Anda di halaman 1dari 2

TEKS UCAPAN PROGRAM PENANDAARAS JALINAN KASIH MALAYSIA-

INDONESIA

Bismillahirrahmanirrahim...

Yang dihormati ibu Heri Wahyu Rejeki Kepala Sekolah SMP Negeri 3
Krian,

..………………………………………………………………………………………………………………
……………………………………………………………semua murid yang dikasihi
sekelian.

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, Salam persahabatan


salam perpaduan Malaysia Indonesia. Bersyukur ke hadrat Ilahi kerana
dengan izin dan RahmatNya, rombongan kami dari SMK Bandar Tasik
Kesuma, Beranang Selangor telah selamat sampai ke sekolah tuan puan
seperti yg dirancang. Saya sebagai wakil rombongan mengucapkan
jutaan terimakasih dan amat terharu atas kesudian pihak tuan menerima
kunjungan kami. Saya juga diamanahkan untuk menyampaikan salam
persahabatan dan salam perpaduan dari En Mohd Fauzi bin Abu Bakar
Pengetua/ kepala sekolah SMK Bandar Tasik Kesuma. Beliau memohon
maaf tidak dapat bersama pada hari ini kerana perlu membuat persiapan
akhir untuk menunaikan Umrah. InsyaAllah pada masa akan datang
beliau berharap agar dapat juga berkunjung ke sekolah ini.

Hadirin sekelian,

Kunjungan kami pada hari ini bertujuan untuk membuat penandaaras/


benchmarking, silang budaya serta perkongsian amalan terbaik yang
dilaksanakan di sekolah ini. Diharap melalui perkongsian ini kita dapat
membina jaringan ilmu di antara SMK Bandar Tasik Kesuma dan SMP
Negeri 3 Krian. Semoga perkongsian dan hubungan persahabatan kita
tidak terhenti di sini, diharap ianya dapat diteruskan dalam kalangan
guru dan pelajar di kedua- dua sekolah. Kami juga berbesar hati jika
pihak tuan sudi membalas kunjungan kami pada masa akan datang.
Sebelum mengakhiri ucapan ringkas ini, izinkan saya membaca dua
rangkap pantun

Kuning emas masaknya padi,

Mawar merah dalam jambangan,

Terima kasih daun keladi,

Budi tuan jadi kenangan.

Kerja di dusun di waktu pagi ,

Sampai Gelap Terlupa Makan,

Kami Menyusun SePuluh Jari,

Salah Silap Harap Maafkan......

Sekian, Wabillahitaufiq Walhidayah,Wassalamualaikum Warrahmatullahi


Wabarakatuh

Anda mungkin juga menyukai