Anda di halaman 1dari 18

Projek Pustaka Alaf Azhari Manhal PMRAM

KONSEP SYAHADAH DAN TUNTUTANNYA

1.1 Muqaddimah
Syahadah yang bermakna ‘Ilmu makrifat dan keterangan ‘ juga mengandugi makna
ikrar kepatuhan dan pegangan (1) Persoalannya :apakah yang kita maksudkan
Dengan ungkapan tersebut ? Siapa dan apa yang kita mesti tahu ? Apa yang kita mahu
Iqrarkan dan apa yang kita mahu jadikan pegangan ? Siapa pula yang harus kita patuh?

InsyaAllah tajuk ini akan cuba sedikit –sebanyak memberikan gambaran yang
menyeluruh tentang syahadah yang dimaksudkan.Setiap muslim mukmin perlu memahami
persoalan syahadah ini yang menjadi tonggak keimanan seorang insan dengan
kefahaman yang jelas dan seterusnya menjadikannya asas yang kukuh untuk menjalani
kehidupan ini sebagai muslim mukmin yang memenuhi tuntutan syahadahnya dan
tuntutan imannya.

Kekaburan dalam memahami gambaran , tasawwur atau konsep syahadah adalah


suatu perkara yang merbahaya kerana ia akan membawa kekaburan dalam keseluruhan
gambaran kehidupan seorang insan muslim didalam semua aspek
hidup,aqidah,ibadat,akhlak,sosial,dan lain-lain.

Firman Allah Taala : (2)


‫وما جلقت الجن واالنس االليعبدون‬

Maksudnya :
‘Dan tidaklah Aku ciptakan jin dan manusia melainkan untuk beribadah kepadaKu’

1.2 Pengertian Kalimah Syahadah sepintas lalu


1) Bahagian pertama( La ilaha il lal Allah)
Berkata Syeikhul Islam Ibnu Taimiyah :

Dan yang demikian , seseorang manusia sekiranya ia mengaku hak-hak Tuhan


Allah Taala yan terdiri daripada sifat-sifat kesempurnaan dan membersihkannya daripada
sifat-sifat yang tidak layak bagiNya dan mengakui hanya Dia sahaja pencipta
Projek Pustaka Alaf Azhari Manhal PMRAM

segala sesuatu ,ia belum dikira beriman sehingga ia mengucapkan (La ilaha il lal Allah)
lalu ia mengucapkan bahawa Allah sahaja tuhan yang berhak disembah’(3)

Maka makna syahadah ini setelah ia mengakui serta mengiktiraf:-


‘Bahawa segala bentuk perhambaan tidak layak melainkan untuk Allah Taala dan
tidak layak untuk tuhan-tuhan yang lain dan patung-patung serta berhala”.

Kalimah (La ilaha ilal Allah) mempunyai ikatan dan tuntutan yang berat seperti
Tercatit dalam Al Quran dan As Sunnah di antaranya al Ilmu,Yakin,Ikhlas,Benar,
Kasih sayang,Tunduk dan Patuh serta mengingkari tuhan-tuhan lain selain
Allah .Sekiranya ikatan-ikatan tersebut ada dalam diri seseorang yang mengucapkan
kalimah syahadah,maka ia memberikan manfaat kepada dirinya .Sekiranya tidak ,maka ia
tidak memberikan apa-apa manfaat pun(3)

2)Bahagian kedua (Muhamamad Rasulullah)


Kalimah (‫وان محمدا رسول اهلل‬
“Muhammad Rasul Pesuruh Allah “merupakan bahagian kedua daripada syahadah
yang membawa pengertian bahawa pengabdian itu mestilah dilakukan ber-
landaskan ajaran-ajaran yang dibawa oleh Rasulullah S.A.W.

Seorang muslim yang dikatakan telah beriman seorang yang benar-benar dapat
Memahami serta menghayati bukan sahaja daripada sebutan kata-katanya,bahkan juga
Daripada bisikan kalbunya terhadap pengertian risalah yang dibawa oleh kalimah ini
seterusnya dicernakan didalam reality hidupnya.Ini adalah kerana kesemua tiang-tiang
Dan punca ajaran ini adalah daripada Allah Taala dengan perantaraan Rasulullah S.A.W..

1)BAHAGIAN PERTAMA
a Erti ILAH
Kalimah“‫ا له‬ “ bermaksud yang disembah samada yang disembah dengan
sebenar (hak)atau batil.Berdasarkan makna ini,firman Allah Taala(3)

‫أفرءيت من اتخذ ا لهه هواه‬

Dan firman Allah Taala :(4)


Projek Pustaka Alaf Azhari Manhal PMRAM

‫فاعلم أنه الاله اال اهلل وأستغفر لدبك‬

Berdasarkan pada makna ini juga :sabda Rasulullah S.A.W.:(5)

