Anda di halaman 1dari 11

1.

0 TUNJANG KSSR

Enam tunjang yang diperkenalkan dalam KSSR, merupakan satu bentuk pengklasifikasian
bidang ilmu, kemahiran dan nilai bagi melahirkan modal insan yang seimbang dari segi
jasmani, emosi, rohani dan intelek yang berfikiran kreatif, kritis dan sosial. setiap tunjang
saling berhubungkait dan bersepadu.

Rajah 1: Tunjang
KSSR

 Tunjang Komunikasi
Memberi penekanan kepada proses mengaplikasi kemahiran berinteraksi dalam
bentuk lisan dan bentuk lisan. Murid perlu menguasai kemahiran ini bagi membantu
mereka dalam pemerolehan ilmu pengetahuan, kemahiran dan nilai dalam tunjang-
tunjang yang lain.

 Tunjang Perkembangan Fizikal dan Estetika


Memberi penekanan kepada perkembangan jasmani dan kesihatan untuk
kesejahteraan diri dan pemupukan daya imaginasi, kreativiti, bakat dan apresiasi.
Tunjang ini mendokong kemenjadian murid dan memastikan domain psikomotor,
kognitif dan afektif yang meliputi aspek pengetahuan, kemahiran dan nilai bagi
elemen emosi dan fizikal murid dibangunkan secara positif.
 Tunjang Kemanusiaan
Memberi penekanan kepada kajian dan penguasaan ilmu serta amalan tentang
manusiawi dengan menggunakan kaedah secara kritis, analitis, spekulasi dan bukan
secara empirikal sains semula jadi. Pelbagai disiplin ilmu yang boleh
mengaplikasikan tunjang kemanusiaan dalam pendidikan seperti sejarah, falsafah,
agama dan sebagainya.

 Tunjang Keterampilan Diri


Memberi penekanan kepada pemupukan kepimpinan dan sahsiah diri melalui aktiviti
kurikulum dan kokurikulum. Murid diberi peluang menyepadukan pengetahuan,
kemahiran dan nilai yang dipelajari di dalam biik darjah dan mengamalkannya dalam
kegiatan kokurikulum.

 Tunjang Sains dan Teknologi


Memberi penekanan kepada penguasaan:
 Pengetahuan sains, kemahiran dan sikap saintifik
 Pengetahuan, kemahiran dan nilai dalam matematik
 Pengetahuan dan kemahiran berasaskan teknologi

 Tunjang Kerohanian, Sikap dan Nilai


Memberi penekanan kepada bidang pembelajaran yang berfokus kepada
penghayatan amalan agama, kepercayaan, sikap dan nilai. Disiplin ilmu dalam
tunjang ini merangkumi Pendidikan Islam dan Pendidikan Moral.
Soalan: Apakah perkaitan antara Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) dengan
tunjang Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR)?

Jawapan:

Tunjang KSSR dibina berdasarkan FPK. Hal ini kerana tunjang KSSR adalah bertujuan
untuk melahirkan insan yang seimbang. Tujuan tersebut juga terdapat di dalam KSSR iaitu
“…mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis…”.

Tunjang KSSR menekankan tentang perkembangan fizikal dan estetika. Hal ini juga
turut ditekankan di dalam FPK iaitu “…dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani…”Murid-
murid yang akan dihasilkan kemudian bukan sahaja diharap cemerlang dari segi akademik
malah dari segi jasmani dan kesihatan diri mereka.

Kerohanian sikap dan nilai terdapat di dalam tunjang KSSR dan begitu juga dengan
FPK. Dalam FPK ada menyatakan “…berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada
Tuhan…”, yang menunjukkan hasrat FPK yang ingin melahirkan insan yang bukan sahaja
mempunyai agama malah mempercayai dan patuh pula kepada Tuhan. Melalui kurikulum
KSSR. Murid-murid juga diharap dapat menghayati amalan agama, kepercayaan, sikap dan
nilai-nilai murni.

