Anda di halaman 1dari 3

TEKS UCAPAN PERASMIAN MAJLIS PENUTUPAN PERKHEMAHAN UNIT

BERUNIFORM SK PERPADUAN 2022/2023

Terima kasih pengerusi majlis,

Yang Berbahagia (Perasmi),

_____________________________________

Yang Dihormati(PIBG),

_____________________________________

Yang Dihormati,
Barisan Pentadbir Sekolah Kebangsaan Perpaduan;

Barisan jurulatih, pegawai-pegawai Tentera dan para peserta


Perkhemahan Unit Beruniform yang dikasihi sekalian;

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,


Salam Sejahtera, Salam Perpaduan dan salam SKP Excellent.

Alhamdulillah, segala pujian bagi Allah dan salam sejahtera ke atas


junjungan kita Nabi Muhammad s.a.w. Dengan izin-Nya kita dapat
bersama-sama pada hari ini dalam Majlis Penutupan Perkhemahan Unit
Beruniform peringkat sekolah bagi tahun 2022/2023 yang bertempat di
Kem Permai 23 RAMD (Rajimen Askar Melayu Diraja).

Saya ingin merakamkan penghargaan dan terima kasih atas kerjasama


warga Sekolah Kebangsaan Perpaduan dan pihak 23 RAMD dalam
menjayakan perkhemahan ini yang telah berlangsung selama 3 hari
bermula sejak hari Jumaat yang lalu. Secara peribadinya, saya amat
berpuas hati dan bangga dengan komitmen semua pihak yang bersama-
sama menjayakan perkhemahan tahun ini sama ada secara langsung
atau tidak langsung dalam memastikan perkhemahan ini berjalan
dengan lancar. Saya dimaklumkan pelbagai aktiviti yang telah dijalankan
sepanjang program perkhemahan ini berlangsung antaranya team
building, Pertandingan Larian Halangan, Pengenalan Ikhtiar Hidup,
Jungle Tracking, BBQ dan Persembahan Citra Kesenian serta Taklimat
Kerjaya Tentera.
Menjadi harapan saya dan guru-guru sekalian agar semua peserta
yang terlibat pada perkhemahan ini dapat mengaplikasikan sebaik
mungkin ilmu yang telah dipelajari selama 3 hari ini bagi melahirkan
murid yang bersahsiah dan mempunyai jati diri sekaligus dapat
meningkatkan potensi diri serta prestasi kokurikulum sekolah.

Saya yakin segala ilmu yang para peserta pelajari dan peroleh
sepanjang tempoh perkhemahan ini sedikit sebanyak juga akan menjadi
titik tolak kepada permulaan menjadi seorang pemimpin yang disegani.
Saya juga berharap agar objektif perkhemahan yang telah dirancang
dapat dicapai setelah melalui tempoh 3 hari 2 malam di sini. Saya
difahamkan objektif kursus ini adalah untuk membentuk sahsiah mulia
dan cemerlang serta jati diri yang tinggi serta unggul. Selain itu,
perkhemahan ini juga dapat membantu para peserta membina
ketahanan mental, fizikal, emosi dan jasmani serta dapat
mempraktikkan potensi yang ada pada diri murid dengan sebaiknya.
Akhir sekali, perkhemahan ini dapat memupuk budaya disiplin diri yang
mampu mengurangkan masalah sosial dan disiplin di sekolah.

Tuan-tuan dan puan-puan,


Para peserta yang dikasihi,

Amalan disiplin yang baik, dan kepimpinan yang berhemah dalam


kalangan peserta mencerminkan identiti sesebuah sekolah. Sikap ini
akan dapat memberikan gambaran kepada orang awam terutamanya
ibu bapa betapa keseluruhan sekolah mempunyai nilai-nilai murni yang
tinggi yang boleh dicontohi oleh anak-anak mereka kelak. Amalan yang
baik ini hendaklah sentiasa dipraktikkan sehingga menjadi budaya dan
turut diikuti oleh rakan-rakan dan kakitangan lain dalam sesebuah
organisasi.

Sehubungan itu, besarlah harapan saya agar para peserta yang


hadir pada hari ini dapat berkongsi ilmu yang diperoleh dengan rakan-
rakan yang lain agar ilmu yang diperoleh dapat dikongsi bersama-sama
demi kepentingan sekolah khasnya dan jabatan pendidikan negeri
amnya.

Akhir kata, saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi tahniah dan


penghargaan kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan
Perkhemahan Unit Beruniform Peringkat Sekolah ini terutamanya
kepada Penyelaras program, barisan jurulatih 23 RAMD dan ahli
jawatankuasa yang telah bersama-sama para peserta selama 3 hari serta
pihak urusetia yang telah bekerjasama dan berusaha untuk memastikan
perkhemahan ini berjaya dilaksanakan.

Sekian, wabillahi taufik walhidayah,  wasalamulaikum warahmatullahi


wabarakatuh

Anda mungkin juga menyukai