Anda di halaman 1dari 19

ZAARI BIN MOHAMAD

800421065431001
HBSC4203_V2 - EARTH AND SPACE / BUMI DAN ANGKASA

BUMI DAN ANGKASA

A.

PENDAHULUAN

Seperti yang kita ketahui, selain planet bumi, di alam semesta terdapat banyak lagi
benda-benda lain di langit. Kenampakan objek-objek samawi lain di langit yang umumnya dapat
diperhatikan dari bumi adalah bulan, bintang dan matahari. Namun, pernahkah kita mengamati,
menghayati, memikirkan dan mengkaji pemandangan langit di waktu malam yang indah dan
cerah? Tentunya pernah dan bahkan mungkin mengamati langit adalah hobi kita. Tapi adakah
sekadar kita memerhati dan menghayatinya sahaja. Kali ini marilah kita sama-sama mengkaji
akan keindahan dan kewujudan objek-objek samawi yang lain yang terdapat di angkasa. Pada
kesempatan kali ini, saya akan kongsikan beberapa maklumat tentang kenampakan tiga objek
samawi di langit yang telah saya sebutkan di atas, iaitu bulan, bintang dan matahari.

1. Kenampakan Bulan

Saat langit cerah di malam hari (tidak hujan dan tidak mendung serta tidak berawan), ada
objek di langit yang kelihatan terang tetapi tidak seterang mataharidan objek di langit tersebut
adalah bulan.

1|Mukasurat

ZAARI BIN MOHAMAD


800421065431001
HBSC4203_V2 - EARTH AND SPACE / BUMI DAN ANGKASA

Sebenarnya bulan tidak memancarkan cahaya sendiri, bulan hanya memantulkan


sebahagian cahaya matahari yang diterimanya. Cuba perhatikan bentuk bulan selama
sebulan! Betul sekali, bulan berbeza-beza selama sebulan. Dilihat dari bumi, bulan selalu
berubah-ubah, bergantung pada kedudukan bulan ketika mengelilingi bumi.

Untuk lebih jelas lagi, marilah kita sama-sama perhatikan gambar di bawah dan teliti
penerangannya.

a. Pada kedudukan 1

Bulan terletak di antara matahari dan bumi. Akibatnya, permukaan bulan yang mendapat cahaya
matahari membelakangi bumi. Sehingga kita tidak dapat melihat Bulan. Kedudukan ini disebut
bulan baru atau bulan muda.

b. Pada kedudukan 2

Separuh bahagian bulan yang menghadap bumi kira-kira hanya suku daripada keluasan yang
terkena sinar matahari. Akibatnya, kita melihat bulan sabit.

2|Mukasurat

ZAARI BIN MOHAMAD


800421065431001
HBSC4203_V2 - EARTH AND SPACE / BUMI DAN ANGKASA

c. Pada kedudukan 3

Bulan beralih hingga kedudukannya terhadap matahari dan bumi membentuk sudut 90 . Dari
separuh bahagian bulan yang menghadap Bumi, hanya satu perempat bahagian bulan yang
terkena

sinar

matahari.

Sehingga

bentuk

bulan

yang

kelihatan

adalah

setengah

lingkaran. Kedudukan ini disebut bulan separuh.

d. Pada kedudukan 4

Dari separuh bahagian bulan yang menghadap bumi kira-kira tiga perempatnya terkena sinar
matahari. Akibatnya, kita melihat bulan cembung.

e. Pada kedudukan 5

Separuh permukaan bulan memantulkan cahaya matahari ke bumi. Akibatnya, kita melihat bulan
purnama yang terjadi pada sekitar hari ke-14 atau ke-15 setiap bulan dari tahun Qamariah.

Bulan sebenarnya tidak mengalami perubahan bentuk. Bentuk bulan tetap bulat. Bulan
kelihatan

berubah

bentuk

kerana

bulan

mengelilingi

bumi.

Akibatnya, bahagian bulan yang memperoleh cahaya matahari menjadi berubah-ubah


pula. Kerana kamu hanya dapat melihat bahagian bulan yang terkena cahaya matahari, maka
bentuk bulan kelihatan selalu berubah-ubah.

2. Kenampakan Bintang

Objek di langit yang banyak terlihat jelas saat langit cerah di malam hari adalah bintang. Ada
kalanya kita menemui saat langit bertaburan bintang. Kalau kita perhatikan secara saksama, akan
kelihatan bintang-bintang tersebut nampak berkelip-kelip.

