Anda di halaman 1dari 26

PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU ( PPG )

MOD PENDIDIKAN JARAK JAUH


INSTITUT PERGURUAN MALAYSIA KAMPUS TUN ABDUL RAZAK IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN DENGAN KEPUJIAN

TUGASAN PROJEK SCE3110 BUMI DAN ANGKASA LEPAS


NAMA PELAJAR NO.KAD PENGENALAN KUMPULAN KOD DAN NAMA SUBJEK CHARLES BAYANG ANAK ALBERT NYAWIN 770506135975 PPGSN2611 / SEMESTER 5 SCE3110 BUMI DAN ANGKASA LEPAS 1. Penyiasatan Lapangan: Matahari terbit 2. Aplikasi Kemahiran Proses Sains

NAMA PENSYARAH TARIKH SERAHAN

ENCIK MUYANG ANAK JAMI 21 SEPTEMBER 2013

1. Penyiasatan Lapangan : Matahari Terbit Pengenalan A. Fakta mengenai matahari:

Rajah 1 Matahari adalah bintang dan bukan planet. Matahari adalah satu daripada lebih 100 bilion bintang. Matahari adalah pusat bagi Sistem Suria. Ianya merupakan bola gas amat besar dan panas dan berlakunya tindakbalas nuklear yang mana membekalkan cahaya dan haba kepada Bumi. Matahari adalah jirim paling besar dalam Sistem Suria kita dan ia adalah lebih kurang 98 % daripada jumlah jisim dalam Sistem Suria. Matahari adalah bintang pada pertengahan umur, bermaksud ia sekarang berada pada pertengahan hidupnya. Bintang seperti Matahari memancar selama sembilan atau sepuluh bilion tahun. Matahari terbentuk lebih empat setengah billion tahun yang lalu daripada awan gas dan debu yang amat luas tanpa graviti. Bahan pada pusat awan telah memampat dan ia menjadi panas untuk menyala pelakuran nuklear. Matahari kelihatan lebih besar dan terang daripada bintang bintang yang lain kerana Matahari adalah bintang yang paling dekat dengan Bumi. Bintang adalah jasad di angkasa lepas yang memancarkan cahayanya sendiri; jasad yang lain hanya memantulkan cahaya bintang yang paling dekat. Bulan Bumi memantulkan cahaya Matahari ke Bumi. Bintang mempunyai ciri ciri yang berbeza beza, antaranya ialah kedudukan mereka, pergerakan, saiz, jisim, kandungan kimia dan suhu. Tidak ada dua bintang yang serupa. Mengenai saiz bintang, mereka mempunyai diameter sekecil kecil 7,000 batu, atau sebesar besar 900 bilion batu. Bilangan bintang yang membentuk cakerawala melebihi satu billion.

Bintang yang amat besar boleh jadi 400 kali lebih besar daripada Matahari kita, yang mana diameternya sentiasa berjuta juta batu. Matahari mempunyai paksi yang condong. Melihat Matahari secara terus boleh merosakkan mata secara kekal kerana ia sungguh terang. Sebutir bintang memancarkan cahaya dan haba. Semakin besar bintang, semakin meningkat suhunya. Diameter Matahari adalah lebih kurang 870,000 batu (1,400,000 kilometer). Itu adalah lebih kurang 109 kali saiz Bumi. Diameter Bumi ialah 7926 batu (12756 kilometer). Matahari adalah 333,000 kali lebih berat daripada Bumi. Ini bermakna jika anda meletakkan Matahari di atas penimbang, anda memerlukan 333,000 objek yang mempunyai berat yang sama dengan Bumi pada sebelah yang satu lagi untuk mencapai keseimbangan.

Matahari, jarak garisan khatulistiwanya ialah 2 720 984 batu (4,379,000 kilometer). Itu adalah 109 kali jarak garisan khatulistiwa Bumi. Jarak garisan khatulistiwa Bumi ialah 24,902 batu (40,075 kilometer). Jarak purata Matahari dengan Bumi adalah 92,580,000 batu (149,000,000 kilometer). Jarak antara Matahari dengan Bumi adalah 400 kali daripada jarak antara Bumi dengan Bulan.

