Anda di halaman 1dari 4

NOTA : UNIT 6 - CAHAYA ( SAINS TAHUN 5 )

(A) Cahaya Bergerak Lurus

1. Cahaya dari lampu suluh hanya boleh dilihat apabila ketiga-tiga lubang adalah sebaris.
Ini menunjukkan cahaya bergerak lurus.

2. Aplikasi cahaya bergerak lurus:

i) Alur cahaya dari rumah api.


ii) Alur cahaya matahari memasuki lubang gua.
iii) Sinar cahaya daripada lampu suluh dan pentas.
iv) Sinar cahaya daripada kereta dan helikopter.

3. Saiz Bayang-Bayang

i) Bayang-bayang terbentuk apabila cahaya dihalang oleh objek legap atau lut
cahaya.

ii) Saiz bayang-bayang dipengaruhi oleh :

1. Jarak antara objek dengan sumber cahaya & Saiz bayang - bayang

i) Tujuan: Untuk menyiasat hubungan antara jarak objek dengan


sumber cahaya dan saiz bayang-bayang.

ii) Hubungan: Jarak objek dengan sumber cahaya menurun, saiz


bayang-bayang meningkat.

Jarak objek dengan sumber cahaya meningkat, saiz bayang-


bayang menurun.

2.  Jarak antara objek dengan skrin & Saiz bayang - bayang

i) Tujuan: Untuk menyiasat hubungan antara jarak objek dengan


skrin dan saiz bayang-bayang.

ii) Hubungan: Jarak objek dengan skrin menurun, saiz bayang-


bayang menurun.

Jarak objek dengan skrin meningkat, saiz bayang-bayang


meningkat.
4. Bentuk Bayang-Bayang

1. Bentuk bayang-bayang sesuatu objek bergantung kepada:

1. Kedudukan/ Orientasi objek

i) Tujuan: Untuk menyiasat hubungan di antara kedudukan objek


dan bentuk bayang-bayang yang terhasil.

ii) Kesimpulan: Bentuk bayang-bayang objek akan berubah apabila


kedudukan/ objek berubah.

2. Kedudukan sumber cahaya

i) Tujuan: Untuk menyiasat hubungan di antara kedudukan sumber


cahaya dan bentuk bayang-bayang yang terhasil.

ii) Kesimpulan: Bentuk bayang-bayang objek akan berubah apabila


kedudukan sumber cahaya berubah.
 

(B) Cahaya Boleh dipantulkan

1. Cahaya akan melantun balik apabila mengena satu permukaan yang licin seperti cermin.
Ini menunjukkan cahaya boleh dipantulkan.

2. Aplikasi pantulan cahaya:

i) Cermin muka
ii) Cermin pergigian
iii) Cermin pandang belakang ( pada kenderaan )
iv) Cermin sisi ( pada kenderaan )
v) Periskop
 
(C) Cahaya Boleh Dibiaskan

1. Pembiasan cahaya berlaku kerana arah pergerakan cahaya terpesong atau


dibengkokkan apabila cahaya bergerak dari satu medium ke satu medium yang
lain.

2. Pembiasan cahaya berlaku kerana kelajuan cahaya berubah apabila cahaya memasuki
medium yang lain.

3. Pembiasan tidak berlaku jika cahaya memasuki medium yang lain pada sudut tepat.

4. Pembiasan cahaya mengakibatkan saiz dan kedudukan objek kelihatan berubah.

5. Fenomena Pembiasan Cahaya:

i) Pensel kelihatan bengkok di dalam segelas air.


ii) Ikan kelihatan lebih dekat dengan permukaan air.
iii) Ikan kelihatan besar dalam akuarium.
iv) Objek kelihatan lebih besar dalam balang berisi air. 
v) Tulisan kelihatan lebih besar dengan kanta pembesar.
vi) Kolam renang kelihatan lebih cetek.
vii) Kejadian pelangi.
NOTA RINGKAS CAHAYA KELOLAAN HJ SUPIAN BIN HASHIM - GURU SAINS TAHUN 5

#StayHome #StaySafe #StopCovid19

PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN BERSYARAT ( PKPB )

Anda mungkin juga menyukai