Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) merupakan pentaksiran yang berterusan dalam sesi pengajaran
dan pembelajaran bagi mendapatkan maklumat tentang perkembangan, kemajuan, kebolehan
dan pencapaian murid. PBD berlaku secara formatif dan sumatif; sebagai pembelajaran, untuk
pembelajaran dan tentang pembelajaran.
PBD dahulunya dikenali sebagai Pentaksiran Sekolah (PS) bermula pada tahun 2011. Pada
tahun 2016, PS mula dikenali sebagai PBD.
PBS ialah Pentaksiran Berasaskan Sekolah, suatu pentaksiran yang bersifat holistik iaitu menilai
aspek kognitif (intelek), afektif (emosi dan rohani) dan psikomotor (jasmani). Ini selaras dengan
Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Oleh itu terdapat empat komponen dalam PBS iaitu
Pentaksiran Pusat (PP), Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan & Kokurikulum (PAJSK),
Pentaksrian Psikometrik (PPsi) dan Pentaksiran Bilik Darjah (PBD).
PBD pula ialah pentaksiran yang berlaku secara berterusan sepanjang PdP, bagi semua mata
pelajaran. PBD bukanlah untuk membandingkan tahap penguasaan antara seorang murid
dengan murid yang lain, tetapi ia bertujuan untuk melihat perkembangan kemajuan murid dalam
pembelajaran di samping membantu guru menambah baik pengajaran mereka.
Pelaksanaan konsep PBD berlaku secara berterusan dari Tahun 1 hingga Tahun 6 di sekolah
rendah dan dari Tingkatan 1 hingga Tingkatan 5 di sekolah menengah.
PBD dilaksanakan secara berterusan sepanjang proses PdP sepanjang tahun. PBD
dilaksanakan melalui pelbagai kaedah pentaksiran seperti:
Pemerhatian
Penulisan
Lisan
Melalui kerja projek, kuiz, pembentangan dan-lain- lain aktiviti pembelajaran, berdasarkan
Standard Prestasi dan pertimbangan profesional guru.
Tahap penguasaan murid dalam PBD dilaporkan menggunakan templat pelaporan dalam fail
Excel yang digunakan secara luar talian. Laporan ini digunakan pada peringkat sekolah, serta
dilaporkan kepada murid dan ibu bapa.
Pihak pentadbir sekolah melakukan pemantauan, manakala guru-guru dalam panitia semua
mata pelajaran melakukan perbincangan dan penyelarasan berkaitan kaedah dan instrumen
pentaksiran yang digunakan. Guru dalam panitia yang sama juga melakukan moderasi
(perbincangan) sesama mereka dalam melakukan pertimbangan profesional terhadap murid.
Pengetua/Guru Besar
Penolong Kanan Pentadbiran
Penolong Kanan Hal Ehwal Murid
Penolong Kanan Ko Kurikulum
Penolong Kanan Petang
Penolong Kanan Pendidikan Khas
Guru Kanan Mata Pelajaran/Ketua Bidang
Ketua Panitia
Guru Cemerlang
Jurulatih Utama
Mana-mana guru yang dilantik oleh Pengetua/ Guru Besar/JK PBS
Untuk tujuan pelaporan, templat pelaporan PBD dalam fail Excel yang disediakan dalam laman
web BPK. Pelaporan dibuat dua kali setahun.
15. Adakah templat pelaporan PBD yang baharu ini untuk semua
Tahun dan Tingkatan?
Templat pelaporan PBD yang baharu akan disediakan mengikut Tahun/ Tingkatan kurikulum
KSSR (Semakan 2017) dan KSSM yang dilaksanakan. Ini bermakna pada tahun 2018, templat
pelaporan yang baharu ialah untuk Tahun 1, Tahun 2, Tingkatan 1 dan Tingkatan 2. Manakala
templat pelaporan PBD yang baharu untuk Tahun 3 KSSR (Semakan 2017) dan Tingkatan 3
KSSM akan dimula digunakan pada tahun 2019.
Templat pelaporan PBD yang baharu untuk Tahun 4 akan digunakan pada tahun 2020, Tahun 5
pada tahun 2021 dan Tahun 6 pada tahun 2022. Semua templat pelaporan yang baharu akan
dimuat naik di laman web BPK lebih kurang enam bulan sebelum tahun pelaksanaannya.
PBD merupakan sebahagian dari kurikulum. Kurikulum terdiri daripada kandungan, pedagogi
dan pentaksiran. Pentaksiran ini dinyatakan dalam Dokumen Standard Kurikulum dan
Pentaksiran (DSKP) setiap mata pelajaran. Pelaksanaan kurikulum dan pentaksiran berlaku
secara serentak dan tidak memerlukan surat pekeliling yang berasingan. Surat pekeliling bagi
melaksanakan KSSR (Semakan 2017) ialah SPI Bil. 8/2016 manakala surat pekeliling bagi
melaksanakan KSSM ialah SPI Bil. 9/2016.
Tahap Penguasaan Umum ialah tahap penguasaan yang digunakan oleh semua mata pelajaran
bagi menjadi asas kepada pembangunan Standard Prestasi mata pelajaran tersebut. Tahap
Penguasaan Keseluruhan ialah penentuan satu Tahap Penguasaan dalam mata pelajaran
tersebut pada penghujung sesi persekolahan iaitu pada akhir tahun persekolahan.