‫أن تشهد أن الاله االاهلل‬


Perkataan ILAH ini diterjemahkan kelazimannya di dalam Bahasa Melayu
Sebagai ‘tuhan’ .Penterjemahan ini tidak salah, Cuma ruang pengaitan ini dalam
penggunaan dan kefahaman masyarakat agak terbatas .Selain Allah,perkataan tuhan ini
dalam bahasa Melayu ditujukan kepada patung-patung berhala serta dewa-dewa

Hindu dan China.Ini banyak membebaskan ruang lingkup hidup terbiar untuk segala
Jenis ILAH bermaharajalela , tanpa merasakan aqidahnya mungkin tercemar dan ia
Dan ia telah terjerumus ke kancah syirik.Ini adalah kerana ILAH-ILAH tadi tidak di
Anggap sebagai ‘tuhan’ (7)

Secara ringkas , perkataan ILAH membawa beberapa pengetian yang saling


melengkapi di antaranya :
a.Tuhan -ILAH seperti penggunaan biasa
b.ILAH -sebagai tumpuan atau matlamat pengabdian
c.ILAH -sebagai tempat perlindungan
d.ILAH -sebagai tempat kecintaan
e.ILAH -sebagai tempat rezeki
f.ILAH -sebagai tempat perundangan

Kita akan membincangkan perkara di atas dengan lebih lanjut dalam tajuk tuntutan
syahadah , InsyaAllah,.

b.Makna Kalimah Tauhid


“Sesungguhnya aku mengetahui ,mengakui,mengiktiraf,dan beriktiqad bahawasanya
tiada tuhan yang disembah dengan penyembahan yang sebenarnya melainkan Allah,
yang sebenarnya melainkan Allah ,yang tiada perhambahaan kecuali kepadanya.Dan
Projek Pustaka Alaf Azhari Manhal PMRAM

bahawa aku mencernakan yang demikian itu dengan lidahku,perbuatanku dan perajlanan
hidupku”.

Dengan ini mengesakan Allah Taala dengan perhambaan dinamakan tauhid


Uluhiyyah yang mengandungi makna tauhid rububiyyah yakni beriktiqad bahawa Allah
Taala sahajalah tuhan sekalian alam.Oleh itu , di depan kita sekarang ada 2 jenis tauhid :

1)Tauhid Uluhiyyah
2)Tauhid Rububiyyah

1)TAUHID RUBUBIYYAH
Maknanya secara ringkas ‘Iktiqad yang mantap (Jazim)secara yakin bahawasanya
Allah Taala Tuhan pencipta segala sesuatu dan tiada tuhan melainkan
Dia’.
Keterangan :
Tuhan(Rabb) pada bahasa ialah “Pemilik Yang Menguasai Dan Mentadbir”.
Denagan ini Rububiyyah Allah terhadap makhluknya bermakna “Tunggalnya atau Esa-Nya
Ia dalam penciptaan makhluk-Nya dan pentadbiran-Nya terhadap mereka
(makhluk).
Maka Tauhid Rububiyyah ialah iqrar dan pengakuan bahawa hanya Ia sahaja
Pencipta segala makhluk dan Pemilik mereka.
Dialah yang menghidupkan dan mematikan mereka.Dialah yang memberi
manfaat dan mudarat kepada mereka.Dialah yang menunaikan permohonan mereka
ketika kecemasan ].Dialah yang berkuasa ke atas mereka.Dialah yang berhak ke atas
Makhluk dan segala urusan terserah kepada-Nya seperti firman-Nya tentang diri-Nya;
(9).

‫أالالخلق واألمرتبارك اهلل رب العالمين‬

Termasuk dalam p;engertian Tauhid ini ialah kepercayaan terhadap Qadar Allah
Taala yakni beriman bahawa semua yang baharu (makhluk) datang daripada ilmu Allah
Taala dan IradatNya serta QudratNya .(10) maka seseoang itu dianggap beriman sekadar
dia beriktiqad bahawa Dia (Allah) Tuhan segala sesuatu kecuali setelah ia beriman
bahawa Allah berkuasa atas segala sesuatu.
Projek Pustaka Alaf Azhari Manhal PMRAM

Dengan ungkapan lain ,bahawa Tauhid ini memberi makna;


“Iqrar (pengakuan ) bahawa Allah ‘Azza Wa Jalla Dialah yang melakukan
segala sesuatu secara mutlak di alam ini,dengan mencipta makhluk,mentadbir dan
mengubahsuai esuatu empermudah ,menambah,mengurang,menghidupkan,mematikan
dan perbuatan-perbuatan lain,tiada sesuatu yang bersekutu dengan-Nya dalam
perbuatan-Nya”.(11).

Dialah pencipta ,pemilik dan pentadbir yang layak untuk menerima pengabdian
Dan penyembahan ,peribadatan dengan penuh khusyuk dan ketundukan .Dialah yang
berhak menerima segala bentuk puja ,zikir,tempat memohon doa,tempat mengharap dan
kepada-Nya lah patut dihalakan perasaan takut dan gerun.

