Anda di halaman 1dari 23

AMALI 4: FASA-FASA BULAN Tajuk : Terbit dan Terbenam Bulan

Tujuan Amali : Mengkaji perubahan Fasa-Fasa Bulan

Pengenalan : Bulan adalah objek langit yang paling dekat dengan bumi. Kerana jaraknya yang paling dekat tersebut, bulan adalah objek langit yang paling mudah dilihat dengan mata kasar. Bulan biasanya kelihatan pada waktu malam, namun adakalanya kita tidak dapat melihat bulan setiap malam beberapa faktor seperti cuaca dan awan tebal.

Pembolehubah : Manipulasi: Bilangan hari Bergerak balas : Perubahan fasa bulan Malar: Jenis kamera yang digunakan

Hipotesis: Semakin meningkat bilangan hari, perubahan fasa bulan dapat diperhatikan

Alat dan radas yang digunakan: Kamera, kertas catatan, pensel

Kemahiran Proses Sains: Mengawal pemboleh ubah, menyatakan hipotesis, memerhati, mentafsir data, menggunakan perhubungan ruang dan masa, menggunakan nombor, mengelas, berkomunikasi, membuat inferens.

Prosedur: 1. Maklumat mengenai terbit dan terbenam bulan daripada buku, majalah, jurnal, surat khabar atau internet dicari. 2. Lokasi sesuai dipilih dan bulan yang terdapat di kawasan itu diperhatikan setiap hari bermula dari fasa anak bulan hingga fasa Bulan Purnama. 3. Pemerhatian dijalankan menggunakan mata kasar. 4. Kamera yang sesuai untuk mengambil gambar digunakan. 5. Tarikh dan waktu pemerhatian direkodkan. 6. Kedudukan bulan dan sebarang perubahan bentuk bulan (termasuk juga sama ada hari tersebut hujan atau tidak) dicatatkan ke dalam jadual 7. Data yang diperoleh dianalisis dan ditafsirkan. (Mentafsir data)

8. Lokasi untuk pemerhatian ialah di kawasan perumahan saya sendiri iaitu Simpang Ampat Tasek, Sbrg Prai Selatan.

Keputusan : Jadual 1: Keputusan pemerhatian amali bulan ( 7 Ogos - 21 Ogos 2013 ) :

Tarikh

Gambar

Fasa bulan yang sepatutnya kelihatan

Catatan pemerhatian

7 Ogos 2013

Cuaca: Langit cerah ( tidak hujan )

29 Ramadhan 1434H Waktu :9 pm - 9.30 pm

Fasa Bulan: Anak bulan

Fasa anak bulan sepatutnya kelihatan pada waktu : Bulan Terbit : 07:17 Bulan Terbenam :19:47

Azimuth : Bulan Timbul : 78 Bulan Tenggelam: 280

Altitude : 83.9

8 Ogos 2013

Cuaca : cerah

1 Syawal 1434H

Waktu : 8 pm-8.30 pm

Fasa bulan : Sabit Baru

Bulan kelihatan semasa pemerhatian dibuat.

Bulan Terbit: 08:03 Bulan Terbenam: 20:30

Azimuth : Bulan Timbul : 82 Bulan Tenggelam: 276

Altitude : 87.9

9 Ogos 2013 2 Syawal 1434H

Cuaca : cerah

Waktu : 8 pm-8.30 pm

Fasa bulan : Sabit Baru

Bulan kelihatan semasa pemerhatian dibuat

Bulan Terbit : 8.50 Bulan Terbenam :21:13

Azimuth : Bulan Timbul : 87 Bulan Tenggelam: 271

Altitude : 15.02

10 Ogos 2013 3 Syawal 1434H

Cuaca : langit gelap

Waktu :9pm -9.30 pm

Fasa bulan; Sabit baru (muda)

Bulan tidak kelihatan pada waktu pemerhatian dilakukan kerana langit gelap dan berawan. Namun melalui maklumat yang dikumpul fasa bulan pada malam ini ialah Sabit Baru Bulan Terbit : 09.36 Bulan Terbenam :21:56

Azimuth : Bulan Timbul: 91 Bulan Terbenam: 267

Altitude : 81.6

11 Ogos 2013 4 Syawal 1434H

Pemerhatian tidak dilakukan pada malam ini.

Namun melalui maklumat yang dikumpul, fasa bulan pada malam ini masih lagi sabit baru (muda)

Waktu bulan timbul pada hari ini ialah pada waktu 10.24 dan terbenam pada 22:41

Azimuth : Bulan Timbul : 95 Bulan Tenggelam: 262

Altitude : 77.1

12 Ogos 2013 5 Syawal 1434H

Cuaca : langit gelap berikutan hujan waktu lewat petang.

