Anda di halaman 1dari 14

Pengenalan Dari zaman selepas kemerdekaan lagi, sistem pentaksiran Malaysia sering berubah-ubah.

Ini sejajar dengan perubahan zaman dalam membentuk modal insane yang bertaraf dunia. Walau bagaimanapun, sistem pendidikan masiH lagi berorentasikan peperiksaan. Ini secara tidak langsung memberi kesan kepada sistem pendidikan negara. Menurut Moore (2003) pentaksiran tradisional gagal kerana tidak mengambil kira tentang pencapaian pelajar secara holistik. Sistem pentaksiran berorentasikan yang sedia ada terlalu berfokuskan kuantiti, berorientasikan mata pelajaran dan memusatkan. soalan berbentuk peperiksaan dilatih sewaktu proses pengajaran dan pembelajaran. Menurut Zaleha Ismail dan Arinah Zaidan (2010), pula sistem persekolahan zaman sekarang berasaskan peperiksaan di mana pembelajaran terlalu menumpuhkan kepada pengiraan dan penggunaan rumus manakala kaedah pembelajaran terbatas kepada latih tubi. Namun pengajaran seperti ini tidak dapat menggalakkan pelajar untuk mengamalkan pembelajran sepanjang hayat. Selain itu, menurut Wang (2004) sistem pentaksiran berorientasikan peperiksaan ini seolah-olah pelajar dibentuj melalui mesin. Pelajar dilihat sebagai produk yang dibentuk melalui mesin iaitu pembelajaran yang mengandungi bahan-bahan yang ditetapkan. pelajar seoalah-olah dipaksa untuk mendapatkan keputusan yang cemerlang. penguasaan konsep adalh melaluilatihan secara latih tubi. pelajar hanya tertumpu kepada konsep yang ada dan terhad untuk mengatasi masalh tertentu sahaja. kaedah ini dilihat seolah-olah pembelajaran yang berlaku tidak disepadukan dengan dunia luar. Pembelajran seperti nin tidak mempedulikan isu-isu semasa yang dipisahkan dengan pembelajran. ini menjarakkan lagi pembelajaran dengan dunia reality. Keadaan pelajar menjadi teruk lagi apabila mereka hanya menghafal untuk menghadapi peperiksaan dan akhirnya mereka tidak mampu untuk menyelesaikan masalh kehidupan keran kuarng mahir dalm mengaplikasikan pembejaran. Menurut Darshan and Ong (2003), The education system is so exam-oriented that has forced many students into rote learning and memorizing to score well.This is said to have gratly reduced creativity and our ablity to understand and analyse things.

Dalam sistem pendididkan hari ini hampir semua negara menggunakan sistem penilaian sebagai ciri-ciri asas untuk mengukur keupayaan dan kebolehan seseorang. Malaysia juga telah lama melaksanakan sistem penilaian tersebut. Sistem penilaian sekolah awam di Malaysia telah dilaksanakan di peringkat sekolah rendah dan sekolah menengah. Di Malaysia sistem pentaksiran berasaskan peperiksaan yang penting bagi peringkat sekolah rendah ialah UPSR dan menengah ialah PMR, SPM dan STPM. Kesemua sistem pentaksiran berasaskan peperiksaan ini dianggap penting. Dengan kata lain ia dianggap terlalu berorientasikan peperiksaan. Dengan pengkaedahan ini, semua pelajar diperlukan banyak mengingat sesuatu fakta, berkebolehan dalam menganalisis dan menyelesaikan sesuatu masalah untuk lulus sesuatu peperiksaan. Walaupun banyak perubahan sering berlaku dalam sistem pendidikan terutamanya sistem penilaian ia juga berdepan dengan pelbagai cabaran. Konsep Sistem Pentaksiran Pengertian istilah pentaksiran atau assessment adalah berasal daripada perkataan Greek Assidere iaitu bermaksud duduk di sisi(Adimin,2011). Airasian, (2004) menyatakan bahawa pentaksiran adalah pengumpulan ,sintesis dan interprestasi maklumat di mana pengujian,pengukuran dan penilaian memainkan peranan untuk membantu guru dalam membuat keputusan pembelajaran. Pentaksiran meliputi pelbagai prosedur yang digunakan untuk memperolehi maklumat tentang pembelajaran pelajar (pemerhatian, penilaian prestasi atau projek, ujian kertas dan pensil) dan pembentukan nilai pertimbangan mengenai kemajuan pembelajaran (Linn & Miller, 2005). Ghafar, (2011) mendefinisikan pentaksiran adalah proses mengukur proses penilaian; proses yang sistematik yang melibatkan pengumpulan, penganalisisan dan penterjemahan keterangan tentangtahap pencapaian pelajar terhadap objektif pengajaran. Proses ini berperanan membantu seseorang sama ada guru atau pentadbir membuat keputusan secara holistik tentang keseluruhan perkara yang telah dilaksanakan bagi proses penambahbaikan pada masa akan datang. Seterusnya, menurut Lembaga Peperiksaan Malaysia (2000), pentaksiran dalam bidang pendidikan ialah dianggap sebagi suatu proses pembelajaran yang merangkumi aktiviti menghurai, mengumpul, merekod, memberi skor dan menterjemah maklumat tentang pembelajaran seseoarangmurid bagi sesuatu tujuan tertentu. Hasil pentaksiran dinyatakan dalam

