Anda di halaman 1dari 2

TUTORIAL RBT

5. Huraikan perkembangan teknologi tanaman hiasan dan sayur-sayuran dari aspek


kepentingan, pengurusan pertanian, pemasaran, pembiak bakaan dan masa depan.

Perkembangan teknologi tanaman hiasan dan sayur-sayuran boleh dilihat daripada pelbagai
aspek khususnya daripada aspek kepentingan, pengurusan pertanian, pemasaran, pembiak
bakaan dan masa depan.

Antara kepentingan perkembangan teknologi tanaman hiasan dan sayur-sayuran adalah


dapat berfungsi sebagai perlindungan dan teduhan. Hal ini demikian kerana, pokok hiasan yang
besar boleh dijadikan tempat untuk manusia berlindung terutamnanya apabila hari terlalu panas.
Kita boleh berlindung di bawah pokok tersebut bagi mengelakkan terkena cahaya matahari yang
terik. Misalnya, pokok bucida sangat sesuai untuk ditanam di tepi-tepi jalan sebagai landskap
disamping mampu memberi perlindungan pada hari panas disebabkan saiznya yang besar.
Seterusnya, penanaman teknologi tanaman hiasan juga akan dapat mengawal suhu
persekitaran. Hal ini demikian kerana bumi pada hari ini semakin panas dengan kehadiran asap-
asap daripada kenderaan dan juga asap-asap daripada kilang yang berdekatan. Misalnya
penanman pokok palma sebagai pokok hiasan akan dapat membantu menyerap bahan-bahan
punca pencemaran melalui luang kecil yang ada pada daunnya. Pokok palma ini akan membantu
untuk mengurnagkan bensen 4, formoldehid, dan karbon monoksida dari udara. Maka, apabila
partikel-partikel kimia seperti ini dapat dikurangkan, ianya akan membantu mengawal suhu
persekitaran supaya ianya tidak terlalu panas.

Seterusnya dari segi pemasaran pula, perkembangan teknologi sayur-sayuran juga akan
dapat mengurangkan perbelanjaan untuk mengimport sayur-sayur dari negara luar. Hal ini
disebabkan oleh, negara kita masih lagi mengimport sebilangan besar sayur-sayur seperti
bawang putih, brokoli dan cendawan dari negara-negara luar seperti China, India dan juga
Thailand. Kos untuk mengimport bahan yang dihabiskan oleh kerajaan sehinggan berbilion ringgit
sudah pasti akan dapat dikurangkan sekiranya kita dapat menanam sendiri sayuran di negara
kita secara komersial. Rakyat juga tidak akan dibebankan dengan harga sayuran yang terlalu
mahal apabila sayuran yang dibeli adalah dari negara kita sendiri kerana kos yang diperlukan
sudah pasti lebih sedikit berbanding dengan sayur yang diimport dari luar. Dari segi aspek kedua
pula, sekiranya penanaman sayuran menggunakan teknologi terkini dapat dijalankan dengan
pesat, sayur-sayuran tersebut boleh menjadi satu bahan eksport negara. Perkra ini sudah pasti
akan meningkatkan pendapatan negara dan juga pendapatan-pendapatan petani moden. Di
samping itu, sudah pasti imej negara akan meningkat sekiranya negara kita mampu menyalurkan
sebilngan besar sayur-sayuran ke negara luar.

Selain itu, perkembangan teknologi tanaman hiasan dan sayur-sayuran daripada aspek
pengurusan pertanian pada masa kini amat memberansangkan. Hal ini dapat dilihat apabila
Jabatan Pertanian di Malaysia giat menjalankan kerjasama dengan pihak yang terlibat dengan
pertanian dalam aspek pengurusan pertanian. Misalnya, Jabatan Pertanian telah melaksanakan
pemindahan teknologi secara pakej bagi pembangunan tanaman yang dikenal pasti. Pengurusan
teknologi tanaman hiasan dan sayur-sayuran yang diaplikasikan meliputi pengurusan tanah,
pengurusan tanaman, kawalan perosak, pengendalian lepas tuai, pemprosesan dan pemasaran
yang melibatkan beberapa bahagian akan disepadukan bagi memastikan projek berjaya
mencapai matlamat yang ditetapkan. Teknologi yang ditawarkan adalah selaras dengan
pendekatan berasaskan rantaian nilai bagi meningkatkan daya saing dan kemampanan sektor
mengikut business model tanaman. Malah, pada masa kini juga, perkembangan teknologi
tanaman hiasan dan sayur-sayuran dalam aspek pengurusan pertanian dapat dibuktikan melalui
kewujudan pelbagai kaedah pertanian pada masa kini contohnya seperti tanaman menggunakan
teknologi fertigasi. Tanaman Penggunaan Teknologi Fertigasi ini dapat memberi kesenangan dan
kemudahan kepada pengusaha pertanian kerana mereka lebih mudah untuk menguruskan
pertanian mereka dengan menggunakan teknologi fertigasi tersebut. Tanaman berteknologi
fertigasi juga menghasilkan pengeluaran yang tinggi dan bermutu, membolehkan Amalan
Pertanian Baik (GAP) dipatuhi dan hasil pertanian selamat digunakan oleh manusia. Tuntasnya,
perkembangan teknologi tanaman hiasan dan sayur-sayuran seperti ini sudah tentu
memudahkan usahawan pertanian menguruskan pertanian mereka menggunakan teknologi
tinggi dan mesra alam dalam aktiviti pertanian yang dijalankan.

Anda mungkin juga menyukai