian Pendidikan Guru ( 2005), melalui aktiviti seni visual, daya estetik
murid dapat dipertingkatkan. Apabila nilai estetik murid meningkat, mereka akan boleh
menilai tentang konsep keindahan dan kecantikan dan mereka akan belajar menghargai
keindahan. Aktiviti ini secara tidak langsung mampu memenuhi keperluan asas kanak-kanak
dari segi fizikal, mental, sosial, intelek dan estetik dan ini akan menyebabkan perkembangan
dan tumbesaran kanak-kanak secara sihat. Melalui aktiviti menghasilkan replika sandwich
menggunakan “play dough” juga, deria sentuh kanak-kanak juga akan menjadi lebih peka.
Apabila deria sentuh mereka semakin peka, pergerakan psikomotor halus murid akan
berkembang dan mereka akan mampu mengawal pergerakan psikomotor halus mereka
dengan baik sekali (Noriati A. Rashid, 2012). Aktiviti yang mengaplikasikan elemen seni
visual dan pergerakan seperti ini juga boleh memberi peluang kepada murid untuk
meluahkan perasaaan mereka secara non-verbal dan ini boleh membantu murid-murid yang
bermasalah dan menolak untuk bercakap dengan siapa-siapa untuk menunjukkan emosi
sebenar mereka (Mok Soon Sang, 2009).
5.0 Seni Pergerakan dalam Proses Pengajaran dan Pembelajaran

Einstein mengatakan bahawa setiap pergerakan mendapat kawalan yang dipantau oleh
otak kiri dan otak kanan melalui proses mengimaginasi seterusnya pergerakan-pergerakan
kreatif berlaku melalui proses menaakul dan pertimbangan-pertimbangan rasional mengenai
apa yang kita ingin lakukan. Seni pergerakan penting kepada perkembangan diri kanak-
kanak kerana aktiviti seni yang terancang membolehkan kanak-kanak mendapat
pengalaman dan pemahaman serta membantu memperkembangkan potensi mereka secara
menyeluruh (Bahagian Pendidikan Guru, 2005).

Saya telah memilih untuk mengaplikasikan seni pergerakan dalam aktiviti amali
penyediaan sandwich secara berpasangan. Apabila murid-murid menyediakan sandwich,
mereka perlu bergerak dengan penuh berhati-hati dan setiap pergerakan mereka itu perlulah
teratur agar sandwich siap dengan kemas seperti yang diinginkan. Dengan itu, murid akan
cuba mengaplikasikan pengalaman mereka membuat replika sandwich “play dough” untuk
membina pengetahuan baru dalam menyediakan sandwich sardin sebenar. Teori
konstruktivisme diaplikasikan di dalam aktiviti ini apabila murid menggunakan pengalaman
lalu untuk diaplikasikan bagi mencipta pengetahuan baharu. Aktiviti ini juga dilakukan secara
berpasangan kerana teori konstruktivisme mengalakkan pembelajaran koperatif dan
kerjasama dalam kumpulan.

Aktiviti ini banyak menekankan kepada pergerakan-pergerakan psikomotor halus murid-


murid. Melalui aktiviti ini, pergerakan psikomotor murid dapat diperhaluskan serta mampu
memantapkan pengetahuan dan sikap murid terutamanya sikap bersabar murid ketika
membuat sandwich sardin secara berhati-hati dan teratur. Aktiviti ini juga memantapkan
keupayaan pengamatan motor murid melalui pengalaman-pengalaman aktiviti terarah serta
memantapkan perkembangan konsep akademik menerusi pengintegrasian konsep bilik
darjah dengan program aktiviti seperti penyediaan sandwich sardin. Pergerakan-pergerakan
psikomotor murid yang diperhaluskan akan membolehkan murid mengawal pergerakan
psikomotor halus mereka dan ini membolehkan murid untuk melakukan pergerakan-
pergerakan yang lebih “advance” seperti memotong tomato dan memotong tepi roti.
7.0 Kesimpulan

