Anda di halaman 1dari 2

TEKS UCAPAN PN.SITI ZURAIDAH BT.

ISMAIL
SEMPENA MAJLIS UNGGUN API
KEM PERMIT ANUGERAH PANDU PUTERI REMAJA

Terima kasih Pengerusi Majlis.


Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Yang Berusaha,
PUAN NORLIAN BT. MHD. HASHIM
Pesuruhjaya Persatuan Pandu Puteri Daerah Hulu Langat

PN PARAMESVARY A/P PERUMAL


Pesuruhjaya Latihan Persatuan Pandu Puteri Malaysia Daerah Hulu
Langat

Guru-guru penasihat Persatuan Pandu Puteri SMK Convent (M)


Kajang dan SJKC Yu Hua Kajang

Calon-calon Anugerah Pandu Puteri Remaja dan ahli-ahli pandu


puteri sekalian.

Alhamdulillah, pada petang yang berbahagia ini, kita dapat


berkumpul menghadiri Majlis Unggun Api bagi memenuhi syarat
Kem Permit untuk kelayakan ke Anugerah Pandu Puteri Remaja.

Saya difahamkan terdapat 4 calon yang mengambil ujian ini iaitu 3


orang dari SJKC Yu Hua dan seorang dari SMK Convent (M) Kajang.
Mereka pula dibantu oleh 28 ahli Pandu Puteri dari sekolah masing-
masing.
Ujian ini bukan mudah kerana memerlukan minat yang mendalam,
kegigihan yang tinggi, latihan yang panjang, kos yang dikeluarkan
sendiri, kerjasama berpasukan dan perancangan yang sangat teliti.

Saya percaya calon-calon yang berada di hadapan saya ini adalah


sangat layak berdasarkan usaha gigih mereka bermula dari merangka
dan menyiapkan kertas kerja sehinggalah memastikan pelaksanaan
setiap ujian dilakukan sebaiknya. Usaha ini juga tidak akan berjaya
tanpa gandingan mantap rakan-rakan ahli Pandu Puteri yang lain.
Tahniah diucapkan atas usaha dan segala penat lelah yang dicurahkan
bagi memastikan kelancaran pelaksanaan ujian ini.

Saya juga ingin mengambil peluang merakamkan penghargaan dan


ucapan terima kasih kepada Puan PARAMESVARY A/P PERUMAL
Pesuruhjaya Latihan Persatuan Pandu Puteri Daerah Hulu Langat atas
kesudian menjadi penguji untuk calon-calon ini. Kemahiran beliau
dan masa yang diluangkan terutama saat semua warga sekolah sedang
menikmati cuti sangat-sangat wajar dihargai. Setiap ahli Pandu Puteri
terutama calon di hadapan saya ini harus membalasnya dengan
kejayaan cemerlang bagi ujian ini.

Akhir kata saya berdoa agar program ini berjalan lancar sehinggalah
ke hari terakhir iaitu esok hari dan semua calon beroleh kejayaan yang
membanggakan In Sha Allah. Semoga semua usaha murni ini dapat
melahirkan ahli Pandu Puteri yang berkebolehan, berkemahiran dan
cemerlang baik dalam aktiviti kokurikulum mahupun kurikulum.

Sekian. Wabillahittaufiq wal hidayah, Wassalamualaikum


warahmatullahi wabarakatuh.

Anda mungkin juga menyukai