Seterusnya, KSSR berteraskan FPK iaitu ingin melahirkan murid-murid yang


berperikemanusiaan. Selaras dengan yang terkandung di dalam FPK iaitu “ …memberi
sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara…”, tunjang
KSSR juga bertujuan melahirkan insan yang dapat menguasai ilmu atau amalan mengenai
masyarakat, negara dan isu global. Hal ini penting kerana dapat menyatukan hubungan
antara pelbagai kaum di Malaysia dan mengelakkan salah faham dalam budaya yang
pelbagai sehingga dapat memecah belahkan masyarakat. Murid juga dapat dipupuk dengan
rasa cinta yang tinggi kepada negara dan sanggup berjuang menaikkan nama negara di
peringkat antarabangsa melalui pelbagai cara yang positif.
PENILAIAN

1.0 Takrifan Penilaian

Stufflebeam et. al. (1971: xxv) menyatakan “penilaian” sebagai the process of
delineating, obtaining, and providing useful information for judging decision alternatives.

Terry D. TenBrink (1974:8) pula menyatakan bahawa penilaian merupakan suatu


proses mendapatkan maklumat yang akan digunakan untuk membuat pertimbangan yang
seterusnya digunakan dalam membuat keputusan.

Sebagai rumusannya, penilaian merupakan satu proses atau aktiviti yang sistematik
untuk memperoleh maklumat yang berguna dalam menentukan sesuatu prestasi pengajaran
dan pembelajaran Bahasa Melayu. Dalam Bahasa Melayu KBSR, penilaian merupakan satu
proses untuk menguji, mengukur, dan membuat pertimbangan mengenai kebolehan atau
kemahiran dan kefahaman murid berdasarkan objektif P&P.

2.0 Jenis-jenis Penilaian


Terdapat dua jenis ujian, iaitu ujian formatif dan ujian sumatif. Perbezaan antara kedua-
dua jenis ujian tersebut pada asasnya berdasarkan skop kemahiran, jangka masa P&P
atau objektif pengajaran dan pembelajaran yang hendak diuji.

2.1 Perbezaan ujian formatif dan sumatif


Perbezaan antara ujian formatif dan ujian sumatif dapat ditunjukkan menerusi
jadual di bawah:
Ujian formatif Perbezaan Ujian sumatif

Maklum balas kepada pelajar Fungsi Pensijilan dan penggredan


dan guru tentang kemajuan dan
kelemahan.
Sepanjang pengajaran Masa Pada akhir unit/kursus
Kognitif, psikomotor dan afektif Penekanan Kognitif
Terhad kepada tugasan Sifat Beraneka jenis
Berubah-ubah Kesukaran Senang-sukar
Dibentuk khas Alat Peperiksaan akhir
tahun
Rujukan kriteria Jenis ujian Rujukan norma
Jadual 1: Perbezaan antara ujian formatif dengan ujian sumatif
3.0 Aktiviti Penilaian Bahasa
Bagaimanakah anda hendak menilai kemahiran bahasa dalam pengajaran dan
pembelajaran anda? Berikut merupakan contoh-contoh aktiviti yang boleh anda
lakukan:
3.1 Penilaian Porfolio

Penilaian portfolio merupakan salah satu kaedah yang digunakan oleh guru untuk
mengumpul dan merekod bukti pencapaian pelajar dalam satu jangka masa yang
dipersetujui bersama. Terdapat beberapa jenis portfolio untuk tujuan dan konteks
pembelajaran yang berbeza iaitu:

i. Portfolio Kerja Harian

ii. Portfolio Hasil Terbaik

iii. Portfolio Dokumen

3.2 Bagaimana menilai portfolio?

i. Berdasarkan konsep perkembangan pembelajaran yang


berterusan dan berfokuskan kepada perkembangan pelajar
dalam aspek kemahiran-kemahiran, pengetahuan dan
kefahaman.

ii. Menggunakan peta perkembangan pembelajaran pelajar yang


memberi gambaran perkembangan yang lebih menyeluruh dari
awal hingga akhir.