Dari segi yang lain pula Dia sebagai Pencipta ,Pemilik ,dan Pentadbir ,maka hanya
Dia sahaja yang layak bersifat dengan sifat-sifat keagungan ,kecantikan,dan
kesempurnaan, kerana sifat-sifat tersebut tidak terdapat melainkan pada Tuhan Sekalia
Alam Sangat mustahil sekiranya Tuhan tidak bersifat dengan sifat hidup,mendengar,dan
melihat serta lemah,bisu,dan terkongkong dalam kemahuan dan
Bersifat kurang bijaksana dalam sebarang kata-kata dan perbuatan-Nya .(12).

Satu perkara yang perlu diingat bahawa iman dengan tauhid rububiyyah ini semata-
mata tidak cukup untuk menjadikan seseorang itu mukmin dari segi Syrie,
Bahkan mestilah digabungkan dengan keimanan dengan uluhiyyatullah bersama-
samanya.

Dalam hal ini,kita dapati ada orang yang beriman dengan Rububiyyah Allah tetapi
enggan menyembah –Nya sebagi Tuhan yang satu.Maka Tauhid ini tidak mem-
Beri apa-apa manfaat kepada mereka dan tidak mengeluarkan mereka daripada ling-
Kungan kufur kepada lingkungan iman .(13).

Firman Allah Taala:


‫ولئن سألتهم من خلقهم ليقولن اهلل‬

Maksudnya :
“Dan sekiranya kamu bertanya kepada mereka siapakah yang menciptakan
mereka,nescaya mereka akan menjawab ALLAH”(az-Zukhruf:87)
Projek Pustaka Alaf Azhari Manhal PMRAM

Sebagai kesimpulannya ,sesungguhnya semua orang yang mengakui bahwa Allah


itu Tuhan segala sesuatu ,secara langsung menjadikan orang yang mengesakan
Allah dalam Uluhiyyah-Nya ,sifat-sifat-Nya dan nama-Nya .(14) Kebanyakannya hamba
(manusia) tidak mengingkari Tuhan dalam mencipta dan tidak pula menolak
Rububiyyah terhadap makhluk.Akan tetapi , kebanyakan mereka kufur kerana
keengganan mereka menyembah dan mengabdikan diri kepada Allah Taala.

2)Tauhid Uluhiyyah
Pengertiannya secara ringkas:”Iktiqad yang mantap bahawa Allah Subhanahu
Wataala ,Dialah Tuhan yang sebenarnya(Hak)tiada Tuhan yang selain daripada-Nya
Dan mengesakan-Nya dalam beribadat kepada-Nya tanpa menyekutukan-Nya.”
Keterangan :
Dalam ungkapan di atas .ada 2 kalimah yang mustahak difahami iaitu ILAH dan
IBADAH.ILAH bermakna yang disembah-nama bagi semua benda yang disembah
Samada dengan sebenar atau tidak.(15)
Sementara IBADAH pula dari segi bahasa bermaksud “Ketundukan ,penghinaaan
diri dan kepatuhan “.Di sana ada ulama’ mentakrifkannya sebagai “Ke-
Sempurnaan ketundukan dan kepatuhan “(16).

Tauhid Uluhiyyah terbina atas asas Ikhlasul Ibadah semata-mata untuk Allah
Taala,secara zahir dan batinnya ,tidak ada sedikit pun daripadanya ibadah untuk yang
selain Allah , lalu ia mengikhlaskan
kecintaan ,ketakutan,harapan,permohonan,tawakkal,taat,penghinaan diri,ketundukan dan
semua
Jenis ibadah semata-mata kepada Allah Taala.

Tauhid ini pada hakikatnya merangkumi makna /hakikat semua jenis tauhid yang
lain.Ia merangkumi Tauhid Rububiyyah dan Tauhid Sifat dan Asma’, akan tetapi tauhid-
tauhid tersebut tidak semestinya merangkumi Tauhid Uluhiyyah.(17).

Kalau diperhatikan dengan mendalam ,keesaan Allah dalam Tauhid Rububiyyah


Nya merupakan dalil yang jelas yang menunjukkan bahawa Allah sahaja Tuhan yang
berhak disembah (iaitu Tauhid Uluhiyyah).Tetapi kebanyakan manusia enggan
menggunakan natijah dalil pengamatan ini semata-mata kerana enggan dan kufur lalu
Projek Pustaka Alaf Azhari Manhal PMRAM

Tidak mengakui dengan bukti tadi untuk ia tidak beriman dengan Uluhiyyah Allah Taala.
(18).
Berkata Imam Ibnu Taimyyah :
“Tauhid ini (Uluhiyyah) merupakan pemisah diantara orang-orang yang meng-
esakan Allah dan orang-orang yang mensyirikkan –Nya dan berdasarkan kepada-Nya
(Tauhid Uluhiyyah) ,maka ia adalah terdiri daripada orang-orang musyrikin”.(19).

Oleh kerana Tauhid Uluhiyyah merupakan hakikat Islam ,maka dijadikan 2 kalimah
Syahadah itu rukun Islam yang paling awal.Disebabkan (Tauhid Uluhiyyah)
,diutuskan rasul-rasul dan diturunkan kitab-kitab.Tidak diutuskan semua rasul
melainkan membawa Tauhid Uluhiyyah ini sebagai asas dakwah mereka.(20).

