Anda di halaman 1dari 4

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS BAHASA ANTARABANGSA

TUGASAN KERJA KURSUS TAHUN AKADEMIK 2022/2023

Program: PDPP Nama Pelajar:

Kod : EDUP2093 Semester/Year: Semester 1 / Tahun 1

Ambilan: Oktober 2022


Nama Kursus: Pedagogi
Kumpulan: PAI KDC/BAHASA JERMAN
/BAHASA KOREA

Tugasan Tarikh Mula Tarikh hantar

1. Penulisan
31 Oktober 2022 30 November 2022
(Rancangan Pengajaran Harian)

2. Persembahan
16 Disember 2022 22 Disember 2022
(Pengajaran Mikro)

Hasil Pembelajaran Kursus:


Pada akhir kursus, pelajar akan dapat:

1. Membincang dengan kritis konsep pedagogi pendidikan, model pengajaran, dan hubungan
antara pedagogi, kurikulum dan murid dalam pengajaran dan pembelajaran (C5, HP2, KKG7)
2. Merangka pelan pembelajaran bermakna yang mengaplikasikan konsep-konsep dan model
pembelajaran bermakna dengan menggunakan pendekatan, strategi, kaedah dan aktiviti yang
bersesuaian (C6, HP2, KKG5, KKG10)
3. Mengaplikasikan kemahiran mengajar yang sesuai berasaskan kapasiti pedagogi
pembelajaran bermakna dalam pengajaran (P2, A2, HP3, HP5, KMK5)

Kerja kursus ini bagi menilai hasil pembelajaran : 2 dan 3

Objektif Kerja Kursus

Pelajar akan dapat:


● Merangka pendekatan, strategi, kaedah, bahan dan aktiviti pengajaran dan pembelajaran
yang sesuai untuk menyokong pengajaran dan pembelajaran kemahiran satu bahasa untuk
kelas berdasarkan KSSM (Tingkatan 1 - 3).
● Menulis rancangan pelajaran dengan semua komponen pedagogi kontemporari dan konsep
Pembelajaran Bermakna (KPPB) yang relevan untuk memenuhi standard pembelajaran dan
objektif pembelajaran pelajaran.

P
A
G
● Menjalankan sesi pengajaran mikro yang berkesan dengan menggunakan komponen
kemahiran mengajar yang sesuai.

Pelajar dikehendaki menyediakan tugasan seperti berikut:

BIG IDEA: PEDAGOGI EFEKTIF PEMANGKIN GURU BERKUALITI

Soalan Penting:
1. Bagaimana guru berkualiti dapat dihasilkan?
2. Bagaimanakah seorang guru dapat mengembangkan profesionalismenya ?
3. Apakah perkaitan profesionalisme dengan guru berkualiti?
4. Apakah yang terjadi sekiranya guru tidak kompeten dalam kemahiran pedagogi mereka?

Tugasan 1- Penulisan Rancangan Pelajaran Harian (Individu) -50%

Penyediaan RPH dikatakan nadi utama yang menggerakkan seorang guru untuk melaksanakan
pengajaran dan pembelajaran dengan baik dan berkesan. Selain itu, penyediaan RPH adalah untuk
membantu guru dalam melaksanakan pengajaran bagi mencapai objektif yang ditetapkan, menjadi
asas penilaian kualiti pengajaran pembelajaran dan merancang tindakan susulan untuk
melaksanakan penambahbaikan pengajaran dan pembelajaran
(Ahmad Mohd Salleh, 2008)

Anda dikehendaki menulis satu rancangan pelajaran harian (1600 perkataan) yang berpandukan
konsep dan model pembelajaran bermakna dengan menggunakan pendekatan, strategi, kaedah
dan aktiviti yang bersesuaian.

Anda perlu:

1. Rancang satu pelajaran harian (RPH) selama 1 JAM untuk kemahiran


(Mendengar/Bertutur/Membaca atau Menulis) bagi kemahiran satu bahasa berdasarkan KSSM
(Tingkatan 1 - 3).

2. Anda perlu menggunakan templat rancangan pelajaran (RPH) dan mengaplikasikan


komponen kemahiran mengajar yang sesuai dalam penulisan RPH tersebut.

3. Gunakan pendekatan, strategi, kaedah, bahan dan aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang
menarik untuk RPH yang dirancang.

4. Berikan justifikasi anda terhadap komponen pedagogi kontemporari Pembelajaran bermakna


yang anda gunakan dalam RPH tersebut.

Arahan umum yang harus dipatuhi:

i. Perlu ditaip menggunakan font Arial bersaiz 11, dan jarak 1.5.
ii. Rancangan pelajaran harus menunjukkan keaslian, kematangan dan kualiti akademik.

P
A
G
E
\
iii. Plagiat adalah dilarang.
iv. Halaman depan / muka depan laporan hendaklah terdiri daripada:
• Nama pelajar
• Nombor Indeks
• Kad Pengenalan No.
• Kod Kursus
• Tajuk kerja kursus
• Kumpulan
• Nama Tutor / Pensyarah Akademik
•Tarikh penyerahan
• Pengakuan pelajar mengenai penerimaan maklum balas pensyarah
v. Sila rujuk rubrik penilaian kerja kursus di LAMPIRAN A

Tugasan 2- Pembentangan: Pengajaran mikro Rancangan Pelajaran Harian (Individu)


30 minit - 10%

1. Anda perlu menggunakan Rancangan Pelajaran Harian (RPH) yang telah disediakan dalam
Tugasan 1 dan laksanakan pengajaran mikro untuk pelajaran tersebut.

2. Aplikasikan pendekatan, strategi, kaedah, bahan dan aktiviti pengajaran dan pembelajaran
yang menarik. Gunakan komponen kemahiran mengajar yang sesuai untuk sesi pengajaran
mikro tersebut.

Disediakan oleh: Disemak oleh:

-----------------------------------------------
(PN. NORHAFIZAH MD TAMAJI )
----------------------------------- Pakar Bidang
(PN YUSNEE YUSOFF) Jabatan Ilmu Pendidikan
Penyelaras Kursus IPGK Bahasa Antarabangsa
(EDUP2093) Kuala Lumpur
Jabatan Ilmu Pendidikan
IPGK Bahasa Antarabangsa
Kuala Lumpur

Disahkan oleh:

---------------------------------------------
(PN. NORHAFIZAH MD TAMAJI)
Ketua Jabatan
Jabatan Ilmu Pendidikan
IPGK Bahasa Antarabangsa
Kuala Lumpur

P
A
G
E
\
P
A
G
E
\

Anda mungkin juga menyukai