Cahaya daripada Matahari mengambil masa lebih kurang 8 minit untuk sampai ke Bumi, atau dengan lebih tepat 8 minit 20 saat pada kelajuan cahaya.Matahari juga berputar. Tempoh ia berputar pada garisan Khatulistiwanya ialah 26.8 hari dan tempoh ia berputar pada bahagian kutubnya ialah 36 hari . Ia dilihat seperti bintang - bintang berada di kedudukan yang sama setiap malam, setiap tahun, tetapi sebenarnya bintang-bintang itu bergerak sepanjang masa. Tanpa Matahari, Bumi tidak boleh menyokong kehidupan.Matahari membekalkan haba dan cahaya yang diperlukan oleh Bumi untuk menyokong kehidupan.

B.

Dalam tugasan ini, kami telah diarahkan untuk mengkaji terbitnya

Matahari. Apa yang kita tahu ialah Matahari adalah sumber tenaga utama kepada semua hidupan di Bumi ini. Jadi , kajian ini adalah untuk menentukan sama ada matahari terbit di posisi yang sama setiap hari sepanjang tahun atau sebaliknya. Matahari terbit adalah peristiwa dimana sisi teratas matahari muncul di atas horizon di barat. Matahari terbit tidak sama dengan fajar, dimana langit mulai terang, beberapa waktu sebelum matahari muncul,dimana cahaya matahari terlihat mulai akhir senja hingga fajar. Oleh kerana pantulan atmosfera menyebabkan matahari masih dapat terlihat sementara berada di bawah horizon, matahari terbit dan matahari terbenam adalah dari sudut pandang ilusi optik kita. Jadi, untuk memulakan aktiviti ini, beberapa langkah perlu diambil sebelum penyiasatan dijalankan. Prosedur berikut perlu dipatuhi:

PROSEDUR a) Tempat yang bersesuaian dicari bagi mengenalpasti dan memerhatikan matahari terbit dalam masa dua minggu. b) Pemandangan berdasarkan pemerhatian dilukis. c) Pemerhatian berdasarkan mata kasar direkodkan (lukisan pergerakan matahari, azimuth, alititude dan masa) d) Data dianalis dan ditafsirkan. e) Laporan ditulis berdasarkan pemerhatian yang dibuat dengan menggunakan jadual, carta atau gambarajah sebagai bukti dan data dikaitkan dengan kajian berhubung dengan pergerakan matahari mengelilingi bumi dan kesannya kepada bumi.

Bahan dan Radas: Kamera Canon DSLR PowerShot xs30, Samsung Grand Handphone, Galaxy Tab Samsung 10.1,Binokular, Tripod,Kertas A4, Pensel 2b.

C. Lokasi,Tarikh,Masa dan Tempoh pemerhatian,Apa yang diperhatikan dan cara data dikumpul. Maklumat seperti di atas perlu saya tentukan dahulu sebelum membuat penyiasatan. Maklumat adalah seperti berikut: Lokasi Penyiasatan Masa Tempoh pemerhatian Apa yang diperhatikan Cara Data dikumpul : Gelanggang serbaguna SK Nanga Klassen : 7.00-8.00 pagi. : 2 minggu ( 22 -28 Julai/12 18 Ogos 2013) : Posisi dan masa Matahari terbit : Gambar, Jadual dan Graf.

Rajah 2 Tempat/Lokasi Penyiasatan dijalankan- Gelanggang Serbaguna sekolah

KEPUTUSAN / PEMERHATIAN: Hari/ Tarikh/Masa Gambar/Penerangan Lakaran Pergerakan Matahari/Suhu(C) Azimuth () Latitud ( )

Isnin 22/07/13 7.30 pagi Didapati posisi matahari terbit adalah di titik matahari terbit dan ia bergerak sedikit ke kanan setelah beberapa minit.