iii. Menggunakan inferens dengan rekod menimbang pelbagai


bukti seperti hasil pemerhatian, jurnal dan rekod anekdot
sebelum membuat anggaran seimbang (on-balance) tentang
tahap pencapaian pelajar.

iv. Membuat laporan samada secara huraian atau grafik untuk


memberi matlamat yang lebih lengkap dari markah mentah
ujian yang hanya membandingkan seorang pelajar dengan
pelajar lain sahaja.
Sebagai contoh, mari kita lihat bagaimana penilaian portfolio dilaksanakan dengan
menggunakan peta perkembangan pembelajaran berkaitan penguasaan ejaan murid yang
mempunyai lima tahap perkembangan. Setiap tahap telah ditentukan kriteria-kriteria yang
perlu dikuasai oleh murid. Selepas murid menguasai setiap tahap, maka murid itu boleh
meneruskan dengan tahap berikutnya sehinggalah sampai ke tahap lima, iaitu tahap yang
terakhir.

E 5 Berdikari mengeja perkataan-perkataan

J 4 Mencantum suku kata dengan bimbingan guru

A 3 Membentuk suku kata

A 2 Menyebut bunyi huruf

N 1 Permulaan mengenal huruf

Rajah 2: Lima tahap perkembangan pembelajaran murid

3.3 Penilaian Melalui Pemerhatian.

Beberapa perkara perlu diambil kira dalam melaksanakan proses pemerhatian.


Antaranya ialah:

 Kualiti Pemerhatian

 Bentuk Perancangan

 Jenis-jenis Pemerhatian

4.0 PENILAIAN (PENTAKSIRAN SEKOLAH)

4.1 Rasional Penilaian Berasaskan Sekolah:

Penilaian Berasaskan sekolah dapat mengesan perkembangan murid secara


menyeluruh. Mengenalpasti kekuatan dan kelemahan muird-murid dalam
pembelajaran lebih awal dari semasa ke semasa. Boleh membantu guru
mengetahui kenberkesanan pengajaran guru. Seterusnya, guru boleh merancang
dan mengubahsuai pengajarannya. Guru juga dapat menjalankan tindakan susulan
yang sesuai dengan serta merta selepas membuat Penilaian Berasaskan Sekolah.
4.2 Ciri-ciri Penilaian Berasaskan Sekolah:

Pentaksiran Berasaskan Sekolah merupakan satu bentuk pentaksiran dan penilaian


yang dilaksanakan di sekolah. Ianya diurus dan ditadbirkan secara terancang
mengikut prosedur yang ditetapkan oleh Lembanga Peperiksaan Malaysia.

4.3 Penilkaian Berasaskan Sekolah terbahagikan kepada 2 bentuk format pentaksiran


iaitu:

1. Kerja kursus/ PEKA:

Calon melaksanakan tugasan di sekolah yang dikendalikan sepenuhnya oleh guru


sewaktu pengajaran dan pembelajaran. Dokumen pentaksiran adalah dibekalkan
oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia. LPM/JBN/PPD yang melantik pemantau
atau penyelaras. Penskoran dan pelaporan dibuat oleh sekolah. Kemudian
pemarkahan dihantar kepada Lembaga Peperiksaan Malaysia. Sijil dikeluarkan
oleh sekolah.

2. Pentaksiran Lisan Berasaskan Sekolah:

Calon ditaksir kemahiran berlisan menerusi pelbagai konteks dalam situasi


pengajaran dan pembelajaran. Lembaga Peperiksaan Malaysia yang
membekalkan panduan. Pemantau/penyelaras dilantik oleh LPM/JPN/PPD.
Penskoran dan pelaporan dibuat oleh sekolah. Sijil juga dikeluarkan oleh sekolah.

3. Projek:

Calon melaksanakan tugasan di sekolah.LPM membekalkan panduan.


LPM/JPM/PPD melantih pemantau/penyelaras. Pemarkahan dan pelaporan oleh
sekolah.Markah dihantar kepada JPM. Sekolah mengeluarkan sijil.

