Anda di halaman 1dari 25

Perbandingan bagi Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) akan/ sedang dijalankan di

Malaysia bagi subjek Matematik dengan Negara Hong Kong dan Caribbean.

Zulhelmi Zulkpli
Universiti Teknologi Malaysia (UTM)

Abstrak

Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) mula diperkenalkan oleh Kementerian Pelajaran


Malaysia tahun 2011 dan diperkasakan pelaksanaan dasar ini awal tahun 2012. Tugasan ini dapat
membincangkan Konsep PBS yang dilaksanakan di Malaysia di semua sekolah-sekolah rendah
tahun 2011 dan menengah bagi awal tahun 2012. PBS ini dapat diwujudkan dengan lebih
dinamik sejajar dengan konteks penilaian secara formatif dan sumatif dapat dintegrasikan
sepenuhnya dalam subjek Matematik. Implikasi yang diperkenalkan PBS di Malaysia dapat
diterima baik daripada guru dan masyarakat. Dengan adanya pelaksanaan PBS di Malaysia dapat
meningkat mutu pembelajaran dan pengajaran di sekolah secara holistik dan bersepadu.

PENDAHULUAN
Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) merupakan satu dasar baru yang diperkenalkan dalam
bidang pendidikan di mana komponen pentaksiran dikendalikan oleh pihak sekolah dan
pentaksirannya dilaksanakan oleh guru-guru matapelajaran secara berterusan dalam proses
pengajaran dan pembelajaran. PBS dirancang, diskor dan dilaporkan secara terancang mengikut
prosedur yang ditetapkan oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM). Demi menjamin kualiti
pelaksanaan PBS, mekanisme penyelarasan dan pemantauan dilaksanakan untuk meningkatkan
kebolehpercayaan dan kesahan skor pentaksiran tersebut (Lembaga Peperiksaan, 2011)

PBS merupakan satu usaha untuk membangunkan modal insan secara holistik melalui penekanan
terhadap penguasaan ilmu pengetahuan, modal intelektual, pembudayaan sikap progresif dan
pengamalan nilai, etika serta moral yang tinggi seperti tercatat di dalam Pelan Induk
Pembangunan Pendidikan (PIPP), Pelan Integriti Nasional (PIN) dan seperti yang dihasratkan
dalam Misi Nasional (Lembaga Peperiksaan, 2011).

Pentaksiran Berasaskan Sekolah mula dilaksanakan mulai 1 Februari 2012 melalui Pekeliling
Perlaksanaan dari Lembaga Peperiksaan No. Rujukan KP/LP/005/08/06/01/(27). Pelaksanaan ini
diyakini dapat melahirkan modal insan yang holistik serta seimbang dari segi jasmani, emosi,
rohani dan intelek seperti yang diaspirasikan dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Ketika ini
sistem pendidikan yang berorientasikan peperiksaan dilihat lebih mengiktiraf pencapaian
akademik menyebabkan penglibatan pelajar kurang dalam aspek kokurikulum (LP, 2011).
Kajian kajian lepas telah banyak melaporkan tentang kepentingan pentaksiran sekolah dalam
membantu proses pembelajaran (Rohaya, 2009). Namun keberkesanannya bergantung kepada
faktor seperti sikap, orientasi dan falsafah guru terhadap pelajar dan proses pengajaranpembelajaran, serta latihan, pengetahuan dan kemahiran guru dalam bidang pentaksiran
pendidikan. Beberapa pengkaji seperti Black dan William (1998) dalam laporan mereka
mengesahkan bahawa pentaksiran guru merupakan kriteria penting ke arah memperkaya
pengalaman pembelajaran seterusnya mencapai pendidikan berkualiti (Rohaya, 2009)
Objektif Perlaksanaan PBS
Objektif pelaksanaan PBS adalah untuk:
mendapatkan gambaran secara keseluruhan tentang potensi individu
memantau pertumbuhan dan membantu meningkatkan potensi individu
membuat pelaporan bermakna tentang pembelajaran individu
Kesimpulannya PBS akan memastikan murid yang melalui sistem pendidikan negara mencapai
taraf antarabangsa dalam bidang ilmu pengetahuan, kemahiran dan kecekapan (Lembaga
Peperiksaan, 2011).

PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH (PBS) MATEMATIK DI MALAYSIA


PBS merupakan satu bentuk pentaksiran yang dilaksanakan di sekolah . PBS dirancang, ditadbir,
diskor dan dilaporkan secara terancang mengikut prosedur yang ditetapkan oleh Lembaga
Peperiksaan. PBS dikendalikan oleh pihak sekolah dan pentaksirannya dilaksanakan oleh guruguru dalam mata pelajaran Matematik secara berterusan dalam proses pengajaran dan
pembelajaran. Pengajaran dan pembelajaran di peringkat sekolah rendah menggunakan
Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) dan peringkat menengah menggunakan Kurikulum
Standard Sekolah Menengah (KSSM) (Lembaga Peperiksaan, 2011).

PERUBAHAN KURIKULUM MATEMATIK


Menurut Pusat Perkembangan Kurikulum (2003), seperti kurikulum matematik di kebanyakan
negara, Kurikulum Matematik Malaysia telah beralih daripada memberi tumpuan kepada
kemahiran dan pengiraan ke arah lebih penekanan kepada pemahaman dan aplikasi kemahiran
asas matematik. Kurikulum matematik telah dilihat lebih condong ke arah mewujudkan
pemikiran pelajar dengan perhatian yang lebih diberikan kepada proses matematik. Kurikulum
kini memberi penekanan yang lebih kepada penyelesaian masalah, komunikasi, penaakulan
matematik, dan hubungan dan perwakilan matematik (Cheah, 2010).

Bermula 2011, Pengajaran dan Pembelajaran (P&P) Matematik melalui Kurikulum Standard
Sekolah Rendah (KSSR) telah memfokuskan murid-murid dengan memberi keutamaan
penguasaan, pengetahuan dan pemahaman bagi membolehkan murid mangaplikasikan konsep,
prinsip dan proses matematik yang dipelajari (Bahagian Pembangunan Kurikulum, 2011).
Penekanan kepada aspek perkembangan murid secara matematik dibina dan dikembangkan
melalui proses pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah berdasarkan prinsip seperti
penyelesaian masalah, komunikasi, penaakulan, perkaitan, membuat perwakilan dan penggunaan
teknologi dalam matematik (Bahagian Pembangunan Kurikulum, 2011a).