Waktu :9 pm -9.30pm

Fasa bulan; Sabit baru (muda )

Bulan tidak kelihatan sewaktu pemerhatian dilakukan namun berdasarkan data yang dikumpul : Waktu bulan timbul pada hari ini ialah pada waktu 11.13 dan terbenam pada 23:28

Azimuth : Bulan Timbul : 100 Bulan Tenggelam: 258

Altitude : 73.0

13 Ogos 2013 6 Syawal 1434H

Cuaca : Langit cerah

Waktu :12 am-12.30 am

Fasa bulan : Separa baru (muda

Bulan dapat dilihat semasa pemerhatian dijalankan kerana langit yang cerah

Waktu bulan timbul pada hari ini ialah pada waktu 12:05 dan terbenam pada 24:13

Azimuth : Bulan Timbul : 104 Bulan Tenggelam: 257

Altitude : 69.2

14 Ogos 2013 7 Syawal 1434H

Cuaca : Langit cerah

Waktu : 12 am-12.30 am

Fasa bulan : Separa baru (muda )

Bulan dapat dilihat semasa pemerhatian dijalankan kerana langit yang cerah Waktu : Bulan Timbul :12.59 Bulan Terbenam: 00:18

Azimuth : Bulan Timbul : 107 Bulan Tenggelam: 255

Altitude : 66.3

15 Ogos 2013 8 Syawal 1434H

Cuaca : Langit cerah

Waktu :12 am-12,30 am

Fasa bulan : Separa baru ( muda )

Bulan kelihatan pada waktu pemerhatian kerana langit cerah dan bulan masih lagi belum terbenam. Waktu bulan timbul pada hari ini ialah pada waktu 13.56 dan terbenam pada 01:11

Azimuth : Bulan Timbul : 109 Bulan Tenggelam: 252

Altitude : 64.4

16 Ogos 2013 9 Syawal 1434H

Cuaca ; Langit cerah

Waktu ;10pm-10.30 pm

Fasa bulan ; Separa baru

Bulan kelihatan sewaktu pemerhatian dijalankan kerana langit cerah dan terbitnya bulan pada jam 14:55 dan terbenam pada 02:08.

Azimuth : Bulan Timbul : 110 Bulan Tenggelam: 250

Altitude : 63.7

17 Ogos 2013 10 Syawal 1434H

Pemerhatian tidak dijalankan. Namun begitu, melalui maklumat yang dikumpul, bulan pada malam ini adalah bulan separa baru (muda ) Waktu bulan timbul pada hari ini ialah pada waktu 15.55 dan terbenam pada 03:07

Azimuth : Bulan Timbul : 110 Bulan Tenggelam: 250

Altitude : 64.5

18 Ogos 2013 11 Syawal 1434H

Cuaca : Langit terang Waktu ; 10 pm-10.30pm

Fasa bulan: Separa baru (muda)

Bulan kelihatan pada malam ini kerana keadaan cuaca langit terang.

Waktu bulan timbul pada hari ini ialah pada jam 16:55 dan terbenam pada 04:08

Azimuth : Bulan Timbul : 108 Bulan Tenggelam: 251

Altitude : 66.6

19 Ogos 2013 12 Syawal 1434H

Cuaca : langit gelap Waktu :10 pm-10.30 pm

Fasa bulan : Hampir purnama/ purnama baru.

Bulan tidak kelihatan pada malam ini kerana langit yang gelap . sepatutnya bulan kelihatan pada malam ini kerana terbitnya pada 17:52 dan terbenam pada 05:09

Azimuth : Bulan Timbul : 105 Bulan Tenggelam: 254

Altitude : 68.7

20 Ogos 2013 13 Syawal 1434H

Cuaca : langit cerah

Waktu :10pm- 10.30 pm

Fasa bulan : Hampir purnama

Bulan kelihatan sewaktu pemerhatian dijalankan. Langit adalah cerah dan tidak berawan tebal. Waktu bulan timbul pada hari ini ialah pada waktu 18.47 dan terbenam pada 06:08

Azimuth : Bulan Timbul : 100 Bulan Tenggelam: 257

Altitude : 70.0

21 Ogos 2013 14 Syawal 1434H

Cuaca : Langit cerah.

Waktu: 10pm -10.30pm

Fasa: Bulan purnama

Bulan kelihatan sewaktu pemerhatian dijalankan. Langit adalah cerah walaupun berawan agak tebal kelihatan namun bulan purnama pernuh dapat dilihat dengan jelas.