3|Mukasurat

ZAARI BIN MOHAMAD


800421065431001
HBSC4203_V2 - EARTH AND SPACE / BUMI DAN ANGKASA

Mengapa bintang hanya kelihatan pada malam hari? Sebenarnya, bintang bersinar setiap
masa. Namun, kerana letaknya sangat jauh, lebih jauh daripada letak matahari, maka cahaya
bintang pada siang hari kalah kuat dengan cahaya matahari.

Oleh kerana itu, bintang tidak kelihatan di siang hari. Bintang termasuk benda langit yang
dapat mengeluarkan cahaya sendiri. Di alam semesta terdapat banyak sekali kumpulan bintang
(gugusan bintang). Gugusan bintang disebut galaksi. Setiap galaksi terdiri atas berjuta-juta
bintang. Kalau satu galaksi saja terdiri daripada berjuta-juta bintang, bolehkah kamu bayangkan
seberapa luasnya alam semesta ini?

3. Kenampakan Matahari

Matahari

termasuk

salah

satu

contoh

bintang

kerana

dapat

menghasilkan

cahaya

sendiri. Matahari merupakan bola gas yang sangat panas serta berukuran sangat besar. Matahari
adalah bintang yang paling terang bila dilihat dari bumi. Hal ini disebabkan jaraknya paling
dekat dengan bumi.

4|Mukasurat

ZAARI BIN MOHAMAD


800421065431001
HBSC4203_V2 - EARTH AND SPACE / BUMI DAN ANGKASA

Setiap hari, kita menyaksikan matahari terbit dan terbenam. Kita tidak boleh memandang
matahari secara langsung. Ini kerana akan merosakkan mata, bahkan boleh menimbulkan
kebutaan. Negara kita termasuk negara tropika. Maksudnya, matahari terbit setiap hari. Matahari
terbit dari arah timur dan terbenam di arah barat.

B.

PEMERHATIAN

Saya telah memilih 15/11/2014 iaitu hari Sabtu (malam Ahad) untuk menjalakan kajian
ini. Ia bersesuaian kerana cuti hujung minggu di samping itu pula hari yang cukup cantik dan
indah kerana cuacanya sangat cerah dan terang. Saya menjalankan kajian ini dalam daerah
Temerloh, iaitu tempat di mana saya tinggal dan bekerja. Apa yang saya perhatikan pada malam
itu ialah kedudukan bulan yang cukup tinggi di langit. Bulan sudah berbentuk cembung kerana
mengikut kalendar Qamariah atau kalendar Islam, hari ini bersamaan 22 Muharram 1436. Bulan
juga terbit agak awal. Pada waktu petang dalam pukul 6 lagi bulan sudah mula kelihatan di
langit. Jadi, Apabila saya memulakan pemerhatian saya pada malam itu jam 8.00 malam, bulan
sudah pun berada di tengah langit, bukan lagi di kaki langit.

5|Mukasurat

ZAARI BIN MOHAMAD


800421065431001
HBSC4203_V2 - EARTH AND SPACE / BUMI DAN ANGKASA

Gambar-gambar di bawah menunjukkan kedudukan bulan dari pukul 8.00 malam sehingga jam
12.00 malam. Walaupun hanya 4 jam yang sepatutnya diperhatikan, namun saya menunggu
sehingga jam 12.00 malam untuk melihat bulan tersebut sampai ke kaki langit dan terbenam.

Pukul 8.00 malam. Bulan sudah di tengah langit

6|Mukasurat

ZAARI BIN MOHAMAD


800421065431001
HBSC4203_V2 - EARTH AND SPACE / BUMI DAN ANGKASA

Pukul 9.00 malam. Bulan sudah turun beberapa darjah.

7|Mukasurat

ZAARI BIN MOHAMAD


800421065431001
HBSC4203_V2 - EARTH AND SPACE / BUMI DAN ANGKASA

Pukul 10.00 malam. Bulan semakin turun ke kaki langit

8|Mukasurat

ZAARI BIN MOHAMAD


800421065431001
HBSC4203_V2 - EARTH AND SPACE / BUMI DAN ANGKASA

Pukul 11.00 malam. Bulan semakin hampir ke kaki langit

9|Mukasurat

ZAARI BIN MOHAMAD


800421065431001
HBSC4203_V2 - EARTH AND SPACE / BUMI DAN ANGKASA

Pukul 12.00 malam. Bulan sudah pun berada betul-betul di kaki langit.

10 | M u k a s u r a t

ZAARI BIN MOHAMAD


800421065431001
HBSC4203_V2 - EARTH AND SPACE / BUMI DAN ANGKASA

Gambar menunjukkan kedudukan

C.