MATLAMAT KURIKULUM MATEMATIK


Matlamat KSSR memfokuskan murid untuk membina pemahaman murid tentang konsep
nombor, kemahiran asas dalam pengiraan, memahami idea matematik yang mudah dan
berketrampilan mengaplikasikan pengetahuan serta kemahiran matematik secara berkesan dan
bertanggungjawab dalam kehidupan seharian (Bahagian Pembangunan Kurikulum, 2011a).

Bagi Matlamat Kurikulum Matematik Sekolah Menengah pula memfokuskan murid untuk
membentuk individu yang berpemikiran matematik dan berketrampilan mengaplikasikan
pengetahuan matematik dengan berkesan dan bertanggungjawab dalam menyelesaikan masalah
dan membuat keputusan, supaya murid beruapaya menangani cabaran dalam kehidupan harian
bersesuaian dengan perkembangan sains dan teknologi (Bahagian Pembangunan Kurikulum ,
2012b).

PERLAKSANAAN & PENGOPERASIAN PENTAKSIRAN MATEMATIK

Menurut Webb (1993) Sifat penaksiran memainkan peranan yang penting dalam pendidikan
matematik di sekolah. Guru harus menggunakan penilaian untuk membantu pelajar untuk
mencapai matlamat kurikulum matematik dengan menyeluruh mencakupi pembelajaran mereka
dalam tempoh masa yang lama. Oleh itu, penilaian pembelajaran pelajar tidak sepatutnya
ditafsirkan sebagai titik pengakhiran dalam pengalaman pembelajaran bagi pelajar, sebaliknya ia
berfungsi sebagai cara untuk mencapai matlamat pendidikan (Hwa et al., 2008).

Sekolah merupakan institusi pelajaran yang mengasah bakat dan kemahiran pelajar. Oleh kerana
masa pengajaran yang panjang dan silibus yang luas untuk di uji dalam peperiksaan adalah tidak
mencukupi bagi menilai kefahaman seseorang murid. Maka dengan adanya PBS murid dapat di
nilai dari semasa ke semasa (Shamsiah et al., 2010). Melalui PBS, dapat melakukan satu
pengujian yang dijalankan secara berterusan berdasarkan bab-bab yang ditentukan semasa proses
P&P berlangsung. Permarkahan akan diberikan oleh guru yang mengajar berdasarkan kriteria
yang telah ditetapkan oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM). Penambahbaikan akan
dilakukan oleh guru sekiranya terdapat pelajar yang belum menguasai setiap penilaian ini. Guru

akan meminta pelajar mengulangi aktiviti itu sekiranya terdapat kemahiran yang belum dikuasai
(Shamsiah et al., 2010).

Menurut Lembaga Peperiksaan (LP), PBS akan mentaksir dalam bidang akademik dan bidang
bukan akademik. Dalam bidang akademik terbahagi kepada dua iaitu Pentaksiran Sekolah (PS)
dan Pentaksiran Pusat (PP). PS merupakan komponen utama dalam proses pengajaran dan
pembelajaran dalam kelas. PS juga mampu memberi maklumat yang sah tentang apa yang telah
dilaksanakan atau dicapai dalam satu - satu proses pengajaran. PS dilaksanakan oleh guru dan
pihak sekolah sepenuhnya bermula dari aspek perancangan, pembinaan item dan instrumen
pentaksiran , pentadbiran , pemeriksaan atau pengskoran , perekodan dan pelaporan (LP, 2011).

Bagi memastikan kelicinan pelaksanaan PS, guru akan menggunakan Dokumen Standard
Kurikulum yang mengandungi perkara-perkara yang patut dipelajari dan perlu disampaikan
dalam proses pengajaran dan pembelajaran manakala Dokumen Standard Prestasi (DSP) adalah
rujukan autonomi untuk menjalankan pentaksiran secara formatif semasa pengajaran dan
pembelajaran (P&P) dan secara sumatif di akhir unit pembelajaran atau pun di akhir tahun.
Melalui DSP iainya menerangkan tentang pencapaian atau penguasaan seseorang individu
dalam sesuatu bidang yang telah dilalui dalam satu tempoh pembelajaran berdasarkan satu
penanda aras (benchmark) yang telah dikenalpasti. DSP memandu pentaksir bagaimana aktiviti
dilaksanakan secara adil dan berfokus merujuk kepada standard yang ditetapkan (LP, 2011).

Selain itu, Pentaksiran Rujukan Standard (PRS) juga digunakan sebagai kayu ukur standard
pendidikan Negara dan sebagai alat untuk membandingkan dengan standard pendidikan Negara
lain. PRS merupakan satu proses mendapatkan maklumat tentang sejauh mana murid tahu dan
boleh buat atau telah menguasai apa yang dipelajari mengikut tahap-tahap pencapaian seperti
yang dihasratkan oleh Kurikulum Matematik. Dalam DSP Matematik, Pernyataan Standard
diletakkan dalam kategori mengikut Band (Band 1, Band 2, Band 3, Band 4, Band 5 dan Band 6)
yang disusun mengikut hierarki dan dijelaskan dengan descriptor yang menyatakan tingkah laku
terperinci yang boleh diperhati dan diukur dalam menentukan prestasi individu (LP, 2011).

Kaedah pentaksiran mata pelajaran Matematik ini akan diukur mengunakan tahap Band
(Bahagian Pembangunan Kurikulum, 2012b) seperti yang ditunjukkan di dalam jadual di bawah:
BAND

PERNYATAAN STANDARD

Tahu pengetahuan asas matemtik

Tahu dan faham konsep dalam matematik

Tahu, faham dan boleh digunakan kemahiran asas matematik

Tahu, faham dan boleh menyelesaikan masalah matematik secara sistematik

Menggunakan pengetahuan dan kemahiran matematik dalam menyelesaikan


masalah yang kompleks dengan pelbagai kaedah.
Menguasai dan mengaplikasi pengetahuan dan kemahiran matematik secara
kreatif, inovatif dan berkesan

Seterusnya, Guru kemudian akan mentaksir pemahaman murid tentang perkara yang diajar.
Pentaksiran juga boleh dilakukan dengan menggunakan pelbagai strategi dan instrumen
pentaksiran yang bersesuaian dengan perkara yang ditaksir. Guru juga boleh melakukan
pentaksiran secara tidak formal, sebagai contoh menggunakan kaedah pemerhatian, iaitu guru
menilai setiap murid secara berterusan tentang apa yang mereka tahu, faham dan boleh buat (LP
Kementerian Pelajaran Malaysia, 2010). Penjelasan ini dapat dibuktikan melalui Kwek, Hoo &
Tan (2007) yang menyatakan penilaian bagi pemahaman pelajar dapat dilakukan dengan
menggunakan pelbagai alat pentaksiran seperti penyelesaian masalah, perbincangan, tugasan
projek, buku skrap, folio, penyiasatan, latihan dan ujian. Penilaian pelbagai jenis pencapaian ini
dapat disasarkan melalui penguasaan ilmu Matematik seperti kemahiran penaakulan, kemahiran
dan keupayaan untuk mencipta produk yang boleh dirancang dan bermakna keterangan yang
telah dikumpul melalui komunikasi peribadi, penyelesaian masalah, pemikiran yang kukuh, dan
pelbagai latihan (Cheah, 2010).

