Anda di halaman 1dari 2

1

Praktis 3

PUTRAJAYA: Aktiviti jual beli dalam talian mencatatkan peningkatan sebanyak 28.9
peratus April lalu, ketika negara menguatkuasakan Perintah Kawalan pergerakan
(PKP), bermula Mac 2020. Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal
Pengguna, Datuk Alexander Nanta Linggi, berkata peningkatan itu dicatatkan ketika
sektor perniagaan lain termasuk francais mengalami kesan besar susulan penularan
wabak COVID-19 sejak akhir Disember lalu sehingga kini.
(Sumber : Berita Harian, 19 Jun 2020)

Sebagai respons terhadap petikan akhbar di atas, menceburi bidang perniagaan dalam talian
dapat meningkatkan ekonomi masyarakat dunia terutama sekali ketika ini masyarakat dunia
sedang bergelut dengan pandemik Covid-19.

Anda ingin menulis sebuah rencana untuk disiarkan dalam akhbar tempatan. Tajuk rencana
tersebut ialah ‘Kelebihan Perniagaan dalam Talian kepada Masyarakat Dunia’.

Tulis rencana itu selengkapnya.

Praktis 4

Sastera semakin terpinggir dan itu kesan negatif apabila promosinya berkurangan di
akhbar. Sastera kini berubah jadi bahan yang eksklusif dan elitis. Skopnya kini hanya
dimanfaatkan sebahagian manusia. Kehilangan Mingguan Malaysia sangat terasa
kerana seminggu sekali akhbar ini medium berkala untuk menikmati karya sastera.
Sebagai pecinta sastera, hati rasa puas dapat membaca karya rakan-rakan yang tersiar.
Setiap Ahad apabila membeli akhbar, laman sastera paling awal diselak dan dibaca.

(Sumber : Berita Malaysia, Astro Awani 4 Mei 2020)

Petikan di atas menyatakan bahawa karya sastera semakin kurang diminati akibat arus
pembangunan dan pemodenan yang begitu pesat dalam pelbagai bidang. Sehubungan dengan
itu, pelbagai langkah harus diambil oleh semua pihak terutama warga sekolah bagi
mengelakkan situasi ini terus berlaku dalam kalangan murid.

Huraikan usaha-usaha yang sewajarnya dilakukan oleh guru untuk mengembalikan


minat murid terhadap karya-karya sastera.

PUSAT TUISYEN GALUS


2

Praktis 3

Jawapan Cadangan
1. Mudah untuk memulakan perniagaan - modal yang rendah – sesuai untuk individu yang
baru berjinak-jinak dalam bidang perniagaan/ keusahawanan

2. Tidak perlu menyewa premis – boleh dilaksanakan di rumah – jimat kos tetap (sewa
permis) – modal untuk kos sewa premis boleh digunakan untuk tujuan lain

3. Urus niaga dapat beroperasi 24 jam – masa fleksibel – ikut kelapangan masa –
kepelbagaian produk boleh dipasarkan dalam satu-satu masa

4. Jaringan pasaran – mudah untuk mendapatakn pelanggan – pelanggan ramai –


pelanggan dari pelbagai tempat/ negeri/ negara – pasaran luas – Facebook, Instagram,
Twitter, blog, laman sesawang.

5. Mengurangkan pengangguran – kadar pengangguran tinggi akibat ketidaktentuan


ekonomi – membuka lebih banyak peluang pekerjaan kepada graduan lepasan
universiti/ kolej

Praktis 4

Jawapan Cadangan
1. Guru membentuk suasana yang kondusif – kelas itu hidup dan berinteraksi secara
positif – kelas yang membuat setiap pelajar mahu mengikuti pengajarannya

2. Guru perlu bijak memilih bahan pengajaran sastera – pemilihan itu biarlah bervariasi –
sesuai dengan kecenderungan, kematangan dan keterbukaan fikiran para pelajar kita.

3. Guru lebih kreatif dalam merancangkan pengajarannya – kreativiti ini boleh ‘dipinjam’
bermaksud guru harus rajin membuat kajian kecil atau mencari sumber yang dapat
membantunya melakarkan rancangan pengajaran yang menarik.

4. Setiap kelas itu berbeza dan keberkesanan cara itu juga akan berbeda mengikut
kemampuan kelas tersebut – kepelbagaian cara mengajar sastera ini dapat menarik
minat mereka.

5. Memandangkan minat itu tidak datang dengan secara tiba-tiba, guru dengan
keberaniannya bereksperimentasi perlu akur dan memahami bahawa produk itu tidak
sepenting proses penghasilannya.

PUSAT TUISYEN GALUS

Anda mungkin juga menyukai