HUBUNGAN BUMI, BULAN, DAN MATAHARI

1. BUMI

Bentuk bumi kita seolah-olah rata. Dalam keadaan yang sebenarnya bumi itu bentuknya bulat.
Hal-hal yang membuktikan bahawa bumi bulat antara lain:

1. Jika seseorang berlayar ke arah barat, maka orang itu akan kembali ke tempat semula dari arah
yang berlawanan.

2. Pada saat terjadi gerhana bulan, bahagian bulan yang tertutup bayangan bumi berupa gerbang.
11 | M u k a s u r a t

ZAARI BIN MOHAMAD


800421065431001
HBSC4203_V2 - EARTH AND SPACE / BUMI DAN ANGKASA

3. Jika kita berada di pelabuhan melihat kapal dari kejauhan yang tampak terlebih dahulu ujung
dan akhirnya baru semua badan kapal.

4. Ketika menjelang matahari terbit atau terbenam, di ufuk timur atau barat tampak kemerahmerahan.

Bumi melakukan 2 gerakan iaitu:

a)

Putaran bumi

Putaran bumi iaitu gerakan bumi berputar pada paksinya.

Putaran bumi mengakibatkan peristiwa-peristiwa:

a) Kejadian siang dan malam

b) Matahari kelihatan terbit di timur dan tenggelam di barat. Terbit dan tenggelamnya matahari
disebut gerak semu harian matahari.

c) Terjadinya perbezaan dan pembahagian waktu. Kala putaran bumi memerlukan waktu 24 jam.
Satu kali putaran semua tempat di permukaan bumi putarannya 360 bujur. Bumi kita dibagi
menjadi 24 daerah waktu, sehingga setiap daerah waktu meliputi 15 bujur. Garis bujur 0
melewati bandar Greenwich, sehingga waktu pangkal ditetapkan di Greenwich. Jika waktu
standard di sebelah barat bujur 0 waktunya dikurangkan sebaliknya di sebelah timur 0
waktunya ditambah.

12 | M u k a s u r a t

ZAARI BIN MOHAMAD


800421065431001
HBSC4203_V2 - EARTH AND SPACE / BUMI DAN ANGKASA

b)

Revolusi bumi

Rovolusi bumi adalah peredaran bumi mengelilingi matahari.

Revolusi bumi mengakibatkan:

a) Gerak semu tahunan matahari

b) Perubahan lamanya siang dan malam

c) Pergantian musim sepanjang tahun

d) Kelihatan rasi bintang yang berada dari bulan ke bulan

Gerak semu tahunan matahari berlangsung terus antara garis balik utara dan garis balik
selatan. Perubahan lamanya siang dan malam. Revolusi bumi tidak dapat kita rasakan, tetapi
adanya revolusi bumi ditunjukkan oleh terjadinya pergeseran lintasan mental sepanjang tahu
.Revolusi bulan mengakibatkan terjadinya pergantian musim sepanjang tahun di kawasan iklim.
Musim yang berlaku di belahan bumi utara dan selatan selama 3 bulan.

Revolusi bumi juga mengakibatkan terlihatnya rasi bintang yang membezakan dari bulan
ke bulan. Rasi bintang adalah kumpulan beberapa bintang yang membentuk planet tertentu
misalnya rasi bintang scorpio, dan rasi gemini, zaman dahulu digunakan oleh para petani sebagai
permulaan musim. Revolusi bumi digunakan asas untuk dasar perhitungan kalender Masehi atau
kalendar syamsiah. Jumlah hari dalam satu tahun Masihi 365 hari. Kala revolusi bumi 365,25
hari, sehingga bakinya 0.25 hari dikumpulkan menjadi 1 hari. Sehingga setiap 4 tahun jumlah
hari dalam 1 tahun Masihi 366 hari disebut tahun lompat yang ertinya tahun yang boleh
dibahagikan 4.

13 | M u k a s u r a t

ZAARI BIN MOHAMAD


800421065431001
HBSC4203_V2 - EARTH AND SPACE / BUMI DAN ANGKASA

2. BULAN

Bulan merupakan benda langit yang tidak memancarkan cahaya sendiri. Bentuk bulan sering
kelihatan berubah-ubah dari hari ke hari. Tapi sebenarnya bentuk bulan tidak berubah. Hal ini
boleh demikian kerana bulan dalam peredarannya melakukan 3 gerakan, iaitu:

* Bulan beredar berputar pada paksinya ( berputar )

Bulan berputar memerlukan masa kira-kira 1 bulan, sama dengan masa reformasi dilakukan
maka wajah bulan yang kelihatan dari bumi selalu sama.

