Anda di halaman 1dari 7

TOPIK 5 : GERAK BALAS TERHADAP RANGSANGAN

1. Manusia bergerak balas terhadap rangsangan.


2. Rangsangan ialah keadaan atau perubahan di persekitaran yang dapat dikesan oleh
manusia.
3. Rangsangan adalah seperti berikut:
a. Cahaya
b. Bunyi
c. Bau
d. Rasa ( manis, masin, masam, pahit )
e. Kesakitan, kesejukan, tekanan dan kepanasan
4. Manusia menggunakan LIMA organ deria bagi mengesan rangsangan rangsangan
tersebut:
a. Mata mengesan cahaya
b. Hidung mengesan bau
c. Lidah- mengesan rasa
d. Telinga mengesan bunyi
e. Kulit mengesan perubahan sekeliling
5. Contoh:
Apabila kita terpijak paku, kita akan serta merta
mengangkat kaki sambil menjerit kesakitan. Hal
ini bagi mengelakkan kecederaan pada kaki kita.

6. Berikut ialah contoh contoh gerak balas manusia terhadap rangsangan:


a. Kita menutup telinga jika bunyi muzik terlalu kuat.
Rangsangan

: Muzik terlalu kuat

Gerak balas

: Menutup telinga

b. Kita menarik tangan jika tersentuh cerek panas.


Rangsangan

: Cerek panas

Gerak balas

: Menarik tangan serta - merta

c. Kita menggigil apabila persekitaran terlalu sejuk kerana salji turun.


Rangsangan

: Salji turun dan persekitaran sejuk

Gerak balas

: Badan menggigil dan gigi bergetar

d. Kita melindungi mata jika cahaya matahari terlalu terang.


Rangsangan

: Cahaya matahari terlalu terang

Gerak balas

: Melindungi mata supaya mata tidak rosak

e. Kita menutup hidung apabila bau sampah busuk.


Rangsangan

: Bau sampah busuk

Gerak balas

: Menutup hidung

7. Manusia bergerak balas terhadap rangsangan untuk melindungi diri daripada


bahaya.
8. Jika kita tidak bergerak balas terhadap rangsangan, kita akan mendapat kecederaan.

9. Contohnya:
a. Jika kita tidak bergerak balas terhadap cerek panas, tangan kita akan
melecur.
b. Jika kita tidak bergerak balas terhadap bunyi bising, telinga kita akan menjadi
pekak.
c. Jika kita tidak bergerak balas terhadap cahaya matahari yang terang, mata
kita akan menjadi buta.
d. Jika kita tidak bergerak balas terhadap cuaca sejuk, kita akan mati kesejukan.
10. Oleh itu, badan kita perlu bergerak balas supaya kita selamat dan boleh hidup selesa.
Jawab soalan soalan berikut:
1. Tulis istilah yang tepat.
Gerak balas

Organ deria

Rangsangan

a. Sesuatu yang menyebabkan manusia bergerak balas.


.
b. Anggota badan yang bergerak balas terhadap rangsangan.
.
c. Tindakan organ derria terhadap rangsangan.
.
2. Gariskan jawapan yang betul.
a. Manusia bergerak balas terhadap [ cahaya / rangsangan ]
b. Bau, rasa, bunyi dan sentuhan adalah contoh contoh [ rangsangan / gerak
balas ].
4

c. Manusia mengesan rangsangan melalui organ [ perkumuhan / deria ].


d. Tindakan menutup telinga apabla terdengar bunyi mercun yang kuat adalah
suatau [ rangsangan / gerak balas ].
e. Manusia bergerak balas terhadap rangsangan untuk melindungi diri daripada
[ bahaya / penyakit ].
3. Labelkan organ organ deria berikut dan namakan jenis rangsangan yang diterima
oleh organ organ tersebut.
Organ deria

Nama organ deria

Rangsangan

Telinga

Cahaya

Organ deria

Nama organ deria

Rangsangan

Kulit

4. Tuliskan organ deria yang digunakan untuk gerak balas di bawah.


Nama organ deria

Rangsangan

Buah epal itu


rasanya manis.

Bunga itu berbau


harum.

Nama organ deria

Rangsangan

Api itu terasa


sangat panas.

Bunyi mercun
sangat kuat.

Cahaya matahari
sangat terang.

Sos cili sangat


pedas.

Anda mungkin juga menyukai