Anda di halaman 1dari 2

KERTAS KERJA

PROGRAM ‘HIP PENPAL ENGLISH LANGUAGE VIRTUAL CAMP’


P
UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDR

1.0 TUJUAN

Rasionalnya, kertas cadangan ini disediakan adalah untuk memohon pertimbangan


dan kerjasama daripada pihak tuan yang bertujuan untuk merealisasikan program
yang ingin dianjurkan iaitu “English Language Camp”. Program ini akan diadakan
pada 27 Ogos 2014 (Rabu), manakala Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Ampang
Ipoh telah dipilih sebagai lokasi program.

2.0 PENGENALAN

Program Diploma Bahasa Inggeris merupakan salah satu program di bawah


pengendalian Fakulti Bahasa dan Komunikasi (FBK) yang ditawarkan di Universiti
Pendidikan Sultan Idris. Program ini bermatlamat untuk meningkatkan kemahiran
berbahasa Inggeris dalam kalangan pelajar. Program ini merangkumi empat aspek
utama iaitu kemahiran membaca, kemahiran menulis, kemahiran mendengar dan
kemahiran berkomunikasi. Untuk makluman pihak tuan, salah satu kursus yang
disediakan di bawah program ini ialah BIK 1123 – English Language Camp yang
dirasakan berupaya menjadi landasan terbaik buat para pelajar untuk menterjemahkan
teori-teori yang telah dipelajari dalam bentuk praktikal. Memandangkan kursus ini
merupakan kursus wajib dalam program Diploma Bahasa Inggeris, maka para pelajar
semester 4 diberi peluang untuk menganjurkan program tersebut sekaligus mencapai
objektif kursus berkenaan. Sejajar dengan rasional kursus ini, program ini secara tidak
langsung memberi peluang kepada para pelajar ( Pelajar Diploma Bahasa Inggeris,
Semester 4) untuk memberi sumbangan sebagai sebahagian daripada komuniti
pendidik sebagai usaha bersama-sama berkongsi ilmu dan pengetahuan kepada
masyarakat.

3.0 MISI

Program ini diadakan dengan misi untuk membuka ruang dan peluang kepada
kumpulan sasaran untuk berkomunikasi dalam Bahasa Inggeris selaku bahasa kedua
(L2) seterusnya meningkatkan tahap keyakinan mereka agar mampu bertutur dalam
Bahasa Inggeris dengan lebih selesa. Sementara itu, program ini juga mampu
meningkatkan kemahiran insaniah mahasiswa-mahasiswi UPSI.

Anda mungkin juga menyukai