Selasa 23/07/13 7.30 pagi

Posisi matahari terbit sama dan bergerak sedikit ke kanan. Masa matahari terbit agak lama.

Rabu 24/07/13 7.30 pagi

Posisi matahari di tempat yang sama, Cuma kali ini ia bergerak ke atas dan ke kanan dengan masa terbit yang agak cepat daripada semalam.

Khamis 25/07/13 7.30 pagi

Matahari tidak kelihatan kerana awan tebal pada pagi ini. Selepas beberapa minit,matahari baru kelihatan sudah sedikit jauh di atas langit.

Jumaat 26/07/13 7.30 pagi Posisi matahari terbit tidak sama, iaitu berubah sedikit ke sebelah kiri dan masa ia terbit agak lama dan arah pergerakan matahari adalah di sebelah kanan.

Sabtu 27/07/13 7.30 pagi

Posisi matahari terbit sama seperti semalam( 26/7/13), tetapi masa ia terbit agak lama dan tidak berubah selama lebih kurang 30 minit.

Ahad 28/07/13 7.30 pagi

Posisi matahari terbit sama, tetapi ia bergerak sedikit ke kanan. Masa ia terbit untuk kali ini agak lama.

Isnin 12/8/13 7.30 pagi

Matahari terbit di posisi yang sama dan bergerak sedikit ke kiri

Selasa 13/08/13 7.30 pagi

Matahari tidak dapat kelihatan kerana faktor cuaca mendung dan hari hujan. Pemerhatian tidak dapat dijalankan.

Rabu 14/08/13 7.30 pagi

Posisi matahari terbit di titik tetap dan kelihatan ia bergerak ke kanan sedikit dan masa ia terbit agak cepat berbanding sebelum ini.

Khamis 15/08/13 7.30 pagi

Posisi matahari di tempat yang sama, bergerak sedikit ke kiri.

Jumaat 16/08/13 7.30 pagi

Posisi matahari terbit tidak berubah, arah pergerakan matahari adalah ke sebelah kiri. Masa ia terbit adalah cepat.

Sabtu 17/08/13 7.30 pagi Posisi matahari terbit masih sama, dan ia bergerak sedikit ke kanan.

Ahad 18/08/13 7.30 pagi Matahari terbit di posisi tetap dan bergerak sedikit ke kiri.

Perbincangan Akibat putaran bumi dari barat ke timur, maka matahari kelihatan bergerak terbit di sebelah timur dan terbenam di barat. Tetapi, mengikut pemerhatian yang saya amati,posisi matahari terbit memang di sebelah timur tetapi kedudukannya agak berubah atau beralih ke tepi sedikit pada setiap pagi. Jadi , bagi kita yang tinggal di kawasan garis Khatulistiwa, perubahan kedudukan Bumi apabila ia mengelilingi matahari akan menyebabkan sinar matahari jatuh pada latitud 23.5 darjah. Kedudukan matahari apabila ia terbit dan terbenam tidak selalu tepat di timur atau barat, tetapi ia selalu bergerak sedikit ke kiri dan ke kanan. Tempat dimana matahari kelihatan meningkat atau ditetapkan sentiasa berubah agak kecil setiap hari di ufuk langit. Dari 21 Disember hingga 21 Jun, titik matahari terbit bergerak ke utara sedikit setiap hari, dan dari 21 Jun hingga 21 Disember ia bergerak sedikit ke selatan setiap hari. Saya telah membuat pemerhatian selama dua minggu yang berasingan. Ini kerana saya terpaksa menunggu keadaan cuaca yang agak baik untuk melihat titik matahari terbit. Pemerhatian saya pada minggu yang pertama iaitu pada 22 hingga 28 Julai 2013 agak berhasil, tetapi ada juga keadaan pada harihari tertentu cuaca sangat tidak mengizinkan seperti hujan,kabus tebal dan cuaca mendung. Penerangan tentang setiap pergerakan matahari selama pengamatan saya selama 2 minggu ada dinyatakan di jadual di atas. Secara amnya, berdasarkan pemerhatian saya selama 2 minggu yang berasingan, saya dapati posisi Matahari terbit tidak semestinya di satu titik yang tetap, tetapi ia berubah mengikut masa dan hari. Maksudnya Matahari terbit tidak selalu tepat di suatu titik sahaja, tetapi ianya juga kadang-kadang terbit di posisi yang lain di sebelah timur iaitu ianya cuma bergerak sedikit sahaja ke tepi sebelah kanan,kiri atau tidak berubah. Beberapa pergerakan Matahari yang ada berlaku mengikut penyiasatan yang telah dijalankan telah dilakarkan.

