Anda di halaman 1dari 5

TEKS PENGACARA MAJLIS PERASMIAN MESYUARAT AGUNG

PIBG KALI KE-22

AGENDA TEKS
1. Kehadiran VIP serta Mengumumkan ketibaan Yang Berbahagia Deputy
Ibu Bapa dan Guru Supritenden (DSP) Ayob Bin Ismail Penolong Pegawai
Pemerintah Batolion 1 Polis Gerakan AM (PGA) Hulu
Kinta Perak diiringi Yang Berusaha Puan Rokiah bt
Bakar Guru Besar SK Perpaduan, En. Shanizam Bin
Kamis Yang Dipertua PIBG SK Perpaduan AJK PIBG
serta barisan pentadiran sekolah.

Kata Alu-aluan Kasihnya ibu membawa ke syurga


2. Pengacara Majlis Kasihnya ayah berkorban nyawa
Kasihnya guru mencurah ilmu
ADZUAN Pemacu segala pelita dan lampu
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Menjalankan tugas dengan amanah
Untuk mendapat redha illahi dan keberkatan
Seribu tahun menjadi hikmat

Kompang Bergema Pusaka Bangsa


Dipalu oleh Si Anak Muda
Hadir Tuan Puan meriah suasana
Kami menyambut penuh gembira.

Bismilahhirahmanirahim...

Yang Berusaha PN. ROKIAH BINTI BAKAR


Guru Besar SK Perpaduan merangkap Penasihat PIBG
SK Perpaduan

Yang Berbahagia Deputy Supritenden (DSP) Ayob Bin


Ismail Penolong Pegawai Pemerintah Batolion 1 Polis
Gerakan AM (PGA) Hulu Kinta Perak.

Yang  Dihormati  En. Ahmad Shanizam Bin Kamis


Yang Dipertua PIBG SK Perpaduan

En. Mohd Khairulnizam Bin Jaafar


Naib Yang Dipertua PIBG SK Perpaduan
Barisan Guru Penolong Kanan

Barisan Ahli Jawatankuasa PIBG

Barisan pendidik,

Seterusnya, Tuan-tuan, Puan-puan hadirin sekalian


Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh... dan
selamat pagi.

Saya bagi pihak majlis mengalu-alukan kehadiran Yang


Berbahagia,Deputy Supritenden (DSP) Ayob Bin Ismail
ke majlis perasmian Mesyuarat Agung PIBG kali ke-22 bagi
sesi 2022.

Saya juga melahirkan rasa bangga dan mengucapkan ribuan


terima kasih dengan kehadiran tetamu-tetamu jemputan dan
warga guru ke majis ini.

Inilah ruang dan peluang atau platform terbaik untuk kita


mencari kesepakatan, untuk kita mencari titik persamaan
bagi menjulang dan meledakkan kejayaan sistem pendidikan
negara.

Pepatah Melayu ada menyatakan, kalau tidak dipecahkan


ruyung, manakan dapat sagunya,

Justeru itu, kalau kita dapat satukan minda, selaras


pandangan dan sepadukan idea, pasti kecemerlangan
menjadi milik kita bersama.

Bak kata pepatah secekak bak serai, serumpun bak


buluh. Yang ringan sama kita jinjing, yang berat sama
kita pikul – jika kesepaduan itu dapat kita jeleketkan serta
realisasikan, Insya Allah SK Perpaduan mampu melahirkan
putera dan puteri yang cemerlang, gemilang dan terbilang

Bacaan Doa Bagi memberkati majlis, marilah sama-sama kita menadah


4. tangan dengan penuh ketakwaan untuk mengaminkan doa
yang akan dibacakan oleh al-Fadhil Ustaz Ahmad Fadli Bin
Abdul Aziz Dengan segala hormatnya majlis
ADZUAN mempersilakan.

.......................................

Majlis mengucapkan terima kasih kepada al-Fadhil Ustaz


Ahmad Fadhli Bin Abd Aziz atas pimpinan bacaan doa itu
tadi.
Hadirin yang dihormati sekalian.

Kecemerlangan dan kemenjadian anak-anak adalah aset


yang amat bernilai dalam sesebuah keluarga. Lantaran itu,
permuafakan antara ibu bapa dan guru adalah tunjang
pemangkin kepada kejayaan dan kecemerlangan sesebuah
institusi pendidikan dalam usaha menjana modal insan yang
berdaya saing dalam melayari bahtera kehidupan yang
semakin mencabar ini.