Kemudian itu, setelah menilai pencapaian murid, guru akan merujuk dokumen standard prestasi
untuk melaporkan pencapaian murid berdasarkan evidens yang dikemukakan oleh murid, sama
ada dalam bentuk proses, produk atau diri murid itu (LP Kementerian Pelajaran Malaysia, 2010).

PBS memberi autonomi kepada guru untuk melaksanakan pentaksiran berdasarkan kesediaan
murid. PBS membantu guru dan murid mengenalpasti kekuatan dan kelemahan murid semasa
pengajaran dan pembelajaran berjalan. Sehubungan dengan itu guru bolehlah menyesuaikan
aktiviti pengayaan atau pemulihan mengikut keperluan murid. Seterusnya, guru akan menilai
prestasi pelajar , merekod dan melaporkan berdasarkan evidens dengan mengisi dalam Portal
Rasmi Lembaga Peperiksaan. Setelah selesai dalam menilai pelajaran dalam satu-satu bab, guru
akan merekod berkaitan laporan prestasi pelajar melalui pernyataan pelaporan prestasi dalam
pembelajaran formatif iaitu pada selepas pembelajaran murid dalam kelas dan pembelajaran
sumatif akan direkod pada akhir tahun pembelajaran. Contoh berkaitan pernyataan pelaporan
secara formatif atau sumatif dalam matapelajaran matematik dapat dibukti dalam Lampiran A
yang boleh diakses melalui portal Lembaga Peperiksaan Malaysia. (LP, 2011)

PBS DI HONG KONG


Hong Kong terkenal dengan budaya yang mendominasikan sistem peperiksaan, iaitu pentaksiran
yang banyak bergantung kepada peperiksaan awam (Fok et al., 2006). Sistem PBS di Hong
Kong telah mengubah secara berperingkat dari sistem berpusatkan peperiksaan kepada satu
peningkatan yang berasaskan pentaksiran sekolah iaitu Pentaksiran bersifat formatif hasil
daripada kolaborasi dengan para pendidik dari Australia, United Kingdom dan Negara-negara
yang lain (Darling dan McCloskey, 2008). Penggunaan PBS di Hong Kong ini telah digunakan
sedekad yang lalu di mana perubahan satu reformasi daripada peperiksaan awam telah menjadi
kepada manesfestasi dalam pentaksiran untuk pembelajaran (Tong Siu Yin Annie, 2011). Hong
Kong Examinations and Assessment Authority (HKEAA) telah menetapkan kedua-dua
pentaksiran luaran dan berasaskan sekolah sebagai pentaksiran akhir persekolahan. Tambahan
lagi, objektif pentaksiran luaran ini telah diterima masyarakat dan penambahan bagi komponen
PBS turut disokong oleh Institusi Pengajian Tinggi (Fok et al., 2006).

Selain itu, dalam kenyataan Darling dan McCloskey (2008) menyatakan kerajaan Hong Kong
telah memutuskan secara beransur-ansur untuk menggantikan Hong Kong Certificate of
Education Examinations yang mana kebanyakan pelajar yang mendudukinya pada akhir lima
tahun pendidikan menengah dengan Hong Kong Diploma of Secondary Education (HKDSE)
yang bercirikan konsep PBS. Menurutnya lagi Hong Kong Territory-wide System Assessment
yang mana menyediakan penaksiran bagi pelajar gred rendah dalam subjek Bahasa Cina,
Inggeris dan Matematik dibangunkan dalam bank talian (online bank) dalam tugasan pentaksiran
bagi membolehkan sekolah-sekolah menilai pelajar dan menerima maklum balas terhadap
prestasi pelajar pada jangka yang telah ditetapkan.

RASIONAL DAN OBJEKTIF PBS


Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) yang telah digunakan mempunyai matlamatnya yang
utama iaitu untuk meningkat kualiti dalam pengajaran, pembelajaran dan penilaian. Konsep
utama yang menyokong pengenalan PBS ini untuk meningkatan pembelajaran pelajar. Tiga
objektif utama iaitu perkenalan PBS ini dapat dirangka sebagai pentaksiran untuk guru dapat
meningkatkan pengajarannya dan meningkatkan pembelajara pelajar bagi semua peringkat
pelajar, keduanya melalui PBS ini dapat menyediakan pengukuran yang lebih holistik dan
pengukuran kesahan keupayaan pelajar, dan terakhir PBS dapat memenuhi segala pembaharuan
pendidikan yang menitikberatkan pembelajaran persekitan yang lebih sebenar dan penilaian (Fok
et al., 2006). Manakala rasional Pentaksiran Berasaskan Sekolah turut diterapkan dalam
matapelajaran matematik di mana dalam konteks penilaian awam PBS merujuk kepada penilaian
yang ditadbir oleh sekolah dan ditandakan oleh guru matematik. Rasional utama bagi PBS dalam
subjek Matematik adalah untuk meningkatkan kesahihan keseluruhan pentaksiran dan
melanjutkannya termasuk menguji keupayaan calon untuk berfikir secara kritis dan kreatif,
konsepsi, penyiasatan dan penaakulan matematik, berkomunikasi dengan orang lain dan
menyatakan pandangan yang jelas dan logikal dalam bahasa matematik (Curriculum
Development Council & HKEAA, 2007a).
MATLAMAT KURIKULUM MATEMATIK
Kurikulum Matematik bertujuan untuk membantu pelajar membangunkan keupayaan untuk
berfikir secara kritis dan kreatif, berkomunikasi dengan orang lain dan meluahkan idea dan
pendapat mereka dengan jelas dan logik dalam bahasa matematik, untuk memanipulasi nombor,
simbol, dan lain-lain objek matematik, menghargai struktur dan corak , dan untuk menghargai
alam semula jadi estetik dan aspek-aspek budaya matematik (Curriculum Development Council
& HKEAA, 2007a).