Faktor yang lain juga diambil kira seperti masa ia terbit, apakah maksudnya jika posisi dan masa Matahari terbit berubah setiap hari dan apakah yang menyebabkan perubahan itu. Contoh lakaran posisi Matahari terbit adalah seperti dalam rajah 3 di bawah:

Titik A

Titik B

Rajah 3 Posisi Matahari Terbit Berdasarkan pemerhatian yang telah dijalankan,didapati posisi Matahari terbit tidak selalu tepat di suatu titik sahaja. Seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 3, adakalanya posisi Matahari terbit adalah berada di titik A, tetapi pada hari tertentu ia akan berubah posisi sedikit ke arah utara kanan berada di titik B. Adakalanya juga Matahari akan terbit di posisi sebelah utara kiri titik A. Jadi, jika mengikut pemerhatian dan pengamatan saya, masa dan posisi Matahari terbit tidak berubah setiap hari tetapi ia berubah selang beberapa hari kemudian. Ini kerana Matahari terbit pada posisi yang sama iaitu paling banyak di titik A dan hanya beberapa kali sahaja ia akan terbit ke arah utara posisi B.

Persoalan tentang apakah yang dimaksudkan apabila posisi dan masa Matahari berubah setiap hari atau selang beberapa hari bolehlah dikatakan kerana ianya bergantung kepada di mana posisi kita berada di Bumi. Sebagai contoh, negeri Sarawak terletak berhampiran dengan garisan khatuliswa, dan apabila kedudukan kita berada di garisan khatulistiwa, kedudukan Matahari terbit akan bergerak sedikit ke sudut tambah atau tolak 23.5 kerana posisi kita yang berada di Timur. Bumi berputar pada paksinya dengan sudut condong 23.5 pada satah orbitnya. Tempoh eksperimen ini dijalankan adalah dalam masa Ekuinoks. Ekuinoks adalah peristiwa apabila Matahari boleh diperhatikan tepat di

atas khatulistiwa Bumi, sekitar 20 Mac dan 22 September setiap tahun. Jadi, pada masa Ekuinoks kedudukan Matahari terbit di kaki langit adalah cepat dari Selatan ke Utara atau Utara ke Selatan. Tempat-tempat yang berhampiran dengan khatulistiwa mengalami kadar matahari terbit dan matahari

terbenam yang paling cepat di dunia, dengan masa hanya beberapa minit. A

24/07/13 Posisi Matahari terbit adalah di titik A Rajah 4

14/08/13 Posisi Matahari terbit berubah sedikit ke Utara kaki langit iaitu di titik B. Rajah 5

Putaran Bumi pada paksinya dengan sudut 23.5 dan


B

berdasarkan longitude dan latitude kita di Bumi menyebabkan posisi Matahari terbit berubah arah ke

Utara ekuinoks.