Firman Allah dengan perantaraan rasul-rasul-Nya :Nuh ,Hud, Soleh, dan Syuaib:
(21).Firman Allah Taala.(22).

‫انى وجهت وجهى للذى فطر السموت واألرض حنيفا وماأنا من المشركين‬

Ringkasnya ,kalimah Syahadah ini menuntut ketundukan dan


kepatuhan ,pengiktirafan dan penyaksian .Segalanya ini tidak mungkin sempurna tanpa
memahami erti kalimah itu sendiri dan tuntutan –tuntutannya.(23).

2)BAHAGIAN KEDUA

Telah diterangkan sebelum ini bahawa Syahadah membawa pengertian bahawa


Pengabdian ini mestilah dilakukan berlandaskan kepada ajaran yang dibawa oleh
Rasulullah S.A.W(24)

Bahagian kedua ini membawa pengertian yang sangat besar kepada seseorang
Muslim mukmin ,kerana ia menyentuh keimanan dan pengakuan terhadap kerasulan
Seorang rasul yang agung uang tidak akan mungkin lahir seorang tokoh pemimpin
Dunia yang dapat memenuhi segala sifat-sifat mulia yang ada pada diri Rasulullah
S.A.W. seperti sifat amanah,benar,ikhlas dan lain-lain serta yang mempunyai segala
Keistimewaan yang merangkumi segala bidang kehidupan.
Projek Pustaka Alaf Azhari Manhal PMRAM

Sesungguhnya baginda Rasulullah adalah ketua negara*pemimpin muslimin,


bagindalah ahli falsafah ,pembaiki masyarakat yang agung . Bagindalah ahli politik,
penggubal undang-undang**, sebagaimana ia juga menjadi ketua panglima perang
Yang cekal.(25).

Jelas dan terang bahawa Rasulullah adalah ikutan dan contoh yang wajib kita ikuti
ajarannya tanpa menyeleweng.
Firman Allah Taala;(26)

‫لقد كان لكم فى رسول اهلل اسوة حسنة لمن كان يرجوااهلل‬
Firman Allah Taala lagi;(27)

‫وما ءاتيكم الرسول فخذوه وما نهيكم عنه فانتهوا‬


Pengakuan ini sebagaimana yang terdapat di bahagian pertama tadi ,hendaklah
pengakuan dan penbenaran serta pegangan yang mantap bahawa Muhammad itu
Rasullullah.Pengakuan tadi hendaklah dilahirkan dalam bentuk tutur kata ialah me-
Ngucapo kalimah syahadah ini, manakala iklan dengan amal pula adalah mencerna-
Kan diri dengan suluk (akhlak),perjalanan hidup serta tintak tanduk bersesuaian dengan
apa yang telah dibawa oleh Rasulullah daripada Allah Taala dalam bentuk
Ikutan dan penerimaan sesuai denagn kedudukannya sebagai Rasulullah.(28).

Oleh itu keimanan dengan ertikata membenerkan dan beramal serta beriltizam
menyebabkan kita mesti membenerkan segala apa yang dibawa oleh Rasulullah serta
Taat dengan ajran-ajaran baginda dengan ketaatan yang sempurna kerana keimanan
Kepadanya tanpa taat adalah suatu perkara yang bercanggah dengan pemikiran yang
sihat dan akal yang waras.(29).

Sebagai contoh , seorang pesakit dan seorang doctor yang mahir atau pakar dalam
bidang kedoktorannya .Adakah layak bagi si pesakit mempersoalkan doctor ini
Dan memintanya supaya menerangkan segala sesuatu sebagai dalil sebagi kebenaran
perubatan yang dilakukan oleh doctor ini?(30).Apakah erti dan nilainya kepercayaan
Terhadap doctor ini?Tidakkah itu satu kepalsuan?Bukankah ini suatu bentuk kebodo-
Han?
Projek Pustaka Alaf Azhari Manhal PMRAM

Begitu juga halnya dengan urusan agama ini.Sesungguhnya kita memerlukan orang
yang mampu membimbing kita untuk megenali Allah,ke jalan yang benar sesuai dengan
keredhaan-Nya.Maka tidak ada jalan untuk segala-gala ini kecuali melalui bimbingan para
Rasul yang sebenar.

Apabila kita telah meyakini bahawa seseorang itu Rasulullah , maka hendaklah
Kita menggantung segala urusan agama kepada baginda dan memberikan ketaatan
Yang penuh dalam semua perkara,sama ada perintah atau larangan.(31).
Firman Allah Taala:( 32 )

‫قل ان كنتم تحبون اهلل فاتبعونى يحببكم اهلل ويغفرلكم ذنوبكم‬

Allah berfirman lagi:(33)

‫وماأرسلنا من رسول اال ليطاع باذن اهلل‬

Ar-Rasul adalah sumber hidayat, tidak ada orang lain yang mampu menynjukkan
Jalan hidayat yang sebenarnya melainkan Rasul.