bentuk skor. Skor mestilah sah dan boleh dipercayai untuk memastikan keadilan kepada murid serta mengekalkan kewibawaan institusi pentaksiran. Justeru itu, pentaksiran yang dilaksanakan di sekolah dan bilik darjah merujuk kepada proses pengumpulan, analisis, sintesis dan interpretasi keseluruhan maklumat berkaitan pengajaran dan pembelajaran yang bertujuan membantu pihak sekolah membuat keputusan bagi membuat penambahbaikan serta mencapai matlamat dalam pengajaran dan pembelajaran.

Signifikan Topik Dalam Falsafah Pendidikan Negara, banyak penekanan dalam perkembangan secara menyeluruh, seimbang dan bersepadu bagi membentuk modal insane yang baik dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek. Oleh itu, sistem pentaksiran perlulah seiring dengan matlamat tersebut. Sistem pentaksiran adalah di antara konsep yang penting dalam dunia pendidikan. Kajian ini bertujuan agar sistem penilaian yang yang holistik perlu diwujudkan bagi merangsang perkembangan pelajar yang sempurna dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek sejajar Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Maklumat dari kajian ini diharapkan dapat mengenal pasti cabaran-cabaran dalam sistem penilaian sekolah awam di Malaysia. Maklumat ini penting kepada semua pihak terutamanya dalam bidang pendidikan, ibu bapa, pelajar dan masyarakat untuk mengenalpasti cabaran sebenar dalam sistem pentaksiran sekolah awam di Malaysia. Di samping itu, ia juga membantu pihak sekolah untuk memahami tujuan sebenar sistem pentaksiran untuk membantu meningkatkan potensi sebenar pelajar bukan sekadar memberi penekanan terhadap akademik sahaja. Ia juga menjadi sumber input kepada sistem pendidikan membuat transformasi dalam menghadapi cabaran-cabaran secara bersepadu di peringkat sekolah.

Cabaran-Cabaran Sistem Pentaksiran Sekolah Awam di Malaysia

Sistem pentaksiran berasaskan peperiksaan merupakan kaedah utama yang digunakan untuk mengukur pencapaian pelajar dalam sistem pendidikan di Malaysia untuk tempoh lebih daripada 50 tahun (Rohaya Talib, 2009). Justeru, isu sistem pentaksiran berorientasikan peperiksaan sering dibincangkan oleh masyarakat sejak kebelakangan ini. Pelbagai cabaran yang timbul ekoran daripada pelaksanaan sistem pentaksiaran yang terlalu berorientasikan peperiksaan. Berikut adalah antara tema utama cabaran-cabaran telah diperolehi melalui hasil temubual bersama tiga orang responden.
Ketidakadilan