Rajah di bawah menunjukkan contoh kedudukan matahari di kaki langit untuk hari yang berbeza

Rajah 6

Pada masa ekuinoks, kedudukan Matahari terbit di ufuk adalah cepat dari Selatan ke Utara (di Spring) atau Utara ke Selatan (dalam Kejatuhan).Matahari terbit pada Equinox akan berlaku di arah timur hanya jika masa yang tepat Ekuinoks sama dengan masa yang tepat matahari terbit pada tarikh tersebut di latitud dan longitud anda. Ini tidak berlaku sangat kerap, dan ia akan berlaku hanya di khatulistiwa. Kesan yang menarik pembiasan atmosfera (selain daripada ia membuat Matahari kelihatan lebih tinggi berhampiran kaki langit daripada yang sebenarnya) adalah hakikat bahawa matahari terbit jelas dan azimuths matahari terbenam akan beralih ke utara kerana Timur (di hemisfera utara) sebanyak 0.5 * tan (latitud).

Analisis Data Arah Pergerakan Matahari Minggu 1 22/07/13 23/07/13 24/07/13 25/07/13 26/07/13 27/07/13 28/07/13 Minggu 2 12/08/13 13/08/13 14/08/13 15/08/13 16/08/13 17/08/13 18/08/13 Jumlah 7 Jadual 1
8 7 6 Kekerapan 5 4 3 2 1 0 Kanan Kiri Arah Pergerakan Matahari Tiada Perubahan Kekerapan

Kanan

Kiri

Tiada Perubahan

4 3

Graf 1 Arah Kekerapan Matahari Terbit

Implikasi pergerakan Bumi mengelilingi Matahari.


Bumi mengelilingi matahari pada orbitnya mengikut arah lawan jam. Satu peredaran bumi 365 hari atau setahun. Kesan peredaran bumi: a) Pengiraan tahun dan tahun lompat. b) Gerhana matahari c) Gerhana bulan d) Kejadian empat musim

Kesan Peredaran Bumi

1. Gerhana

Gerhana merupakan keadaan yang berlaku apabila kedudukan bulan, matahari dan bumi berada dalam satah mendatar yang sama.

Jika bumi berada di antara matahari dengan bulan, bayang bumi akan jatuh pada bulan. Maka terjadilah gerhana bulan.

Jika bulan berada di antara matahari dengan bumi, bayang bulan akan jatuh pada permukaan bumi. Maka terjadilah gerhana matahari.

Gerhana tidak berlaku kerap kerana jarang berlaku ketiga-tiga objek berada dalam kedudukan sebaris. Biasanya berlaku dua hingga emapt kali setahun.

a) Gerhana Bulan

Bulan tidak mengeluarkan cahayanya sendiri. Bulan memperoleh cahaya daripada matahari. Apabila bumi berada antara matahari dengan bulan, cahaya matahari dihalang oleh bumi.

Oleh itu bayang bumi akan jatuh pada permukaan bulan menyebabkan berlaku gerhana bulan.

Rajah 7: Kejadian Gerhana Bulan

Rajah 8: Fasa Gerhana Bulan

b) Gerhana Matahari

Gerhana matahari berlaku apabila bulan berada di antara matahri dengan bumi Cahaya matahari terlindung oleh bulan dan bayang bulan akan jatuh pada permukaakaan bumi.

Rajah 9: Kejadian Gerhana Matahari

Rajah 10: Gerhana Matahari

2. Kejadian 4 Musim

Kejadian emapt musim berlaku disebabkan oleh peredaran bumi mengelilingi matahari.

Pergerakan bumi ini adalah mengikut lawan pusingan jam yang mengambil masa kira-kira 365 hari.