Firman Allah Taala:(34)


. ‫ذلك هدى اهلل يهدى به من يشاء من عباده‬

Inilah suatu pengakuan untuk sumber hidayah di muka bumi ini.Maka hidayah
Allah untuk manusia sejagat terserlah pada ajaran yang dibawa oleh Rasul.Dialah
Yang memilih orang yang disukainya untuk menerima hidayah.Adapun orang-orang
Yangbmelencong dan menyeleweng daripada sumber hidayah ini lalu mensyirikkan Allah ,
maka kesudahannya mereka dengan kebinasaan segala amal saleh mereka.
Firman Allah Taala:(35)
‫أولئك الذين ءاتينهم الكتب والحكم والنبوة فان يكفر هؤالء فقد وكلنا بها قوما ليسوا بها بكفرين‬

Ayat ini pula merupakan pengakuan kedua .Jika yang pertama adalah pengakuan
Tentang sumber-sumber hidayah , maka dalam ayat ini pula memberikan akuan baha-
Wa mereka yang tersebut nama-nama mereka dalam ayat-ayat sebelumnya adalah
Projek Pustaka Alaf Azhari Manhal PMRAM

Orang-orang pilihan yang diturunkan kepada mereka kitab-kitab,hikmat dan kekuasaan


dan diberikan peranan kenabian . Kesemua mereka diberikan kekuasaan dengan makna
agama yang mereka bawa itu adalah kekuasaan Allah terhadap diri
Manusia dan semua perkara.

Sesungguhnya ini adalah hakikat yang sudah lama diketahui dan merupakan
Rantaian yang panjang yang saling bergandingan antara satu sama lain dan merupakan
dakwah yang satu yang dibawa oleh Rasul.
Firman Allah;(36).

‫أولئك الذين هدى اهلل فبهدئهم اقتده قل الأسألكم عليه أجرا ان هو اال ذكرى للعالمين‬

Inilah akuan yang seterusnya , bahawa para rasul tadi adalah orang-orang yang
diberikan oleh Allah hidayah dan hidayah mereka itulah pula yang menjadi hidayah
kepada Nabi Muhammad dan mereka yang beriman bersamanya.Dengan hidayah ini
sajalah baginda mara ke hadapan dalam dakwah baginda.Dengannyalah
(hidayah)baginda menjadikannya tempat rujukan dalam membuat sebarang hukuman
Dan kepadanya baginda memberitakan berita gembira sambil berkata,”Aku tidak mem,inta
upah daripada kamu untuk menyampaikannya (hidayah)”.Tiadalah ia (hidayah)kecuali
peringatan untuk seluruh alam, bukan hanya untuk kaum tertentu
Atau bangsa tertentu ,sesungguhnya ia adalah hidayah Allah untuk peringatan umat
manusia seluruhnya.(37).

3)Tugas Rasul

Sesungguhnya tugas ar Rasul tidak lain ialah penyampai-penyampai ajran-ajaran


Allah , pemberi berita gembira bagi orang yang beriman serta pemberi berita ancaman
Dan amaran kepada mereka yang menentangnya dan kufur kepadanya.Firman Allah;
(38).

. ‫وما نرسل المرسلين اال مبشرين ومنذرين فمن ءامن وأصلح فال خوف عليهم وال هم يحزنون‬
. ‫والذين كذبوا بأياتنا يمسهم العذاب بما كانوا يفسقون‬
Firman Allah lagi(39)
Projek Pustaka Alaf Azhari Manhal PMRAM

‫وأوحينا اليهم فعل الخيرت واقام الصلوة وايناء الذكوة وكانوالنا عبدين‬

Firman Allah lagi(40)


‫لقد أرسلنا رسلنا بالبينت وأنزلنا معهم الكتب والميزان ليقوم الناس بالقسط‬

Maududi dalam bukunya ‘A Short History Of Revivalist Movement In Islam’


Telah menggariskan bentuk tugas yang dipikul oleh Rasulullah adalah seperti berikut:

1)Untuk menukarkan semua pandangan dan tujuan hidup manusia dan


menanamkan pegangan Islam terhadap hidup dan akhlak sehinggakan cara pemikiran
dan nilai hidup menjadi Islam.
2)Untuk menganjurkan mereka yang telah menerima Islam supaya membentuk hidup
mereka mengikut corak Islam dengan tujuan untuk merebut kuasa.
3)Untuk menubuhkan Daulah Islamiah dan menganjurkan hidup bermasyarakat
menurut ajaran Islam dan mengembngkan risalah kebahagiaan Islam dimuka bumi ini.

Kesimpulan
Bagi kita yang mengaku Muslim , pengikut Nabi Muhammad mestilah bersungguh-
bersungguh mengikut ajaran baginda .Marilah kita renungkan sejenak keadaaan diri kita
pada saat ini. Sudahkah kita menyambut ajaran baginda Rasulullah dengan sepenuhnya
dan mengamalkan dengan sepenuhnya dalam kehidupan seharian kita ?Kalau sudah ,
Alhamdulillah, tetapi kita jangan berpuas hati dan berhenti di situ sahaja .Kita mesti
bersedia dan sanggup untuk memulakan tugas yang suci murni ini.(41).Kalau kita lalai dan
tidak cuba melaksanakan tugas ini,maka apakah ertinya kita melafazkan syahadah.