PELAKSANAAN PBS MATEMATIK


Menurut Gao (2011) menjelang tahun 2009, HKEAA telah melanjutkan PBS di Hong Kong
Advanced Level (HKAL) dalam 12 subjek dan Hong Kong Certificate Education Examination
(HKCEE) dalam 14 subjek dan HKDSE memperkenalkan PBS pada tahun 2012 dalam semua 24
subjek melibatkan komponen PBS termasuk subjek matematik. Tiada peruntukan tahun bagi
pelaksanaan PBS dalam mata pelajaran Matematik (Bahagian Wajib) dalam Peperiksaan
HKDSE. Namun, Biro Pendidikan dan HKEAA akan menjalankan kajian semula kurikulum baru
menengah atas dan penilaian dalam tahun persekolahan 2012/2013, termasuk pelaksanaan PBS
untuk subjek Matematik (HKEAA, 2012b).

Kurikulum Matematik (Menengah 4 hingga 6), sebagai sebahagian daripada kurikulum sekolah
menengah, yang dibina di atas hala tuju pembangunan yang dinyatakan dalam Pembelajaran
bidang Pendidikan Matematik melalui Panduan Kurikulum (Darjah 1 hingga Menengah 3). Ia
bertujuan untuk membantu pelajar-pelajar untuk mengukuhkan apa yang telah dipelajari melalui
pendidikan asas, peluasan dan pengalaman pembelajaran mereka, serta meningkatkan lagi nilai
dan sikap positif mereka terhadap pembelajaran matematik. Untuk memastikan peralihan yang
lancar antara peringkat menengah rendah dan atas, rangka kerja kurikulum bersepadu direka
untuk pendidikan matematik di kedua-dua peringkat (HKEAA, 2007).

Menurut Leung et al., (2013) dalam peperiksaan HKDSE subjek matematik dijadikan sebagai
Pentaksiran Awam bagi pelajar yang belajar dalam New Senior Secondary (NSS) Kurikulum
Matematik. Dalam Kurikulum Matematik (Menengah 4 hingga 6), pelajar ditawarkan untuk
mengambil HKDSE dalam peperiksaan Matematik, di mana boleh memilih samada Bahagian
Wajib sahaja iaitu untuk semua pelajar wajib ambil subjek Matematik atau Bahagian Wajib
bersama satu modul Bahagian Lanjutan, iaitu Modul 1 (Kalkulus dan Stastistik) atau Modul 2
(Algebra dan Kalkulus) untuk pelajar yang ingin mengambil Matematik Tambahan. Tambahan
lagi, mereka boleh memilih medium bahasa samada dalam Bahasa Cina atau Bahasa Inggeris.

10

HKEAA (2012b) menyatakan PBS bagi mata pelajaran matematik pada Bahagian Wajib ini
pelajar diminta untuk melakukan dua tugasan penilaian satu dalam Menengah 5 dan satu lagi
dalam Menengah 6. Tugasan tersebut akan menjadi lebih lanjut bersifat dalam ujian tradisional
dan peperiksaan serta diberi peluang kepada pelajar untuk menunjukkan kecekapan dalam
kemahiran dan kebolehan yang terkandung dalam objektif kurikulum iaitu ; pengetahuan aplikasi
matematik kepada penyelesaian masalah ; penaakulan matematik ; pengurusan data dan menjana
maklumat serta menggunakan bahasa matematik untuk idea komunikasi.
Tugasan akan diberi dalam tugasan penulisan atau tugasan praktikal dan juga dilaksanakan
terutamanya di sekolah dibawah penyeliaan guru. Tugasan yang diberikan mestilah melibatkan
penyiasatan matematik dan penyelesaian masalah yang lebih moden dalam kehidupan sebenar
yang mana tugasan yang di taksir meliputi dua tugas yang dicadangkan satu dalam bentuk
penyiasatan matematik ataupun penyelesaian masalah dan satu lagi tugas dalam pengendalian
data. Selain itu, melalui PBS ini pelajar melakukan aktiviti luar kelas yang dicadangkan dalam
kurikulum mahupun dalam kelas. Pelaksanaan PBS ini akan mengambil kira pelbagai bentuk
kebolehan pelajar dan usaha dibuat bagi mengelakkan bebanan kerja pada guru atau pelajar
(HKEAA, 2012b).
Kaedah pentaksiran mata pelajaran Matematik ini mempunyai komponen peperiksaan awam dan
PBS (HKEAA, 2012b) bagi Bahagian Wajib dan Modul 1 dan 2, seperti yang ditunjukkan di
dalam jadual di bawah:
BAHAGIAN WAJIB :
Komponen

Pemberat

Tempoh

Kertas 1: Soalan Konvensional

55%

2 jam 15 minit

Kertas 2: Soalan Objektif

30%

1 jam 15 minit

Peperiksaan
Awam

Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS)

15%

MODUL 1 (KALKULUS DAN STATISTIK) :


Komponen
Peperiksaan Awam

Soalan Konvensional

Pemberat

Tempoh

100%

2 jam 30 minit
11

MODUL 2 (ALGEBRA DAN KALKULUS) :


Komponen
Peperiksaan Awam

Soalan Konvensional

Pemberat

Tempoh

100%

2 jam 30 minit

JADUAL PERLAKSANAAN PBS


PBS akan dilaksanakan mengikut jadual seperti di bawah untuk membolehkan guru-guru
membiasakan diri mereka dengan pentadbiran PBS dan juga meringankan tugas guru dalam dua
tahun pertama perlaksanaan kurikulum baru ini (HKEAA, 2012b). Dalam jadual dibawah
inimenerangkan tentang maklumat lanjut berkaitan syarat dan perlaksanaan bagi PBS juga
sampel bagi tugasan pentaksiran akan disediakan oleh HKEAA untuk guru-guru.
Tahun Peperiksaan
2012

2013

Perlaksanaan PBS
Pihak sekolah tidak perlu menghantar markah PBS. Keputusan
peperiksaan meliputi 100% bagi keputusan akhir matapelajaran.
Pihak sekolah tidak perlu menghantar markah PBS. Keputusan
peperiksaan meliputi 100% bagi keputusan akhir matapelajaran.
Semua sekolah perlu menghantar markah PBS untuk maklum balas

2014

daripada HKEAA pada hasil moderasi. Keputusan peperiksaan akhir


meliputi 100% bagi keputusan akhir matapelajaran.
Semua sekolah perlu menghantar markah PBS untuk maklum balas

2015

daripada HKEAA pada hasil moderasi. Keputusan peperiksaan akhir


meliputi 100% bagi keputusan akhir matapelajaran.