Rajah 11 : Kejadian Empat Musim

a) Ekuinoks Musim Bunga 1. Matahari tengah hari tegak di Garisan Khatulistiwa 2. Musim bunga di Hemisfera Utara 3. Musim luruh di Hemisfera Selatan 4. Siang dan malam sama panjang b) Solstis Musim Panas 1. Matahari tengah hari tegak di atas Garisan Sartan 2. Musim panas di Hemisfera Utara 3. Musim sejuk di Hemisfera Selatan 4. Siang lebih panjang di Hemisfera Selatan 5. Matahari tengah malam di Kutub Utara c) Ekuinoks Musim Luruh 1. Matahari tengah hari tegak di Garisan Khatulistiwa 2. Musim luruh di Hemisfera Utara dan musim bunga di hemisfera Selatan 3. Siang dan malam sama panjang di seluruh dunia d) Solstis Musim Sejuk 1. Matahari tengah hari tegak di Garisan Jadi 2. Musim Sejuk di Hemisfera Utara dan musim panas di Hemisfera Selatan 3. Siang lebih panjang di Hemisfera Selatan 4. Matahari tengah malam di Kutub Selatan

2. Aplikasi Kemahiran Proses Sains Aplikasikan kemahiran proses sains yang sesuai semasa penyiasatan. Bincangkan dalam laporan sejauh manakah proses penyiasatan anda mengambilkira kemahiran proses sains. Kemahiran proses sains merupakan salah satu aspek penting yang

diberikan penekanan dalam pengajaran sains dan juga digunakan dalam pengajaran amali atau eksperimen sains. Kemahiran proses sains asas yang terdiri daripada kemahiran memerhati, membuat pengkelasan, kemahiran mengukur dengan menggunakan nombor, kemahiran membuat inferens, kemahiran meramal, kemahiran berkomunikasi dan kemahiran perhubungan ruang dan masa. Manakala kemahiran proses sains bersepadu terdiri daripada kemahiran mentafsir data, kemahiran mendefinisi secara operasi, kemahiran mengawal pemboleh ubah, kemahiran membuat hipotesis dan kemahiran mengeksperimen. Dalam penyiasatan yang telah dijalankan, penggunaan kemahiran proses sains amat penting dalam memastikan keputusan penyiasatan adalah tepat dan memperolehi data yang relevan. Antara kemahiran proses sains yang telah saya aplikasikan semasa membuat kajian Matahari terbit ialah seperti berikut :

a) Pemerhatian b) Inferens c) Ramalan d) Hipotesis e) Berkomunikasi f) Mentafsir data g) Mengawal pemboleh ubah h) Mengeksperimen

Untuk permulaan penyiasatan, saya telah mengaplikasikan kemahiran memerhati iaitu memerhatikan apa yang berlaku semasa Matahari terbit seperti posisi dan arah Matahari terbit. Kemahiran yang kedua ialah membuat inferens. Saya perlu memberi sebab tentang kejadian atau pemerhatian yang telah berlaku. Ketiga, kemahiran meramal, saya juga perlu membuat ramalan atau andaian arah dan posisi matahari terbit pada keesokan harinya. Kemahiran seterusnya ialah membuat hipotesis tentang pergerakan matahari dan posisi matahari terbit. Selain daripada itu, kemahiran lain ialah berkomunikasi. Untuk menjelaskan laporan yang saya perolehi, saya telah menggunakan jadual, graf dan gambarajah untuk menerangkan dan menganalisis data yang telah dikumpul selain mentafsir data tersebut dan seterusnya mendokumentasikannya ke dalam bentuk graf dan jadual. Disini kemahiran mentafsir data telah saya aplikasikan. Salah satu kemahiran proses sains yang sangat penting yang telah saya aplikasikan ialah mengawal pemboleh ubah. Dalam menjalankan satu penyiasatan dan kajian, mengawal pemboleh ubah adalah amat penting untuk mendapatkan hasil yang tepat dan keputusan yang baik dan jitu. Sebagai contoh, sebelum melakukan penyiasatan ini, saya perlu menentukan dahulu apakah pemboleh ubah yang perlu dikawal( dimalarkan), diubah(dimanipulasi) dan bergerak balas. Untuk penyiasatan Matahari terbit ini, saya telah tentukan bahawa pemboleh ubah yang perlu dikawal ialah kedudukan saya dan masa saya mengambil gambar Matahari terbit. Bagi pemboleh ubah dimanipulasi pula ialah bilangan hari dan minggu semasa saya mengambil Matahari terbit itu. Seterusnya ialah pemboleh ubah bergerak balas ialah arah pergerakan Matahari terbit. Semua pemboleh ubah itu perlulah dikawal dengan baik bagi mendapat hasil kajian yang baik,tepat dan jitu. Akhir sekali ialah kemahiran mengeksperimen. Setelah menentukan semua pemboleh ubah di atas, barulah kita boleh memulakan eksperimen yang hendak dijalankan. Untuk menjalankan suatu eksperimen, beberapa langkah dan prosedur perlu dipatuhi seperti tujuan, pengenalan, bahan dan