* Bulan mengelilingi bumi ( berevolusi )

Dalam sekali bulan berevolusi, yang bererti pula berputar, revolusi bulan mengakibatkan
terjadinya fasa-fasa bulan. Kejadian fasa-fasa bulan adalah proses perubahan bentuk bulan yang
kelihatan dari bumi iaitu bulan baru, bulan mati, bulan sabit, bulan purnama. Waktu yang di
perlukan oleh bulan dari bulan mati ke bulan baru adalah 29.5 hari.

* Bulan bersama-sama bumi mengelilingi matahari.

Selain beredar mengelilingi bumi, bulan juga melakukan gerakan bersama bumi
mengelilingi matahari. Akibat gerakan ini bulan dan bumi kadang berada dalam satu garis lurus /
sejajar. Peristiwa ini disebut juga dengan gerhana.

Pergerakan bulan pada orbitnya digunakan untuk dasar kalender Hijrah. Kalendar hijriah
sering disebut juga dengan kalendar Qamariah. Jumlah hari dalam kalender Hijrah 354 hari.
Bermakna dengan tahun Masihi selisih 11 hari atau 12 hari.

14 | M u k a s u r a t

ZAARI BIN MOHAMAD


800421065431001
HBSC4203_V2 - EARTH AND SPACE / BUMI DAN ANGKASA

Gerhana ada 2 macam iaitu:

* Gerhana bulan ( Solar Eclips )

Gerhana bulan berlaku apabila bulan berada dalam kawasan bayang-bayang bumi. Pada saat ini
umbra bumi menutupi bulan. Kejadian ini terjadi jika matahari, bumi, dan bulan berada pada satu
garis lurus, dan bumi terletak di antara matahari dan bumi.

* Gerhana matahari ( Lunar Eclips )

Gerhana matahari terjadi jika di antara matahari dan bumi serta dalam satu garis lurus.

Gerhana matahari dibezakan menjadi 3 iaitu:

* Gerhana matahari total.

Gerhana ini berlaku bila permukaan bumi yang tertutup bayang-bayang inti bulan tidak terkena
cahaya matahari. Peristiwa ini berlangsung sekitar 7 minit. Dalam seumur hidupnya mungkin
seseorang hanya akan dapat akan mengalami gerhana ini sekali.

* Gerhana matahari sebahagian

Gerhana matahari sebahagian terjadi jika hanya sebahagian cahaya yang menuju bumi terhalang
bulan.

* Gerhana matahari cincin

Gerhana ini terjadi pada saat bulan berada pada titik paling jauh dari bumi.

15 | M u k a s u r a t

ZAARI BIN MOHAMAD


800421065431001
HBSC4203_V2 - EARTH AND SPACE / BUMI DAN ANGKASA

D.

GERAK DAN POSISI OBJEK LANGIT.

Bumi kita berputar seperti gasing. Gerak putar Bumi pada paksi putarnya ini dinamakan
gerak putaran. Untuk menyelesaikan satu putaran (satu tempoh putaran), diperlukan waktu 23
jam 56 minit 4.1 saat. Gerak putaran Bumi inilah yang menyebabkan terjadinya siang dan malam
dan pergerakan semu objek-objek langit.

Gerak semu langit adalah gerak yang kita amati dari Bumi, di mana objek-objek langit
terlihat terbit di timur dan tenggelam di barat. Gerak semu ini teramati kerana Bumi kita yang
berputaran dengan arah sebaliknya, dari barat ke timur. Lintasan gerak objek-objek langit yang
terbit di timur dan terbenam di barat, dinamakan lintasan harian benda langit. Lintasan harian ini
terlihat berbeda jika kita mengamatinya dari lintang berbeda. Jika kita berada tepat di
khatulistiwa, kita akan mengamati lintasan harian objek-objek langit tersebut, tegak lurus
terhadap horizon / ufuk.

Jika kita berada di bumi belahan selatan (sebelah selatan khatulistiwa), kita akan
mengamati lintasan harian objek-objek langit tidak lagi tegak lurus terhadap horizon, tapi
condong ke arah utara. Besarnya kemiringan lintasan harian ini tergantung sejauh mana kita dari
khatulistiwa. Semakin ke arah selatan, maka garis lintasan gerak harian objek-objek langit akan
semakin condong ke arah utara. Begitu juga sebaliknya jika kita bergerak ke arah utara. Semakin
ke utara dari khatulistiwa, maka semakin besar kecondongan lintasan harian objek-objek langit
itu ke arah selatan.

