Anda di halaman 1dari 12

KERTAS KERJA

PROGRAM ENGLISH LANGUAGE CAMP


PELAJAR DIPLOMA BAHASA INGGERIS SEMESTER 4
UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS

1.0 TUJUAN

Rasionalnya, kertas cadangan ini disediakan adalah untuk memohon pertimbangan
dan kerjasama daripada pihak tuan yang bertujuan untuk merealisasikan program
yang ingin dianjurkan iaitu English Language Camp. Program ini akan diadakan
pada 27 Ogos 2014 (Rabu), manakala Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Ampang
Ipoh telah dipilih sebagai lokasi program.

2.0 PENGENALAN

Program Diploma Bahasa Inggeris merupakan salah satu program di bawah
pengendalian Fakulti Bahasa dan Komunikasi (FBK) yang ditawarkan di Universiti
Pendidikan Sultan Idris. Program ini bermatlamat untuk meningkatkan kemahiran
berbahasa Inggeris dalam kalangan pelajar. Program ini merangkumi empat aspek
utama iaitu kemahiran membaca, kemahiran menulis, kemahiran mendengar dan
kemahiran berkomunikasi. Untuk makluman pihak tuan, salah satu kursus yang
disediakan di bawah program ini ialah BIK 1123 English Language Camp yang
dirasakan berupaya menjadi landasan terbaik buat para pelajar untuk menterjemahkan
teori-teori yang telah dipelajari dalam bentuk praktikal. Memandangkan kursus ini
merupakan kursus wajib dalam program Diploma Bahasa Inggeris, maka para pelajar
semester 4 diberi peluang untuk menganjurkan program tersebut sekaligus mencapai
objektif kursus berkenaan. Sejajar dengan rasional kursus ini, program ini secara tidak
langsung memberi peluang kepada para pelajar ( Pelajar Diploma Bahasa Inggeris,
Semester 4) untuk memberi sumbangan sebagai sebahagian daripada komuniti
pendidik sebagai usaha bersama-sama berkongsi ilmu dan pengetahuan kepada
masyarakat.

3.0 MISI

Program ini diadakan dengan misi untuk membuka ruang dan peluang kepada
kumpulan sasaran untuk berkomunikasi dalam Bahasa Inggeris selaku bahasa kedua
(L2) seterusnya meningkatkan tahap keyakinan mereka agar mampu bertutur dalam
Bahasa Inggeris dengan lebih selesa. Sementara itu, program ini juga mampu
meningkatkan kemahiran insaniah mahasiswa-mahasiswi UPSI.





4.0 MATLAMAT

Secara dasarnya, matlamat utama program ini dijalankan adalah untuk mengasah
kualiti kepimpinan dalam diri setiap individu. Sebagai tambahan, mereka dikehendaki
untuk melaksanakan peranan yang dipertanggungjawabkan di bawah satu organisasi
yang sama dan mampu menerapkan nilai-nilai kerja sebagai satu pasukan.
5.0 OBJEKTIF

5.1 Mempraktikkan konsep Fun-based learning sebagai salah satu medium
pengajaran dan pembelajaran bagi menarik minat pelajar untuk mempelajari bahasa
kedua.
5.2 Mewujudkan English environment sebagai alternatif dalam usaha para pelajar
bagi menguasai Bahasa Inggeris.
5.3 Memupuk kesedaran pelajar akan kepentingan untuk mahir berbahasa Inggeris
memandangkan Bahasa Inggeris memainkan peranan sebagai bahasa antarabangsa.
5.4 Memberi peluang kepada mahasiswa- mahasiswi untuk menyumbang kepada
komuniti melalui penganjuran kem berbahasa Inggeris dalam situasi yang sebenar dan
memberi kelebihan kepada mereka dari segi pengalaman.
5.5 Penganjuran kem ini juga secara tidak langsung mampu memberi peluang kepada
mahasiswa-mahasiswi untuk menonjolkan bakat dan kemahiran mereka
mengendalikan sesuatu program.
5.6 Memenuhi keperluan kursus BIK 1123 English Language Camp sebagai salah
satu kursus wajib program Diploma Bahasa Inggeris yang berupaya untuk
menyediakan para pelajar sebelum memasuki alam pekerjaan.