Waktu bulan timbul pada hari ini ialah pada waktu 19.39 dan terbenam pada 07:06

Azimuth : Bulan Timbul : 96 Bulan Tenggelam: 262

Altitude : 74.3

Kesimpulan: Perubahan hari mempengaruhi fasa-fasa bulan yang kelihatan.

Cadangan penambahbaikan : 1. Pastikan pemerhatian dibuat pada setiap hari. 2. Rujuk jadual terbit dan terbenam bulan sebelum melaksanakan amali. 3. Kamera yang digunakan hendaklah lebih canggih. 4. Pemerhatian dibuat pada waktu terbit nya bulan supaya gambar fasa bulan dapat diambil

Perbincangan: Peredaran bulan mengelilingi matahari menyebabkan bulan mempunyai fasa-fasa yang tersendiri. Fasa bulan ialah peringkat perubahan bentuk bulan yang bercahaya sepanjang pusingan di orbitnya mengelilingi bumi iaitu sebulan ijtimak. Kita cuma melihat sebahagian sahaja permukaan Bulan dari Bumi kerana ia berputar mengelilingi Bumi Pemerhatian terhadap fasa-fasa bulan telah dibuat dari tarikh 7 Ogos 2013 hingga 21 Ogos 2013. Kebanyakan gambar di ambil di kawasan kediaman saya sendiri iaitu di Simpang Ampat Tasek, Sbrg Prai Selatan. Saya memilih tarikh 7 Ogos untuk memulakan cerapan fasa-fasa bulan ini kerana pada tarikh tersebut adalah bersamaan dengan 29 Ramadhan 1434H. dimana pada tarikh ini kita sedia maklum bahawa bulan berada dalam fasa anak bulan berikutan esok harinya adalah 1 Syawal 1434H. Bermula daripada 7 Ogos 2013 sehingga ke 21 Ogos 2013, fasa-fasa bulan adalah terdiri dari anak bulan, bulan sabit, bulan separa, hampir purnama hinggalah ke fasa bulan purnama penuh. Namun begitu, semasa membuat pemerhatian, terdapat bulan yang tidak kelihatan pada tarikh tersebut sedangkan sepatutnya bulan dapat dilihat. Hal ini berlaku disebabkan oleh langit yang gelap, kehadiran awan yang agak tebal pada malam tersebut dan juga masa terbit dan terbenam bulan . Pada tarikh 10,12 dan 19 Ogos bulan tidak kelihatan sewaktu pemerhatian dijalankan. Antaranya disebabkan langit mendung dan juga ada di antaranya disebabkan oleh bulan belum terbit atau ada yang telah terbenam ketika pemerhatian tersebut dijalankan. Pada 11 Ogos , pemerhatian terhadap bulan tidak dilakukan. Ini kerana disebabkan oleh faktor kelemahan diri sendiri iaitu lupa untuk mengambil gambar dan membuat pemerhatian. Namun, untuk mengatasi masalah tersebut, maklumat berkaitan fasa bulan pada malam tersebut dicari dan dikumpul. Menurut laman internet soon and moon, fasa bulan pada 11 Ogos 2013 adalah sabit baru ( muda ).

Adakah kita dapat melihat bulan pada setiap malam dan pada waktu siang? Bagaimana hubungan antara bulan timbul dan tenggelam mempengaruhi kejadian fasa-fasa bulan dan juga kedudukan bulan adakah berhubungkait dengan bumi dan matahari?

Bulan adalah satelit yang tidak boleh memancarkan cahaya sendiri. Cahaya yang dilihat daripada bumi merupakan cahaya yang dipantulkan oleh matahari. Dari hari ke hari, bentuk dan ukuran cahaya bulan berubah-ubah sesuai dengan posisi bulan terhadap matahari dan bumi. Pada saat ijtimak, seluruh bahagian bumi tidak menerima cahaya matahari kerana bumi, bulan dan matahari sejajar tetapi bukan pada satah yang sama. Bulan tidak kelihatan daripada bumi yang diistilahkan sebagai bulan baru. ini dapat dilihat pada 7 Ogos 2013. Ketika bulan bergerak mengelilingi bumi, ada bahagian bulan yang menerima cahaya matahari dan ini menyebabkan kita di bumi terlihat bahagian bulan yang menerima cahaya. Bahagian bulan ini yang terlihat daripada bumi sangat kecil dan membentuk bulan sabit yang dikenali sebagai hilal awal bulan. Ini terjadi pada 8 dan 9 Ogos 2013. Semakin jauh bulan meninggalkan ijtimak, semakin besar cahaya bulan yang tampak daripada bumi dan ini memperlihatkan fasa bulan sebelum purnama. Contoh fasa ini yang dapat dilihat melalui pemerhatian adalah 19 dan 20 Ogos. Fasa purnama terjadi apabila bumi berada di antara bulan dan matahari. Bahagian bulan yang menerima cahaya matahari hampir keseluruhannya terlihat di bumi dan bulan kelihatan seperti purnama. Ini dapat dilihat pada 21 Ogos. Setelah itu, bulan mengalami fasa purnama lama dan kemudian sabit lama dan berulang semula sehinggalah memasuki fasa anak bulan baru semula. Bulan mempunyai waktu terbit dan terbenam. Oleh itu, walaupun langit bersih tanpa awan, kita tetap tidak boleh melihat bulan setiap malam. Sebenarnya bulan setiap hari