Bermula daripada 2016, semua sekolah perlu mengahantar markah PBS yang menyumbang
15% untuk keputusan akhir matapelajaran.

12

PIAWAIAN DAN LAPORAN KEPUTUSAN


Menurut HKDSE (2012b) menyatakan bahawa akan menggunakan laporan standard rujukan
untuk penilaian. Ini bermakna bahawa tahap calon prestasi akan dilaporkan dengan merujuk
kepada satu set standard yang ditentukan oleh potongan markah di ubah atau skala bagi mata
pelajaran yang diberikan. Standard merujuk berkaitan dengan cara di mana keputusan yang
dilaporkan dan tidak melibatkan apa-apa perubahan pada guru atau pemeriksa menandakan tugas
pelajar. Dengan konteks HKDSE terdapat lima (5) potongan skor, di mana akan digunakan untuk
membezakan lima tahap prestasi (1-5), dengan 5 yang tertinggi. Prestasi yang terbawah
potongan skor pada level 1 akan dilabel sebagai (U) iaitu Unclassified. Setiap peringkat akan
menerangkan apa yang pelajar dapat lakukan pada tahap tersebut yang mampu lakukan. Ini
menunjukkan pelajar-pelajar akan tahu dengan jelas terhadap apa yang boleh lakukan apabila
mereka mencapai tahap tertentu prestasi.

13

PBS MATEMATIK DI CARIBBEAN


Caribbean, Amerika Latin merupakan salah satu negara tidak terkecuali dalam pelaksanaan
Pentaksiran Berasaskan Sekolah bermula pada tahun 2013 terhadap semua subjek di peringkat
Sekolah menengah, diploma dan ijazah yang dilaksanakan sepenuhnya oleh Carribbean
Examination Council (CXC) (CXC, 2012). Penilaian Berasaskan Sekolah merupakan sebahagian
daripada pentaksiran calon dalam kursus meliputi sukatan pelajaran. Ia bertujuan untuk menilai
pengetahuan tertentu, kemahiran dan sikap yang berkaitan dengan mata pelajaran dan tidak
mudah dinilai dalam peperiksaan luar. Aktiviti-aktiviti yang dibina di bawah PBS dikaitkan
dengan sukatan pelajaran dan harus menjadi sebahagian daripada aktiviti pembelajaran untuk
membolehkan calon untuk mencapai objektif sukatan pelajaran (CXC, 2012).
Sepanjang pengajian bagi semua matapelajaran, pelajar akan diberi markah oleh guru untuk
pengetahuan tertentu, kemahiran dan sikap menunjukkan pelajar menjalankan tugasan Sekolah
PBS. Tanda-tanda ini menyumbang kepada markah dan gred muktamad yang diberikan kepada
pelajar untuk prestasi dalam peperiksaan (CXC, 2012).
Dua set yang berbeza daripada garis panduan (yang disediakan dalam sukatan pelajaran) untuk
memilih tugas-tugas yang sesuai bertujuan untuk membantu guru-guru dan pelajar-pelajar dalam
memilih tugasan yang tepat bagi tujuan PBS. Garis panduan yang diterbitkan oleh CXC (2013)
ini digunakan untuk menilai tugasan pelajar bertujuan untuk membantu guru-guru dalam
pemberian anggaran markah yang boleh dipercayai daripada pencapaian pelajar dalam kursus
komponen PBS. Dalam usaha untuk memastikan bahawa skor yang diberikan oleh guru-guru
tidak lari dari standard CXC. CXC juga menjalankan kesederhanaan sampel tugasan PBS yang
ditandakan oleh guru-guru (CXC, 2012).
Objektif PBS ini dapat menyediakan peluang untuk guru-guru dan pelajar untuk menganjurkan
aktiviti-aktiviti pembelajaran kurikulum seksyen terpilih untuk memenuhi keperluan individu
setiap pelajar. Ia memudahkan maklum balas di pelbagai peringkat pengalaman dan membantu
membina keyakinan pelajar yang mereka meneruskan pengajian mereka. Penilaian Berasaskan
Sekolah juga memudahkan pembangunan kemahiran kritikal dan kebolehan ditekankan oleh
subjek dan meningkatkan kesahihan peperiksaan di mana prestasi calon akan dilaporkan. Oleh
itu PBS, memberikan sumbangan penting dan unik untuk kedua-dua pembangunan kemahiran
yang berkaitan dan ujian dan memuaskan pelajar untuk memperkembangkan kemahiran mereka
(CXC, 2012).
14

OBJEKTIF KURIKULUM MATEMATIK

Matematik adalah sebuah badan ilmu berpusat pada konsep-konsep seperti kuantiti, struktur,
ruang, dan perubahan. Ahli matematik mencari corak dalam nombor, sains angkasa, komputer,
abstrak khayalan, atau di tempat lain untuk merumuskan tekaan baru dan mewujudkan kebenaran
mereka oleh potongan ketat daripada aksiom yang sesuai dipilih dan definisi.Caribbean
Advanced Proficiency Examinations (CAPE) dalam Sukatan Matematik Tulen akan
membolehkan pelajar untuk membina pemikiran matematik, kefahaman dan kreativiti;
berkomunikasi melalui penggunaan matematik dan menggunakan matematik model dan
menyelesaikan masalah dunia sebenar. Sukatan pelajaran ini juga akan membantu untuk
membangunkan semangat ingin tahu matematik dan kreativiti, dan penghargaan yang lebih baik
daripada kepentingan dan kegunaan matematik (CXC, 2008).
PENTAKSIRAN MATEMATIK TULEN
Jadual dibawah menerangkan pecahan bagi Matapelajaran Matematik dan Unit bagi setiap modul
serta jenis tugasan yang diberikan (CXC, 2012).
Unit Nombor
PEMBERAT
MODUL-MODUL

TWO
20%
UNIT 1 : Algebra, Geometrid an Kalkulus
Modul 1 : Asas Algebra dan Fungsi
Modul 2 : Trigonometri,Geometrid an Vektor
Modul 3 : Kalkulus 1
UNIT 2 : Analisis, Matriks dan Kompleks
Nombor

JENIS JENIS TUGASAN

DOKUMEN DIDAPATI

Module 1 : Kompleks Nombor & Kalkulus 1


Modul 2 : Jujukan, Siri dan Anggaran
Modul 3 : Pengiraan, Matriks, dan Pembezaan
Persamaan.
Setiap unit :
3 Ujian Bertulis (Di rangka dan ditanda oleh
guru)
Rekod Markah Penilaian Berasaskan
Sekolah
Garis Panduan Mengemukakan
Penilaian Berasaskan Sekolah
Kesederhanaan Taksiran Berasaskan
Sekolah
15

PEMILIHAN PBS

PANDUAN SILIBUS

Maklum balas Penilaian Berasaskan


Sekolah ke Sekolah
(Borang yang lengkap akan dihantar ke
sekolah-sekolah selepas resultshave
telah dikeluarkan)
Setiap Pusat mengemukakan Satu PBS sampel
terdiri daripada lima calon
Bagi setiap Unit:
Tiga ujian, masing-masing 1 hingga 1 jam
tempoh, diperlukan.
Ujian harus, secara individu atau secara
kolektif, yang merangkumi
tiga Modul dan termasuk model matematik.
Ujian akan diterakan mengikut
garis panduan di muka surat 50 hingga 51
dalam sukatan pelajaran.