Sebagai kesimpulan, penerapan dan pengaplikasian elemen-elemen seni dalam


pendidikan amatlah penting untuk mendidik murid untuk menghargai keindahan ciptaan
tuhan dan memupuk budaya pengamatan dan persepsi serta ekspresi dalam penghasilan
(Bahagian Pendidikan Guru, 2005). Penintegrasian seni visual, seni muzik dan seni
pergerakan juga mewujudkan proses PdP yang menyeronokkan dan dapat menarik minat
murid-murid yang mempunyai gaya pembelajaran berbeza-beza. Pengintegrasian dan
penghubungkaitan seni dalam pendidikan dengan mata pelajaran lain sudah tentu dapat
menghasilkan pembelajaran berkesan yang menarik dan tidak membosankan kepada murid-
murid, bahan-bahan yang disampaikan relevan kepada semua murid dan keperluan murid
untuk belajar dapat dipenuhi. Selain itu, pengaplikasian seni visual, seni muzik dan seni
pergerakan dalam PdP mampu memotivasikan murid untuk belajar dengan lebih
bersungguh-sungguh berbanding menggunakan kaedah pengajaran tradisional yang
berpusatkan papan tulis sahaja (Zulkifli Yaakob & Mohd Jamel Ismail, 2010). Oleh yang
demikian, guru-guru perlulah menjadikan SDP sebagai tunjang dalam kerjaya keguruan dan
sentiasa mengaplikasikan elemen-elemen seni tersebut dalam PdP agar murid-murid tidak
jemu menimba ilmu.
REFLEKSI

Pertama sekali saya sangat bersyukur kerana dapat saya menyiapkan tugasan ini
dengan jayanya dalam tempoh masa yang ditetapkan. Semasa menerima tugasan ini, apa
yang dapat saya gambarkan ialah halangan-halangan yang terpaksa saya hadapi sama ada
dari segi masa serta sumber rujukan. Namun setelah diberi penerangan daripada
pensyarah, saya dapat memahami cara untuk melaksanakan kerja kursus ini dan ia
memudahkan saya untuk merangka setiap proses untuk melaksanakan tugasan ini.
Sepanjang proses saya menyiapkan kerja kursus ini, saya dapati bahawa setiap yang saya
pelajari selama ini bukan mudah untuk difahami. Sebagai contoh, sebelum ini, pemahaman
saya mengenai pengaplikasian elemen-elemen seni dalam pendidikan amatlah kurang.
Namun, setelah melaksanakan kerja kursus ini, saya kini dapat memahami dengan baik
cara-cara pengaplikasian yang betul.

Selain itu, saya juga dapat menguasai kemahiran berinteraksi dengan rakan-rakan
secara lisan dengan betul semasa berbincang dengan mereka untuk bertukar-tukar
pendapat dan idea bagi menjawab kehendak soalan tugasan 2. Sebelum ini, kemahiran
berkomunikasi saya agak kurang namun, setelah melaksanakan kerja kursus Seni dalam
Pendidikan, saya dapat menguasai kemahiran tersebut dengan baik. Semasa
melaksanakan kerja kursus ini juga, saya dapat menguasai komunikasi lisan dengan baik
dan berkesan semasa berbincang dan bertukar-tukar pendapat dengan pensyarah saya dan
ini merupakan salah satu perkara yang harus saya banggakan kerana sebelum
melaksanakan kerja kursus ini, saya kurang berkomunikasi secara lisan dengan pensyarah
saya disebabkan oleh kurangnya keyakinan komunikasi kerana di rumah saya dan ahli
keluarga saya bertutur dalam bahasa Dusun iaitu bahasa ibunda kaum saya.

