Anda di halaman 1dari 1

DEFINISI

Menurut Burn (1995) kajian kes kebanyakannya mengkaji tentang individu atau peristiwa-
peristiwa dalam lingkungan budaya dan persekitaran mereka. Lenyelidikan berasaskan kajian
kes kebiasaannya menggunakan data kualitatif dan amat sesuai apabila sesuatu kajian
melibatkan pemerhatian seseorang individu atau unit, satu kumpulan manusia, keluarga satu
kelas, sekolah atau budaya.
Manakala, menurut Muhamad Muda (2003:3) kajian kes didefinisikan sebagai bahan
pengajaran yang menggarapkan sesuatu situasi dan semestinya yang telah/ sedang atau
akan berlaku serta boleh menjadi pengajaran. Tuntasnya, kajian kes merupakan alat
pembelajaran yang berkesan yang berupaya membentuk kemahiran membuat keputusan,
berfikir dan bekerja secara berpasukan.
Berdasarkan definisi tersebut saya dapat simpulkan bahawa kajian kes melibatkan proses
menghimpun data, memperoleh makna dan pemahaman bagi sesuatu kes. Berbeza dengan
kajian tindakan dimana kajian dibuat untuk refleksi dan penambahbaikan sesuatu program.

Langkah-langkah
1. Penyataan masalah
2. Persoalan
3. Hipotesis / objektif
4. Kajian Literatur
5. Reka Bentuk Kajian
6. Instrumentasi
7. Kajian Awal
8. Pengumpulan Data
9. Analisis Data / Hasil Kajian
10. Penyediaan Laporan

Anda mungkin juga menyukai