Hasil dapatan temubual bersama responden turut menyokong bahawa sistem pentaksiran berasaskan peperiksaan ini dikatakan tidak adil sebab menggunakan satu kayu pengukur yang sama untuk menilai semua pelajar sama ada pandai, sederhana mahu pun lemah bagi kawasan pedalaman dan bandar. Pelajar di kawasan pedalaman terutamanya pelajar orang asli memang lemah penguasaan bahasa Malaysia di mana pelajar tersebut perlu menduduki satu peperiksaan awam yang sama seperti pelajar lain di seluruh Malaysia. Persoalannya menarik pelajar orang asli datang ke sekolah pun satu hal tambahan pula menyediakan diri mereka menghadapi peperiksaan sekolah awam yang sama merupakan satu ketidakadilan dalam sistem pentaksiran tersebut. Akses bahasa yang terhad menambahkan jurang ketara di sekolah bandar dan sekolah luar bandar. Akses Bahasa Inggeris yang terhad di kawasan pedalaman dan luar bandar menyulitkan lagi para murid untuk mengikuti sukatan pelajaran yang disediakan. Tambahan pula menduduki peperiksaan awam. Jadi ia merupakan satu ketidakadilan dalam sistem pentaksiran tersebut. Kekurangan guru di kawasan pedalaman turut merupakan ketidakadilan dalam sistem pentaksiran sekolah awam di Malaysia. Di kawasan pedalaman misalnya di Kelantan guru tidak cukup bagi subjek-subjek kritikal terutamanya bahasa Inggeris. Guru bukan opsyen diarahkan untuk mengajar di mana guru itu tidak mempunyai kemahiran, pengetahuan mengenai subjek tersebut. Jadi mungkin mutu dan kualiti yang sepatutnya diajar kepada calon-calon yang akan menduduki peperiksaan awam juga tidak lengkap. Satu sistem dikatakan bercorak objektif apabila semua pelajar perlu menjawab mengikut satu skema sahaja. Jawapan lain tidak boleh diterima. Bentuk tertutup begini dipanggil respons terhad. Jawapan mengikut skema tidak mengundang kreativiti.

Teori dan formula tidak diaplikasikan realiti hidup Kesemua responden pengkaji mneyatakan bahawa sistem pentaksiran sekolah awam sekadar untuk melahirkan murid yang mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan .Sebagai contoh, Program For China's Education Reform and Development yang dikeluarkan dalam tahun 1993, seperti apa yang pernah dinyatakan oleh Lanqing (2005), menyarankan bahawa pendidikan hendaklah mampu meningkatkan keupayaan murid dalam kemahiran bekerja (labor skill), kebolehan fizikal dan psikologikal, serta pencapaian gemilang seorang murid yang membangun dan berlari laju dalam perlumbaan diperingkat global.
http://www.network54.com/Forum/533325/thread/1240115645/1268716572/APAKA H+PROFESION+KEGURUAN+SEKADAR+MEMENUHI+OBJEKTIF+DAN+MATLAMAT+K URIKULUM+KEBANGSAAN-

Demikian kata-kata daripada Prof. Wan Mohd Nor iaitu Budaya peperiksaan dalam sistem pendidikan negara telah menggantikan budaya ilmu.Para pelajar memang giat belajar tetapi kebanyakannya bukan untuk memahami dan mencungkil makna daripada apa yang dipelajari tetapi untuk menghafalnya cukup untuk masa dua tiga minggu tempoh peperiksaan .Tidak keterlaluan jika dikatakan bahawa sebilangan terbesar muridmurid tidak ingat lagi perkara-perkara yang gigih dipelajarinya sebaik sahaja peperiksaan tamat.Para guru pula memang giat mengajar tetapi penumpuannya lebih kepada untuk menghabiskan sukatan pelajaran dan mencapai kecemerlangan peperiksaan. Sistem pentaksiran berorientasikan peperiksaan adalah apabila sesuatu subjek atau ilmu dipelajari melalui penghafalan semata-mata tanpa memahami dan mendalaminya dengan sebaikbaiknya. Hal ini disebabkan suatu sistem pembelajaran yang tidak merangsang bakat, kreativiti dan inovatif seseorang pelajar. Sistem pentaksiaran berorientasikan peperiksaan telah mewujudkan budaya hafalan tanpa menghayati ilmu. Presiden Kesatuan Guru-Guru Melayu Malaysia Barat, Mohd Sabri Mohd Arshad juga bersetuju kerana menganggap fungsi sistem pentaksiran berasaskan peperiksaan itu didapati kurang jelas. Katanya, iadilihat lebih kepada penilaian kognitif, iaitu berdasarkan penilaian dari segi intelektual semata-mata.