selalu terbit dan terbenam secara teratur namun jikalau kita melihat bulan di waktu yang salah pada malam hari, maka kita tidak akan dapat melihat bulan di langit pada malam tersebut.. Ini kerana setiap malam atau setiap hari bulan terbit dan terbenam pada waktunya yang tersendiri. Contohnya, jika bulan baru muncul, kita tidak dapat melihat bulan tersebut pada malam hari kerana terbit dan terbenam bulan baru hampir sama dengan terbit dan terbenam matahari. Bulan boleh kelihatan hampir setiap hari pada waktu siang. Namun, ini bergantung pada cuaca pada hari tersebut dan sama ada matahari memancarkan cahaya yang terik atau pun tidak. Bulan tidak kelihatan di waktu siang apabila bulan penuh, bulan baru dan juga beberapa hari sebelum dan selepas bulan baru. Bulan juga boleh kelihatan pada waktu malam apabila bulan memasuki fasa bulan purnama iaitu pada pertengahan bulan. Bulan hanya tidak kelihatan pada waktu malam semasa kemunculan bulan bagi fasa bulan baru kerana terbitnya bulan hampir sama dengan terbitnya matahari dan begitu juga terbenam bulan hampir sama dengan terbenam matahari. Jadi, pada waktu malam setelah bulan baru, kita tidak akan dapat melihat bulan di waktu malam. kecuali pada tarikh fasa bulan baru. Setiap hari, bulan akan terbit dan terbenam lewat 51 minit daripada malam sebelumnya. Jadi, bulan kelihatan pada waktu malam pada waktu yang tertentu. Bulan juga akan kelihatan jika langit cerah dan bersih tanpa awan. Kita di Bumi hanya dapat melihat bahagian permukaan Bulan yang disinari matahari. Bahagian permukaan Bulan yang dapat dilihat disebut fasa Bulan. Ketika Bulan beredar mengelilingi Bumi, luas permukaan Bulan yang berlainan dapat dilihat dari Bumi. Jadi kita melihat fasa Bulan yang berlainan. Bulan tidak kelihatan apabila Bulan berada diantara Bumi dan Matahari dalam satu garis lurus. Ini kerana bahagian gelap Bulan menghadap ke Bumi. Fasa Bulan ini disebut bulan muda atau anak Bulan.

Bulan purnama berlaku apabila kita melihat permukaan Bulan yang disinari Matahari dengan penuh.

Antara dua fasa ini terdapat fasa seperti bulan sabit, bulan separa dan bulan hampir separa ( lihat gambarajah disertakan ).

Petunjuk : 1 - Anak bulan / new moon 2 - Bulan sabit baru / cresent 3 - Bulan separa / half moon 4 - Bulan hampir purnama baru / Gibbous 5 - Bulan purnama / Bulan penuh / full moon 6 - Bulan lepas purnama lama / Gibbous 7 - Bulan separa / / half moon 8 - Bulan sabit lama / old cresent moon

Aktiviti yang sesuai dijalankan pada peringkat Sekolah Rendah bagi memahami tajuk fasa-fasa bulan adalah seperti berikut : Murid menonton tayangan video atau simulasi komputer dan berbincang bahawa Bulan tidak memancarkan cahaya tetapi memantulkan cahaya matahari. Murid-murid kemudiannya menonton tayangan video mengenai fasa-fasa Bulan. Murid menggunakan bola ping pong dan sumber cahaya dari lampu suluh untuk mensimulasikan fasa-fasa Bulan seperti berikut: a) b) c) d) Anak bulan Bulan sabit Bulan separa Bulan purnama

Murid kemudiannya memerhati simulasi yang dijalankan dan merekodkan kejadian fasa-fasa bulan serta melakarkannya didalam buku tugasan. Seterusnya murid menjalankan projek untuk memerhati dan merekodkan fasa-fasa bulan selama sebulan dan menghubungkaitkan fasa-fasa bulan tersebut dengan tarikh dalam takwim Qamari.

Anda mungkin juga menyukai