6.0 TEMA

Learn English and be Superheroes telah dipilih sebagai tema program English
Language Camp. Tema yang berkenaan membawa maksud kehebatan seorang
perwira bukan terletak pada kekuatannya tetapi pada penggunaan Bahasa Inggeris.

Idea ini tercetus apabila menyedari bahawa Superheroes merupakan trend remaja
masa kini. Terdapatnya filem-filem Superheroes dari negara barat yang
menggunakan Bahasa Inggeris sebagai medium komunikasi. Justeru itu, perkara ini
adalah merupakan suatu aspek yang menarik perhatian para pelajar untuk mempelajari
Bahasa Inggeris dan bertutur secara fasih apabila menggunakannya.

Kepentingan untuk menguasai Bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua selain fasih
bertutur bahasa ibunda untuk berdaya saing maju dalam era modenisasi kini.

7.0 ANJURAN
1. Pelajar Diploma Bahasa Inggeris
Universiti Pendidikan Sultan Idris
Semester 4 Sesi 2013/2014

2. Fakulti Bahasa dan Komunikasi (FBK)
Universiti Pendidikan Sultan Idris

3. Universiti Pendidikan Sultan Idris, Perak

8.0 TARIKH DAN MASA

Program ini dicadangkan untuk diadakan pada:

Tarikh: 27 Ogos 2014 (Rabu)
Masa : 7.30 pagi hingga 5.30 petang





9.0 TEMPAT PROGRAM
Tempat yang dipilih untuk mengadakan program ini ialah Sekolah Menengah
Kebangsaan Seri Ampang, Ipoh.
10.0 PUBLISITI

Mengikut perancangan oleh pihak media bagi publisiti, 2 keping banner akan
disediakan dan dipamerkan di sekitar lokasi. Persetujuan akan dipohon untuk
mempamerkan banner di pintu pagar utama sekolah dan juga dewan. Poster-poster
bersifat interaktif juga akan diedar dan dilekatkan pada papan kenyataan di setiap
kelas para pelajar yang terlibat.

11.0 CADANGAN PERASMI

Berdasarkan perbincangan awal, perasmian program English Language Camp
dijangka akan disempurnakan oleh Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Seri
Ampang ataupun akan dirasmikan oleh wakil beliau.
Penglibatan ahli-ahli program:
Jumlah pelajar = 100 orang
Jumlah fasilitator = 46 orang
Penyelaras program = 1 orang









12.0 STRUKTUR ORGANISASI

SENARAI AHLI JAWATANKUASA PELAKSANA
Penasihat Program:
Encik Ahmad Zainuri Bin Loap Ahmad

Pengarah Program:
Nur Ameerah Binti Abdul Rahim

Timbalan Pengarah Program:
Yamunaa A/P Sivalingam

Setiausaha Program:
Goh Yi Ting

Bendahari Program:
Mohd Ibrahim Bin Pishol

Ahli-Ahli Jawatankuasa Program:

AJK Pendokumentasian :
Chin Liu Jing
Ting Siew Ching
Ong Jie Ying
Elina Fazliana Binti Zainol

Ketua Jabatan Aktiviti:
Wan Mohamad Akid Bin W.Zaid

AJK Aktiviti:
Muhammad Arif Anwar Bin Aribain
Nurfarahin Binti Arif
Janatulnaimah Binti Abd Rashid
Nurul Sabrina Anasuha Bt Mohd Sabri
Siti Amirah Rasyidah Binti Mustafa
Nurlyana Aqilah Binti Mohd Terfizi
Aimi Suraya Binti Moerdanny
Siti Nor Kamilah Bt Masri
Narumatha A/P Mohana Das
Nurul Awanis Binti Muhammad Bakaruddin
Nur Ain Bt Ahmad
Siti Nur Azwani Binti Azahar