PEMARKAHAN PENTAKSIRAN PEPERIKSAAN


Prestasi pelajar dinilai dalam peperiksaan terminal dan penilaian dalaman (Internal Assessment)
biasanya dipanggil Penilaian Berdasarkan Sekolah (PBS). Penilaian dalaman membolehkan guru
untuk memberi peluang kepada pelajar untuk memperolehi kemahiran dan sikap melalui aktiviti
yang dilakukan semasa kajian. Penilaian dalaman pelajar menyumbang kepada gred akhir
diberikan (CXC, 2008). Merujuk daripada Carribbean Examination Council (CXC) bagi semua
matapelajaran digunakan peperiksaan dengan menggunakan tujuh gred keseluruhan iaitu; I, II,
III, IV, V, VI, VII dan melaporkan keputusan keseluruhan calon bersama-sama dengan gred
profil, A, B, C, D, E, F dan G.

16

PERBANDINGAN DAN PERBINCANGAN


PBS bagi matapelajaran Matematik di Malaysia masih mengekalkan markah akhir peperiksaan
kepada 100 % dalam peperiksaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR), Penilaian Menengah
Rendah (PMR), dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Manakala Perlaksanaan PBS di Hong Kong
dalam peperiksaan HKDSE masih mengekalkan 15 % untuk komponen PBS dalam subjek
Matematik dan di Caribbean bagi peperiksaan CAPE pada peperiksaan akhir yang melibatkan
komponen PBS hanya 20 % (LP, 2009; HKEAA, 2012; CXC, 2012). Oleh itu, pelaksanaan PBS
ini dapat pada peperiksaan akhir memberi impak kepada pembelajara pelajar. Namun,
Pentaksiran dalam Matematik ini adalah sangat penting dan mampu memberikan gambaran
dengan kefahaman, kemampuan dan kebolehan matematik secara individu atau berkumpulan
hasil daripada pengajaran matematik (Faridah, 2006).

Selain itu, PBS bagi matapelajaran matematik dapat dijalankan bukan sahaja dalam kelas
malahan dapat dilakukan diluar bilik darjah. Di samping itu juga PBS dapat dilakukan dalam
pembelajaran secara formatif dan sumatif kerana dapat memberi kefahaman dan pengetahuan
yang mendalam tentang konsep matematik. Pembelajaran Matematik di Malaysia mengamalkan
system pembelajaran secara formatif iaitu dinilai murid di akhir satu-satu bab kandungan
Matematik dalam bulananan manakala pembelajaran secara sumatif dinilai pada akhir unit
pembelajaran atau tahun. Manakala bagi di Hong Kong pembelajaran Matematik yang
dilaksanakan juga diamalkan dengan cara yang sama seperti di Malaysia (LP, 2012; HKEAA,
2007). Ini dapat disokong oleh Hassan & Meor (2006) dalam bukunya bertajuk ke Arah
Pengajaran Sains dan Matematik yang berkesan menyatakan melalui penilaian secara formatif
dan sumatif bertujuan untuk menggalakkan pembelajaran yang lebih berkesan di kalangan
pelajar di mana dapat dilaksanakan semasa proses P&P (Rosni et al., 2010).

Matlamat dalam kurikulum Matematik juga amat penting dalam pembelajaran. Di Malaysia
Lembaga Peperiksaan dalam kurikulum Matematik memfokuskan Pembelajaran Matematik
kepada membentuk individu yang berpemikiran matematik dan berketrampilan mengaplikasikan
pengetahuan matematik dengan berkesan dan bertanggungjawab dalam menyelesaikan masalah
dan membuat keputusan, supaya murid beruapaya menangani cabaran dalam kehidupan harian
bersesuaian dengan perkembangan sains dan teknologi. Bagi Negara Hong Kong matlamat
pendidikan Matematik ini dinyatakan untuk memperkembangkan keupayaan pelajar untuk
17

berfikir secara kritis dan kreatif, berkomunikasi dengan orang lain dan meluahkan idea dan
pendapat mereka dengan jelas dan logik dalam bahasa matematik. Negara Caribbean, Kurikulum
Matematik dapat membina pemikiran matematik, kefahaman dan kreativiti serta berkomunikasi
melalui penggunaan matematik dan menggunakan matematik model dan menyelesaikan masalah
dalam konteks dunia sebenar (LP, 2009; HKEAA, 2007, CXC, 2008).

Pentaksiran Rujukan Standard tidak membandingkan pencapaian seseorang murid dengan murid
yang lain tetapi melapor prestasi murid dalam pembelajaran dengan menerangkan tentang
kemajuan dan pertumbuhan (growth) murid dalam pembelajaran dengan merujuk kepada
pernyataan standard. Negara Malaysia melabelkan rujukan standard sebagai Band di mana
pelajar akan dinilai berdasarkan Band 1-6 berdasarkan pencapaian pelajar dalam satu-satu
objektif kurikulum. Manakala Hong Kong menggunakan skor pada tahap 1 hingga 5 untuk
menilai prestasi pelajar dalam pencapaian pelajar dalam matematik. Satu kelainan penilaian di
Hong Kong pelajar yang mendapat dalam prestasi terbaik pada tahap 5 diwakili dengan simbol
** dan peringkat teratas dengan simbol *. HKSDE akan menganugerahkan Diploma kepada
setiap pelajar mengikut tahap yang dicapai oleh mereka.Manakala, negara Caribbean
menggunakan 7 gred keseluruhan iaitu gred I, II, III, IV, V, VI, VII. Pelaksanaan dasar ini
diterapkan di ketiga-tiga negara dalam usaha untuk meningkatkan mutu pelajaran yang sedia ada
menjadi lebih holistik (HKEAA, 2010; LP, 2010, CXC, 2008).