Intergriti Seterusnya responden yang ditemubual juga bersetuju bahawa intergriti dalam sistem pentaksiran peperiksaan agak rendah. Banyak isu telah berlaku mengenai intergriti dalam sistem pentaksiran sekolah awam di Malaysia. Misalya penipuan sering berlaku dalam sistem peperiksaan. Memandangkan betapa pentingnya peratus lulus yang tinggi bagi sekolah, guru dan pentadbir sekolah sanggup melakukan apa sahaja untuk meningkatkan prestasi murid sehingga tercetusnya isu penipuan dalam Ujian Penilaian Sekolah Rendah(UPSR). Selain itu, terdapat pelbagai lagi masalah yang timbul membabitkan institusi pendidikan kakitangan jabatan yang menjual dan membocorkan soalan peperiksaan, sekolah yang mengurung pelajar lemah agar tidak mengambil peperiksaan untuk memastikan pencapaian sekolah tidak terjejas serta mahasiswa yang sanggup membeli sijil untuk mendapat peringkat sarjana di universiti (Malaysiakini, 4 Februari 2004). Selain itu, para pelajar juga sanggup meniru dalam peperiksaan demi memperolehi bilangan A banyak. Tambahan pula, pengawas peperiksaan yang sanggup membantu pelajar memberi jawapan sewaktu di dalam dewan peperiksaan turut menimbulkan persoalan mengenai intergriti dalam sistem pentaksiran peperiksaan sekolah awam di Malaysia. Pembentukan modal insan yang tidak seimbang Menurut TPM Tan Seri Muhuyidin Yassin berkata dalam sistem penilaian sekolah awam dilihat lebih berorientasikan kepada peperiksaan sehingga tujuan utama untuk memberikan pendidikan holistik tidak dapat dilakukan sepenuhnya seperti mana termaktub dalam falsafah pendidikan kebangsaan. Berdasarkan kenyataan ini, responden pengkaji memang mengakui bahawa sistem pentaksiran tidak berjaya melahirkan modal insan yang seimbang. Responden menyatakan bahawa penekanan kepada peperiksaan menyebabkan proses pengajaran dan pembelajaran lebih menjurus kepada menyediakan murid untuk boleh menjawab soalan peperiksaan sahaja. Malah, sistem pentaksiran murid sedia ada juga lebih mengarah kepada pentaksiran aspek intelek sahaja tanpa memberi banyak tumpuan kepada penilaian pertumbuhan dan perkembangan potensipotensi lain. Guru berusaha untuk menghabiskan sukatan pelajaran dan kurang mementingkan kefahaman pelajar. Guru juga mengabaikan subjek-subjek seperti Pendidikan Sivik dan Kewarganegaran, seni, Pendididkan Jasmani kerana ingin memberi tumpuan lebih terhadap

subjek-subjek peperiksaan. Secara tidak langsung guru mencantas bakat, kemahiran murid pada peringkat awal lagi. Sebenarnya subjek-subjek tersebut mencungkil kebolehan seseorang pelajar. Tekanan Pendidikan sekarang terlalu berorientasikan peperiksaan dan penekanan pada keputusan serta mengabaikan proses pembelajaran meikut sukatan ku. Akibatnya keseronokan yang boleh didapati melalui pembelajaran di kalangan pelajar semakin berkurang. Kerelavanan Responden yang telah ditemubual sepakat menyatakan bahawa sistem pentaksiran adalah relavan dan perlu membuat penambahbaikan agar tidak terlalu berorientasikan pepriksaan. Jika kita dapat memberi penekanan yang sama kepada pentaksiran dalam aspek ko-kurikulum, sahsiah, budi pekerti dan nilai-nilai murni. Maka ia mampu menguji tahap penguasaan pelajar dalam semua aspek secara menyeluruh. Tanpa adanya peperiksaan, maka adalah sukar malah mungkin juga mustahil untuk kita mengetahui sejauh mana tahap pencapaian anak-anak disekolah. Kesimpulan Pendidikan memberi kesan secara mendalam kepada aktiviti manusia dalam semua bidang kerana ia satu proses berterusan dan inovatif, ia membantu membangunkan potensi individu supaya mendatangkan kebaikan dan mendorongkan kemajuan masyarakat. Oleh sebab ini, misi pendidikan Negara kita sepatutnya ialah membebas dan memberi inspirasi kepada potensi individu, membangunkan kebolehan menganalisis, memotivasikan keyakinan bagi kebolehan jasmani dan mental, mengajar teknik dan ilmu, menjadikan individu berdinamik dan berinisiatif, memperjuangkan kebaikan bagi sendiri dan masyarakat. Malangnya pendidikan sekarang yang berorientasikan peperiksaan, seperti yang dikatakan dalam kenyataan media bersama Jiao Zong dan Kesatuan Sekerja Guru Besar SJK Cina, pendidikan untuk segolongan kecil pelajar akan mengorbankan masa hadapan kebanyakan kanak-kanak. Inilah masalah terbesar pendidikan berorientasikan peperiksaan,