4. Modul.

Calon ditaksir kompetensinya mengikut spesifikasi. LPM membekalkan modul


pentaksiran sebagai panduan.LPM/JPM/PPD melantik pemantau/penyelaras.
Pemarkahan dan pelaporan oleh sekolah.Markah dihantar kepada JPM. Sekolah
mengeluarkan sijil.
5. Ujian Lisan Berasaskan Sekolah (USBS)

Calon ditaksir kemahiran berlisan menerusi pelbagai konteks dalam situasi


pengajaran dan pembelajaran. LPM membekalkan panduan. LPM/JPM/PPD
melantih pemantau/penyelaras. Pemarkahan dan pelaporan oleh sekolah.Markah
dihantar kepada JPM. Sekolah /LPM mengeluarkan sijil.

4.4 Prinsip-prinsip Penilaian Berasaskan Sekolah:

Dirancang di peringkat sekolah merujuk kepada beberapa perancangan berikut:

a. Murid akan ditaksir, bila pentaksiran dibuat, kekerapan pentaksiran , siapa


yang terlibat dalam pentaksiran pemilihan atau pembinaan instrument
pentaksiran, penskoran,pengredan dan pelaporan dibuat oleh pihak sekolah
dengan berpandukan kapada Panduan Penilaian Berasaskan Sekolah bagi
matapelajaran berkenaan.
b. Ditadbir di peringkat sekolah merujuk kepada usaha mengumpul maklumat
pentaksiran dan dilaksanakan oleh guru pentaksir yang terlibat dalam
pembelajaran murid dan pengurusan evidens.
c. Diskor di peringkat sekolah merujuk kepada proses pemberian skor kepada
perkara ditaksir berdasarkan skema penskoran.
d. Dilaporkan di peringkat sekolah merujuk kepada perumusan skor oleh guru
pentaksir bagi mendapatkan tahap penguasaan pelajar.
e. Perumusan skor akan dibuat berdasarkan prinsip rumusan yang telah
ditetapkan oleh paraturan penggredan yang telah dibina.
f. Kerangka yang ditetapkan merujuk kepada prinsip dan konsep Pentaksiran
Berasaskan Sekolah.
g. Dimoderasikan pula merujuk kepada usha memastikan tiap-tiap murid ditaksir
berdasarkan perkara yang sama. Mekanisme penyelaraskan dan pemantauan
dilaksanakan untuk meningkatkan kebolehpercayaan skor pentaksiran bagi
menjamin kualiti.
h. Mempunyai kesahan dan kebolehpercayaan . Kesahan merujuk kepada
perkara yang ditaksir itu relevan dan terangkum dalam Huraian Sukatan
Pelajaran. Kebolehpercayaan merujuk kepada sejauh mana skor pentaksiran
itu tepat dan tekal. Kesahan dan kebolehpercayaan skor pentaksiran ini
dipastikan melalui pelaksanaan mekanisme penyelarasan dan pemantauan.
i. Pelaporan positif. Skor yang dilaporkan menunjukkan tahap penguasaan
murid dan ini boleh diperbaiki dan dipertingkatkan dari semasa ke semasa.
4.5 Aspek Penilaian Berasaskan Sekolah:

i. Dalam Penilaian Berasaskan Sekolah, aspek-aspek yang dinilai ialah:


ii. Daya kreatif. Contohnya: mereka cipta, melukis.
iii. Kemahiran proses sains, Contohnya: memerhati, membuat inferens.
iv. Perlakuan dan amalan nilai. Contoh: membantu, berdikari.
v. Sikap. Contoh: bersemangat untuk belajar, gigih bekerja.
vi. Kesihatan dan kecergasan. Contoh: sihat, cergas dan aktif.
vii. Kemahiran kinestetik. Contohnya: bersukan, bergerak secara kreatif.
viii. Bakat dan minat. Contohnya: Kesungguhan membuat sesuatu,kelebihan
dalam sesuatu bidang