Seterusnya, dalam usaha melaksanakan tugasan dalam kerja kursus ini, saya kini
lebih memahami tajuk-tajuk yang kami pelajari bagi kursus Seni dalam Pendidikan. Setelah
melaksanakan kerja kursus ini, lebih yakin dan lebih mengingati topik-topik yang
dibincangkan semasa kuliah berlangsung kerana saya dapat melakukan lebih banyak
bacaan dan kajian mengenai topik-topik yang dipelajari dalam kelas semasa kuliah
berlangsung. Selain itu, saya juga tidak pernah menambil kisah mengenai kursus Seni
dalam Pendidikan. Namun, dalam masa melaksanakan kerja kursus ini, saya telah
membaca sebuah artikel mengenai kejayaan seorang guru pelatih yang diberikan kelas
yang mempunyai murid paling nakal di sekolah untuk “tackle” murid-murid dalam kelas
tersebut menggunakan aktiviti-aktiviti yang melibatkan seni visual dan seni muzik. Artikel
tersebut sangat menarik hati. Kini , saya sangat tertarik dan berminat untuk lebih
mendalami kursus ini kerana saya tidak menyangka bahawa kursus ini sebenarnya menarik.
Stereotaip saya bahawa kursus ini membosankan dan sukar ternyata silap kerana ia
sebenarnya sangatlah seronok untuk dipelajari.

Saya juga kurang memahami soalan kerja kursus yang telah diberikan. Namun, atas
tunjuk ajar dan bimbingan yang sangat berharga daripada pensyarah kesayangan kami
yang sentiasa comel dan bergaya iaitu Puan Zawiah dan Puan Azimah serta rakan-rakan
sekelas saya, saya berjaya memahami soalan dan dapat menyiapkan tugasan 3 kerja
kursus ini dengan senang hati dan gembira. Selain itu, pengalaman yang saya perolehi
semasa mengumpul maklumat-maklumat tentang tugasan yang diberi, sedikit sebanyak
telah membantu saya menambah pengetahuan dalam kursus ini disamping ingin
menyiapkan kerja kursus. Saya kini juga menyedari akan betapa pentingnya untuk
menguasai kursus Seni dalam Pendidikan untuk digunakan apabila saya menjadi guru
kelak. Pengetahuan-pengetahuan ini amat penting untuk diaplikasikan ketika saya keluar
mengajar nanti. Walaupun sepanjang proses melaksanakan tugasan ini saya terpaksa
berkorban masa, wang, tenaga, dan sebagainya ,saya tetap berpuas hati kerana dengan
hasil kerja keras saya dapat juga tugasan ini disiapkan.

Saya juga telah mempelajari erti kesabaran semasa menyiapkan kerja kursus ini
terutamanya ketika saya mencari bahan-bahan rujukan dan idea bagi melengkapkan
tugasan yang diberi ini. Dalam kerja kursus ini, kami telah ditugaskan untuk membuat
tugasan yang agak sukar. Oleh itu, saya terpaksa mencari rujukan dari pelbagai sumber
seperti buku, jurnal, artikel dan sebagainya. Salah satu cabaran yang saya hadapi ketika
mencari bahan rujukan bagi kerja kursus ini ialah kekurangan buku dan bahan rujukan
kerana buku di perpustakaan IPG mengenai tajuk yang telah diberikan kepada kami adalah
agak terhad dan saya datang ke perpustakaan agak lambat berbanding rakan-rakan sekelas
saya dan ini menyebabkan saya sukar mendapat bahan rujukan yang sepatutnya.Selain itu,
saya juga mempelajari erti kesabaran ketika memerah otak untuk memikirkan idea-idea
yang mantap bagi melengkapkan kerja kursus ini. Hasil daripada kesabaran saya, saya
berjaya menyiapkan kerja kursus ini atas hasil titik peluh saya sendiri tanpa perlu
bergantung kepada orang lain.

Saya juga berjaya memupuk semangat bekerjasama dengan rakan-rakan sekelas


semasa melaksanakan kerja kursus ini. Kami saling membantu antara satu sama lain
terutamanya dalam perbincangan kami semasa menyiapkan kerja kursus ini. Kami saling
bertukar-tukar idea dan memberikan pendapat antara satu sama lain bagi menyiapkan kerja
kursus ini. Kami juga saling bekerjasama dalam bertukar-tukar sumber rujukan seperti buku.
Dengan itu, hubungan antara saya dan rakan-rakan seperjuangan juga semakin erat dan
kukuh secara tidak langsung.