TUNTUTAN SYAHADAH

Setelah kita memahami apa itu syahadah maka ada baiknya kita membincang-
Kan tentang tuntutan kalimah syahadah ringkas.Di antara tuntutan-tuntutan 2 kalimah
Tersebut ternasuklah:-
1)Kemestian menjadikan Allah Taala sebagai tuhan dengan mengesakanNYA serta
mengikhlaskan ibadah kepadaNYa tanpa syirik dengan tuhan-tuhan lain atau dalam
ertikata lain mentauhidkanNya secara Rububiyyah dan Uluhiyyah.
Projek Pustaka Alaf Azhari Manhal PMRAM

Firman AllahTaala(42)

‫وهو الذي فى السماء اله وفى األرض اله وهو الحكيم العليم‬
2)Menjadikan Allah Taala sebagai tumpuan dan matlamat pengabdian .Dalam ertikata
lain ,kita mengaku dalam kalimah syahadah bahawa tiada tuhan yang berhak disembah
melainkan Allah Taala sahaja.Allah sahaja tempat tumpuan pengabdian kita
dan tiada yang lain darinya.

Firman Allah Taala:(43)


‫فأرسلنافيهم رسوال منهم أن اعبدوااهلل مالكم من اله غيره أفال تتقون‬

Firman Allah Taala:(44)


‫وماخلقت الجن واال نس اال ليعبدون‬

Penyembahan dan pengabdian ini dilaksanakan dengan melaksanakan ibadah


kepada Allah . Perkataan ibadah ini perlu kepada penjelasan supaya tidak disalah
tafsirkan pengertiannnya .Akibat proses sekularisasi , perkataan ibadah ini telah
dikhususkan kepada satu jangkauan ruang yang sempit dalam penggunaan
umum.Sedangkan kalimah syahadah menuntut supaya ibadah dilakukan pada setiap
masa dan tempat meliputi dan meresapi setiap aspek dan ruang lingkup hidup insaniah
Sebagaimana Firman Allah Taala:(45)
‫ان اهلل اشترى من المؤمنين أنفسهم وأمولهم بأن لهم الجنة يقاتلون فى سبيل اهلل فيقتلون و يقتلون‬

Firman Allah lagi:(46)


‫قل ان صال تى ونسكى ومحياى ومماتى هلل رب العلمين‬

Firman Allah Taala lagi: (47)


‫وما أمروا اال ليعبدوا الها وحدا ال اله اال هو‬

3.Menuntut supaya menjadikan Allah sebagai tempat perlindungan .Fikiran yang


waras sudah sedia meyakini kenyataan ini bahawa Allah Taala sahajalah tempat
berlindung secara mutlak.Tiada siapa pun mampu memberi perlindungan terhadap qudrat
dan iradatNya.Seagala perlindungan yang diberikan oleh mana-mana jua makhluk adalah
Projek Pustaka Alaf Azhari Manhal PMRAM

bersifat dan bergantung kepada keizinanNya Subhanahu Wataala.Maka segala harapan


dan permohonan mestilah ditujukan kepada Allah Taala
sepenuhnya sebagaimana tiada tempat tawakkal dan berserah kecuali kepadaNya
sahaja.Tidak ada kekuatan dan daya gerak melainkan dengan kekuatan Allah Taala.

4.Menjadikan Allah sebagai tumpuan kecintaaan .Syahadah menuntut seorang muslim


supaya mengarahkan segala pandangan dan fikiran serta kecintaan hanya ke-pada Allah
Taala sahaja . Kecintaan ini merupakan kecintaan yang hakiki walaupun
sebenarnya zat Allah Taala suatu zat yang tidak dicapai oleh rabaan pacaindera.

Firman Allah Taala:( 48)


‫واهلل ال يهدى القوم الفسقين‬.... ‫قل ان كان ءآباؤكم وأبناؤكم واخونكم‬

Firman Allah lagi:( 49)

‫ومن الناس من يتخذ من دون اهلل أندادا يحبونهم كحب اهلل والذين ءامنوا أشد حبا هلل ولو يرى الذين ظلم??وااذ‬
‫يرون العذاب أن القوة هلل جميعا‬

Segala cinta dan kasih sayang bagi mereka yang benar-benar beriman adalah
terhasil daripada kecintaan kepada Allah,inilah cinta yang hakiki.Adapun cinta-cinta yang
lain selain daripadaNya adalah sandaran semata-mata (majazi),sabda Rasulullah:
Tiga perkara sesiapa yang memilikinya akan merasai kemanisan dan keindahan
Iman:
Apabila Allah dan Rasul –Nya lebih dicintai daripada segala yang lain .Apabila
Seseorang mngasihi seseorang yang lain kerana Allah.Apabila ia benci untuk kembali

Kepada kufur sebagaumana ia benci sekiranya ia dicampakkan ke dalam api neraka.”