5.0 PENILAIAN (PENTAKSIRAN RUJUKAN STANDARD)

Pentaksiran Rujukan Stardard diperkenalkan dan merupakan kelebihan kepada


Penilaian Berasaskan Sekolah. Pentaksiran Rujukan Standard menggunakan Stardard
Prestasi demi untuk menambahbaikan kepada pentaksiran sekolah sedia ada. Melalui
kaedah ini, guru dapat melihat kemajuan dan pertumbuhan pembelajaran serta
pencapaian prestasi seseorang murid. Ia merupakan proses mendapatkan maklumat
tentang sejauh mana murid tahu, faham dan boleh buat atau telah menguasai sesuatu
yang telah dipelajari berdasarkan pernyataan standard prestasi yang ditetapkan
mengikut tahap-tahap pencapaian seperti yang dihasratkan dalam dokumen kurikulum.

6.0 PENILAIAN (STANDARD PRESTASI)

Standard prestasi merupakan satu pernyataan yang menerangkan tentang tahap-tahap


penguasaan seseorang murid dalam sesuatu bidang atau mata pelajaran yang
dipelajari. Dalam satu tempoh pembelajaran, murid ditaksir berdasarkan penanda aras
(benchmark) yang terdapat dalam standard prestasi. Guru menggunakan standard
prestasi sebagai rujukan untuk menentukan aktiviti pentaksiran dilaksanakan secara adil
dan berfokus. Standard Prestasi juga menjadi sumber rujukan oleh semua pihak yang
terlibat dalam pendidikan secara langsung dan tidak langsung seperti murid, guru, ibu
bapa serta pihak yang berkepentingan untuk menunjukkan dengan jelas matlamat yang
ingin dicapai dalam sistem pendidikan. Selain itu, standard prestasi juga boleh dijadikan
kayu ukur untuk menentukan tahap dan standard pendidikan negara berbanding negara
lain. Jadual 1 menunjukkan pernyataan dalam Standard Prestasi dan tafsirannya.
Dengan menggunakan Standard Prestasi:

a. Murid tahu dengan jelas apa yang perlu dikuasai atau dicapai, apa yang ditaksir dan
kualiti yang diharapkan dalam sesuatu pentaksiran.
b. Guru tahu matlamat yang akan dicapai dalam pendidikan murid di sekolah, apa yang
ditaksir dan kualiti yang harus ada pada setiap murid.

c. Ibu bapa tahu apa yang telah dikuasai atau dicapai oleh anak-anak mereka selepas
melalui proses pendidikan untuk satu tempoh tertentu.

d. Pihak yang berkepentingan tahu matlamat kurikulum dan kualiti murid yang melalui
sistem pendidikan negara.

Jadual 1: Standard prestasi dan tafsirannya


NOTA RINGKAS

1. Maksud penilaian
satu proses atau aktiviti yang sistematik untuk memperoleh maklumat yang berguna
dalam menentukan sesuatu prestasi pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu.
2. Jenis-jenis penilaian
 Ujian formatif
 Ujian sumatif
3. Aktiviti penilaian bahasa
 Penilaian portfolio
 Penilaian melalui pemerhatian
4. Penilaian (Pentafsiran Sekolah)
 Kerja kursus/PEKA
 Pentaksiran lisan berasaskan sekolah
 Projek
 Modul
 Ujian lisan berasaskan sekolah (USBS)
5. Penilaian (Pentaksiran Rujukan Standard)
Merupakan proses mendapatkan maklumat tentang sejauh mana murid tahu, faham
dan boleh buat atau telah menguasai sesuatu yang telah dipelajari berdasarkan
pernyataan standard prestasi yang ditetapkan mengikut tahap-tahap pencapaian
seperti yang dihasratkan dalam dokumen kurikulum.
6. Penilaian (Standard Prestasi)
Satu pernyataan yang menerangkan tentang tahap-tahap penguasaan seseorang
murid dalam sesuatu bidang atau mata pelajaran yang dipelajari

Anda mungkin juga menyukai