Akhir kata, saya amat bersyukur kepada Tuhan, kepada pensyarah yang tidak
pernah bosan membimbing saya, dan kepada rakan-rakan yang selalu membantu dalam
memberikan pendapat dan pandangan dalam melaksanakan kerja kursus ini dengan
jayanya walaupun banyak halangan yang saya hadapi kerana halangan itulah yang
membina saya untuk terus bersemangat dalam menyiapkan kerja kursus ini.
RUJUKAN

Ahmad Tajuddin. (2013, Mei 7). Blog Cikgu Tajuddin. Didapatkan Mac 11, 2016, daripada
Blogspot: http://www.blogspot.com/Seni-Pergerakan-Kreatif

Al-Hurwitz, & Michael Day. (2001). Children and their art. USA: Harcourt Collage Publisher.

Ayob, S. (2000). Pergerakan Kreatif dan Pendidikan. Petaling Jaya: Flo Enterprise Sdn. Bhd.

Bahagian Pendidikan Guru. (2005). Seni Dalam Pendidikan Untuk LPBS. Putrajaya.

Kaur, A. (2012, Jun 11). Slide Share. Didapatkan Mac 11, 2016, daripada Seni Dalam
Pendidikan: http://www.Slideshare.com/aplikasi-seni-visual-dalam-pdp

Kementerian Pendidikan Malaysia. (2013). Sukatan Pelajaran Pendidikan Muzik Sekolah


Rendah (Semakan). Kuala Lumpur: PPK.

Loh, P. (1991). A Handbook of music theory. Kuala Lumpur: Penerbit Muzikal.

Mok Soon Sang. (2009). Psikologi Pendidikan. Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman Sdn.
Bhd.

Noriati A. Rashid. (2012). Murid dan Alam Belajar. Kuala Lumpur: Oxford Fajar.

Pusat Perkembangan Kurikulum. (2001). Pembelajaran Secara Konstruktivisme. Kuala


Lumpur: Kementerian Pendidikan Malaysia.

Raghbir, Y. (2010, Januari 2). Scribd. Didapatkan Mac 10, 2016, daripada Seni dalam
Pendidikan: http:www.scribd.com/Seni-dalam-Pendidikan-yahya

Zulkifli Yaakob, & Mohd Jamel Ismail. (2010). Seni Dalam Pendidikan. Selangor: Meteor
Doc. Sdn. Bhd.
LAMPIRAN

LIRIK LAGU “JIKA MAHU SIHAT”


Jika mahu sihat,
Jika mahu sihat,
Badan cergas otak cergas,

Jagalah makanan kita,


Makanan mesti bersih,
Makanan mesti ditutup,

Gunalah sabun cucilah tangan,


Sebelum makan selepas makan.

Jika mahu sihat,


Makanlah makanan seimbang,
Badan akan cergas,
Otak menjadi cerdas
Institut Pendidikan Guru

Kampus Pendidikan Teknik

Borang Maklum Balas Kerja Kursus


Nama Pelajar : Sherly Jewinly Angka Giliran Pelajar : 950922-12-6662

Tajuk Tugasan : Penulisan Esei


Pensyarah : Puan Zawiah Bahrom & Puan Kod / Kursus : WAJ3073
Azimah Samah
Tarikh Hantar : 9 September 2014 Tarikh Diterima (Diisi oleh pensyarah) :

Pengakuan Pelajar

Saya mengaku tugasan ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang setiap satunya saya
jelaskan sumbernya.

Perincian Maklum Balas Tugasan


Pemeriksa Moderator (jika berkaitan)
Tandatangan : _______________________
Kekuatan: Kekuatan:
( SHERLY JEWINLY )

Aspek yang boleh diperbaiki: Aspek yang boleh diperbaiki:

Tandatangan Pensyarah: Tarikh: Tandatangan Moderator:


Tarikh:

Pengesahan Pelajar Terhadap Maklumbalas Yang Diberikan Pensyarah

Saya mengesahkan bahawa maklumbalas yang diberikan oleh pensyarah telah saya rujuki dan fahami.

Catatan (jika ada)

Tandatangan Pelajar: Tarikh:

Anda mungkin juga menyukai