Gerak semu langit tidak sama tempohnya dengan gerak Matahari di langit (diamati dari
Bumi). Gerak semu langit tempohnya 23 jam 56 minit 4.1 saat, sedangkan gerak harian Matahari
di langit tempohnya 24 jam. Terdapat perbezaan sekitar 4 minit. Perbezaan ini menyebabkan
penampakan langit sedikit berbeza dilihat pada jam yang sama tiap harinya. Sebagai contoh:
misalnya sebuah bintang hari in terbit pukul 18:00 petang. Maka keesokan harinya ia akan terbit
pukul 17:56, lusa pukul 17:52, dan seterusnya. Bintang itu akan terbit 4 minit lebih cepat dari
hari sebelumnya. Kerana itu, perlahan-lahan penampakan langit akan bergeser dari hari ke hari.
Kira-kira enam bulan dari sekarang, bagian langit yang berada di atas kepala kita pada
16 | M u k a s u r a t

ZAARI BIN MOHAMAD


800421065431001
HBSC4203_V2 - EARTH AND SPACE / BUMI DAN ANGKASA

(misalnya) jam 9 malam, akan berada di bawah kaki kita. Dengan kata lain, jika kita mengamati
langit dengan waktu pengamatan yang terpisak 6 bulan, kita akan mengamati dua belahan bola
langit yang berbeza.

Objek-objek langit seperti Matahari, Bulan, dan planet-planet, memiliki geraknya sendiri
di antara bintang-bintang. Matahari bergerak secara perlahan ke arah timur relatif terhadap
bintang-bintang. Kerana itu, untuk menyelesaikan satu putaran mulai dari misalnya posisi tepat
di atas kepala kita, terbenam, terbit, kembali di atas kepala kita, matahari memerlukan waktu 24
jam (selang waktu sehari semalam). Bintang-bintang memerlukan waktu sama dengan tempoh
putaran Bumi, 23 jam 56 minit 4.1 saat. Bulan memerlukan waktu sedikit bervariasi, kira-kira 50
minit lebih panjang dari 24 jam. Planet-planet bergerak di langit dengan kecepatan yang lebih
besar lagi variasinya, tergantung pada seberapa dekat planet tersebut ke Matahari, dan di mana
posisinya (dalam orbitnya) relatif terhadap Bumi.

17 | M u k a s u r a t

ZAARI BIN MOHAMAD


800421065431001
HBSC4203_V2 - EARTH AND SPACE / BUMI DAN ANGKASA

E.

KESIMPULAN
Setelah menjalankan kajian dan pemerhatian ini, saya mendapati bahawa setiap objek

samawi yang berada di langit tidak berada dalam kedudukan yang tetap pada setiap masa. Oleh
itu, jika pemerhatian ulangan dilakukan dalam tempoh 3,6,9 atau 12 bulan akan datang akan
menunjukkan keputusan yang berbeza. Ini mungkin disebabkan oleh putaran bumi mengelilingi
matahari di samping jarak bintang-bintang tersebut yang berada sangat jauh dari bumi.

18 | M u k a s u r a t

ZAARI BIN MOHAMAD


800421065431001
HBSC4203_V2 - EARTH AND SPACE / BUMI DAN ANGKASA

F.

RUJUKAN

1.

https://www.academia.edu/1253488/Konsep_Astronomi_dari_Perspektif_Al-Quran

2.

"Total Lunar Eclipse: February 20, 2008". NASA Eclipse Page. NASA. 2008. Diarkibkan

daripada asal pada 2008-02-18. Diperoleh pada 2008-02-20.

3.

http://ms.wikipedia.org/wiki/Gerhana_bulan

4.

https://ml.scribd.com/doc/133383097/Sfera-Langit

5.

http://astronomi.angkasa.gov.my/cms3/page/index/id/14

6.

http://ctsains.blogspot.com/2012/11/planet-planet-dalam-sistem-suria.html

7.

http://suarianiedris.blogspot.com/p/ahli-sistem-suria.html

8.

https://cikguhamzah.wordpress.com/sains-upsr/tahun-vi/gerhana-bulan-gerhana-matahari/

9.

http://shafiqolbu.wordpress.com/2014/10/08/fenomena-gerhana-bulan-penuh-berdarah-

di-malaysia-8-oktober-2014/
10.

http://www.astroawani.com/news/show/dua-fenomena-angkasa-malam-ini-selain-

gerhana-bulan-berdarah-45551

19 | M u k a s u r a t

Anda mungkin juga menyukai