(50).

5.Menjadikan Allah sebagai punca penggantungan hidup dan rezeki.Jelas dan nyata
syahadah menerangkan tentang hakikat ini.Para makhluk adalah sekadar membawa
Projek Pustaka Alaf Azhari Manhal PMRAM

dan menyampaikan sahaja (majazia),bukan sumber yang sebenar.


Firman Allah :(51)
‫يأيهالناس اذكروا نعمت اهلل عليكم هل من خلق غير اهلل يرزقكم من السماء واأل رض ال ال??ه اال ه??و ف??أنى‬
‫تؤفكون‬

Apa yang dimaksudkan dengan rezeki ialah segala apa yang kita dapati dan perolehi
di dalam dunia ini.Samada ia berbentuk benda,masa ataupun kemudahan
Juga perkara seperti kesihatan;pendek kata segala nikmat dan lain-lainNya.
Firman Allah:(52)
‫قل أرءيتم ان أخذا اهلل سمعكم وأبصركم وختم على قلوبكم من اله غير اهلل يأتيكم به‬

Oleh itu memilih jalan yang salah dalam penggantungan hidup dan rezeki adalah
Satu kesalahan .Maka dalam risalah ini umat Islam mestilah mengambil pengajaran
Dalam ekonomi Islam dan membuang segala sistem ekonomi ciptaan manusia yang jelas
tidaj dapat menyelesaikan masalah ekonomi dan kemiskinan manusia.Sistem ekonomi
Islam telah membuktikan kejayaannya pada zaman kecemerlangan Islam sedangkan
sistem-sistem kapitalis dan sebagainya gagal menyelesaikan masalah ekonomi umat
Islam dan kemiskinan hingga ke hari ini.

6. Menjadikan Allah sebagai sumber perundangan yang mutlak tanpa ada


campurtangan daripaa mana-mana pihak. Sedangkan kita akui sebgaai sifat dan hak-hak
Allah dalam ucapan kalimah syahadah yang kita ucapkan. Sesiapa yang mengakui
adanya hokum yang lebih baik, lebih adil, lebih syumul, atau lebih sempurna daripada
hokum Allah atau meyatakan ada hokum yan setanding dengan SyariatNya, maka kafir ia
berpandukan sepakat semua Ulama Islam.

Firman Allah lagi (53)


‫ومن لم يحكم بما أنزل اهلل فأولئك هم الفسقون‬

Firman Allah lagi (54)


Projek Pustaka Alaf Azhari Manhal PMRAM

‫?و‬
?‫?ه اال ه‬
?‫اتخذوا أحبارهم ورهبنهم أربابا من دون اهلل والمسيح ابن مريم ومآأمروا اال ليعبدوا الها واحدا ال ال‬
‫سبحنه عما يشركون‬
Firman Allah lagi (55)
‫أم لهم شركؤ ا شرعوا لهم من الذين ما لم يأذن به اهلل‬

Syahadah ini menuntut kita menentang dan membanteras segala perundangan


yang derhaka kepada Allah dan kita mesti berjuang dan menntang untuk menumbangkan
sistem Taghut ini.

Sabda Rasullullah SAW (56)

‫من رأى منكم منكرا فليغيره بيده فان لم يستطع فبلسانه فان لم يستطع فبقلبه وذلك أضعف االيمان‬
Firman Allah SWT (57)
‫أفحكم الجهلية يبغون ومن أحسن من اهلل حكما لقوم يوقنون‬

Sifat senang dan suka kepada hokum yang lai ndaripada hokum Allah MUNAFIK
yang dilaknati oleh Allah SWT.

Firman Allah SWT (58)


‫ألم ترالى الذين يزعمون أنهم ءامنوا بما أنزل اليك وما أنزل من قبلك يريدون ان يتحاكمون الى الطاغوت وقد‬
‫واذا قيل لهم تعالوا الى ما أنزل اهلل والى الرسول‬....‫أمروا ان يكفروا به ويريد الشيطان أن يضلهم ضلال بعيدا‬
‫رأيت المنفقين يصدون عنك صدودا‬

7. Menjadikan Rasullullah SAW sebagai pimpinan contoh dan ikutan dalam semua
segi dan bidang kehidupan. Segala tuntutan syahadah yang tersebut sebelum ini mestilah
berdasarkan kepada pengajaran Rasulullah SAW. Tidak boleh sama sekali mengambil
pandangan-pandangan manusia biasa dalam melaksanakan tuntutan syahadah ini,
apatah lagi teori-teori orang kufur kepada Allah seperti teori Karl Marx dan sebagainya.

8. Menuntut supaya menjadikan hidup kita sebagai perjuangan atau jihad untuk
melaksanakan tuntutan syahadah tersebut. Sanggup berkorban harta-benda dan
menggadaikan nyawa demi mentahqiqkan tuntutan kalimah syahadah.
Projek Pustaka Alaf Azhari Manhal PMRAM

Firman Allah SAW


‫ان اهلل اشترى من المؤمنين أنفسهم وأمولهم بأن لهم الجنة يقاتلون فى سبيل اهلل فيقتلون ويقتلون‬
Orang-ornag yang mencapai keyakinan dengan perjuangan ini sudah tentu tidak
akan memandangkan kehidupan ini sebagai matlamat asasi. Mereka lebih rela untuk mati
di jalan Allah demi mempertahankana kemuliaan agama yang suci ini.