Jelasnya, pendidikan berorientasikan peperiksaan sekarang tidak mampu lagi mencapai objektif pendidikan seperti di atas, sebaliknya menghasilkan generasi baru yang hilang keseimbangan antara jasmani dan mental dan hilang daya saing. Ini bukan sahaja tidak mendatangkan kebaikan bagi sendiri dan masyarakat, ia sebenarnya menyebabkan banyak masalah sosial, termasuk masalah penggangguran mahasiswa, jenayah belia dan lain-lain.

Namun, masih terdapat beberapa isu yang perlu dirungkai dan diselesaikan terutamanya yang melibatkan pembangunan sahsiah dan akhlak di kalangan golongan remaja termasuk pelajar sekolah generasi yang akan memimpin negara menjelang 2020 nanti. Masih lagi terdapat pelajar bersikap suka ponteng sekolah, fenomena pelajar tercicir daripada sistem pendidikan, kejadian pelajar menyalahgunakan bahan terlarang dan terlibat dalam jenayah. Kebanyakan masalah timbul kesan daripada pengaruh luar yang mudah diperolehi akibat kepesatan media elektronik dan cetak yang mudah didapati dan lebih menarik perhatian golongan remaja ini. Ramai pelajar tidak lagi menganggap pengalaman bersekolah sebagai satu pengalaman yang penting, berharga dan menyeronokkan malah mula menganggap ianya sebagai satu tanggungjawab yang membebankan dan memberi banyak tekanan. Bagi menangani isu ini, satu bentuk pembaharuan kepada sistem pendidikan negara perlu segera dirangka dan dilaksanakan dengan berkesan. usaha untuk menjadi persekolahan lebih menyeronokkan dan tidak berorientasikan peperiksaan melalui satu bentuk transformasi kepada struktur pentaksiran pendidikan kebangsaan. perkara ini ialah fokus berlebihan untuk mencapai gred kelulusan A dalam peperiksaan. Maka kebanyakan proses P&P yang berlaku di bilik darjah lebih berupa proses menyediakan pelajar untuk peperiksaan, bukannya bersifat menyampaikan ilmu pengetahuan, kemahiran dan nilai yang perlu seperti mana dituntut oleh kurikulum mata pelajaran tersebut. Ini secara langsung mengurangkan keberkesanan usaha ke arah membangunkan insan yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berdaya saing, berkemahiran dan mempunyai jati diri ciri modal insan cemerlang yang dihasratkan.