Ketua Jabatan Logistik:
Yohalaa A/P Netaji

AJK Pengangkutan:
Muhamad Amirul Fadhil Rushdan Bin Arif Rahimi

AJK Makanan:
Nida Shafiqa Binti Mohamad Zabidi
Nur Hazwani Binti Shaik Mohd Hashim
Nur Amalia Binti Zuhairi
Dhamirah Binti Mohar
Nurul Amira Binti Mohd Noor
Lillimalar A/P Sekaran
Nuradila Binti Halim

AJK Teknikal:
Mohamad Fajrul Naim Bin Edris

Ketua Jabatan Media dan Publisiti:
Khairun Niesa Bt Anuar

AJK Jabatan Media dan Publisiti:
Ammelia Anak Peter Degat
Yuhana Shahzlin Bt Mohd Tarmizi
Nur Ezzati Edmund
Nur Ain Amalina Binti Amran
Mega Sarah Liyana Binti Mohd Shahar
Hanis Sofea Binti Osmera

AJK Hadiah dan Cenderahati:
Patricia Antai Anak Robin
Logeswary A/P Papakrishnan
Nadirah Binti Muhammad
Nur Amirah Arinah Binti Shafie
Nur Syahirah Binti Selamat

AJK Protokol dan Sambutan:
Andy Reza Rohadian Bin Khairul Anwar
Nurul Farehah Binti Fisal



13.0 TENTATIF PROGRAM

MASA AKTIVITI
5.30 a.m. 7.30 a.m. Urusetia bertolak dari UPSI
Persiapan dewan
Taklimat Ringkas Pengarah Program
7.30 a.m. 8.00 a.m. Pendaftaran Pelajar
8.00 a.m. 8.15 a.m. Pengenalan
8.15 a.m. 10.00 a.m. Slot Pertama:
The Winter Soldier
10.00 a.m. 10.30 a.m. Minum Pagi
10.30 a.m. 1.00 p.m. Slot Kedua:
Explorace The Ultimate Journeys
1.00 p.m. 2.00 p.m. Solat Zuhur & Makan Tengahari
2.00 p.m. 4.00 p.m. Slot Ketiga:
Superheroes On Action
4.00 p.m. 5.30 p.m. Majlis Penutup
Minum Petang













14.0 PERINCIAN PROGRAM

14.1 Pembahagian Kumpulan
Para peserta akan dibahagikan kepada beberapa buah kumpulan kecil yang akan
dibantu oleh para fasilitator yang lebih mesra dan seronok dikenali sebagai
Superheroes, iaitu panggilan lain bagi kawan. Ini adalah untuk melahirkan
kemesraan dan bertujuan untuk merapatkan silaturrahim dalam kalangan peserta dan
fasilitator.

14.2 Pengisian Slot
Sepanjang pelaksanaan program, English Language Camp ini berlangsung
sebanyak tiga slot aktiviti akan dijalankan. Di dalam setiap slot, terdapat beberapa
aktiviti yang berkonsepkan fun-based learning akan dijalankan berdasarkan tahap
perkembangan pembelajaran para peserta. Di samping itu, para pelajar juga diberi
peluang untuk menonjolkan kreativiti masing-masing melalui aktiviti persembahan
yang akan dipersembahkan pada majlis penutup. Secara ringkasnya, konsep ini
adalah berselang-seli iaitu antara pembelajaran dan diikuti oleh aplikasi para pelajar.

14.3 Penyampaian Hadiah
Penyampaian hadiah bagi setiap pemenang untuk aktiviti yang telah dijalankan dan
penyampaian cenderahati bagi tanda penghargaan. Pemberian sijil penyertaan dan
cenderahati juga akan diberi kepada para peserta.










