Anda di halaman 1dari 6

KELAS PDPR SAINS 20 HB JANUARI 2021

UNIT 1: KEMAHIRAN SAINTIFIK


Pengenalan

1. Kemahiran Saintifik merupakan kemahiran


yang diamalkan semasa menjalankan
eksperimen atau penyiasatan.
2. Kemahiran Saintifik terdiri daripada kemahiran
proses sains dan kemahiran manipulatif.

Kemahiran Proses Sains

1. Kemahiran Proses Sains membolehkan kamu


mempersoalkan tentang sesuatu perkara dan
mencari jawapan secara sistematik.
2. Terdapat 12 kemahiran Proses Sains, iaitu 7
kemahiran asas dan 5 kemahiran bersepadu.

7 Kemahiran Proses Sains Asas:

1. Memerhati: Menggunakan deria penglihatan,


pendengaran, rasa, bau, atau sentuhan untuk
mengumpul maklumat tentang objek dan
fenomena.
2. Mengelas: Mengasing dan mengumpulkan
objek atau fenomena berdasarkan ciri yang
sama.
3. Mengukur dan menggunakan nombor: Membuat
pemerhatian secara kuantitatif dengan
menggunakan nombor, alat piawai atau alat
yang diseragamkan.
4. Membuat inferens: Membuat kesimpulan awal
yang munasabah, yang mungkin benar atau
tidak benar untuk menerangkan sesuatu
peristiwa atau pemerhatian.
5. Meramal: Membuat jangkaan tentang sesuatu
peristiwa berdasarkan pemerhatian dan
pengalaman yang lalu atau berdasarkan data.
6. Berkomunikasi: Menerima, memilih, menyusun
dan mempersembahkan maklumat atau idea
dalam bentuk tulisan, lisan, jadual, graf, rajah
atau model.
7. Menggunakan perhubungan ruang dan masa:
Memerihalkan perubahan seperti lokasi, arah,
bentuk, saiz, isi padu, berat dan jisim mengikut
masa.
5 Kemahiran Proses Sains Bersepadu:

1. Mentafsir data: Memberi penerangan yang


rasional tentang objek, peristiwa atau pola
daripada data yang dikumpulkan.
2. Mendefinisi secara operasi: Memberi tafsiran
tentang sesuatu konsep atau keadaan dengan
menyatakan perkara yang dilakukan dan
diperhatikan.
3. Mengawal pemboleh ubah:
a.Mengenal pasti pemboleh ubah
dimanipulasilkan (apa yang diubah/
ditukar)
b. pemboleh ubah bergerak balas (apa
yang diperhati/ diukur)
c. pemboleh ubah yang dimalarkan (apa
yang ditetapkan/ sama sahaja sepanjang
eksperimen).

4. Membuat hipotesis: Membuat suatu


pernyataan umum tentang hubungan antara
pemboleh ubah yang difikirkan benar bagi
menerangkan sesuatu perkara atau peristiwa.
Pernyataan ini boleh diuji untuk menentukan
kesahihannya.

5. Mengeksperimen: Merancang dan


menjalankan penyiasatan untuk menguji
sesuatu hipotesis, mengumpul data,
mentafsirkan data, sehingga mendapat
rumusan daripada penyiasatan itu.

Eksperimen perlu mengikuti langkah-langkah


berikut supaya pernyataan masalah boleh
diselesaikan.

a. Senarai Semak mengeksperimen:


b. Mengenal pasti masalah
c. Membuat hipotesis
d. Merancang eksperimen
e. Mengawal pemboleh ubah
f. Menentukan peralatan dan bahan yang
diperlukan
g. Menentukan langkah-langkah menjalankan
eksperimen
h. Menentukan kaedah mengumpul data
i. Menentukan kaedah menganalisis data
j. Melakukan eksperimen – lakukan eksperimen
mengikut langkah yang dirancang
k. Mengumpul data
l. Menganalisis data
m. Mentafsirkan data
n. Membuat kesimpulan – Menyatakan
kesimpulan yang diperoleh darpada
eksperimen yang dijalankan
o. Membuat pelaporan

Kemahiran Manipulatif

1. Kemahiran manipulatif sains perlu diamalkan


ketika suatu eksperimen atau penyiasatan.
2. Terdapat 5 kemahiran manipulatif:
a. Menggunakan dan mengendalikan
peralatan dan bahan dengan betul.
b. Melakar spesimen, peralatan dan bahan
sains dengan tepat.
c. Mengendalikan spesimen dengan betul
dan cermat.
d. Menyimpan peralatan dan bahan sains
dengan betul dan selamat.
e. Membersihkan peralatan sains dengan
cara yang betul.
Kemahiran manipulatif Sains penting supaya:

1. Hasil pernyiasatan yang diperoleh jelas dan


tepat.
2. Pengurusan alatan dan bahan menjadi lebih
sistematik.

Anda mungkin juga menyukai