http://sppkkedah.blogspot.com/2009/10/membangun-modal-insan.html MEMBANGUN MODAL INSAN ,KONVENSYEN NASIONAL PIPP KEDUA (2008) Tn. Hj. Ali bin Ab. Ghani (A.M.N.) Bahagian Perkembangan Kurikulum ,Kementerian Pelajaran Malaysia
Kumpulan cemerlang biasanya tidak ramai, antara 15 peratus hingga 20 peratus daripada jumlah keseluruhan pelajar (peratus ini berasaskan kajian yang telah banyak dijalankan oleh pakar pendidikan). Laporan pencapaian UPSR 2008 seperti tahun-tahun yang lepas menunjukkan kurang 10 peratus sahaja (sekitar 40,000 orang) berjaya mencapai 5A. Manakala lebih 90 peratus atau 400,000 pelajar yang mengambil peperiksaan UPSR pada 2008 hanya mendapat 4A atau kurang. Dari perspektif pendidikan, semua pelajar sebenar mempunyai potensi dan keupayaan di dalam berbagai bidang. Malang sebelum sempat para pelajar menunjukkan kebolehan dan potensi mereka, UPSR telah menggagalkan kebanyakan daripada mereka. Bayangkan 90 peratus pelajar tidak lagi dianggap cemerlang hanya kerana gagal mendapat 5A. Kumpulan teramai ini khususnya yang gagal mencapai 5A akan menghadapi trauma peperiksaan seperti kesedihan, kemurungan, jiwa tertekan, fobia terhadap peperiksaan dan menghadapi masalah self-esteem yang rendah. Mereka juga mula menjadi pemalu, takut berjumpa dan berinteraksi dengan rakan sebaya serta lebih suka mengasingkan diri. Malah ada di antaranya mengalami tekanan mental dan gangguan jiwa yang bukan sedikit. Gagal memenuhi harapan ibu bapa dan saudara mara menambahkan lagi tekanan ini yang akhirnya akan menyebabkan pelajar membuat perakuan kendiri atau self belief bahawa dirinya memang bukan pelajar yang cemerlang. Jika para ibubapa gagal memahami dan membantu menguruskan trauma peperiksaan ini, keadaan emosi pelajar ini akan menjadi lebih parah. Proses trauma peperiksaan biasanya berlaku antara tempoh selepas keputusan dikeluarkan hinggalah mulai mendaftar masuk ke tingkatan satu di sekolah menengah. Jika dipantau pencapaian di peringkat sekolah menengah jelas sekali pelajar yang cemerlang di sekolah rendah tetapi gagal mendapat 5A di dalam UPSR cenderung untuk menzahirkan dirinya sebagai pelajar sederhana atau lemah di peringkat sekolah menengah. Pendek kata sistem penilaian di peringkat yang terlalu awal seperti UPSR hanya menguntungkan 10 peratus pelajar di kalangan pelajar yang cemerlang tetapi merosakkan masa depan 90 peratus pelajar lain. Teori perkembangan kanak-kanak dan remaja tidak pernah mencadangkan satu sistem penilaian yang akhirnya akan merosakkan konsep kendiri mereka. Pandangan tokoh tokoh pendidikan seperti Jerome Bruner, Jean Piaget dan Paul Hirst menolak penilaian akademik semata-mata bagi tujuan mengelaskan pelajar. Begitu juga dengan tokoh psikologi pendidikan seperti Skinner, Maslow dan Erikson yang mencadangkan agar kanak-kanak di peringkat pelajaran rendah perlu diberi peluang untuk mendapat sebanyak mungkin pengalaman pembelajaran dan tidak perlu dilakukan satu bentuk penilaian yang akan merosakkan sistem konsep kendirinya.

Pengumpulan Data Prosedur temubual Terdapat tiga orang responden telah dipilih untuk ditemubual bagi mengumpul data kualitatif mengenai topik cabaran-cabaran sistem penilaian sekolah awam di Malaysia. Ketiga-tiga responden tersebut adalah golongan yang terdiri daripada bidang pendidikan. Setiap responden telah ditemuduga dengan prosedur tertentu. Ketiga-tiga responden tersebut adalah terdiri daripada bidang yang sama tetapi masing-masing berbeza dari segi jawatan. Jadi, ketiga-tiga responden telah melalui prosedur yang berbeza mendapat kebenaran untuk ditemuduga. terdiri daripada Guru Besar, guru dan pensyarah. Sebelum temuduga Responden pengkaji

diadakan, ketiga-tiga responden telah diberi borang kebenaran temuduga oleh pengkaji. Pengakji telah menemui setiap responden secara semuka untuk mendapatkan kebenaran temuduga mengikut kelapangan responden. Bagi Guru Besar dan guru sekolah rendah, prosedur adalah tidak terlalu ketat. Pertamanya, pengkaji telah menghadiri sekolah dan tandatangani buku pelawat sekolah. Seterusnya, pengkaji telah menerima pas pelawat. Pengkaji telah berjumpa dengan pihak pejabat dan menyatakan hasrat untuk temuduga Guru Besar dan guru sekolah tersebut. Akhirnya, berjumpa dengan ketua jabatan, iaitu Guru Besar dan telah menyatakan tujuan kehadiran pengkaji. Seterusnya pengkaji telah mengedarkan borang kebenaran temuduga kepada responden. Di samping itu, pengkaji turut telah membincang kesesuaian masa dan tempat untuk ditemuduga. Pengkaji telah membuat dua salinan borang kebenaran temuduga yang perlu ditandatangani iaitu satu salinan kepada rujukan pihak sekolah dalam fail dan satu salinan untuk pengkaji. Manakala bagi responden pengkaji yang merupakan pensyarah kolej swasta pula perlu mendapatkan pas pelawat terlebih dahulu. Seterusnya, telah menghadiri pejabat untuk mendapat kebenaran berjumpa dengan pengetua Kolej Segi, Pulau Pinang. Borang kebenaran temuduga telah diberi agar pengetua kolej tersebut memberi keizinan salah seorang pensyarah kolej

