Anda di halaman 1dari 4

FASA BULAN DAN BURUJ

Bulan merupakan satelit semula jadi paling cerah yang mudah dikenal pasti di langit pada
waktu malam. Jika diperhatikan Bulan dengan teliti, bentuk Bulan berbeza pada malam-
malam yang berlainan. Bulan tidak mengeluarkan cahaya, tetapi memantulkan cahaya
Matahari untuk sampai ke mata kita. Seperti Bumi, Bulan berputar pada paksinya dan pada
masa yang sama beredar mengikut orbitnya mengelilingi Bumi. Bulan berputar pada
paksinya dalam masa 27 1/3 hari dari Barat ke Timur, mengelilingi Bumi juga dalam masa 27
1/3 hari dari Barat ke Timur.

9.1 FASA BULAN


 Tempoh edaran dan putaran Bumi adalah sama, menyebabkan kita sentiasa melihat
permukaan Bulan yang sama.
 Ketika Bulan beredar mengelilingi Bumi, kita akan melihat bahagian-bahagian yang
berbeza pada Bulan yang disinari oleh cahaya Matahari.
 Peredaran Bulan mengelilingi Bumi menyebabkan bentuk-bentuk Bulan yang dilihat
kelihatan berubah.
 Bentuk-bentuk Bulan yang berbeza dikenali sebagai Fasa Bulan.

FASA-FASA BULAN
1. Anak bulan - Bahagian Bulan yang gelap menghadapi Bumi
2. Bulan sabit - Sebahagian kecil permukaan bulan yang disinari cahaya Matahari
menghadap Bumi
3. Bulan separa - Separuh bahagian permukaan Bulan yang disinari cahaya Matahari
menghadap Bumi
4. Bulan hampir purnama - Sebahagian besar permukaan bulan yang disinari cahaya
Matahari menghadap Bumi
5. Bulan purnama - Keseluruhan permukaan bulan yang disinari cahaya Matahari
menghadap Bumi
6. Bulan hampir purnama - Sebahagian besar permukaan bulan yang disinari cahaya
Matahari menghadap Bumi
7. Bulan separa - Separuh bahagian permukaan Bulan yang disinari cahaya Matahari
menghadap Bumi
8. Bulan sabit - Sebahagian kecil permukaan bulan yang disinari cahaya Matahari
menghadap Bumi

TAKWIM QAMARI
 Takwim yang kita gunakan ialah Takwim Masihi yang menunjukkan kedudukan Bumi
semasa edarannya mengelilingi Matahari.
 Takwim yang dibina berdasarkan fasa Bulan dikenali sebagai Takwim Qamari.
 Kalendar ini adalah kalendar Lunar Islam yang dikenali sebagai Kalendar Hijriah

Hari Qamari Fasa Bulan


1, 2 Anak bulan
3, 4, 5, 6 Bulan sabit
7, 8, 9, 10 Bulan separa
11, 12, 13, Bulan hampir purnama
14, 15, 16 Bulan purnama
17, 18, 19, 20 Bulan hampir purnama
21, 22, 23, 24 Bulan separa
25, 26, 27, 28 Bulan sabit
29, 30 Anak bulan

9.2 BURUJ
 Buruj ialah gugusan bintang yang kelihatan membentuk corak tertentu di langit pada
waktu malam.
 Bukan semua buruj dapat dilihat dari semua lokasi di muka Bumi. 
 Sebahagian buruj dapat dilihat di hemisfera utara, sebahagian lagi di hemisfera selatan,
dan ada yang dapat dilihat di antara hemisfera utara dengan hemisfera selatan.
BURUJ CIRI-CIRI
 Menyerupai gayung/senduk
 Terbentuk daripada gugusan tujuh bintang
 Dapat dilihat di hemisfera utara
 Menunjukkan arah utara

Buruj biduk
 Membentuk corak seperti pemburu yang
memakai tali pinggang dan memegang
senjata
 Menunjukkan arah utara
 Dapat dilihat di hemisfera utara & hemisfera
selatan

Buruj belantik
 Buruj paling kecil
 Terdiri daripada gugusan empat bintang
 Membentuk corak layang-layang/salib
 Menunjukkan arah selatan
 Dapat dilihat di hemisfera selatan

Buruj pari
 Terdiri daripada gugusan bintang yang
membentuk corak seperti kala jengking
 Dapat dilihat di sebelah hemisfera selatan

Buruj Skorpio
KEGUNAAN BURUJ
1. Pelayar dan pegembara menggunakan buruj untuk menunjukkan arah.
2. Petani menggunakan buruj untuk menandakan tibanya musim menanam dan
menuai.
3. Ahli astronomi menggunakan buruj untuk mengkaji bintang.

Anda mungkin juga menyukai