15.0 ANGGARAN KOS
NO. KETERANGAN KOS
SETIAP
ITEM
(RM)
BILANGAN ITEM JUMLAH
KESELURU
HAN (RM)

1 Minum Pagi:
Air Kotak
Roti

1.00
0.70

150
150

150.00
105.00
2 Makan Tengahari
Set Nasi Tomato
Air Bandung

5.00
1.20

150
150

750.00
180.00
3 Minum Petang
Kuih- muih
Air Mineral

0.80
0.80

150
150

120.00
120.00

1 Hamper Besar 50.00 6 300.00
2 Hamper Kecil 30.00 7 210.00
3 Hadiah bagi Peserta
Terbaik
Buku Rujukan
Set Alat Tulis


30.00
10.00


2
2


60.00
20.00
4 Ribbon 3.00 27 81.00
5 Cello tape 3.00 3 9.00
6 Bakul Hamper 2.00 13 26.00
7 Bakul Rotan 35.00 2 70.00
8 Sijil Penyertaan 4.00 100 400.00
9 Rosette for VIP 7.00 6 42.00
10 Plaque 50.00 6 300.00
11 Set Mug 50.00 2 100.00
12 Buah-buahan 50.00 2 100.00
13 Pua Kumbu (Kain Ukir) 25.00 2 50.00
14 T-shirt 30.00 47 1410.00
15 Banner 100.00 2 200.00
16 Poster 5.00 5 25.00
17 Tanda Nama 3.00 100 300.00



1 Kertas warna 10.00 4 40.00
2 Kertas A4 10.00 4 40.00
3 Kad Manila 1.00 24 24.00
4 Pen Marker 2.00 10 20.00
5 Pen biru 10.00 2 20.00
6 Cello tape 3.00 5 15.00
7 Benang putih 2.00 10 20.00
JABATAN LOGISTIK
JABATAN MEDIA & PUBLISITI
JABATAN AKTIVITI
8 Gam 1.00 20 20.00
9 Gunting 3.00 10 30.00
10 Belon 2.00 6 12.00
11 Fotostat 60.00
12 Marker Sharpie 3.00 14 42.00
13 Tali Rafia 3.00 3 9.00
14 Stapler 3.00 4 12.00
15 Ubat stapler 1.00 10 10.00
16 Gula-gula 10.00 3 30.00







JUMLAH



Logistik =
Media & Publisiti =
Aktiviti =





1425.00
3703.00
404.00

5532.00


















16.0 PEJABAT URUSAN

Nur Ameerah Binti Abdul Rahim
Pengarah Program,
Program Kem Bahasa Inggeris,
Universiti Pendidikan Sultan Idris,
35900 Tanjung Malim, Perak.

No. Telefon: 017 875 8190
018 321 7803

17.0 PENUTUP

Program English Language Camp ini merupakan suatu usaha dalam memberi
banyak manfaat bukan sahaja kepada para pelajar yang terlibat, malahan semua pihak
yang bertungkus-lumus demi menjayakan program ini. Program ini merupakan
wacana terbaik untuk memberi pendedahan kepada para pelajar untuk
memperkasakan penguasaan Bahasa Inggeris dalam meningkatkan keyakinan para
pelajar dan juga mahasiswa-mahasiswi untuk berkomunikasi dalam Bahasa Inggeris.
Diharap pihak tuan dapat mempertimbangkan kertas kerja kami dalam meluluskan
permohonan kami untuk menjayakan program ini. Tinggilah harapan kami agar
objektif yang disasarkan mampu dicapai dengan jayanya. Akhir kata, sekalung
penghargaan dan rakaman terima kasih kepada pihak tuan atas kerjsama yang
diberikan.












Disediakan oleh: Nur Ameerah Binti Abdul Rahim
Pengarah Program,
Program Kem Bahasa Inggeris,
Universiti Pendidikan Sultan Idris,
35900 Tanjung Malim, Perak.

Tandatangan

Tarikh

Disemak oleh: Encik Ahmad Zainuri Bin Loap Ahmad
Penasihat Program,
Program Kem Bahasa Inggeris,
Universiti Pendidikan Sultan Idris,
35900 Tanjung Malim, Perak.

Tandatangan

Tarikh

Disokong oleh: Dr. Lajiman Bin Janoory
Ketua Jabatan Bahasa dan Sastera,
Fakulti Bahasa dan Komunikasi,
Universiti Pendidikan Sultan Idris,
35900 Tanjung Malim, Perak.

Tandatangan

Tarikh

Diluluskan oleh: Dr. Raja Nor Safinas Binti Raja Harun,
Dekan Fakulti Bahasa dan Komunikasi,
Universiti Pendidikan Sultan Idris,
35900 Tanjung Malim, Perak.

Tandatangan

Tarikh

Anda mungkin juga menyukai