tersebut untuk ditemuduga. Setelah menerima kebenaran pengetua kolej terus berjumpa dengan pensyarah yang ingin ditmuduga. Pengkaji telah mengedarkan borang kebenaran temuduga dan membincang keseuaian masa tempat untuk ditemuduga dengan pensyarah tersebut. Pengkaji telah membuat dua salinan borang kebenaran temuduga yang perlu ditandatangani iaitu satu salinan kepada rujukan pihak kolej dalam fail dan satu salinan untuk pengkaji. Pemilihan responden Kajian ini dilakukan melalui pengumpulan data melalui temuduga di kalangan tiga orang responden yang terdiri daripada golongan dalam bidang pendidikan. Kajian topik sistem penilaian memang secara langsung berkaitan dengan bidang pendidikan. Jadi pemilihan responden perlulah golongan yang berpendidikan dan berpengetahuan agar memperolehi maklumat benar mengenai topik kajian. Responden tersebut telah lama menceburi bidang pendidikan dan yakini memiliki kepakaran yang khusus. Apabila seseorang mempunyai kepakaran maka mereka akan mengutarakan hujah-hujah, pendapat, pandangan, komen yang bernas dengan bukti yang kukuh, tepat dan sahih. Tambahan pula, responden yang telah dipilihanya merupakan orang terlibat secarang langsung dengan dasar dan polisi pendidikan negara. Jadi, mereka lebih arif dalam perbincangan topik sistem penilaian. Mereka lebih peka isu-isu semasa dalam bidang pendidikan yang kian lebih mencabar. Guru Besar Misalnya responden Guru Besar merupakan nadi utama dimana segala informasi, polisi, dasar pendidikan diturunkan oleh pihak atasan kepada sekolah. Jadi agen pelaksana adalah Guru Besar maka beliau memiliki pengetahuan dan pengalaman yang cukup luas. responden ini memempunyai pengalaman dalam pengugubalan soalan peperiksaan UPSR. Jadi ia juga satu nilai tambah dalam kajian ini. Beliau merupakan orang paling sesuai dengan topik kajian sistem penilaian. Beliau lebih memahami sistem penilaian dan berkongsi kelemahan dan kelebihan sistem penilaian. Seterusnya beliau merupakan seorang guru cemerlang Bahasa Inggeris di mana beliau mempunyai kemahiran yang tersendiri dalam meningkatkan prestasi murid dalam Bahasa Inggeris terutamanya dalam peperiksaan UPSR yang masih ada kaiatan dengan kajian ini.. Guru

Seterusnya responden guru pula dipilih atas sebab golongan inilah yang akan mengetahui keberkesanan, cabaran sistem penilaian dengan sewajarnya.Golongan guru dirujuk kerana mereka ini mempunyai talian perhubungan yang rapat dengan pelajar mereka lebih mengetahui pelaksanaan sistem penilaian seseorang murid. Mereka ini diberi latihan, kursus mengenai sesuatu dasar, polisi dalam bidang pendidikan. Pensayarah Akhirya, responden penyarah kolej swasta yang memiliki PhD. Beliau banyak terlibat dengan kajian mengenai isu-isu semasa bidang pendidikan. Beliau sering merujuk bahan-bahan ilmiah, kajian kes lepas dalam membuat penyelidikan. Sehubungan itu, beliau boleh membuat perbandingan dengan fakta , data yang kukuh mengenai sesuatu topiK. Maklumat temuduga tidak perlu khuatir dengan ketidaktepatan sebab beliau memang pakar.Segala persoalan yang dikemukakan juga beliau melihat dalam pelbagai konteks dan seterusnya memberi dan mengulas pandangan dan pendapat.