KEBAIKAN PBS DILAKSANAKAN DI MALAYSIA


Dalam usaha penambahbaikan kepada pentaksiran sekolah sedia ada, Pentaksiran Rujukan
Standard diperkenalkan, iaitu menggunakan Standard Prestasi untuk melihat kemajuan dan
pertumbuhan (growth) pembelajaran serta pencapaian prestasi seseorang murid. Ia merupakan
proses mendapatkan maklumat tentang sejauh mana murid tahu, faham dan boleh buat atau telah
menguasai apa yang dipelajari berdasarkan pernyataan standard prestasi yang ditetapkan
mengikut tahap-tahap pencapaian seperti yang dihasratkan dalam dokumen kurikulum (LP,
2010).

18

Di samping itu, Murid-murid dinilai secara adil dan saksama sebagai individu dalam masyarakat
berdasarkan keupayaan, kebolehan, bakat, kemahiran dan potensi diri tanpa dibandingkan
dengan orang lain. Pihak sekolah mampu mendapatkan maklum balas yang lengkap dalam
bentuk data kualitatif dan kuantitatif yang merangkumi segala aspek tentang diri seseorang murid
itu bagi membolehkan pihak yang bertanggung jawab mengenali, memahami, menghargai,
mengiktiraf dan memuliakan anak didik sebagai insan yang berguna, penting dan mempunyai
potensi untuk menyumbang kepada pembangunan negara dan bangsa mengikut keupayaan dan
kebolehan masing-masing (LP, 2010).

KEBURUKAN PBS
Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (2013-2025) menjelaskan bahawa cabaran terbesar
yang dihadapi oleh Kementerian Pendidikan (MOE) dalam dekad ini adalah untuk
mengurangkan pembelajaran yang berorientasikan jenis peperiksaan di sekolah (Kementerian
Pelajaran Malaysia, 2012).

Walau bagaimanapun, melaksanakan PBS bukanlah satu tugas yang mudah. Adi Badiozaman
Tuah (2006) menegaskan bahawa terdapat tiga faktor yang menyumbang antaranya, (a) sekolah
gagal untuk mentafsir dan memahami taksiran ke dalam segi yang lebih luas operasi yang
membawa peningkatan kepada pembelajaran dan pengajaran di sekolah; (b) sekolah akan
melepaskan tanggungjawab jangka pendek pengajaran, seperti penilaian berasaskan sekolah,
dalam usaha untuk memenuhi kepentingan awam dalam mendapatkan keputusan yang baik
dalam peperiksaan awam; (c) terdapat faktor manusia di mana guru-guru tidak bersedia atau
melengkapkan diri mereka dengan pengetahuan atau kemahiran yang membuat penilaian
berasaskan sekolah sebagai sebahagian daripada proses pembangunan kurikulum berasaskan
sekolah (Hwa et al., 2008).
Menurut McMillan (2001), "kesahihan adalah ciri-ciri yang merujuk kepada kesesuaian
kesimpulan itu, menggunakan, dan akibat yang terhasil daripada penilaian" (ms 59). Oleh itu,
makna kesahihan dalam taksiran tidak terhad kepada setakat langkah ujian apa rasa untuk
menjadi ukuran, sebaliknya, bagaimana munasabah dan boleh diterima tafsiran maklumat yang
dikumpul melalui penilaian (Hwa et al., 2008).

19

CADANGAN UNTUK MEMPERBAIKI PBS DI MALAYSIA

PBS ialah sebahagian proses perubahan konsep pentaksiran yang terlaksana di seluruh
dunia.Pemarkahan dalam peperiksaan akhir bagi Matematik hendaklah mengunakan komponen
PBS yang menyumbang sebanyak 10% -20%. Ini sedikit sebanyak dapat meningkatkan kualiti
mutu pendidikan dalam matapelajaran Matematik. Ini kerana Negara seperti Hong Kong dan
Caribbean penyumbangan markah dalam komponen PBS pada penilaian pelajar dalam
Matematik. Oleh itu, bagi penambahbaikan PBS di Malaysia, dicadangkan supaya peratus
markah diletakan pada 10% - 20% agar ia dapat dilaksanakan mengikut spesifikasi dan
meningkat pembelajaran berkualiti dan sepanjang hayat.

Disamping itu, pelaksanaan tugasan kerja berkumpulan bagi Matematik perlu dilaksanakan
supaya pelajar dapat mengaplikasi konsep matematik dalam kehidupan sebenar. Pelaksanaan
tugasan berkumpulan atau individu dapat dilakukan sejajar dengan konteks PBS pada masa yang
akan datang. Hong kong dan Caribbean boleh dianggap berjaya dalam melaksanakan PBS secara
sistematik. Kepesatan perubahan persekitran pendidikan , dinamika masyarakat dan industri
bererti PBS ialah suatu keperluan yang kritikal dan segera. Oleh itu, pelaksanaan PBS harus
dipertingkatkan lagi dengan lebih kukuh dan dinamik dalam penstrukturan kurikulum matematik
yang lebih bermanfaat kepada pelajar.

Selain itu, Guru haruslah menjadi tulang belakang dan tumpuan pelaksanaan PBS. Untuk
memantapkan perlaksanaan PBS di kalangan guru juga perlu di latih dalam perkhidmatan
(Ladap, kursus PBS) haruslah berorientasikan praktikum seperti yang di lakukan oleh Negara
Hong Kong dan kebanyakan Negara membangun. Ladap berbentuk ceramah, taklimat dan kursus
aras komunikasi dua hala terhad perlu kepada proses pengubahsuai dengan keadaan semasa.
gaya pengajaran guru juga dengan gaya pembelajaran murid menerusi pelaksanaan PBS mestilah
sentiasa sejajar dengan konteks penilaian pembelajaran secara formatif dan sumatif .

20

PENUTUP

Pentaksiran pendidikan di Malaysia haruslah dilaksanakan dengan lebih dinamik serta untuk
bertujuan mendapatkan maklumat tentang prestasi murid bagi memperkembangkan sepenuhnya
potensi setiap individu sebagai modal insan yang harmonis dan seimbang selaras dengan hasrat
Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

Apa yang jelas, proses penambahbaikan yang diperkenalkan Kementerian Pelajaran menerusi
PBS ini memberi gambaran bahawa sistem peperiksaan berpusat seperti UPSR dan PMR bukan
lagi bentuk penilaian tunggal dalam mengukur pencapaian murid menguasai pembelajaran.
Lebih dari itu, ia diharap mampu melahirkan murid yang lebih cemerlang dalam semua aspek
kerana pentaksirannya dilakukan daripada peringkat awal dan bukan sahaja terhad kepada bidang
akademik tetapi juga merangkumi sahsiah, sukan dan kokurikulum.