radas,langkah,pemerhatian,keputusan, perbincangan dan kesimpulan.

Kesimpulan Putaran bumi pada paksinya pada kecondongan 23.5 dan peredaran Bumi mengelilingi Matahari memberi implikasi seperti Matahari terbit di Timur dan terbenam di Barat, kejadian tahun lompat, kejadian Gerhana Matahari dan Bulan dan Kejadian 4 Musim iaitu Musim Bunga,Musim Panas, Musim Luruh dan Musim Sejuk. Daripada kajian lapangan yang telah dijalankan,iaitu mengkaji posisi Matahari terbit di Timur setiap hari, didapati hasil kajian menunjukkan bahawa posisi Matahari terbit adalah lebih kepada sebelah arah Timur di kaki langit atau ufuk Bumi. Pada musim ekuinoks, posisi dan masa Matahari terbit adalah cepat dari selatan ke utara. Apabila negara kita berada berhampiran dengan garisan khatuliswa, maka kadar Matahari terbit adalah yang paling cepat di dunia dengan masa hanya beberapa minit sahaja. Jelas sekali, berdasarkan kajian lapangan yang telah dijalankan, maka dapat disimpulkan bahawa Matahari terbit di sebelah Timur dan masa ia terbit adalah sangat cepat iaitu antara 3- 5 minit. Posisi Matahari terbit pula berubah bergantung kepada di mana tempat kita berada di Bumi.

Rujukan Buku 1. Lee Cheng Xi, Lee Beng Hin. 2012. WHIZZ THRU Fizik SPM.Selangor. OXFORD FAJAR SDN BHD. 2. Khoo Boon Nam, Kamaruzaman Moidunny.1982. Sasaran A1 Fizik SPM. Selangor. Cerdik Publications Sdn. Bhd. 3. Loo Wan Yong,1988. Kursus Bimbingan Fizik SPM. Selangor. Longman Sdn. Bhd 4. Chok Kia Peng, Yap Eng Keat.1993, Teks Bantuan FIZIK SPM. Selangor, Pustaka Delta Sdn. Bhd. 5. Poh Liong Yong, S.Nagappan, Lim Swee Cheng. 1996. Fizik STPM Jilid 1. Penerbit Fajar Bakti Sdn .Bhd. 6. Robin Kerrod,2010.Sains abad ke 21:Angkasa Lepas.Selangor.Dewan Bahasa dan Pustaka. 7. Russel Stanard,2003.Alam Semesta Panduan Mengenalinya.Selangor.Dewan Bahasa dan Pustaka. Internet 1. http://www.polaris.iastate.edu/EveningStar/Unit1/unit1_sub1.htm 2. http://www.exo.net/~pauld/activities/astronomy/stonehenge.htm 3. http://calgary.rasc.ca/index.htm 4. http://ms.wikipedia.org/wiki/Khatulistiwa 5. http://diamondsaujanaputra.blogspot.com/2010/07/terbitnya-matahari-daribarat.html 6. http://herryrinaldi.wordpress.com/2010/04/22/terbitnya-matahari-dari-baratmulai-nampak/ 7. http://diamondsaujanaputra.blogspot.com/2010/07/terbitnya-matahari-daribarat.html

Anda mungkin juga menyukai