Pemilihan kajian Dokumen Bagi kajian ini pemilihan dokumen telah dipilih berdasarkan tema utama yang diperolehi hasil daripada temubual bersama tiga orang responden. Setelah menjalankan temubual,pengkaji telah mendengar semula audio temubual dan menulis transkrit audio tersebut. Melalui transkrit ini pengkaji dapat menganalisis tema-tema utama yang telah dibincangkan oleh ketiga-tiga responden yang telah ditemubual. Jadi, daripada situ pengkaji telah memperolehi lima tema utama berhubung cabaran-cabaran sistem pentaksiran sekolah awam di Malaysia. Antaranya ketidakadilan sistem pentaksiran, intergriti, tekanan, modal insan yang tidak seimbang dan masalah sosial. Ini secara tidak langsung telah memudahkan pengkaji memilih dokumen yang berkaitan topik kajian. Pengkaji telah memilih tiga dokumen seperti rencana, keratan akhbar dan artikel yang memang releven dengan tema-tema utama topik kajian. Setiap dokumen yang telah dipilih mempunyai isu yang dibincangkan oleh ketiga-tiga orang responden. Pengkaji memilih dokumen seperti Halatuju Pendidikan Negara, Assessment Systems: Exam dont boost creativity dan sebagainya.

Rencna bertajuk Halatujuh Pendidikan Negara ditulis oleh Nazreen (2013) telah membincanagkan isu-isu yang berlaku dalam sistem pendidikan Malaysia. Beliau turut menyatakan ketidakadilan sistem pendidikan iaitu perbezaan jurang akses di kawasan bandar dan luar bandar. Kualiti pendidikan negara merosot dari tahun ke tahun tahun. Kegagalan sistem pendidikan memperbaik kadar celif huruf negara dan meletakkan Malaysia lebih rendah daripada negara lain. Selain itu birokrasi di setiap peringkat bermula daripada peringkat atasan sehingga peringkat bawah menyukarkan lagi skop pendidikan diterjemah dengan lebih berkesan. Beliau menekankan kesaksamaan pendidikan yang bukan sahaja diukur daripada kemahiran intelektual tetapi juga bagaimana sistem pendidikan melahirkan modal insan yang seimbang. Seterusnya, Artikal bertajuk Assessment Systems: Exams donnt boost creativity oleh Samuel Yesuiah (2011, News Straits Times), telah membincangkan sistem berorientasikan peperiksaan dimana pelajar menduduki peperiksaan UPSR, PMR dan SPM harus dirombak semula untuk transformasi sistem pendidikan. Para pelajar hanya tahu menghafal untuk menghadapi peperiksaan, akhirnya mereka tidak berkemampuan menyelesaikan masalah kehidupan kerana tidak tahu berfikir. Kebanyakan sekolah rendah akan memberi sumber daya yang lebih banyak kepada pelajar yang berprestasi tinggi, akibatnya pelajar yang kurang maju diabaikan. Masalah golongan yang diabaikan ini menjadi semakin teruk, menyebabkan mereka ini menghadapi masalah seperti tidak tahu membaca dan menulis apabila berada di sekolah menengah. Tambahan pula, sistem berorientasikan peperiksaan juga mnyebabkan berlaku masalah disiplin di sekolah dimana terlalu memberi penekankan terhadap akademik sematamata. Beliau turut menyatakan bahawa pelajar hadir sekolah hanya untuk lulus dalam peperiksaan manakala guru pula mengajar agar pelajar mencapai kecemerlang dalam peperiksaan sahaja. Jadi sistem peperiksaan tidak mencungkil bakat, kreativiti dan inovatif pelajar. Ia juga tidak menggalakkan pelajar terlibat dalam sukan dan aktiviti ko-kurikulum. dilihat lebih kepada penilaian kognitif, iaitu berdasarkan penilaian dari segi intelektual semata-mata.

Berdasarkan ulasan-ulasan dokumen kajian ini memang mempunyai hubungkait dengan tema utama yang diuatarakan oleh para responden kajian. ini membolehkan pengkaji mengukukuhkan hujah-hujah dalam penulisan berkaitan dengan topik kajian cabaran-cabaran sistem pentaksiran sekolah awam di Malaysia.

Anda mungkin juga menyukai