Justeru, kerjasama dan komitmen yang dicurahkan oleh guru


dan ibu bapa, amat penting dalam usaha melahirkan murid
yang berketerampilan bukan sahaja dalam bidang akademik,
kokurikulum, bahkkan sahsiah diri yang cemerlang.

Ucapan Alu-aluan Sudilah Puan jalan berlapan,


oleh GURU BESAR Jalan berlapan di malam kelam,
Sudilah Puan beri ucapan,
ADZUAN Kata aluan pemanis kalam.

Hadirin sekalian,

Majlis kita dimulai dengan ucapan daripada Puan Rokiah bt


Bakar GB SK Perpaduan merangkap penasihat PIBG SK
Perpaduan. Majlis dengan segala hormatnya
mempersilakan....

Majlis merakamkan jutaan terima kasih kepada Puan Rokiah


bt Bakar atas ucapan itu tadi.

Ucapan Perasmian
6. Majlis PIBG Kali ke- Kalau Tuan pikat kenari,
22. Jangan patahkan batang jerami;
Kepada Tuan ruang diberi,
Mohon rasmikan majlis kami.
ADZUAN
Kini tibalah masa , untuk kita mendengar amanat dan ucapan
yang akan disampaikan oleh Yang Berbahagia Deputy
Supritenden (DSP) Ayob Bin Ismail Penolong Pegawai
Pemerintah Batolion 1 Polis Gerakan AM (PGA) Hulu
Kinta Perak.
dan seterusnya merasmikan Mesyuarat Agung PIBG SK
Perpaduan kali ke-22 bagi sesi 2022.

Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.


………………….

Dengan Bismillah kita mulai,


Alhamdulillah wassola tannabi,
Dengan takdir Ilahi Rabbi,
Selesai sudah upacara merasmi.

Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan


terima kasih kepada Yang Berbahagia Deputy
Supritenden (DSP) Ayob Bin Ismail atas ucapan dan
perasmian itu tadi. Semoga segala amanat dan ucapan tuan
itu tadi dapat kita hayati dan ambil tindakan bersama.

Burung Nuri dipandang dara,


Hingga di beranda di tengah laman,
Cenderamata diberi seikhlas jiwa,
Sebagai tanda buat kenangan.

Seterusnya, sebagai tanda penghargaan dan terima kasih,


dipersilakan, Puan Rokiah Bt Bakar Guru Besar SK
Perpaduan diiringi En. Ahmad Shanizam Bin Kamis
Yang Dipertua PIBG SK Perpaduan untuk menyampaikan
cenderamata kepada  Yang Berbahagia Tuan. Dipersilakan

Dipersilakan Tuan DSP Ayob Bin Ismail untuk menerima


cenderamata daripada PIBG SK Perpaduan.

Majlis merakamkan jutaan terima kasih kepada Puan Rokiah


bt Bakar atas kesudiaan menyampaikan cenderamata itu
tadi.

Penyampaian
Majlis diteruskan lagi dengan penyampaian cenderahati
Ccenderahati kepada AJK PIBG Sesi 2021/2022. Majlis dengan
kepada AJK sukacitanya sekali lagi menjemput dan mempersilakan Puan
PIBG sesi 2021 Rokiah Bt Bakar diiringi Puan Zuhaidah Bt Ibrahim
Penolong Kanan Pentadbiran untuk menyempurnakan
& 2022 majlis. Dipersilakan.

Terima kasih diucapkan kepada Puan Rokiah Bt Bakar atas


kesudian menyampaikan cenderahati sebentar tadi.

Majlis Penutup Dengan berakhirnya ucapan perasmian itu tadi, maka


7. selesailah sudah Majlis Perasmian Mesyuarat Agung SK
Perpaduan kali ke-22 bagi sesi 2022.
Dari mana asalnya, usah diusul
ADZUAN Molek budinya menambat hati
Dua tiga bicara salah tersasul
Jangan dibawa ke dalam hati.

Kami mewakili AJK PIBG SK Perpaduan, merakamkan


penghargaan terima kasih kepada Yang Berbahagia
Deputy Supritenden (DSP) Ayob Bin Ismail atas kesudian
meluangkan masa pada pagi ini untuk merasmikan
Mesyuarat Agung PIBG kali ke-22.

Seterusnya, Majlis akan berhenti rehat sebentar. Dalam pada


itu, marilah sama-sama kita menyaksikan persembahan
montaj. Dipersilakan.

Anda mungkin juga menyukai