Murid-murid dinilai secara adil dan saksama sebagai individu dalam masyarakat berdasarkan
keupayaan, kebolehan, bakat, kemahiran dan potensi diri tanpa dibandingkan dengan orang lain.
Pihak sekolah mampu mendapatkan maklum balas yang lengkap dalam bentuk data kualitatif dan
kuantitatif yang merangkumi segala aspek tentang diri seseorang murid itu bagi membolehkan
pihak yang bertanggung jawab mengenali, memahami, menghargai, mengiktiraf dan memuliakan
anak didik sebagai insan yang berguna, penting dan mempunyai potensi untuk menyumbang .

Pentaksiran yang berkualiti akan menghasilkan maklumat yang tepat dan menunjukkan keadaan
sebenar tentang tahap pembelajaran murid. Maklumat yang tepat boleh membantu pembuat dan
penentu dasar melakukan perubahan bagi tujuan meningkatkan pengajaran dan pembelajaran.

21

RUJUKAN
Bahagian Pembangunan Kurikulum (2011a) Kurikulum Standard Sekolah Rendah Matematik
Tahun satu. Kuala Lumpur.

Bahagian Pembangunan Kurikulum (2012b). Dokumen Standard Prestasi Matematik Tingkatan


1. Putrajaya. Malaysia.
Carribbean Examination Council (CXC) (2013). School-Based Assessment Manual
For Principals, Caribbean Advanced Proficiency Examinations (CAPE).

Cheah, Ui Hock (2010). Assessment in Primary Mathematics Classrooms in Malaysia Tsukuba


International Conference: Innovation of Mathematics Teaching and Learning through Lesson
Study - Connection between Assessment and Subject Matter.17-21 Februari, RESCAM, Penang.
1 7.
Darling-Hammond, L. dan McCloskey, L. (2008). Assessment for Learning Around the World:
What Would It Mean to Be Internationally Competitive?. Phi Delta Kappan. 90(4), 263-272.
Darling Hammond, L (2010). Draf White: Paper Policy Frameworks for New Assessments.
London, The Universiti of Melbourne.
Sulaiman, Faridah (2006) "Kerja projek" matematik tambahan : ke arah pentaksiran matematik
yang holistik. Jurnal Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia, 11 . pp. 10-23. ISSN 1394-1801
Fok, P. K., Kennedy, K. J., Chan, J. K. S., Yu, F. W. M. (2006). Integrating Assessment of
Learning and Assessment for Learning in Hong Kong Public Examinations: Rationales and
Realities of Introducing School-based Assessment. The Hong Kong Institute of Education.
Technical Paper No. 3, 1-16.
Hwa T. Y. dan Lim C. S. (2008) Implementing School-Based Assessment: The Mathematical
Thinking Assessment (Mata) Framework. Bahan Seminar Inovasi Pedagogi IPBL Tahun 2008:
Implementing school-based assessment- The MaTA framework Seminar Inovasi Pedagogi IPBL
28 Ogos, ms. 73-88.

22

HKEAA. (2007a). Hong Kong Diploma of Secondary Education Examination: Mathematics


Education Key Learning Area (S4-6) Hong Kong: Curiculum Development Council & Hong
Kong Examinations and Assessment Authority.
HKEAA. (2012b). Hong Kong Diploma of Secondary Education Examination: Mathematics
School-based Assessment Teachers Handbook Trial Version. Hong Kong: Hong Kong
Examinations and Assessment Authority.
Kementerian Pelajaran Malaysia (2012). Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia Laporan
Awal (2013-2025). Putrajaya.
Lembaga Peperiksaan, (2011). Panduan dan Peraturan Pentaksiran Berasaskan Sekolah.
Putrajaya. Malaysia.
Rohaya Talib (2009) Pembinaan dan pengesahan instrumen ujian literasi pentaksiran. PhD
thesis, Universiti Teknologi Malaysia, Faculti Pendidikan.

Sidek, Rosni Zamuddin Shah dan Mohamed Salleh, Siti Fatihah (2010) Kesediaan Guru Sekolah
Menengah Di Daerah Kota Baharu Dalam Melaksanakan Sistem Penilaian Prestasi Pelajar
Berasaskan Sekolah. pp. 1-13. (Tidak diterbitkan).

Shamsiah, Sidek and Nurin, Abdul Majid and Md Sah, Nelly Ezatul Fazlina and Mohamed,
Hamidah and Hashim, Mohd Noor (2010) The role of TVET teachers in school based assessment
of vocational electives subjects at Sekolah Menengah Kebangsaan Dato Onn, Batu Pahat, Johor.
In: World Congress on Teacher Education for TVET in conjunction with World Teachers Day
Celebration, 5 - 6 Oktober, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia Johor.

Tong Siu Yin Annie (2011) Exploring Students Perception of and Reaction to Feedback in
Schoolbased Assessment. Malaysian Journal Of ELT Research. 7 (2), 104 -107.

23

LAMPIRAN A
CONTOH PELAPORAN DARI POTAL LEMBAGA PEPERIKSAAN MALAYSIA.
PENYATAAN PELAPORAN PRESTASI SUMATIF MURID
BAGI MATA PELAJARAN MATEMATIK ( SK ) KSSR TAHUN 1
Nama murid
: DAVINA ALBAB
No. MyKid
: 023401002789
Nama Sekolah
: SK DAYANG
Kod Sekolah
: BBA 5423
Darjah
: 1
Nama mata pelajaran : MATEMATIK ( SK )
Prestasi

: Band 3

Penyataan pelaporan prestasi.


DAVINA ALBAB boleh :
1. boleh menyelesaikan operasi asas tambah dan tolak
2. boleh membundarkan nombor bulat
3. boleh melengkapkan pola berbentuk tiga dimensi ( 3D ) dan bentuk dua dimensi ( 2D )
serta pola nombor bulat.
4. boleh melakukan penukaran nilai wang
5. boleh menulis waktu
Syabas diucapkan kepada DAVINA ALBAB di atas pencapaian yang amat membanggakan.
Beliau telah menguasai sepenuhnya Band 3 dan layak ke Band 4.

.......................................................
Tandatangan Guru mata pelajaran
penjaga.

..................................................
Tandatangan ibubapa /

24

25

Anda mungkin juga menyukai