Penyakit Al-Wahn ( ‫ ) الوهن‬ialah punca kejat uhan dan kelemahan umat Islam
lantaran jumlah mereka ramai namun mereka laksana buih di lautan.
Tuntutan jihad merupakan suatu kemestiaan bagi umat ini. Tanpanya, tidak
mungkin akan terlaksana segala tuntutan syahadah ini.

Sekian.

*‫*واهلل اعلم‬
PASAKKAN THABAT DEPANI CABARAN

RUJUKAN
Dr Abd Karim Zaidan , Usul Ad-Dakwah ,(Beirut :Muassaah Ar Risalah, 1987 ),hal.
17
1.Az Zariyat:56
2.Abu Urwah .Risalah Usrah Jilid 1 ,(Kuala Lumpur :Pusaka Salam 1986).hal 15
3.Al Jatsiyah :23
4.Muhammad :19
5.Dr Abd Karim Zaidan ,op.cit.hal.18
6.Abu Urwah ,op.cit,hal.18
7.Ibid .hal.29
8.Al Araf :53
9.Dr Mohd Naim .Al Iman ;Arkanuhu,Haqiqatuhu,Nawaqiduhu(Qahirah,Maktabah Az
Zahra’.t.t )hal.4
10.Ibnu Abi Al Izzi Al Hanafi ,Syarhu Al Aqidah At Thowiyah.(Beirut:Al Maktabah
Al Islami, 1984).hal.35
11.Dr Mohd Naim Yassin.op.cit.hal.5.
12.Ibid hal 6.
13.Syeikh Abd Rahman bin Hassan Fathul Masjid ,(Qahirah :Ansar Sunnah ,t.t)hal 13
Projek Pustaka Alaf Azhari Manhal PMRAM

14.Ibid.
15.Dr Yusuf Al Qardhawi ,Al Ibadah Fil Islam ,(Beirut :Muassasah Risalah.1986 )hal.
27.
16.Dr Mohd Naim Yassin .op.cit.hal.27.
17.Ibid hal.27.
18.Ibid .hal.8.
19.Ibid .hal.8
20.Al-Mukmin : 23 ,Hud :61,dan Al Araf:65.
21.Al An’am :79.
22.Abu Urwah ,op.cit.hal.27.
23.Sila lihat keterangan sebelum daripada ini di dalam kertas kerja.
*Iaitu Ketua bagi semua golongan yang ada di Madinah samada Muslim ataupun tidak.
**Iaitu berdasarkan kepada wahyu Allah Taala.
24.Abul ‘Ala Al Maududi .Asas –asas Islam (Kuwait :IIFSO.t.t)hal.66.
25.Al Ahzab :21.
26.Al Hasyr:7.
27.Dr Abd Karim Zaidan .op.cit.hal.25.
28.Ibid hal.
29.& 30.Untuk keterangan lanjut sila rujuk ‘Asas-asas Islam’ karangan Maududi di bawah
tajuk kepada Nabi.
31.Ali Imran:31.
32.An Nisa’:64.
33.Al An’am :88.
34.Al An’am :89.
35.Al An’am :90.
36.Syed Qutb .
37.Al An’am :48-49.
38.Al Anbiya’:73.
39.Al Hadid :25.
40.Al Hadid :Abu Urwah .Op.cit.hal 108-109.
41.Az Zukhruf :84
42.Al Mukmin:32.
43.Az Zariyat :56.
44.At Taubah :111.
45.Al An’am :162.
Projek Pustaka Alaf Azhari Manhal PMRAM

46.At Taubah :31.


47.At Taubah :24.
48.Al Baqarah :165.
49.Riwayat Bukhari dan Muslim.
50.Al Fathir :3.
51.Al An’am :46.
52.Al Maidah :47.
53.At Taubah :31.
54.As Syura’:21.
55.Hadis Sahih Riwayat Muslim.
56.Al Maidah :50.
57.An Nisa’:60-61.

HAK CIPTA TERPELIHARA


TIDAK DIBENARKAN MENERBITKAN SEMULA BAHAN INI DALAM APA JUA BENTUK SEKALIPUN,
MELAINKAN SETELAH MENDAPAT KEIZINAN MANHAL PMRAM. HARGAILAH PENGORBANAN
ORANG LAIN YANG BERTUNGKUS LUMUS MENYIAPKANNYA. MENCETAK SEMULA DAN
MENERBITKANNYA DALAM APA JUA BENTUK SEKALIPUN DIANGGAP SEBAGAI JENAYAH DAN
DIKIRA BERCANGGAH DENGAN SYARIAH ISLAM.

©MANHAL PMRAM 2000

Anda mungkin juga menyukai